17 February 2013

Trip to Labuan: Day 3

Assalamualaikum.


Itinerary
Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Menumbok
One Borneo
Puding Kelapa Telipok
Rumah Terbalik Tamparuli
Pasar Filipina-Gerai Seafood


Final day for our trip in labuan. Ahh finally! Agak terseksa jiwa ni bercuti kat labuan, pulau yang sepi. Hehe. Fyi, trip kami ni 3 hari 2 malam tau. Kalau korang perasan, aku balik-balik mention pasal pegi KK kan? Actually, flight balik ke KL kami ialah dari airport KK Terminal 2! Hehe. Ni sume pasal hubby tak dapat beli tiket flight dari labuan nak balik KL. Nasib baik ada tiket dari KK ke KL.

Oleh kerana hari selasa adalah hari orang bekerja dan dalam masa yang sama kami kena berangkat ke KK awal pagi, so meredah trafik yang tak seberapa untuk ke terminal feri. Konon nak pegi KK tapi banyak transit ni. Dari terminal feri antarabangsa labuan, kami naik speedboat ke Menumbok. Tiket harga RM7 seorang ye. Walaupun speedboat ni tak sebesar mana tapi boleh bawak beg baju naik ye. 

Attention: Tiket speedboat/feri/bas menumbok-kk
Semua tiket-tiket ni boleh dibeli kat kaunter terminal feri antarabangsa labuan. Kat sini takde ulat jual tiket ye. Semuanya beli kat kaunter. Untuk tiket bas, boleh juga dibeli bila dah sampai kat menumbok kalau tak nak beli kat kaunter terminal.


 Macam yang 'pramugara' speedboat ni buat. Hehe


 Ni rupa speedbotnye ye. Ala... macam bot la..

 Driver speedboat yang sempoi. Boleh toleh-toleh belakang lagi borak dengan kawan dia. Haha. Nasib baik bawak speedboat. Klau kete, mau aku sound suh fokus pandang depan tau. Btw ruang kosong tu laluan masuk bot tau. Hendaklah ditutup untuk mengelakkan percikan air laut masuk ke dalam bot.


 Pemandangan dalam speedboat yang penuh orang. Lebih kurang 20 orang penumpang gak la dalam tu. Ramai kan? No worries. Tak tenggelam bot ni. Huhu.

Speedboat ni memang laju ah. Pastu arus memang besar so banyak kali air laut terpercik masuk boat sebab pintu masuk tak ditutup. Penumpang dah basah, baru nak tutup pintu. Apa da... Anyway best naik bot ni. Macam naik roller coaster, balik-balik terhempas sebab lawan arus. Korang wajib try tau! Konfem sakit pinggang macam aku. Hihi. Dari labuan ke menumbok cuma 30 minit je dengan speedboat. Klau naik feri, sejam kot. 



Dah selamat mendarat kat jeti menumbok. Nampak tak kepala si baju hitam terkeluar dari bot tu? Tu la pintu masuknya. Jangan risau pasal bau badan penumpang lain, sebab bot ni ada tingkap ye. Hihi



Sampai menumbok, breakfast nasi lemak ayam harga RM5.  Akak tu kata, ada ayam ke takde ayam ke hara tetap RM5. Ceit! Beli satu, share dua orang. Jimat! Sambil makan, beli tiket bas untuk ke KK dari menumbok. Harga tiket bas RM19 klau aku tak silap. Korang boleh gak beli tiket bas awal-awal kat terminal feri labuan tau. Tu pun kalau risau tiket bas kat menumbok sold out ye. So perjalanan ke KK selama 2 jam lebih gitu. Kalau ade rasa nak ke toilet, sila la tahan je (macam aku) sebab bas ni tak berenti. Huuu~

Sampai kat KK, kami turun kat stesen bas kat depan Mahkamah KK. Ada KFC tau dekat mahkamah tu so aku pun pegi la tumpang toilet KFC. Lega~ Pastu menunggu kereta sewa sampai la pulak. Haih lambat pulak kereta sewa ni. Ade la dekat 45 minit menanti, baru la kereta sewa sampai. VIVA ELITE! Yeay! Kami sewa untuk half day so orang tu bagi RM50 je. Nanti aku letak nombor teponnye ye.


