Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

01 March 2013

Sebaceous Cyst & Kaedah Rawatannya

Assalamualaikum.

Di hari Jumaat yang serba mulia ini, aku nak berkongsi maklumat kesihatan/kecantikan dengan korang semua. Aku tau, tak kira la berapa usia korang, tua atau muda, asalkan namanya wanita, bohong kalau tak pernah terdetik untuk sentiasa kelihatan cantik kan? Sebaiknya untuk cantik, kita mestila kekal sihat. Especially kulit kita, wajib la di jaga dengan rapi. Ehehe.. nak masuk dah ni... 

Okay, bercakap tentang penjagaan kulit, jerawat bukanla satu-satunya masalah yang kulit kita hadapi tau. Jerawat ni kira baiiikk lagi sebab dia sudi pecah dan keluarkan isi dia yang tersumbat tu. Tapi kalau korang dapat spesies 'kakak jerawat' yang ini, picit sampai mati pun kotorannye takkan menyerah diri dengan sukarela tau. So ape nama 'kakak jerawat ni'?
Namanya ialah...

Sebaceous Cyst!

Cara sebutannya ialah 'sebeishes sist' ye. (sengetkan mulut tu sikit)



Tadaa! Camni la rupa sebaceous cyst tu. Benjolan-benjolan macam ada telur kat bawah kulit. Takde 'mata' macam jerawat yang kita selalu nampak tu kan? Dan sebaceous cyst ni juga takkan 'masak' macam jerawat ye. 

Macam mana sebaceous cyst ni berlaku? 




Sebaceous cyst berlaku akibat penyumbatan kelenjar peluh di bahagian kulit atau akibat trauma/kecederaan. Bila tersumbat, segala minyak yang sepatutnya keluar ke permukaan kulit kita akan terperangkap dan menjadi keras kat bawah kulit. Kalau korang jenis yang suka picit jerawat, bayangkan 'nasi' yang keluar lepas korang picit jerawat tu terkumpul dan mengeras kat bawah kulit kita, menarik tak? Hehe. Memang la tak menarik kan. Tapi sebaceous cyst ni tak sakit tau. Korang cuma akan rasa tak selesa sebab ada benjolan kat bawah kulit. Tu je. Macam dalam gambar kat atas, nampak urat-urat dah sebab kulit tu dah jadi tegang. Walaupun ada yang biarkan je cyst ni duduk diam kat bawah kulit, tapi ada komplikasinya tau. Contohnya seperti cyst ni boleh terkena jangkitan dan akan bernanah dan jadi busuk ye. Kalau dah busuk, takkan nak simpan lagi kan? 


So, ape kaedah rawatan untuk cyst ni ye?

Kaedah pertama: Ada website yang mencadangkan untuk tuam cyst ni dengan kain yang panasnya suam-suam kuku supaya ketulan kat dalam tu mencair dan surut. Kaedah ni boleh buat sendiri kat rumah la kan.

Kaedah kedua: Pembedahan kecil dengan membuang isi kandungan dan kantung yang membalut isi tu. Walaupun agak menakutkan tapi ni adalah kaedah terakhir dalam senarai pilihan rawatan ye. Huhu. Boleh dilakukan di hospital atau di klinik kulit swasta pilihan korang.


Peringatan

Sebaceous cyst ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam dunia ni. Benda ni ikut nasib la. Kalau dah kena tu, buat la ape yang patut kan. Tak kisah la macam mana rajin dan berdedikasi pun korang jaga kulit, benda ni tetap boleh berlaku kat korang. Selagi namanya kulit, cyst ni boleh muncul di mana-mana je tau. So sila cek badan masing-masing secara menyeluruh, kot-kot ada cyst yang menyorok selama ni. Kalau rasa tak yakin, boleh jumpa doktor. Mudah bukan?


