17 January 2015
Soledad
Soledad.
I wonder what does that mean.
And now I know.
Not only the meaning.
But also able to feel it.
Right here, right now.
Deep inside.
Helplessness.
Its eating me from inside.
***
Back to Allah, Nadia.
You know He's the ONLY ONE that you have permanently in your life.
Who has never leave your side even for a second.
Who has never forget about you.
Who has given all sorts of test to you in order for you to always remember Him and come back to Him for help.
While others are leaving you, making you feel the emptiness, lost of love, He's always there.
Waiting patiently and never loose hope on you.
***
Out of so many things, the only thing that I cant accept is the look --- was it fake?
Has everything gone --- just like that?
I'm hurt.
But i believe its not important.
May Allah assist me in fixing this.
***
Allah's love is enough.
But His love comes in many ways which some of it I've taken for granted --- unnoticed.
May Allah ease my journey, strengthen my spirit and guide me to a better path in the future.
May Allah provide me His Mighty Love during this hard time.
May this test turn me and also my little khaliff in becoming a strong person.
I really need it.
Desperately.
26 July 2012
Ramadhan 1433H menjelma... syukur...
Wahh... Selamat berpuasa semua~~
Excitednya dapat bersua dgn Ramadhan kali ni. Rasa macam dapat durian runtuh bile bertemu Ramadhan. Hai Ramadhan, saya rindu kamu. Kamu rindu saya tak? Ecehh... x perlu kot buat Ramadhan ni macam kekasih gelap. Tapi yang pasti kehadiran Ramadhan ni memang menceriakn hati yang kian lama kian sepi dengan pahala yang melimpah ruah... Syukur tak terhingga...
Tapi aku cuma sempat puasa sehari dan terawih 2 kali sebelum hujan lebat turun mencurah2. Paham2 je la maksudnye ye. Hehe. Tapi apa2 pun hati ni rasa tenang sangat bila tengok masjid2 penuh! Sampai melimpah ruah makmum yang ingin menunaikan solat terawih dgn imam. Alhamdulillah. Seronok tengok muslimin dan muslimat yang hatinya lekat ke masjid. Sejuk perut ibu mengandungkan anda tau. Walaupun aku tau pemandangan ni cuma dapat dilihat ketika Ramadhan menjelma, tapi aku masih berharap agar di bulan2 yang lain, makmum akan melimpah seperti sekarang. Amin.
Aku yang tengah hujan lebat ni rinduuuuu sangat nak solat terawih. Sangat rindu! Hati ni rasa nak melekat je di masjid tu. Baca Quran di setiap selang masa. Kumpul pahala sebanyak yang boleh. Sama macam kita kumpul points untuk kad kredit la. Cuma kad kredit tu untuk dunia, tak kekal. Pahala ni yang kekal. Korang semua tau kan yang majoriti penduduk neraka tu terdiri dari golongan wanita? Tak sedih ke? Tak tersentuh ke hati bila tau fakta tu? Hmmm... hati aku selalu tersentuh tapi nape masih takde perubahan pun? Pernah aku terbaca dari artikel mana tah tentang seorang wanita di zaman Rasulullah s.a.w berkata: "Celakalah kepada manusia yang boleh tidur dengan lena apabila teringatkan neraka." Yupp... memang celaka sebenarnya! Sebab ape? Sebab dah tau neraka tu menakutkan dan azabnye memeritkan tapi masih bleh berdengkur lagi. Kenapa boleh jadi macam tu ye???
Pernah satu malam ni aku tak dapat tidur. Dah bergolek2 atas katil pun masih mata tak mau lelap. Tapi badan rasa letih dan mata rasa mengantuk. Bantal dah berkepuk2 bawah kepala tapi mata masih buntang. Tiba2 hati ni terdetik, 'indah sangatkah syurga tu??' Sambil tu membayangkan segala kemewahan dunia ni ada di syurga. Di syurga, semuanya awet muda, semuanya lengkap. Hati ni memang terkinja2 nak jadi salah seorang yang masuk syurga tapi kenapa diri ni taknak usaha lebih untuk masuk syurga? Memang betul semua umat Islam tu akan masuk syurga, tapi sebelum tu mereka akan masuk neraka dulu sebagai balasan untuk segala dosa2 yang pernah dilakukan sebelum ni. Laaaaaast skali baru masuk syurga. Sedih tak? Kalau Allah perintahkan untuk aku masuk neraka selama 1 hari, 1 hari tu takkan sama dengan 1 hari di dunia tau. Dah kenapa aku nak biar badan aku disiat2 selama 1 hari sedangkan dalam 1 hari tu org lain bergembira duduk di syurga??? Korang nak??