Attention: Sewa kereta KK
Boleh contact nombor ni 016-5840229 dan deal berapa harga sewa ye.

Dapat je kete, hubby terus pecut ke One Borneo sebab nak amik Ipad yang adik ipar kirim. Fyi, Ipad kat KL dah sold out dan ni last Ipad harapan untuk kami rembat. Setel dapat Ipad dalam jam 2 lebih gitu, kami ke Telipok untuk makan puding kelapa. Hubby sukeeeeeee sangat makan puding ni. Dia yang asyik sebut-sebut nak makan, so ape lagi?


 Here we are!


Ni la rupa puding kelapa yang diidamkan tu. Pudingnya dalam kelapa tau. Sejuk lak tu! Memang sedap. Kalau pegi KK, sila la singgah ke sini. 

 Attention: Direction ke Puding Kelapa Telipok
Dari KK, sebelum sampai ke pekan Telipok, masuk simpang Jalan Norowot kat sebelah kiri then jalan terus je, ada roundabout pun terus je sampai nampak gerai-gerai kat kiri kanan jalan. Pilih je mana-mana gerai, sume jual benda yang sama, harga yang sama. Ok?

Dah hilang kempunan puding kelapa, kami pegi Rumah Terbalik kat Tamparuli. Kat KK ni tak perlukan peta sebab aku lahir kat sini so sangat mudah nak ke mana-mana. Hehe

Kalau dari KK, Rumah Terbalik ni kat sebelah kiri tau. Nampak je signboard ni, maksudnya dah sampai la tu. Sebelum tu kami singgah solat jamak ta'khir kat surau SMK Tamparuli, then baru masuk rumah terbalik ni.

Attention: Harga tiket Rumah Terbalik
Harga student: RM10 (tunjuk student card then dapat 1 kupon minuman free kat cafe)
MyKad holder : RM10 (tunjuk MyKad ye)
Non-malaysian : RM18
Harga kanak-kanak (malaysian & non) : RM5
Boleh cek details kat sini.

Akan ada tour guide yang bawa kita masuk rumah tu. Rumah terbalik ni kecil je. Baru je masuk dalam, dah kena keluar sebab kecil sangat. Huhu. Pastu dilarang ambil gambar kat dalam tu tau. 

Habis tengok rumah terbalik ni, hari dah malam. Dalam kepala, ada satu tempat lagi yang wajib kami pegi. So balik semula ke KK. Destinasi idaman ialah pasar filipina untuk makan seafood! Yeah! Macam-macam seafood ada kat sini. Ikan, udang, ketam, sotong, lobster... pilih je. (Nanti aku upload pic lagi ye)

Kami makan sotong, ketam dan ikan je. Total dalam RM50 la skali dengan nasi. Ketam RM21, sotong secucuk RM10, ikan RM18 seekor. Kat sini, harga ikut saiz tau. Makin besar ketam tu, makin la mahal. So sila pilih saiz yang bersesuaian dengan perut korang ye. Lepas dah pilih seafood mana korang nak, orang tu akan bawa lauk korang ke belakang untuk dimasak sambal. Sedap! Takleh minta dia masak style lain tau. Memang wajib masak sambal. Tak pedas pon.

Kat sini, mak aku risau pasal kebersihan diorang. Kat mana dia cuci pinggan, bila masa dia masak semua-semua ni. Aku? Dah telan mak, takleh kata apa la. Huhu 


Kenyang makan, aku order air avocado kat gerai air depan gerai seafood tadi. Makcik ni buat ais blended avocado. Seeeeedap sangat! Korang wajib try! Harga RM3. Rasanya lemak-lemak manis berkrim. Ahhh teringinnye! Btw kenapa korang wajib try air ni, sebab kat KL, mahal sangat harga air ni. So beli la kat Sabah dengan harga yang murah ye. 

