17/3/2015
Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk aku bernafas pada hari ni dan menaip entry ni.
Seperti yang tertulis kat tajuk entry ni, ye, aku dah selamat melahirkan anak pertamaku. Bila? Di mana? Akan aku ceritakan kemudian.
Tapi saat melahirkan tu sememangnya saat yang tak boleh dilupakan sampai bila2. Terlalu sulit untuk diungkapkan dgn kata2. Hanya Allah dan wanita yang pernah mengalaminya je yang tau.
Hmm.. Nanti aku taip entry yg detail ye. Kena taip slow2 supaya x tertinggal walau satu saat pun. Bukan setakat untuk bacaan kalian je tapi utk kenangan aku juga di masa akan datang.
Ok la korang, mata mcm ngantuk ni. Nak tido kejap ye.
Wslm.
************
9/12/2018
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum my beloved reader sekalian.
Ok ok. I know. The gap is just too huge from my last entry to this date. But I cant help it since i was quite occupied with raising my first baby + work at the office + work as a mom at home + duty as a daughter and daughter in law + duty as a wife to my lovely husband.
I'm so sorry ye. I myself akan rasa dissapointed kalau baca title kat atas "Pengalaman bersalin" but none were told. Huhu.
Alright. Shall we continue?
Back on 2015, aku dah selamat melahirkan baby boy yang sihat on 8 Mac 2015. Ceritanya begini....(ala ala throwback dalam drama)
4/3/2015, Rabu.
On my 40 weeks pregnancy (4/3/2015), aku dah nervous bila laaa nak bersalin sebab my pregnant-mate semua dah bersalin. Ada yg cepat, ada yg lambat, tapi semua dah bersalin la. Sedih weyy sebab macam dah tak larat nak heret badan pegi keje dah time tu. Dengan tido yang tak lena, mengiring kiri kanan semua serba tak kena. So aku decided untuk ambil cuti awal dari my due date untuk berehat, berjalan2 kononnya utk mudahkan bersalin, dan bermalas-malasan la senang cerita.
Malam 4/3/2015 tu, konon2 aku berzumba la depan laptop. Goyang2 sikit nak bagi pelvic loose supaya mudah bersalin. Tu aim aku la. Dalam goyang punya goyang tu, tetiba rasa kaki terpijak air kat lantai. Dari mana pulaaa datang air ni? Bukan bau hancing, takde warna, and aku takde rasa terkencing or rasa ada air mengalir celah paha if itu air ketuban. Well, since ni first time nak bersalin, takde pengalaman, and dah on due date, aku inform husband. Kitorg bersiap2 dan terus gerak ke HKL dalam pukul 12 malam rasanya.
Sampai Hospital Bersalin HKL, register kat PAC sebab first time datang, then tunggu turn untuk dipanggil. Oleh kerana HKL ni terima semua jenis pesakit dari semua tempat, dan dengan limited katil yg ada, so treatment agak slow sikit la. But the staff sangat bagus. Dalam pukul 3 pagi gak la setel jumpa doktor dan cek 'jalan'. Doktor kata takde tanda yg air ketuban aku dah pecah dan serviks aku (pintu rahim) masih kat belakang walaupun pintu dah buka 2cm. So doktor suruh aku balik dulu. Dia bagi maksimum lagi 7 hari untuk tunggu tanda bersalin keluar (contoh: pecah air ketuban, keluar lendir bercampur darah, contraction yg kerap).
Dengan hati yg pilu, kitorg balik rumah dan qada' tidur. Huhu.
Selepas2 tu aku pun kerap la pegi berjalan kat IKEA untuk induce bersalin. Nak bersalin normal kan. Gigih weyy merayap sana sini, naik turun tangga. Kaki memang dah bengkak sikit time tu. Belum kira hidung yg kembang lagi. Hahahaha lucunya time tu.
7/3/2015, Sabtu.
Time tu takde buat apa pun kat rumah. Lepak2 atas katil sebab penat berjalan2 ukur shopping mall mana tah semalam. Bangun untuk mandi around 10 pagi camtu, eh??!! Ada darah+lendir kat panty! Darah+lendir ni sikit je. Macam hingus hijau kita yang ada blood spot sikit2. Tapi sebab aku nampak ni kat panty, so takkan la hingus pula kan? Hahahahaha. Adoi laaa nadia.
Setelah 10 bulan tak datang period (sebab mengandung la kan), dan akhirnya nampak tanda bersalin yg bagi aku paling valid la untuk serah diri kat hospital, perasaan time tu saaaaangat la excited bercampur takut. Dah inform husband, siap2kan diri dan barang yg nak dibawa, kitorg pun sekali lagi bertolak ke HKL. Sebelum keluar rumah tu, aku call mak, bagitau yg dah keluar tanda bersalin. Mak suruh aku makan 2 biji telur ayam kampung. Adoi mak..saat2 genting camni mana laaa nak cari telur ayam kampung pula. So sebagai alternatif, aku makan je 2 biji telur biasa tu. Telan mentah2 okayy!! Euwww
Doktor cek jalan, kata bukaan serviks masih 2cm tapi serviks dah ke depan so possibility untuk bersalin tu dah makin hampir la. Doktor suggest utk masukkan aku dalam wad. Katanya, dia tak nak ambil risiko tengok berita ada perempuan bersalin tepi jalan. Ye doktor, saya menurut perintah!
