16 February 2013

Trip to Labuan: Day 2

Assalamualaikum.

Itinerary
Sri Ganti (Kedai Coklat)
Ujana Kewangan
Siswazah Corner
Masjid Jamek An-Nur
War Memorial Park
International Sea Sport Complex
Anjung Ketam/Terumbu Warisan


Hari kedua kat labuan ni takde la exciting sangat. Sebab semalamnya dah mati akal tak tau nak melawat tempat menarik yang mana lagi. Lagipun suasana kat labuan ni sangat sepi dan suram. Sampai kami decide untuk terus ke KK hari ni gak. Huhu. Pantang betul gi bercuti kat tempat yang boring ni tau! Tapi kan, sebelum tidur tu sempat la baca komen orang kat status aku yang frust tak tau nak makan kat mana, and one of the comment suggest kami untuk makan seafood kat Anjung Ketam or Terumbu Warisan. So aku dengan excitednye cakapla dengan hubby pasal benda ni dan kami setuju untuk stay lagi satu malam demi untuk makan kat situ. Yeay! Tu je reason untuk stay kat labuan. Haha. Kejamnye!

Alright! Since kami stay kat Siang Homestay, as I said, macam-macam kemudahan ada. So first thing I do is seterika my baju n hubby's dan tudung untuk 2 hari. Pastu baru la keluar jalan-jalan & makan. Mula-mula kena isi perut dulu sebab dah lapar sangat. Tapi sebelum tu kami nak cari gkatne lokasi Terumbu Warisan dan Anjung Ketam ni supaya tak sesat bila pegi malam nanti. On the way back lepas dah jumpa lokasi restoran seafood tu, ternampak la kedai makan style RnR kat tepi jalan.




Kedai Murni ni je yang buka tengahari tu. Hubby makan nasi lauk, aku order nasi goreng ayam lagi. Kat sini ada jual bubur kacang hijau, ABC, goreng-goreng dan lauk-lauk ye.
 
Dah kenyang 'brunch', jilat jari dulu then jalan terus ke bandar. Hehe

Target hari ni untuk usha-usha kedai coklat since orang kata coklat kat labuan ni murah-murah belaka. Lagipun esok dah nak ke KK, so kena la pulun cari coklat arini. One of my enemy friend yang kerek baik hati kata coklat murah kat area Sri Ganti. I wonder where it is. Semalam aku sempat tanya kat staf restoran deepsea dan dia kata Sri Ganti ni sebelah restoran tu je. Mudah! So tu la sasaran pertama kami untuk beli coklat. 

Tapi sangkaan meleset bila coklat kat sini takde la semurah kat Langkawi! Ahh frust! Standard sebiji ferrero rocher tu RM1 la. So klau beli 16 biji punya, around RM16 gitu. Beli 24 biji, RM24. Oh tidak. Coklat Cadbury yang 200gm tu RM8.50, standard. Hubby cari kinder bueno tapi tak semurah langkawi dan lebih kurang sama macam kl, RM2.70 sepeket. Kecewa seketika. Daim takde kat sini. Kecewa berketika lamanya. Huhu.

Tak puas hati ni! Pegi lak kedai-kedai opposite sri ganti ni. Ada la nampak coklat Cadbury 200gm RM8.30 tapi bayar cash je. Keluar lagi mencari. Kali ni pegi Ujana Kewangan (UK) plak. Kat dalam tu ada kedai Moneygain dan coklat agak murah kat situ tapi tak banyak pilihan. Tapi kesimpulannye coklat kat sini tak semurah yang dihebahkan orang. Standard la harga dia. Aku frust so beli coklat standard je. 


Ni je hasil tangkapan yang padahal niat asal nak angkut balik satu beg coklat sebenarnya. Padamkan niat dan fokus untuk makan seafood malam ni. Oleh sebab haus, beli la air kelapa kat Siswazah Corner, sederet gak dengan sri ganti. Yang menariknya...

Aku: Bang, air kelapa 2.

Pekedai: Minum ke bungkus?

Aku: Bungkus ye.

Pekedai: (Bungkus 2 biji kelapa bulat-bulat dalam plastik dan bagi aku)

Aku: Eh, saya nak bungkus airnya. Bukan kelapa macam ni.