Tula fakta tentang kita. Kita tau tentang dosa pahala. Kita tau tentang halal haram. Kita tau tentang syurga neraka. Tapi kita masih leka. Sebab... kita terlupa yang neraka tu wujud dan pasti. Ya! Itu yang kita lupa. Oh ya, perasan tak yang cuaca sekarang ni makin panas? Tak tahan kan?? Keluar bawah panas sikit dah menggelupur cari tempat teduh. Yang perempuan makin tebal tenyeh sunblock kat muka, kat tangan, kat kaki. Tu realiti bahangnya matahari. Real kan? Cuba bayangkan yang neraka pun real mcm tu jugak. Korang duduk kelaparan di tebing sungai yang mengalir nanah mendidih didalamnya. Sangat lapar. Tapi yang ada cuma buah berduri. Sangat haus. Tapi yang ada cuma nanah mengalir mcm sungai. Apa pilihan yang korang ada selain makan buah berduri dan minum nanah tu untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga tu? Sanggup berlapar dan dahaga ke??? Nauzubillah... ngeri sangat sebenarnya. Bergenang air mata untuk seketika pada malam tu.
Aku pun taktau nak luahkan dengan kata2 betapa takutnya bila membayangkan neraka. Maafla. Aku bukan orang yang baik tapi aku ada rasa untuk berubah kearah kebaikan. Memang selalu terlupa tentang segala yang baik dan hanyut dalam kejahatan duniawi. Tapi... aku selalu mohon pada Allah supaya kuatkan imanku, hindarkan diriku dari perkara maksiat, tutupkan hatiku dari perkara yang tidak baik, ringankan tubuh ku untuk melakukan ibadah kepadaMu, dan macam2 lagi. Doa je ape2. Bahasa melayu, iban, cina, tamil, sume bahasa Allah faham. Yang penting, doa dengan ikhlas dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Aku harap aku dapat jadi insan/anak/isteri/ibu yang baik, solehah dan beriman. Amin.
p/s - ada masanya hati ni meraung untuk menjadi muslimah sejati tapi nafsu ni meronta2 untuk mengikut trend gadis2 sekarang. Tutupkan pintu hati kami ke arah maksiat dan kemungkaran Ya Allah....Amin...
02 August 2011
Puasa Hari Kedua 2011
24 November 2010
Pemergian Pak Uda untuk selamanya..AL-FATIHAH..
aku masih terasa kehilangan insan yg sgt berhati mulia bg ku.
insan yg sgt bijak menuturkan kata2 mahupun hati ini pedih menerimanya.
insan yg berjaya mendidik anak2nya hingga ke puncak dunia.
insan yg tabah menempuhi suka duka kehidupan sebagai ayah tunggal.
insan yg peramah dan memahami ibuku.
insan yg rajin melawat org sakit demi utk membantu menyihatkan org semula.
terlalu pahit utk ditelan hakikat bahawa nyawa pinjaman Allah telah dipulangkan semula.
pemergian beliau sgt aku rasai sebagai seorang anak saudara.
teringat detik2 2 minggu terakhir beliau sewaktu dimasukkan ke wad utk sesi chemo ke-4.
beliau berdiri d tepi tingkap, bersebelahan dgn aku smbil membuka sebiji ubat utk dimkn.
tiba2 aku dgr bunyi benda jatuh.
aku pandang ke lantai, ubat yg belum dibuka tu ada di atas lantai.
ku pandang pak uda yg asyik memandang ke luar tingkap.
pak uda pandang aku, kemudian pandang ubat di atas lantai.