Maka dengan berakhirnya sesi makan-makan kat pasar filipina ni, berakhir la juga trip labuan kami. Flight balik KL jam 10 lebih jap lagi. So sayonara Labuan/KK. I miss your seafood~

16 February 2013

Trip to Labuan: Day 2

Assalamualaikum.

Itinerary
Sri Ganti (Kedai Coklat)
Ujana Kewangan
Siswazah Corner
Masjid Jamek An-Nur
War Memorial Park
International Sea Sport Complex
Anjung Ketam/Terumbu Warisan


Hari kedua kat labuan ni takde la exciting sangat. Sebab semalamnya dah mati akal tak tau nak melawat tempat menarik yang mana lagi. Lagipun suasana kat labuan ni sangat sepi dan suram. Sampai kami decide untuk terus ke KK hari ni gak. Huhu. Pantang betul gi bercuti kat tempat yang boring ni tau! Tapi kan, sebelum tidur tu sempat la baca komen orang kat status aku yang frust tak tau nak makan kat mana, and one of the comment suggest kami untuk makan seafood kat Anjung Ketam or Terumbu Warisan. So aku dengan excitednye cakapla dengan hubby pasal benda ni dan kami setuju untuk stay lagi satu malam demi untuk makan kat situ. Yeay! Tu je reason untuk stay kat labuan. Haha. Kejamnye!

Alright! Since kami stay kat Siang Homestay, as I said, macam-macam kemudahan ada. So first thing I do is seterika my baju n hubby's dan tudung untuk 2 hari. Pastu baru la keluar jalan-jalan & makan. Mula-mula kena isi perut dulu sebab dah lapar sangat. Tapi sebelum tu kami nak cari gkatne lokasi Terumbu Warisan dan Anjung Ketam ni supaya tak sesat bila pegi malam nanti. On the way back lepas dah jumpa lokasi restoran seafood tu, ternampak la kedai makan style RnR kat tepi jalan.




Kedai Murni ni je yang buka tengahari tu. Hubby makan nasi lauk, aku order nasi goreng ayam lagi. Kat sini ada jual bubur kacang hijau, ABC, goreng-goreng dan lauk-lauk ye.
 
Dah kenyang 'brunch', jilat jari dulu then jalan terus ke bandar. Hehe

Target hari ni untuk usha-usha kedai coklat since orang kata coklat kat labuan ni murah-murah belaka. Lagipun esok dah nak ke KK, so kena la pulun cari coklat arini. One of my enemy friend yang kerek baik hati kata coklat murah kat area Sri Ganti. I wonder where it is. Semalam aku sempat tanya kat staf restoran deepsea dan dia kata Sri Ganti ni sebelah restoran tu je. Mudah! So tu la sasaran pertama kami untuk beli coklat. 

Tapi sangkaan meleset bila coklat kat sini takde la semurah kat Langkawi! Ahh frust! Standard sebiji ferrero rocher tu RM1 la. So klau beli 16 biji punya, around RM16 gitu. Beli 24 biji, RM24. Oh tidak. Coklat Cadbury yang 200gm tu RM8.50, standard. Hubby cari kinder bueno tapi tak semurah langkawi dan lebih kurang sama macam kl, RM2.70 sepeket. Kecewa seketika. Daim takde kat sini. Kecewa berketika lamanya. Huhu.

Tak puas hati ni! Pegi lak kedai-kedai opposite sri ganti ni. Ada la nampak coklat Cadbury 200gm RM8.30 tapi bayar cash je. Keluar lagi mencari. Kali ni pegi Ujana Kewangan (UK) plak. Kat dalam tu ada kedai Moneygain dan coklat agak murah kat situ tapi tak banyak pilihan. Tapi kesimpulannye coklat kat sini tak semurah yang dihebahkan orang. Standard la harga dia. Aku frust so beli coklat standard je. 


Ni je hasil tangkapan yang padahal niat asal nak angkut balik satu beg coklat sebenarnya. Padamkan niat dan fokus untuk makan seafood malam ni. Oleh sebab haus, beli la air kelapa kat Siswazah Corner, sederet gak dengan sri ganti. Yang menariknya...

Aku: Bang, air kelapa 2.