Pekedai: Ohhh... sori sori. (Masuk dalam dan belah kelapa)

Hahahahaha. Rasa macam takleh blah plak. Mungkin sebab orang kat sini suka beli kelapa sebiji terus kot. Total 2 air kelapa fresh RM7. Tapi airnya banyaaaaaak. Puas hati walaupun agak mahal. Then pegi melepak kat Masjid Jamek An-Nur. Saje je nak tengok masjid tu tapi tak masuk pun. Duduk dalam kete kat tempat parking sambil minum air kelapa dan plan next station. Mati akal lagi so hubby drive je kemana yang nak dituju. Kami pegi melawat War Memorial Park. Kubur peringatan la lebih kurang.


Tak turun pun. Tengok dari dalam kete je sebab tengah hujan renyai. Tapi hubby memang takmo turun tengok. Takde faedah, katanya. Hihi. Pastu drive ke International Sea Sport Complex. Time ni drive main redah je tak ikut map, tapi sampai jugak. 



Luarnya kemain besar lagi, skali masuk ke dalam..... kosong! Sepi! Takde makhluk! Kat belakang bangunan ni laut tau. Penuh dengan kapal-kapal besar. Wahhh! Sempit terus pemandangan laut kat depan mata ni. Pastu ada restoran steamboat Manja Rasa yang orang kata restoran terapung, betul-betul belakang kompleks tu. Tapi kami tak singgah makan pun. Hehe


Restoran Manja Rasa.

Setel kat kompleks ni, kami pegi mane eh? Lupa pulak. Oh ye, kat dalam kompleks ni ada muzium kecil tau. Muzium Laut. Masuk free je. 

Pusing-pusing kat dalam sekejap, then off tu terminal feri sebab nak tanya pasal tiket bot/feri ke KK. Lepas tu balik rumah untuk bersiap makan malam. Yeay! Masa yang ditunggu kini telah tiba.

Gerak dari rumah dalam jam 8.30 malam. Sebab dah survey lokasi siangnye makan tak susah cari restoran ni time malam. Kami ke Anjung Ketam dulu untuk tanya harga. Hubby teringin sangat nak makan lobster @ udang karang. Kat anjung ketam, yang kami nampak harga lobster RM15/100gm. So pegi usha kat Terumbu Warisan lak. Restoran ni bersebelahan je. Kat Terumbu Warisan, harga lobster RM12/100gm. Murah! Tapi lobster takde stok la bang, kata pekedai tu. Ala.... kecewa dah ni. Maka patah balik ke Anjung Ketam untuk makan lobster. 

Rupanya, kat Anjung Ketam ni ada 4 buah kedai yang berbeza. Cuma ada 1 kedai je yang ada stok lobster fresh time tu. Harga agak mahal, RM20/100gm. Tapi nak hilangkan rasa kempunan tu dan hubby pun kata kat KL harga lobster lagi mahal, so hubby pun amik la lobster paling kecil kat dalam akuarium tu. Aku pula amik udang harimau 200gm @ 4 ekor, masak buttermilk. 

Tadaa! Ni la hasilnya!

Sekali sampai kat meja, dua-dua lauk masak buttermilk. Speechless ai! Btw tudung senget tu sebab angin laut ni superrrrrrrrrr kuat! Lupa nak bagitau, restoran ni atas laut tau! Anginnye memang kuat sangat sampai kedai tu takyah pakai kipas pun. Ombak pun kuat je hempas tebing. Takut woo. Haha.

Ni la saiz lobsternye. Sebesar tapak tangan. Kat sebelah tu udang harimau 4 ekor ye.

Hmm boleh tahan sedap la jugak rasa buttermilk ni. Hubby kata, rasa lobster ni macam rasa udang gak. Takde beza sangat. Well, aku takde la nak komen sangat kan sebab baru kali ni aku makan udang setelah sekian lama tak makan sebab alergi. Yang menariknya, takde alergi langsung lepas makan dua-dua lauk ni. Best sebab fresh!


Ni baki lobster kat dalam akuarium tu. Besar-besar sume. Nasib baik ada sekor yang kecil tadi, cukup buat lepas hajat. 
 

Ni senarai harga makanan kat kedai nombor 4 tempat kami makan. Nampak ke? Maaf ye kalau tak nampak. Asal snap je sebenarnye. So total makan malam kat sini RM120. Jadi mahal sebab lobster RM80 untuk 400gm. Huhu. Syukur dapat rasa. Habis makan, singgah beli sayap ayam betul-betul kat depan Anjung Ketam. RM2/sayap. Ahh kenapa segalanya mahal kat labuan ni??? Balik rumah ah camni. Grrr... sambil drive balik homestay.

Sebelum sampai homestay, singgah kedai jap. Ingat nak beli roti untuk breakfast esok sebelum naik feri ke KK. Sambil tu usha-usha coklat gak. Tengah belek-belek NIPS, tiba-tiba...