"aah. x perasan lak. hujung2 jari pak uda ni dah kebas. sejak chemo sesi ke-2 lg. Dr kata ni mmg side effect chemo. juz Dr x bgtau awal2 b4 wat chemo tu sbb dia kata lain org,lain effectnye. skrg hujung jari kaki dan tangan, semua pun rasa kebas je. susah nk drive kereta. sbb kdg2 x sedar kaki tu dah pijak brek ke tak time nak brek kat trafiklite."
tersentap aku dgn kata2 pak uda. kesian pak uda. aku tunduk n ambil ubat tu dr lantai. nasib baik ubat x buka lg. klu x, kena minta ubat baru dr nurse. xkn la nk mkn ubat yg dah cecah lantai. aku keluarkan ubat tu dr bekasnya dan hulur kat pak uda. pak uda tadah tangan.
"jgn letak kat hujung jari ya. x rasa. nanti jatuh pun pak uda x sedar. letak kat tapak tangan."
sedihnya! rasa mcm nk peluk je pak uda time tu! tp sbb aku waras time tu, aku x buat la kn. since aku mmg x pnah peluk pakcik2 aku. malu sey. so ubatnya aku letak kat tapak tgn. pak uda pun mkn ubat tu then minum air. selesai minum air, dia pndg botol air tu.
"lidah pun dah x rasa sgt.mkn benda manis ke, masin ke, semua pun xde rasa.hmm..."
kata2 pak uda serius membunuh aku. aku rasa mcm nk mati. aku letak diri aku kat tmpt pak uda. mana mungkin mkn J.Co x rasa apa2?? mcm mana aku nk menikmati McFlurry nnt?? paling kurang pun sambal belacan buatan mak yg sedap tu. adakah aku kena mkn 1 sudu penuh br dapat rasa walau sedikit pedasnya?? kesian pak uda! sgt kesian! sabar sungguh dia tempuhi ujian ni pd umur 61 tahun ni. aku pandang pak uda lg. sejak chemo, pak uda tampil dgn imej bertopi ala2 Maher Zain. kerana? rambutnya sudah gugur akibat chemo. keningnya pun boleh dikira dgn jari je berapa helai yg tinggal. mmg akibat chemo.
"sabar ya pak uda. nnt dah habis chemo, beransur2 sembuh la tu. kita doa sama2 ye."
aku cuba utk tenangkan hati pak uda. wlupun aku tau, dia tau hakikat sbnr yg dia hadapi. aku pun x tenang sbnrnye. rasa mcm ujan dlm hati aku ni. ujan airmata. sayu sgt. mak uda meninggal lebih kurg 20 thn yg lalu. spjg tu pak uda x cari pengganti. fokus pd anak2. skrg dlm keadaan pak uda yg kurg sihat ni, anak2 dia bergilir2 jg dia time dorg free. sweet kan?
selang bbrp hari (dlm 2 weeks pastu) aku dpt berita yg pak uda dpt lung infection due to low antibody. platelet dia turun mendadak. so dia gasping for air sbb air x cukup utk tissue perfusion. so mula2 Dr bg nasal cannula. bila x jln, bg non-rebreathable mask. lama2 x jln gak, Dr bg C-PAP plak. mlm yg aku dtg jenguk dia kat wad, dia on C-PAP. xleh ckp sbb nnt breathing dia x serentak dgn machine. so aku byk wat signal je. tanya dia ok ke x smbil buat thumb up and down. dia balas dgn thumb up! kuat pak uda ni. dlm sesak nafas cmtu, dia tanak kita risau. tgn dia sejuk je. tp blkg bdn berpeluh2. kebah dr demam.
kaki dia dah makin kurus smpi tulang keting timbul. pak uda ni suka main badminton. so aku kata,bila dah sembuh nnt leh lawan dgn Lindan, pemain badminton china tu. pak uda gelak! smpi terbatuk2 dibuatnya sbb breathing x nk tally dgn machine. aduh! rasa bersalah dibuatnya. maaf pak uda.
tp sgt hepi bila pegang tgn pak uda, salam dan kenalkan diri sebagai nadia, pak uda angguk dan senyum. dia kenal aku meskipun aku pakai mask sbb nk elak dia dpt further infection. terharu sbb dia kenal aku. yg hakikat sbnrnya ialah x ramai pun anak saudara dia yg dtg menjenguk. aku antara yg kerap sbb mak aku sgt rapat dgn pak uda. pak uda tu abg kesayangan mak, kata mak.
