06 April 2013

My Skincare 7 - NDZ Review

Assalamualaikum semua!!!!

Ahh bahagianya hari ni. Dapat rehat dan buat entry baru. Actually, aku baru keje kat satu company ni. Masuk keje 1 April aritu. Hihihii. Kesimpulannye semalam ialah hari kelima bekerja kat sana. Overall okay la. Tapi tu nak cite dalam entry khas nanti lah.

Anyway, nak sambung lagi kisah-kisah produk penjagaan muka yang aku pernah pakai. Nak tau tak ape benda? Ha? Dah tau??? Ala.... tak aci la kan dah tau sebab aku dah tulis kat tajuk entry. Hahahaha. *Sedihnye berkomunikasi sensorang. Macam DJ radio lak. Takde feedback. Huhu*

Produk yang aku nak cite kali ni namanya NDZ @ Nur Darwisyah Zakirah ye. Namanya macaaaaam nama manusia tapi sebenarnya ni bukan manusia sebenar tapi dia menyamar sebagai produk muka. Ehehehe. Okay serius! Produk ni memang produk penjagaan muka, takde menyamar2. Dia tak boleh lari sebab takde kaki sebab dia bukan manusia. Ngerti? Ni rupa produk tu ye kengkawan...


Produk NDZ ni ada 2 barang je iaitu krim dan sabun muka (oren). Aku mula tau pasal NDZ ni bila kawan akak aku promote kat akak aku. Well, not exactly promote la tapi sebab kawan akak aku ni model photoshoot (nama dirahsiakan) so kena sentiasa kekal cantik atau lebih tepat lagi cantik tanpa make up ye. Nak yang ori gitu. So kebetulan satu hari ni dia sefamily balik kampung kat johor dan dia terkejut tengok cousin-cousin perempuan dia yang sebelum ni kulit muka diorang kusam dan gelap, alih-alih tengok dah cerah! Bila dirisik-risik, rupanya cousin dia ni pakai NDZ. Start dari situ la dia pun mula pakai NDZ ni. After few months pakai, kebetulan kami join satu event ni bersama-sama (aku, dia dan akak aku ye). Bila akak aku nampak kulit dia yang sangat cantik tanpa make up time event tu, akak aku pon tanye la. Then dia dengan baik hatinya share pasal NDZ ni. The end~ *ecehh*

Bila aku tau pasal produk ni, punggung jadi panas je sebab nak sangat try. Bukan ape, klau korang kenal sape model ni dan tengok camne kulit dia, aku rasa korang pun akan terus berlari dengan sepantas kilat untuk dapatkan NDZ ni tau! Hah sampai gitu skali taksubnye. Hahahaa.. Tapi serius ni. So dalam masa beberapa hari selepas event tu, aku dapat beli set NDZ ni dengan harga RM50. Mahal ke murah? Aku pun tak tau la. Tagline NDZ ni ialah..


"Beri bukti, Bukan janji"

Hah, konfiden tu! Diorang janjikan yang hasil akan mula nampak seawal 2 minggu. Akak yang jual tu pun kulitnye putih dan mulus! Lagi la panas punggung nak cepat-cepat try. Hihi. Nak-nak lagi aku punya kenduri kawin lagi 2 minggu. Mesti tak nak lepaskan peluang untuk cantikkan kulit. Akak tu pesan, dalam masa 2 minggu pertama ni jangan pakai apa-apa bedak. Maksudnya keluar rumah pakai krim tu je. Aku tak kisah sebab aku ni memang spesies comot skit, takde hal lah nak kuar rumah tanpa bedak. Adik beradik aku takleh tak pakai bedak sebab nampak kusam dan macam oily katanya. 

Okay, cukup dengan introduction. Mari aku mula review pasal NDZ ni. Mula-mula aku potong sabun tu jadi kecik-kecik untuk jimat (kononnye lah). Pastu aku cuci muka guna sabun ni setiap kali time ambil wudhuk untuk solat. Lepas tu aku pakai krim ni setiap kali selepas solat. So total dalam sehari aku cuci muka dengan sabun dan tenyeh krim ialah 5 kali sehari. Dalam hari ketiga camtu aku mula rasa kulit mengelupas tapi tak pedih pun. Setiap kali cuci muka tu, aku akan gosok-gosok muka sebab rasa macam ada daki. Sebenarnya tu la kulit mula yang tengah terkupas. Lagi mudah kulit mati tu ditanggalkan kalau kulit kita basah. Oleh sebab aku tak pakai bedak time keluar rumah so muka nampak macam oily/berminyak/basah/berkilat je. Mak aku pakai krim ni dan pakai bedak cina kat muka, nampak la ade kulit terkupas kat muka. So jangan pakai bedak ye puan-puan. Hehe..