Pekedai: Minum ke bungkus?

Aku: Bungkus ye.

Pekedai: (Bungkus 2 biji kelapa bulat-bulat dalam plastik dan bagi aku)

Aku: Eh, saya nak bungkus airnya. Bukan kelapa macam ni.

Pekedai: Ohhh... sori sori. (Masuk dalam dan belah kelapa)

Hahahahaha. Rasa macam takleh blah plak. Mungkin sebab orang kat sini suka beli kelapa sebiji terus kot. Total 2 air kelapa fresh RM7. Tapi airnya banyaaaaaak. Puas hati walaupun agak mahal. Then pegi melepak kat Masjid Jamek An-Nur. Saje je nak tengok masjid tu tapi tak masuk pun. Duduk dalam kete kat tempat parking sambil minum air kelapa dan plan next station. Mati akal lagi so hubby drive je kemana yang nak dituju. Kami pegi melawat War Memorial Park. Kubur peringatan la lebih kurang.


Tak turun pun. Tengok dari dalam kete je sebab tengah hujan renyai. Tapi hubby memang takmo turun tengok. Takde faedah, katanya. Hihi. Pastu drive ke International Sea Sport Complex. Time ni drive main redah je tak ikut map, tapi sampai jugak. 



Luarnya kemain besar lagi, skali masuk ke dalam..... kosong! Sepi! Takde makhluk! Kat belakang bangunan ni laut tau. Penuh dengan kapal-kapal besar. Wahhh! Sempit terus pemandangan laut kat depan mata ni. Pastu ada restoran steamboat Manja Rasa yang orang kata restoran terapung, betul-betul belakang kompleks tu. Tapi kami tak singgah makan pun. Hehe


Restoran Manja Rasa.

Setel kat kompleks ni, kami pegi mane eh? Lupa pulak. Oh ye, kat dalam kompleks ni ada muzium kecil tau. Muzium Laut. Masuk free je. 

Pusing-pusing kat dalam sekejap, then off tu terminal feri sebab nak tanya pasal tiket bot/feri ke KK. Lepas tu balik rumah untuk bersiap makan malam. Yeay! Masa yang ditunggu kini telah tiba.

Gerak dari rumah dalam jam 8.30 malam. Sebab dah survey lokasi siangnye makan tak susah cari restoran ni time malam. Kami ke Anjung Ketam dulu untuk tanya harga. Hubby teringin sangat nak makan lobster @ udang karang. Kat anjung ketam, yang kami nampak harga lobster RM15/100gm. So pegi usha kat Terumbu Warisan lak. Restoran ni bersebelahan je. Kat Terumbu Warisan, harga lobster RM12/100gm. Murah! Tapi lobster takde stok la bang, kata pekedai tu. Ala.... kecewa dah ni. Maka patah balik ke Anjung Ketam untuk makan lobster. 

Rupanya, kat Anjung Ketam ni ada 4 buah kedai yang berbeza. Cuma ada 1 kedai je yang ada stok lobster fresh time tu. Harga agak mahal, RM20/100gm. Tapi nak hilangkan rasa kempunan tu dan hubby pun kata kat KL harga lobster lagi mahal, so hubby pun amik la lobster paling kecil kat dalam akuarium tu. Aku pula amik udang harimau 200gm @ 4 ekor, masak buttermilk. 

Tadaa! Ni la hasilnya!

Sekali sampai kat meja, dua-dua lauk masak buttermilk. Speechless ai! Btw tudung senget tu sebab angin laut ni superrrrrrrrrr kuat! Lupa nak bagitau, restoran ni atas laut tau! Anginnye memang kuat sangat sampai kedai tu takyah pakai kipas pun. Ombak pun kuat je hempas tebing. Takut woo. Haha.

Ni la saiz lobsternye. Sebesar tapak tangan. Kat sebelah tu udang harimau 4 ekor ye.

Hmm boleh tahan sedap la jugak rasa buttermilk ni. Hubby kata, rasa lobster ni macam rasa udang gak. Takde beza sangat. Well, aku takde la nak komen sangat kan sebab baru kali ni aku makan udang setelah sekian lama tak makan sebab alergi. Yang menariknya, takde alergi langsung lepas makan dua-dua lauk ni. Best sebab fresh!