mlm tu lawat pak uda kat wad. esoknya dpt berita yg pak uda masuk ICU! cuak dah aku sekeluarga. raya haji tahun ni aku sambut dgn pak uda kat ICU. aku lawat dia. utk masuk, kena pakai mask lg. dan again! pak uda senyum dan angguk bila aku salam dan cium tgn dia pastu knalkan diri. dlm keadaan pak uda yg sgt x sihat tu, dia kenal siapa yg dtg lawat dia! aku urut lengan pak uda. aku nk dia rasa bahawa ada org yg care psl keadaan dia. nk bg dia selesa wlupun aku nmpk kat screen yg SpO2 dia x begitu baik. 86% kot!
tiba2 nurse minta aku kuar sbb nk buat prosedur ape tah. aku pon tatau. dah lama dok kat luar tu, mak bgtau yg pak uda dah x sedar sbb Dr sedate dia sbb Dr masukkan tiub dlm mulut dia untuk bantu dia bernafas. darah kuar dr mulut dgn hidung pak uda. mak nangis. kesian tgk abg dia dlm keadaan camtu. terkilan sbb x dpt tgk sebrg reaksi dr abg dia, apatah lg suara! aku fhm keadaan tu. intubation mmg perlukan sedatif utk kurgkn sakit pd patient. cuma dlm keadaan pak uda camni, tatau bila tiub tu akan dibuka.
esoknya, kat umah s2, mak kata keadaan pak uda better. SpO2 meningkat smpi 90%++. good sign. since mak letih, x lawat pak uda.
next day, abg imi (anak ke-2 pak uda) bgtau yg SpO2 drop balik. half from yesterday! aku terkedu! terus bergegas ke ampang dr seremban. around 7 pm gitu, semua ahli keluarga yg ada dipanggil masuk ke ICU sbb pak uda nazak! time tu aku br lpas solat maghrib. br niat nk masuk tgk pak uda n bc selawat kat telinga dia. rindu nk dgr suara pak uda.
kat dlm ICU, bilik pak uda dah bertutup langsir. tp dr celah2 langsir tu, aku nmpk Dr tgh buat CPR kat pak uda. i know what it means! waktu tu tgn aku dah mula tutup mulut. x dpt bygkan apa akn berlaku seterusnya. ahli keluarga yg lain pun terintai2. penat nurse cuba tutup langsir tp asek x rapat je. rezeki utk kami.
aku tgk, dada pak uda kena tekan mcm lembik sgt. pak uda nmpk unresponsive. aku x pasti adakah sbb sedatif ataupun pak uda dah x sedarkan diri. tgk kat monitor plak, SpO2 around 75%. tu pun aku yakin sbb Dr buat CPR. nape aku yakin? sbb aku tgk pulse dah xde, BP pun xde. lg la ECG line tu..kacau bilau line tu sbb CPR. tp aku tau, miracles happen. bkn aku x pnah tgk patient kt HUKM yg on CPR survived. baby pun ade yg survive sbb CPR. cuma semuanya disbbkn trauma. tu aku pasti. tp pak uda, based on lungs x-ray, both lungs dah putih. xde kaler hitam lg yg menunjukkan xde ruang utk pertukaran O2 dan CO2 lg. putih2 tu sbb penuh dgn infection. aku fhm apa maksudnya tu!
dlm 5 minit masuk ICU, Dr terpacul kat pintu bilik pak uda n panggil waris. time tu kami semua dah berpandangan. bila anak sulung pak uda muncul, Dr kata:
"kami dah cuba bantu dia dgn buat CPR tp dia x respon pd CPR kami. since vital signs dah xde, sy pronounce dead @ 7.30. bykkan bersabar ya."