Bayar deposit RM300, masuk wad kelas 3. Pastu nurse offer pindah ke wad kelas 2 sebab ada kosong. Aku setuju sgt sebab wad kelas 3 banyak foreigner dan katil sangatla padat. Walaupun wad kelas 2 takde la best sgt pun but at least selesa lagi dari kelas 3. Syukur!
Dapat katil sebelah sorg mommy ni yg tgh tunggu nak bersalin gak. Rezeki dia, dia selamat bersalin malam tu juga. Sempat juga dia share tips dan teknik meneran dan cara sedut gas dengan betul lepas balik dari labour room. Dalam dia sibuk urus baby baru, aku sibuk laaa berjalan ke hulu ke hilir nak cepatkan bukaan rahim. Sambil2 tu aku minum air kosong yg dah dibacakan surah Al-Fatihah dan ayat kursi oleh husband. Ada masanya aku solat dan mengaji kat ruang solat dalam wad tu.
8/3/2015
Contraction mula around pukul 12 tengah malam. Aku mampu tahan lagi sakitnya so aku teruskan mundar mandir dalam wad. Dalam pukul 3-4 pagi camtu, dah makin sakit. Nurse cek jalan, dah 4cm katanya. Dia suruh banyakkan jalan lagi. So aku pun jalan la lagi. Bila penat, berehat tepi katil, goyangkan pinggang sikit gitu.
5 pagi, contraction dah makin kerap, setiap 3 minit je mengeras dan sakit. Husband tido dalam kereta kat parking HKL dari pukul 3-4 pagi camtu, lepas aku mesej/call mengadu sakit. Sanggup dia drive dari rumah ke HKL, prepare in case aku masuk labour room anytime, dia pun boleh follow sekali. By the way, wad kelas 1 je boleh ada penjaga temankan dalam wad. Kelas 2 dan 3, sila temankan diri sendiri ye. Uhuk uhuk.
Around 6 pagi, jalan dah buka 6cm. Sakit yg amat oiiiii! Nurse tanya, tanak tunggu sampai 8cm ke? Duduk labour room nanti dah takleh jalan2 sebab pasang CTG. Aku tak tahu la apa beza stay kat wad dan labour room so aku pilih labour room je, expecting akan cepat bersalin.
Masuk labour room, nurse pasang mesin CTG. Time tu aku ingat aku ada bawa baju baby je turun ke labour room. Botol air, handphone sume tinggal kat wad. Husband masuk sekali utk temankan. Tapi sebab sakit tu dah tak tertanggung, aku dah macam kuda nak terberanak tau. Terkedik terkedang menahan sakit. Pusing kiri kanan untuk kurangkan sakit but still, takde kurang pun. Nurse bagi aku sedut gas, katanya utk kurangkan rasa sakit. So aku pun praktikkan la apa yg jiran sebelah katil aku ajar. Sedut dalam2, tahannnnnn, lepaskan nafas. Ulang la beberapa kali. Dalam masa yg sama, pernafasan tu dapat la tenangkan jiwa. Tetapiiiii... Gas tu buat aku hilang akal pula rupanya. Aku punya gaya menahan sakit tu..sampaikan husband tanya, "you kena sawan ke?" hahahahahahaha
Well, not his fault. I definitely didnt expect the excruciating pain of giving birth. I keep on telling myself that i can do this. The others managed to do it, so why cant i? Gittewwww!!
Ye nadia. Semua orang berjaya beranak sebab semua orang pun hadap sakit yg sama. Cepat atau lambat je prosesnya. Aku dah siap merayu2 minta kena operate sebab dah tak tahan. Padahal kaki dah kangkang dah. Jalan dah buka 8cm camtu. Doktor pun pecahkan air ketuban. Panassss je rasa bila air ketuban mengalir keluar. Time seluk pecah ketuban tu agak kurang selesa dan sakit sikit la rasanya.
Done ketuban, contraction makin kerap and sakit yang aku rasa macam tak sempat nak bernafas, aku rasa nak teran sangat. Doktor dan nurse pun suruh push macam nak berak, katanya. Dari 4 orang je duduk dalam bilik aku tu, sebab aku menjerit kesakitan, bila aku buka mata, haaaa berderet2 doktor pelatih coat putih berdiri kat hujung katil aku. Menyaksikan pertarungan nyawa aku nak bersalin.
Lama2 push, aku dah tak larat. Aku dah tak ingat apa husband aku buat kat sebelah, aku tak ingat aku pegang ke tak tangan husband. Yang aku ingat, aku minta ampun sangat dengan dia. Merayu2 aku minta ampunkan segala dosa aku. Aku yang elok2 pakai tudung, tah kemana dah peginya tudung sarung tu. Berpeluh2 merah2 muka meneran. Sampai terberak ok! Still baby tak keluar.