********************

So kenapa aku baik hati bercerita tentang 'musuh' kulit ni? Sebab aku adalah salah seorang yang bertuah yang mempunyai cyst ni. Adalah normal untuk kulit aku ade jerawat batu yang duduk bawah kulit dan menyakitkan. So bila cyst ni muncul, aku ingat cyst ni pun jerawat batu yang boleh 'masak' dan dipecahkan macam jerawat batu sebelum ni. Aku pun menanti dengan penuh sabar dan tabah sambil tangan ni rajin la membuat percubaan untuk picit cyst ni. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tapi masih takde tanda-tanda yang cyst ni akan 'masak' dan menyerah kalah. Aku pun search maklumat pasal benda ni kat internet dan seorang doktor dari klinik kulit KO bagitau yang masalah aku ni mungkin sebaceous cyst. Bila aku search info pasal sebaceous cyst ni, rawatannya ialah pembedahan kecil untuk buang semua isi cyst ni supaya cyst ni tak naik lagi. Doktor tu bagi harga RM200 untuk buat prosedur ni sebab saiz cyst aku kecil lagi, 1cm x 1cm. Kalau besar, mahal lagi la harganya. Sebab aku kata aku ni student, dia bagi 10% discount, total of RM180. Tapi aku ni sayang duit walaupun mak dah membebel suh buat sesuatu dengan cyst ni. Bukan apa, aku rasa macam mahal sangat nilai duit tu. Lagipun situasi aku ni tak urgent pun so aku decide untuk dapatkan referral letter kat klinik kesihatan.

Dah dapat referral letter kat klinik kesihatan, aku pegi ke HUKM untuk buat appointment. Lepas 2 minggu aku dapat set appointment jumpa doktor, dan pada tarikh yang ditetapkan, bila doktor tengok benjolan tu, dia terus kata, "Oh ni sebaceous cyst. Nak buang?" Melonjak gembira hati aku bila tau diagnosis doktor HUKM ni sama dengan diagnosis doktor klinik KO tu. Tapi lepas tu jadi cuak. Buang? Maksudnya nak buat pembedahan la kan? Huhu. Aku angguk. Set date untuk surgery, 2 minggu dari tarikh appointment tu. Dan hari ni adalah hari untuk buat surgery membuang sebaceous cyst kat pipi kiri ni. 

Seawal 7.30 pagi, aku dgn hubby ke HUKM. Sampai kat bilik Minor OT/Daycare Surgery HUKM, tunggu turn sampai doktor datang cek. Hari ni je ada 3 patients termasuk aku untuk buat prosedur buang cyst ni. So jangan main-main. You might be the next one! Hahahaha. Okay gurau! Walaupun aku datang awal, tapi sebab aku tunggu kat ruang yang salah, so aku jadi last patient untuk dibedah. First come, first serve la. So far macam setiap patient amik masa sejam dari saat diorang masuk sampai la keluar dari dewan bedah. Makin cuak ni. 

Lepas tukar baju bedah, masuk dalam dewan bedah dan baring mengiring ke kanan sebab cyst tu sebelah kiri. Yang takleh tahan tu, soalan pertama doktor kat aku, "Awak ni anak Saleh Yaakob ke?" Aku terus gelak. "Doktor, kalau ayah saya Saleh Yaakob, nama saya akan jadi Nadia binti Saleh Yaakob dan bukannye Nadia binti Salleh je. Mesti mau femes tumpang nama ayah." Doktor pun gelak2. Adoiyai doktor, sabar je la dengan soalan tu. Huhu. Bila dah baring elok tu, tutup badan dengan selimut sebab bilik bedah sangat sejuk ye, then doktor cucuk ubat kebas kat bahagian cyst tu. Sakitnye!!! Sampai mengerekot kaki ni menahan sakit. Sementara tunggu ubat kebas berfungsi, doktor tutup mata aku dengan gauze, "Nah ni nurse ade prepare spek mata untuk awak." Spek you! Sebenarnya spek tu untuk elak aku silau dengan lampu dewan bedah tu. Then baru dia cover kepala aku dengan drape atau kain hijau yang steril, cuma dedahkan bahagian cyst je



Mula dengan Bismillah, dia tekan-tekan kulit aku. "Sakit tak?" "Sakit lagi la doktor! Rasa menyucuk-nyucuk," aku jawab. Serius terasa kot. So dia cucuk lagi ubat kebas. Pastu baru dia mula belah dan buat ape yang patut. Aku rasa sangat trauma dan cuak sebab aku boleh dengar apa yang dia cakap, contohnya time dia minta blade dan scissor untuk belah kulit ni. Mak aihhh... Allah je yang tau betapa cuaknya aku. Tapi walaupun dengar, tak rasa sakit pun. So kurang sikit rasa cuak tu. Hehe. Aku ni kan penakut.