Ni baki lobster kat dalam akuarium tu. Besar-besar sume. Nasib baik ada sekor yang kecil tadi, cukup buat lepas hajat. 
 

Ni senarai harga makanan kat kedai nombor 4 tempat kami makan. Nampak ke? Maaf ye kalau tak nampak. Asal snap je sebenarnye. So total makan malam kat sini RM120. Jadi mahal sebab lobster RM80 untuk 400gm. Huhu. Syukur dapat rasa. Habis makan, singgah beli sayap ayam betul-betul kat depan Anjung Ketam. RM2/sayap. Ahh kenapa segalanya mahal kat labuan ni??? Balik rumah ah camni. Grrr... sambil drive balik homestay.

Sebelum sampai homestay, singgah kedai jap. Ingat nak beli roti untuk breakfast esok sebelum naik feri ke KK. Sambil tu usha-usha coklat gak. Tengah belek-belek NIPS, tiba-tiba...


What? NIPS ni dah expired? Arini 21 januari dan NIPS ni expired 20 januari! Expired semalam dan masih dijual. Gile ah! Terus kami tengok sume expiry date makanan yang kami beli. Hahaha. Tapi kengkawan kata, kat labuan ni kena careful skit bila beli coklatnye. Kadang-kadang diorang jual murah sebab dah nak expired atau dah expired! So hati-hati okay.

Setel hari kedua, balik homestay dan tidur lena. Esok nak ke KK pulak. Finally...

Tata. 


Trip to Labuan: Day 1 

Trip to Labuan: Day 3

10 February 2013

Trip to Labuan: Day 1

Assalamualaikum.


Itinerary
LCCT
Airport Labuan
Anjung Selera Pohon Batu
Muzium Chimney
Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant
Siang Homestay

Akhirnye mula juga entry trip ke labuan after almost a month aku melayan rasa malas. Well, labuan je kot. Walaupun bukan oversea omputih sane tu tapi still over-the-sea la kan, walaupun masih dalam meleysia . Hehe. Terasa nak buat entry ni sebab ni trip bidan terjun yang hubby plan untuk kami berdua and sepanjang our trip kat sana, aku terpaksa search info pasal interesting places di labuan dan tempat makan yang best2. That's why akhirnya determine nak taip entry ni.

Fyi, my hubby ni suke sangat travel. Since dia suka travel, maka dia sangat suke usha website Airasia untuk tengok kalau-kalau ade promosi tiket murah ke mana-mana destinasi yang dia rasa nak pegi dan nak bawak aku skali. Hamboi ayat! Macam hubby ade niat nak tinggalkan aku je. Hehe. No no no no. Meskipun aku ni wife yang super kuat membebel, tapi hubby masih suke gi jenjalan dengan aku.(eh eh, nape kena ade perkataan 'masih' tu? gulp! ok abaikan!)

Oh ye, tiket ke labuan kali ni dibeli time PM kita buat deal dengan Airasia untuk bagi 10,000 seat percuma aritu. And my hubby ni pun bersengkang mata malam tu merembat tiket yang super murah ni while wife dia tengah sedap tido berdengkur dalam bilik. (ohh kenapa aku memalukan diri sendiri ni?) So wife yang tak tau ape-ape ni bangun pagi keesokan harinya dan dapat tau akan fly ke labuan within few weeks. Thats my life ye! 

Since my hubby will plan everything, (yes! almost everything) aku ni tukang follow je la. Flight return kami bernilai RM15 seorang tau! Murah kan? Mahal lagi tiket bas balik somban. Haha! Flight berlepas pada jam 7.50 pagi, so kami bangun seawal jam 4 pagi untuk mandi dan bersiap2. Packing barang kena buat awal ye supaya bangun pagi tu tak lari keliling rumah mencari barang atau berdiri merenung almari sebab susah decide nak bawa baju apa. Melampau kau! Setel grooming, around 4.30 pagi tu kami merempit naik motor dengan 2 beg baju ke KL Sentral untuk naik SkyBus ke LCCT. Syukur la motor hubby ni jenis scooter so beg-beg tu boleh menumpang kat tempat letak kaki dia. Aku? Duduk terkangkang kat belakang sebab seat belakang lebaaaarrr! Lenguh kaki ai. Huk huk. 