Doktor decide untuk gunting episiotomy untuk bantu buka laluan. Dia siap inject bius dulu sebelum gunting. So aku tak rasa la sakit gunting tu. Aku just rasa macam kena gunting yg tak sakit dan 'luas' dah jalan. Tu je. Macam dah boleh push tapi aku dah takde tenaga. Then doktor minta husband aku tunggu kat luar bilik sebab diorang nak tarik baby guna vacuum. For info, husband cuma boleh teman jika ibu bersalin normal. Jika ibu bersalin dibantu dengam peralatan seperti forcep atau vacuum, doktor akan minta ayah untuk tunggu di luar. Takut si ayah pengsan kot? Atau emo tengok anak dia kecik2 dah kena sepit dek forcep or sedut dek vacuum? Tah la. Hehe.
Selepas beberapa push with vacuum besi assisted (ye! HKL guna vacuum besi ye kawan2. Huhu), Alhamdulillah baby berjaya dikeluarkan. Baby tak nangis tau mula2 tu. Doktor just tunjuk bebird baby and suruh aku sebut jantina baby, and terus bawa baby keluar utk sedut lendir, etc. Husband kata, few seconds after baru la dengar suara baby nangis.
Ok. Baby done.
Now time untuk keluarkan uri pula. Sakit juga weyh. Tapi tak sesakit bersalin la. Doktor tekan2 perut, tarik2 tali pusat kekiri kanan atas bawah then rasa ada benda besarrrrr nak keluar dari jalan yang sama. Bila dah keluar tu rasa ringan dan lega yg tak terkata tau. Pasti doktor seluk guna tangan pula ke dalam ehem kita untuk cek kot2 ada baki2 uri tertinggal. Macam kena rodok la perasaannya. Sangat tak selesa.
Ok. Uri done.
Last but not least, jahit laaaa ape lagiii. Hwaaaa.
Nurse kat HKL ni mostly senior2 and expert2 tau. Aku kena jahit tanpa bius. Sebab sakit bersalin tu masih terasa lagi, so cepat2 jahit la. Sakit la mcm kena cucuk2 jarum pastu bila dia tarik2 benang tu.. Sakit la. But stil tak sesakit bersalin. So tahan je la sambil menggigil kepenatan + sejuk. Btw luka jahit aku besar sebab ada extended tear sampai ke bontot. Sobsss
Ok. Jahit done.
Setel semua, aku ditolak naik ke wad semula. Tanpa baby ye kawan2. Sebab baby aku masuk nursery dulu untuk monitoring gara2 malas nangis time keluar tadi. Halahhhh anak omak nii. Tapi takpe. Aku naik wad, rehatkan diri sambil tunggu famili aku datang. Aku bersalin hari ahad so masa melawat tu lama la sikit. Best2. Sila bersalin hari sabtu ahad la kalau nak pelawat duduk lama2 temankan korang ye. Hihi.
Simply said, aku masuk labour room around 6 pagi, keluar dari labour room around 11 pagi camtu. Ada la 5 jam kat dalam nun. 5 jam yang penuh kesakitan!
Btw the moment aku nampak mak aku, aku salam peluk mak kuat2 sambil nangis. "Sakit makkkk, sakit sangat bersalin", aku kata. Mak senyum pandang aku, "Haa tahu pun. Sape kata bersalin tu tak sakit?" Kata mak. Memang kelat ah senyuman aku. Memikirkan perangai aku yang tak helok2 pernah dibuat depan orang yang bertarung nyawa lahirkan aku dulu. Maafkan nadia ye mak.
Dalam pukul 2 petang baru aku dibenarkan tengok baby kat nursery bawah, sama level dengan labour room. Husband bawa aku guna wheelchair sebab aku tak larat sangat sebab badan masih menggigil kesakitan dengan sakit contraction yang masih berbaki lagi. Time tengok tu, baby dah ok. Tak lama kemudian, nurse pun hantar baby ke katil aku. Maka bermula la proses penjagaan dan penyusuang baby tanpa bimbingan guru bertauliah. Pandai2 sendiri je urus baby.
9/3/2015, isnin.
Aku discaj lepas tido 1 malam lagi kat HKL. Kena pastikan dulu aku takde pendarahan yang melampau, baby dah berak kencing, dah cek pendengaran baby, baby dah dpt suntikan BCG, luka jahitan aku intact means tak putus, then baru boleh balik.
Maka bermula la episod berpantang. Aku pilih utk berpantang di seremban, di rumah mak ayah ku yg tersayang. Ni kan cucu pertama diorang, so feel tu lain. Sama2 belajar jaga baby dan cucu baru la kiranya. Hehehe
Alright. I think thats everything.
Pengalaman bersalin ni aku gigihkan juga utk tulis (selepas 3 tahun tertunda) supaya jadi kenangan pd diri aku sendiri bila baca balik nanti.
Terima kasih pada readers yg sudi baca entry ni. Semoga bermanfaat utk korang. For those yg sedang menghitung hari nak bersalin tu, aku doakan semoga proses bersalin korang dipermudahkan, dipercepatkan dan dapat bayi yg sihat, InshaaAllah.
Til next entry.
Wassalam.