x semena2 semua menangis! x jangka kot! semlm SpO2 tu pak uda dah meningkat naik, tiba2 arini 'pronounce dead'?? x sempat aku masuk kot td. skali masuk, pak uda dah nazak n now meninggal. airmata jatuh ke mask. x sentuh pipi. sedihnya. terlalu sedih suasana time tu. surah Al-Fatihah x henti2 di bibir. aku masuk ke dlm bilik pak uda. pak uda kaku. anak2 dia pon masuk. semua menangis. yg paling bongsu adalah yg paling rapat dgn pak uda. 3 kali percubaan dia utk cium dahi ayahnya tp terhenti kerana airmata yg hampir jatuh.
saat itu la semua org sedar bahawa seluruh keluarga (hampir seluruh) berkumpul di ICU. sama seperti kata2 pak uda dulu:
"aku mati je baru semua org berkumpul."
pak uda dah x bersuara lg. kata Dr, dia sempat lafazkan kalimah syahadah ke telinga pak uda. syukur! pak uda dah kaku. x bergerak. aku pandang monitor dgn harapan keajaiban akan berlaku. aku doa dlm hati minta Allah hidupkan kembali hamba-Nya ini. tiba2 kat monitor detect pulse 143 bpm dan SpO2 75%! aku pandang lama2 monitor tu. x percaya. x smpi 5 saat, angka tu hilang. tiada sebarang angka lg muncul di monitor. aku tunggu gak. tp mmg dah tiada apa2.
kehilangannya.. terasa sgt. lpas ni dah xde pakcik yg balik2 suh dtg umah kat gombak. dah xde pakcik yg sgt terer memasak. dah xde pakcik yg suke wat lawak n sgt bersahaja dgn aku. dah xde pakcik yg bleh dgr luahan mak aku ttg mcm2 perkara. dah xde. dia dah xde. utk seketika, aku x percaya.
Ni la pak uda aku, Maidin bin Khalid. pic ni time kat Janda Baik aritu, before dia kena kanser kulit yg menyebabkan dia on chemo.
aku tau pak uda x baca blog aku. x pnah baca pon. dan skrg xkn dpt baca. tp aku nk dia tau n korg tau yg aku rindu kat pak uda n aku masih x percaya dia dah xde. semoga Allah menempatkan pak uda di dalam golongan org2 yg beriman. Amin. Sama2 la kita mendoakan beliau.
p/s :Meninggal pd 20/11/10, jam 7.30 pm di Hosp Ampang. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Sri Muda, Gombak.
15 September 2010
hepi pastu sedih..
arini pepagi lg aku folo mak g hntr mknn ke hosp utk akk n adik aku.
akk aku br lpas op yg ke-3.
seriau sey bila pk yg dia kena bius utk op tu tp bius tu x thn lama.
so along d op procedure tu, dia mmg rasa ah sakit kaki dia kena jahit.
cuma dia terlalu lemah utk jerit kesakitan.
sabar la kak..dugaan Allah utk hamba-Nya..
dah sudah ke hosp, mak hntr aku ke komuter..
utk ape?
aku nk siapkn esaimen so aku kena la g pinjam buku.
lgpun suasana dok kt library hukm tu sunggoh berbeza dan menjadikan mood study aku meningkat jd 200%!! poyo seyh..
so dah sudah tu g la jumpa ehem ehem..hehehe
br la nk hepi dpt jumpa kn..terpisah akibat tuntutan keluarga masing2..
ye la..kitorg kn artis yg sentiasa diperlukn..(bkn kuli ke??oopss)
kerana tuntutan keluarga lg, balik la aku ke pangkuan keluarga sbb mak xde member nk gosip..
alih2..bila dh balik umah tu dpt plak berita cedeyh..
dia kena g tganu?? WUTT???!!!
tgh mlm ni lak tu. sob3..
pilunya rasa hati..uhuk2..
tp apakan daya..dlm pilu2 tu sempat lg conteng blog kn..hehe
tatau nk luahkn kesedihan pd sape...
sume tmpt pun dah penoh..
terpaksa luahkn pd kertas x berdakwat nih..xleh koyak pon..
cuma kertas ni bley pecah je time mengamok.ahaks..
apa2pun b, semoga slmt pergi dan slmt kembali ke pangkuan daku ya..(erk??)
x nmpk pun dia g jejauh tp batin tu terasa ba..sob3..
sekian saje luahan hati yg lonely smbil tunggu kain dlm mesin kena spin..
wslm..
*i mishyu dear..sob3..