Attention
Lepas beli tiket flight, selain beli seat dan tambah luggage, boleh add on beli tiket SkyBus. Harga tiket SkyBus lagi murah kalau beli online iaitu RM7.70 sehala berbanding RM9 yang dijual direct kat tepi bas tau.


SkyBus ni ada setiap sejam tau. So kami naik bas jam 5 pagi dan sampai kat LCCT jam 5.45 pagi. Ride around 45 minit la. Since berat dua-dua beg tu tak sampai 7kg, so kami bawa naik atas je. Kat dalam kapal, aku rembat seat hubby sebab sebelah tingkap. So hubby dengan paksa-rela, duduk kat seat tengah. Sorry hubby! Hehe. Keje dalam flight cuma tido. Yela, ngantuk sangat kan kena keluar rumah awal pagi. Nasib baik bawak neck pillow @ bantal leher sekali. Sangat berguna untuk selesakan diri ketika tido dalam flight atau kete. Selesa sangat sampai boleh meleleh air liur basi tau.

Ni pic aku guna neck pillow sebelum gi buat plastic surgery dulu. *Sila percaya*

Dah tido selama 2 jam 15 minit, selamat la mendarat kat airport labuan. 

 Hubby yang tengah stres sebab henpon lambat dapat signal.

 Attention
Anda dilarang mengambil gambar di kawasan tempat parking kapal terbang seperti gambar di atas. Harap maklum.
 
Turun je dari kapal, kami terus lari pecut keluar dari balai ketibaan sebab riak takyah tunggu beg dari kargo. Ngeh ngeh ngeh. As i said, hubby plan semua. So kat balai ketibaan tu dah ada orang tukang sewa kereta menanti dengan penuh sabar-la-sangat. Dengan rate RM60 sehari, hubby sewa kancil auto untuk pusing-pusing pulau labuan. Murah kan? Sebenarnya minta viva tapi takde. Takpe la. Kancil pun kancil la. Redha.

Attention
Korang boleh contact 019-8219969 kalau nak sewa kereta kat labuan ye.

Tapi terpaksa cancel redha tu bila pencucuh rokok tu stuck dan tak boleh cabut! Oh my! Camne nak cas henpon dalam kete kalau camni? Dah la nak guna map dalam henpon untuk pusing-pusing cari jalan kat labuan. Adoi pening sekejap. Oleh sebab dah bayar RM120 untuk sewa kereta 2 hari dan orang tu pun dah blah, hubby pun drive je la kancil tu mencari stesen minyak sebab minyak empty @ kosong. Tak best betul sewa kete camni sebenarnya. Huhu.


Masuk je bandar labuan, terus traffic jam. Ingatkan KL je yang jem, labuan pun sama. Rupanya ade roadblock. Dengan muka innocent, kami lalu dengan riak lagi. Humangaih! Dah setel isi minyak sampai penuh, baru boleh pusing bandar dengan tenang. 


Sebelum masuk bandar, nampak masjid kat sebelah kiri. Masjid Jamek An-Nur namanya. Aku kata kat hubby, bentuk masjid macam UFO. Hehe.

 Ni Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Kenapa antarabangsa? Sebab kat sini boleh naik feri ke Brunei tau. Jangan memain.


Pusing punya pusing, sekali nampak pondok kecil ni kat area pasar labuan. Pasar Babi. Tempat khas untuk membeli binatang pink tu ye. Confirm ori punya, no cetak rompak.

Sebenarnya perut sangat lapar sejak mendarat. Dah nampak KFC kat bandar tapi ape kelas datang jejauh ke labuan tapi balun KFC? So kami pun keluar dari bandar dan pegi ke arah pantai. Semuanya berpandukan WAZE. Tapi waze tak tunjuk pun mana-mana tempat makan. Huhu. Dah jam 2 ptg ni. Perut dah lapar, jalan raya lak sepi je macam takde gerai langsung. Tiba- tiba...