Dah hampir 2 minggu pakai NDZ ni, memang adik beradik aku tegur kata kulit dah tak kusam sangat. Yeay! Best2. Nak lagi best? Time MUA @ Make up artist @ Jurumekap tu make up muka aku untuk nikah, dia pun tegur kata kulit nampak sekata sangat. Well, takkan dia nak kata kulit nampak cerah pulak kan sedangkan dia jarang nampak muka aku sebelum ni. Hehe. Tapi memang kembang kempis la rasa. And again, memang takde gambar untuk ditempek kat blog ni sebab aku memang bukan jenis yang suka ambil gambar sebelum dan selepas. Sebab aku nampak ape hasilnya kan so aku yakin and sebab tu aku share pengalaman aku guna produk ni kat blog picisan aku ni. Terpulang pada korang nak percaya atau tak ye. Huhu.

After quite sometime gak la aku pakai NDZ ni, aku rasa macam kulit makin nipis dan bila terdedah bawah matahari tanpa pakai krim ni atau apa-apa sunblock/bedak, kulit rasa panas sangat. Pastu bila skip-skip pakai, kulit macam kusam balik. Tapi bila pakai krim berterusan, kulit jadi elok. Tak macam produk lain yang aku pernah try, bila skip kulit jadi kusam dan bila pakai balik krim masih kusam. Tu produk lain la. Hehe. Akak aku plak siap pakai krim NDZ ni kat tangan dia lagi sebab nak cerahkan tangan katanya. Dan memang cerah! Makin gigih la dia tenyeh krim tu kat tangan dia sebab kesan krim tu lagi cepat daripada kesan pakai losyen, katanya. Hahaha. Bankrup company losyen kalau tau maklumat ni :P

Kesimpulannya, aku boleh katakan yang NDZ ni ialah produk instant macam Milo 3-in-1. Kalau nak hasil yang cepat dan berkesan, boleh try NDZ ni. Sebab produk ni memang bagus ye. Kalau nak kulit cepat cerah sebelum majlis, pakaila krim ni sebulan sebelum majlis korang. Krim ni mungkin dapat membantu. Pun boleh pudarkan parut tau dengan harga yang boleh tahan murah sebenarnya. Oh ye, kalau berminat nak try NDZ ni boleh call/sms no ni - 0132451563 ye. Beli dengan orang ni murah sikit. Kurang dari RM50 la kalau aku tak silap. 

Okay? Alright? Renung-renungkan dan selamat memilih... 

16 comments:

diba's said...

mai tinjau blog ni :)

http://www.awananeonight.blogspot.com/2013/06/aura-white-muraahhh-rm130-sahaja.html

Anonymous said...

saya pakai ndz dah lebih dari setahun. x pernah mengelupas. maybe ikut org kot? tapi mmg berkesan la. kalau ada bekas jerawat cepat je hilang.. :)

mizz dya said...

Maybe la kot ikut orang. But now x pakai NDZ dah. produk skrg xde kupas2 kulit tp kulit jd lebihhhh cerah. Hehe. Tak menyesal try NDZ sbb NDZ sgt membantu dulu time nak kenduri kawen. tengkiu NDZ~

Unknown said...

cam menarik je.nak try jgk la utk muka yg berparut degil ni..camne nak order..

mizz dya said...

ummu, dulu time sy pakai ndz memang saya jual. sekarang takde dah sebab dah tukar produk. huhu. maybe boleh search kat mana2 website. senang je nak jumpa :)

Anonymous said...

So. Sekarang awak guna produk apa? Nak tahu gak hehe :)

mizz dya said...

sy ade pakai 1 produk ni. sgt simple. nanti sy buat entry baru. huhu

Unknown said...

Saya baru beli produk ni,RM 65..tpi saya mintak less,dia bgi rm60 sb cakap dia,harganya rm70..betulker..cam mahal jer..tak pasti ori ke tiruan plak tu...

Anonymous said...

Na gune tp takot .. And now sy gune dy pnye sabun je .. Sbb dha try byk produk .. Hsil nye sgt mngcewakn

Anonymous said...

Kdai sy ad jual. Bole dpt harge murah ... Klau nakk bole ckp dgn sy . Djmin original .. Sbb sy jual tmpt tbuka . Takan tiruan plk kn

Unknown said...

Hr ni hari ke-3 cy pakaii. Tp serious. Cy mmg suka sgt pki ndz ni. Baru 3 hari pakai muka tegang sikit dan mse cuci muka tu kulit kering semua keluar,pastu jerawat pon kecut dan kering dah. Harap kulit akn btambah baik lagi lpas ni :)

Unknown said...

Nak try...jual brp?

mizz dya said...

Based on my experience menggunakan NDZ ni, memang kesannya cepat dan agak memuaskan. The only thing yg x memuaskan (bagi saya ye) iaitu once saya stop/skip pakai atas sebab terlupa/malas, kulit cepat jadi kusam. Hmm... so macam rasa kurang seronok disitu.

Tapi tak salah kalau korang nak try. Kesannya memang instant.

For NDZ seller, boleh la tinggalkan contact no korang kat blog saya ni. Senang kepada buyer yg interested untuk place order.

Selamat berniaga~~

Rafica Resources said...

Tq dear..saya ada ndz komestik
whatsapp 012 3184080
umieyanni.blogspot.com.my

Unknown said...

Nak tanya. Krim dia tu ada uv care tak.

Dya said...

Rasanya xde uv care sbb tu rasa pedih2 bila pakai krim je dan dok bwh matahari.