17 February 2013

Trip to Labuan: Day 3

Assalamualaikum.


Itinerary
Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Menumbok
One Borneo
Puding Kelapa Telipok
Rumah Terbalik Tamparuli
Pasar Filipina-Gerai Seafood


Final day for our trip in labuan. Ahh finally! Agak terseksa jiwa ni bercuti kat labuan, pulau yang sepi. Hehe. Fyi, trip kami ni 3 hari 2 malam tau. Kalau korang perasan, aku balik-balik mention pasal pegi KK kan? Actually, flight balik ke KL kami ialah dari airport KK Terminal 2! Hehe. Ni sume pasal hubby tak dapat beli tiket flight dari labuan nak balik KL. Nasib baik ada tiket dari KK ke KL.

Oleh kerana hari selasa adalah hari orang bekerja dan dalam masa yang sama kami kena berangkat ke KK awal pagi, so meredah trafik yang tak seberapa untuk ke terminal feri. Konon nak pegi KK tapi banyak transit ni. Dari terminal feri antarabangsa labuan, kami naik speedboat ke Menumbok. Tiket harga RM7 seorang ye. Walaupun speedboat ni tak sebesar mana tapi boleh bawak beg baju naik ye. 

Attention: Tiket speedboat/feri/bas menumbok-kk
Semua tiket-tiket ni boleh dibeli kat kaunter terminal feri antarabangsa labuan. Kat sini takde ulat jual tiket ye. Semuanya beli kat kaunter. Untuk tiket bas, boleh juga dibeli bila dah sampai kat menumbok kalau tak nak beli kat kaunter terminal.


 Macam yang 'pramugara' speedboat ni buat. Hehe


 Ni rupa speedbotnye ye. Ala... macam bot la..

 Driver speedboat yang sempoi. Boleh toleh-toleh belakang lagi borak dengan kawan dia. Haha. Nasib baik bawak speedboat. Klau kete, mau aku sound suh fokus pandang depan tau. Btw ruang kosong tu laluan masuk bot tau. Hendaklah ditutup untuk mengelakkan percikan air laut masuk ke dalam bot.


 Pemandangan dalam speedboat yang penuh orang. Lebih kurang 20 orang penumpang gak la dalam tu. Ramai kan? No worries. Tak tenggelam bot ni. Huhu.

Speedboat ni memang laju ah. Pastu arus memang besar so banyak kali air laut terpercik masuk boat sebab pintu masuk tak ditutup. Penumpang dah basah, baru nak tutup pintu. Apa da... Anyway best naik bot ni. Macam naik roller coaster, balik-balik terhempas sebab lawan arus. Korang wajib try tau! Konfem sakit pinggang macam aku. Hihi. Dari labuan ke menumbok cuma 30 minit je dengan speedboat. Klau naik feri, sejam kot. 



Dah selamat mendarat kat jeti menumbok. Nampak tak kepala si baju hitam terkeluar dari bot tu? Tu la pintu masuknya. Jangan risau pasal bau badan penumpang lain, sebab bot ni ada tingkap ye. Hihi



Sampai menumbok, breakfast nasi lemak ayam harga RM5.  Akak tu kata, ada ayam ke takde ayam ke hara tetap RM5. Ceit! Beli satu, share dua orang. Jimat! Sambil makan, beli tiket bas untuk ke KK dari menumbok. Harga tiket bas RM19 klau aku tak silap. Korang boleh gak beli tiket bas awal-awal kat terminal feri labuan tau. Tu pun kalau risau tiket bas kat menumbok sold out ye. So perjalanan ke KK selama 2 jam lebih gitu. Kalau ade rasa nak ke toilet, sila la tahan je (macam aku) sebab bas ni tak berenti. Huuu~

Sampai kat KK, kami turun kat stesen bas kat depan Mahkamah KK. Ada KFC tau dekat mahkamah tu so aku pun pegi la tumpang toilet KFC. Lega~ Pastu menunggu kereta sewa sampai la pulak. Haih lambat pulak kereta sewa ni. Ade la dekat 45 minit menanti, baru la kereta sewa sampai. VIVA ELITE! Yeay! Kami sewa untuk half day so orang tu bagi RM50 je. Nanti aku letak nombor teponnye ye.