 Tadaaa! Jumpa jugak tempat makan kat tepi pantai. Ni Anjung Selera Pohon Batu. Betul-betul menghadap pantai.


 

Ada beberapa gerai kat situ. Kami pilih yang hujung sekali. Semua gerai jual benda yang sama pun. Masakan goreng-goreng, pisang/ubi goreng, keropok lekor, sayap ayam, air kelapa, dll. Hubby order pisang goreng, keropok lekor, sayap ayam dan air kelapa.



Ni rupa sayap ayamnye. Kecik sikit berbanding sayap ayam kat KL. Mungkin sebab ayam tu mati muda, tak sempat membesar sangat. Hehe. Boleh tahan la rasa sayap ni. Pisang goreng dan keropok lekor kat sini kecik-kecik je. Macam tanak jual je rupa pisangnye. Haha. Lapar sangat sampai lupa nak snap gambar.



Aku order nasi goreng ayam. Simple kan hasilnye? Ingatkan dapat ayam seketul. Sekali sampai, ayam halus-halus je kat nasi tu. Rasa biasa-biasa je. Btw harga makanan kat labuan ni macam mahal sikit berbanding KL. Nasi goreng ayam ni kalau tak silap aku harganya RM6 atau RM7. Mahal kan?

Attention: Tempat Makan Waktu Petang tepi pantai
Anjung Selera Pohon Batu. Drive ke arah Pohon Batu. Senang je nak cari.
 
Setel makan, masuk kete dan jalan dengan niat nak pusing pulau. Tapi sebab panas terik dan perut dah kenyang, berenti tido kejap kat parking tepi pantai. Hubby je la tido, aku jadi pak guard. Eceh! Nak tido tapi takut tak selamat, so aku drive pusing-pusing pulau. Redah je tanpa map sebab bateri henpon dah merah time tu. Tapi kat labuan ni, masuk la jalan mana pun confirm takkan sesat. So takyah risau ye. Hehe.

Dah puas aku ronda-ronda @ sesat, hubby pun dah bangun, so pegi la singgah tempat menarik yang pertama. Muzium Chimney!


Kat dalam muzium ni ada la penerangan pasal chimney dan lombong arang batu kat labuan, termasuk landasan keretapi. Hah! Labuan dulu ada keretapi tau. Menarik kan? Tapi sepanjang kat dalam muzium ni, aku menguap aje. Nampak sangat tak berminat. Haha.


 

Keluar dari muzium, pegi tengok chimney yang tinggi tu. Sejuk je rasa angin bertiup, kat atas bukit la katakan. Makin sedap la rasa nak tido.



Tengok chimney tu dari luar macam bangunan ape je, tapi rupanya kosong kat dalam. Ada tangga untuk panjat kat dalam tu tapi untuk penyelenggaraan je la kot. Tak nampak signboard merah tu kata apa? Lagipun takde keje lak aku nak gi panjat kan.

Selesai tengok chimney, jalan-jalan lagi. Nampak Taman Burung tapi tutup pulak. So masuk bandar balik untuk solat. Kat labuan ni banyak surau sebenanrnya tapi kami pilih untuk solat kat surau kecil sederet dengan terminal feri tadi. Tapi surau ni takde toilet tau. Memang khas untuk solat je.

Attention: Tempat Solat
Surau kecil sederet dengan terminal feri. Tiada tandas ye.



Oh ye, kedai-kedai kat labuan ni tutup awal terutamanya hari sabtu dan ahad. Ni baru jam 4 ptg tapi 90% kedai dah tutup. So kalau nak beli ape-ape, kena beli awal la.