What? NIPS ni dah expired? Arini 21 januari dan NIPS ni expired 20 januari! Expired semalam dan masih dijual. Gile ah! Terus kami tengok sume expiry date makanan yang kami beli. Hahaha. Tapi kengkawan kata, kat labuan ni kena careful skit bila beli coklatnye. Kadang-kadang diorang jual murah sebab dah nak expired atau dah expired! So hati-hati okay.

Setel hari kedua, balik homestay dan tidur lena. Esok nak ke KK pulak. Finally...

Tata. 


Trip to Labuan: Day 1 

Trip to Labuan: Day 3

14 comments:

Winnie Irene said...

haha. lucu pla baca kisah ko ni kak. tp honestly la.. labuan mmg nda byk sgt tpt mo bejalan. sda pernah tinggal sn setahun kan. hehe. tp xpa la.. tiket murah kan. hoho. x sabar mo tunggu cerita seterusnya. haha

mizz dya said...

iya kan, ko matriks labuan ba kan. tp memang teda apa2 ni di labuan. ni bukan pulau pelancongan so nda berapa dibangunkan la. pasrah ja la sebab suda beli tiket. haha

Anonymous said...

Sa rasa ko yg x pndi cari tempat jalan2 d labuan tau.lagi satu entri kw ni mcm jenis org yg x pndi brsukur..komen sana sini..mnyesal baca blog ni..mcm org meroyan...pooorr!!!!

mizz dya said...

Ehh... sorry ya anon sbb buat awk rasa menyesal baca blog sy. Tapi apakan daya, ini kan blog sy, pendapat sy, pengalaman sy so terpulang la sy nak taip ape pun. Anyway sy x condemn labuan tp kengkawan yang pegi, sume cakap benda yg sama. Nak buat camne la kan... sorry ye org labuan... =D

wan muhd firdaus said...

Sbnarnya ade lagi tmpat yg best...erm chimney..taman burung..pantai damai..tu yg tmpat akak blum pergi la..slpas sy baca entri ni...tapi..btul juga tu..jgn la condamn sgat...setiap tmpat ade best n x best...cuba la highlight kn yg best :)

-Wan :)

mizz dya said...

Hmm honestly kan firdaus, saya dah sampai ke chimney, tepi pantai makan goreng pisang+minum air kelapa, makan seafood kat Terumbu Warisan, beli coklat kat Ujana, pusing2 area sana usha coklat la yg penting,semua tu macam yg sy tulis kat entry. cumanya ye la, bila orang yg dok kl dan biasa dgn bandar yg x pernah sepi ni pegi ke labuan, bandar yg cepat sepi by 7pm, mesti la rasa awkward kan. anyway minta maaf sgt2 for those yg rasa penulisan sy ni x mampu menghighlightkan keunikan labuan. ampun maaf di pinta ye :)

CT Humairah said...

nak pikir skali lagilah nak pegi ke tidak..

Mohanrau Suriamurthy said...

hAHAHA.. thanks ea for sharing ur experience nie.. :) .. rasanya ia helpful i wat planning nak p labuan.. :)

Anonymous said...

gigih aku cari tempat menarik kt google. Last2 sampai ke blog ni. Setelah 2 bulan duk labuan ni, mmg labuan xde pape. labuan pulau maksiat.

Kalo korang bkn kaki minum bkn kaki betina bkn kaki pub then labuan is not your destination.

44 pub, 57 registered rumah urut, pelacur filipina, thailand, china.. hanya itu yg murah.

Baru aku faham kenapa lelaki semenanjung gedik sgt nak dtg labuan. Para isteri, berhati2 jika suami anda di labuan.

Anonymous said...

Saya bakal berhijrah ke Labuan pada bulan Mac ni. So sebagai seorang kaki shopping, saya nak kena congak awal-awal kehidupan yang bakal saya lalui nanti. Huhu.

Mehmed Shah said...

Dh bulan Mac dh. Skang duk mana?

azman sabah said...

Awal2 lagi dah aku down baca intro yg awak taip ni..x bg semangat langsung org luar nak mlancong pi labuan..kna bljr lg dik..antara kontra yg diceritakn msti ada yg pro utk pmbaca mnilai stiap pengalaman..

azman sabah said...

betul tu..apasal labuan nk tarik org luar @ plancong dgn pub tumbuh cam cendawan? Byk lg cara nk majukn ekonomi & pelancongan kat Labuan. Alangkah eloknya labuan ada taman tema yg unik..dpt gak famili & pelancong bercuti kat sana..

azman sabah said...
This comment has been removed by the author.