Attention: Sewa kereta KK
Boleh contact nombor ni 016-5840229 dan deal berapa harga sewa ye.

Dapat je kete, hubby terus pecut ke One Borneo sebab nak amik Ipad yang adik ipar kirim. Fyi, Ipad kat KL dah sold out dan ni last Ipad harapan untuk kami rembat. Setel dapat Ipad dalam jam 2 lebih gitu, kami ke Telipok untuk makan puding kelapa. Hubby sukeeeeeee sangat makan puding ni. Dia yang asyik sebut-sebut nak makan, so ape lagi?


 Here we are!


Ni la rupa puding kelapa yang diidamkan tu. Pudingnya dalam kelapa tau. Sejuk lak tu! Memang sedap. Kalau pegi KK, sila la singgah ke sini. 

 Attention: Direction ke Puding Kelapa Telipok
Dari KK, sebelum sampai ke pekan Telipok, masuk simpang Jalan Norowot kat sebelah kiri then jalan terus je, ada roundabout pun terus je sampai nampak gerai-gerai kat kiri kanan jalan. Pilih je mana-mana gerai, sume jual benda yang sama, harga yang sama. Ok?

Dah hilang kempunan puding kelapa, kami pegi Rumah Terbalik kat Tamparuli. Kat KK ni tak perlukan peta sebab aku lahir kat sini so sangat mudah nak ke mana-mana. Hehe

Kalau dari KK, Rumah Terbalik ni kat sebelah kiri tau. Nampak je signboard ni, maksudnya dah sampai la tu. Sebelum tu kami singgah solat jamak ta'khir kat surau SMK Tamparuli, then baru masuk rumah terbalik ni.

Attention: Harga tiket Rumah Terbalik
Harga student: RM10 (tunjuk student card then dapat 1 kupon minuman free kat cafe)
MyKad holder : RM10 (tunjuk MyKad ye)
Non-malaysian : RM18
Harga kanak-kanak (malaysian & non) : RM5
Boleh cek details kat sini.

Akan ada tour guide yang bawa kita masuk rumah tu. Rumah terbalik ni kecil je. Baru je masuk dalam, dah kena keluar sebab kecil sangat. Huhu. Pastu dilarang ambil gambar kat dalam tu tau. 

Habis tengok rumah terbalik ni, hari dah malam. Dalam kepala, ada satu tempat lagi yang wajib kami pegi. So balik semula ke KK. Destinasi idaman ialah pasar filipina untuk makan seafood! Yeah! Macam-macam seafood ada kat sini. Ikan, udang, ketam, sotong, lobster... pilih je. (Nanti aku upload pic lagi ye)

Kami makan sotong, ketam dan ikan je. Total dalam RM50 la skali dengan nasi. Ketam RM21, sotong secucuk RM10, ikan RM18 seekor. Kat sini, harga ikut saiz tau. Makin besar ketam tu, makin la mahal. So sila pilih saiz yang bersesuaian dengan perut korang ye. Lepas dah pilih seafood mana korang nak, orang tu akan bawa lauk korang ke belakang untuk dimasak sambal. Sedap! Takleh minta dia masak style lain tau. Memang wajib masak sambal. Tak pedas pon.

Kat sini, mak aku risau pasal kebersihan diorang. Kat mana dia cuci pinggan, bila masa dia masak semua-semua ni. Aku? Dah telan mak, takleh kata apa la. Huhu 


Kenyang makan, aku order air avocado kat gerai air depan gerai seafood tadi. Makcik ni buat ais blended avocado. Seeeeedap sangat! Korang wajib try! Harga RM3. Rasanya lemak-lemak manis berkrim. Ahhh teringinnye! Btw kenapa korang wajib try air ni, sebab kat KL, mahal sangat harga air ni. So beli la kat Sabah dengan harga yang murah ye. 