Time ni bateri henpon memang dah arwah tapi hotel tak booking lagi. Smartphone ni memang smart tapi bateri dia stupidiak sikit. Kat mana la boleh cas henpon ni?? Hari dah nak malam, nak search hotel murah tapi henpon mati. Bincang punye bincang, dengan nekadnya hubby drive ke airport labuan, stres punya pasal sampai nak patah balik KL gitu. Haha. Konon! Sebenarnye gi airport untuk tumpang cas henpon kat surau airport. Bukan tak boleh tumpang cas kat surau kecik tadi tapi hubby dah buat dan orang pandang dia semacam je. So kat surau airport, takde sape kisah kan? 

Aku pun duduk kat dalam surau, sambil cas henpon sambil search hotel murah dan call untuk tanya rate 1 malam dan reserve kalau berkenan. Hubby? Duduk jaga kete kat tempat menunggu. Punya kedekut tak nak bayar parking! Haha. 

Berbekalkan kesabaran yang tinggi, akhirnya aku dapat reserve tempat untuk tido malam tu.Selamat! Oleh kerana hati dah senang, kami pun cari tempat untuk makan malam lak. Pilihan? Mestila seafood kan. Rugi kalau ke Sabah/Sarawak ni tapi tak pulun fresh seafood. Aku yang alergik seafood ni pun tak sabar je rasa nak makan udang dan ketam. Restoran pilihan ialah Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant. Lupa lak nak snap gambar restoran ni. 

Mula-mula tu aku bangkang sebab signboard tu ada tulisan cina. Sekali hubby kata pekerja perempuannya semua bertudung dan ada perempuan bertudung makan kat situ. Eh, a'ah la! Hahaha. Malu terus. 



Attention: Tempat Makan Seafood
Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant ni pun sederet dengan terminal feri. Signboard warna biru. Buka dari petang, tak tau tutup jam bape.



  
Ni harga seafood kat Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant ni. Agak murah, kata hubby.


  Ni satak. Adik lobster @ udang karang. First time aku nampak satak ni. Euww~



And as usual, aku order nasi goreng je. Ni nasi goreng USA. Harga RM8. Hubby amik sotong, minta goreng tepung je pastu menyesal sendiri sebab patutnya minta la tukang masak masakkan style lain. Apa daaa... Nasi gorengnya okay la. Same goes to sotongnya. Pekerja kedai tu pun peramah. Good, good.

Tengah sedap melantak, tiba-tiba tempat tinggal yang aku reserve tu call dan tanya jam berapa aku sampai. Haih saje je bikin kalut. Terus laju aku habiskan makanan sebab orang tu kata nak close  jam 8.30 mlm dan time tu jam 8.05 mlm. Setel makan, pecut laju-laju berpandukan waze untuk cari lokasi tempat bermalam tu. Syukur selamat sampai!




Ha! Kami duduk homestay ye! Siang Homestay namanya. Rate sangat murah tau. Bilik queen cuma RM50 semalam. Ada dorm gak tau, RM30 seorang. Oh ye, 'Siang' tu nama ownernya, Kok Yee Siang. Ownernya perempuan cina. Mula-mula tu was-was gak nak stay sini tapi bila dah sampai dan dia tunjuk sekitar rumah dan bilik, lega sangat. Homestay ni sangat kemas, bersih dan takde anjing! Ownernya pun saaaaaangat baik. 

Attention: Tempat bermalam
Boleh klik kat -> SIANG HOMESTAY LABUAN kalau nak jenguk websitenye. Boleh call +6013-8162198 untuk buat tempahan.Untuk muslim, aku rasa homestay ni boleh la jadi tempat tidur kalau korang datang ke labuan. Takde ape-ape yang meragukan dan merisaukan. Peace of mind~
 
Kat homestay ni juga disediakan free wifi, komputer, seterika, mesin basuh, free-flow kopi dan teh, sewa basikal RM10/sehari, bilik ada air-cond, hot shower, peti sejuk. Homestay ni ada 2 pintu pagar. Onwer bagi remote pagar tau bila check in. Memang sangat memudahkan! Kalau dari bandar, 3km je jarak nak ke homestay ni. Dekat kan?

Okayla. Aku sambung trip hari kedua dalam entry seterusnya ye. Berjela sangat dah aku membebel ni. 

Tata!


Trip to Labuan: Day 2
Trip to Labuan: Day 3