Maka dengan berakhirnya sesi makan-makan kat pasar filipina ni, berakhir la juga trip labuan kami. Flight balik KL jam 10 lebih jap lagi. So sayonara Labuan/KK. I miss your seafood~

6 comments:

ngumbang said...

Boleh tahan! 3 hari jer dah ada banyak tempat yang nak pergi kat labuan. Makanan pun nampak best!

Dah la Labuan dikenali sebagai Pulau Bebas cukai! Apa yang best lagi ialah harga coklat.

Time tahun lepas bila saya nak pergi Labuan dengan member kami gunakan MASwings. Mesti cuba.

https://www.facebook.com/MASwings

mizz dya said...

Thanks for your suggestion untuk guna MASwings.

Time tu harga Airasia paling murah untuk ke Labuan.

Lagipun nak merasa naik bot dan tengok pemandangan sepanjang dari Menumbok ke KK, sebab tu tak naik MASwings.

For me, coklat kat labuan tak semurah Langkawi so tak berapa best sangat la. huhu

Anonymous said...

Saya rasa Coklat Labuan dan Langkawi harga sama saja sebab saya pernah ke langkawi dan saya sendiri orang labuan. so tiada beza harga bagi saya. Cuma mungkin puan tidak buat kajian lanjut which tempat yang coklat murah dan banyak pilihan. Satu lagi mungkin hebahan mengenai Labuan tidak sehebat Langkawi. Maaf kalau saya mengatakan komen puan tidak adil pada Labuan. Komen puan juga tidak menyebabkan pembaca ingin melawat labuan. Makanan di labuan tidak dinafikan mahal kerana labuan sebuah pulau kecil. Cuma mungkin puan tidak merasa makanan yang orang labuan makan kerana makanan yang puan pesan tiada beza dengan makanan di semenanjung atau tempat-tempat lain di Malaysia. Atau mungkin selera kita tidak sama. Saya sendiri pernah merasakan makanan di semenanjung tidak membuka selera saya kerana selera setiap orang berbeza.

Saya cadangkan sekiranya ada (selepas membaca entry puan) saudara mara atau kawan-kawan puan bercadang datang ke labuan selepas ini, mungkin boleh shopping kain d sna. Kedai kain the store. Sebab harga memang murah dan cantik berbanding semenanjung.

Blog travel seperti ini seharusnya meng"highlight'kan kelebihan tempat tersebut. Namun saya agak kesal daripada entri pertama pembaca sudah terpengaruh dengan cara penulisan puan yang menggambarkan kekosongan labuan. Maaf sekali lagi sekiranya saya tidak bersetuju dengan cara penulisan puan dan saya tau ini pendapat dan blog puan. Cuma Labuan tempat asal saya and i have to defend my hometown from being prejudice by others.

-Nora-

mizz dya said...

thanx nora. to think back, saya pun rasa penulisan saya unfair in judging Labuan. Cant agree more on part yg saya x buat thorough study in whats the beauty of Labuan.

Wudnt do the same on next review, In Syaa Allah.

Yg baik tu datang dr Allah, yg buruk tu datangnya dari kelemahan saya.

Mohon maaf kepada semua pembaca atas kekhilafan saya ye.

Anonymous said...

Usah peduli komen Nora tu. Org Local Labuan mmg defensif. Sy org asal semenanjung yg bekerja sini. Sy mmg setuju apa yg puan tulis ini. Mmg benar. Kwn2 Labuan yg blaja di semenanjung pun puji semenanjung mmg best. Org Labuan yg terperap dlm pulau ni hati mcm kaca

Anonymous said...

Pulau orang minyak ni kene expect barang pon mahal laa... Sama macam paka/kertih, xde apa tarikan tp harga makanan mengalahkan KL. Kalau pertama kali datang labuan ni tuk melancong ok la. Bajet dok 2-3 hari cukup. Kalau bajet x brapa tu, x payah rasa menyesal pon kalau x datang Labuan. Boleh spend duit "hard earn" tu kat KK lagi better x pon pg Langkawi kalau kempunan sangat nak coklat Daim murah. your money your choice.