Sambil doktor ni kerjakan cyst aku, dia ajak aku berborak. Sebenarnya aku kenal doktor ni sebab aku keje part time kat klinik surgery dan dia salah seorang doktor yang treat patient kat situ. So bila dia akhirnya cam sape aku,"Laaa... nape awak tak cakap awal-awal? Kalau tak, saya buat awak dulu. Tapi takpe. Disebabkan saya ni seorang doktor yang adil, saya buat patient yang datang awal dulu. Sape suruh awak datang lambat?" Korang nampak tu? Nampak tak gurauan kasar dia? Hahahaha. Memang tak tahan nak gelak la sebenarnya. "Itu semua poyooooo." Kata doktor lagi satu sambil gelak-gelak. "Ohh patut la saya tengok awak pakai tudung ke depan semacam je, rupanya tutup jerawat batu ni." Doktor ni memang nak kena saman agaknye. Huhu

Setel bab belah, korek dan cuci, masa untuk tutup belahan tu. Jahit time! Yang ni aku tak perasan bila dia mula menjahit sebab aku tak dengar bila masa dia minta benang tu. Aku perasan bila rasa macam dia tarik-tarik kulit ni. "Jangan risau ye Khairun, saya jahit cantik-cantik untuk awak. Nanti abang awak tengok, eh, macam takde buat surgery pun? Saya dulu time houseman, kena sambut bayi lahir. So saya dah biasa jahit koyak epi (koyak time bersalin) kat pompuan ni. Sampai abang diorang kata, eh macam anak dara la!" Tak kau melampau statement doktor ni? Hahahaha. Punya nak tunjuk yang skill jahit dia tiptop! Takpe doktor, nak tau tiptop ke tak, tunggu apoimen kita lagi 2 minggu ye.

Setel, jahit dan tampal gauze kat pipi ni, bayar bil. Sebab aku ni tak keje so manade GL macam orang gomen kan, bayar la cash. Nak tau tak bape bil aku? Hehehehe. Sengih manjang dulu....



...cuma RM50 je.


Iye! Murah kan?? Aritu akak staffnurse tu kata RM100. Syukur Ya Allah. Sesungguhnya apa yang Kau aturkan lebih indah dan mudah. Dapat ubat tahan sakit (diclofenac) lagi. Setel tungtangtungtang, balik rumah jam 12.30 tghari dengan pipi bertampal. Bantai makan nasi ayam berempah then tido time hubby gi solat Jumaat. Baik wife dia ni, tak perasan bila hubby pulang dari masjid. Hehe. 

Di kesempatan ni, nak ucap terima kasih banyak-banyak kat hubby sebab sudi teman pegi HUKM dari pagi sampai tengahari. Maaf ye kalau menyusahkan. Huhu... i love you! Auww~




12 December 2011

Ubat ohh Ubat...~

assalamualaikum uols~

yesss!!! bukan broadband YES tp yesss mmg dah lama sgt x update blog. dan yesss mmg xde sape nak menunggu hapdet kat blog aku neh. ok fine! majuk ah camni!

aku x sibuk tp aku menyibuk je. mmg sibuk ok! sejak2 bergelar student ni, x pnah la aku sesibuk nih. siyes weh! hahaha.  even aku sendiri pon tatau nape aku sibuk.

ohhh ohhh aritu ade la kan time cuti... aku demam panas tau. naik smpi 39 darjah selsius gitu! menggigil wey badan ni. punye la sejuk ku rasakan tp sbnrnye bdn tgh demam melampau. x abis smpi kt situ je. migraine pon dtg menyerang2 bagaikan badai di angin lalu. tp migraine ni x lalu je ye. dia stay skit punye lama. pergh!!! sakit yg amat gitu. maka pergilah aku dibawa ke satu tmpt utk mendapatkan rawatan.

oleh sbb sakit sgt n dorg tgk aku mcm kurang air je, maka dgn kurang asamnye dorg pun cucuk la tgn aku kasi masuk jarum supaya senang nak masuk ubat dan air. cik kak dan cik abang, sy blaja kat spital pon cucuk jarum ni la. dah keje mencucuk org je, akhirnya kena diri sendiri balik. tp sakit kena cucuk tu sekejap je. eleh... ingat aku x tahan sakit ke? (walaupun pastu tgn tu rase pelik n x selesa sgt. mmg pasrah)

pastu time dia nk bg ubat tu, dia masukkan la ubat muntah+tahan sakit melalui jarum tu. so ubat tu pun masuk la ke dalam salur darah aku dgn bahagianya. time dia masukkan ubat tu, aku tgk dlm syringe (picagari - nama skema) tu ubatnye kaler cloudy puteh2 gitu. tu yg aku tanya, ubat ape? bila dia jwb tu ubat tahan sakit+tahan muntah, aku just pk 1 benda je. bleh ke ubat tu dicampurkan???? OMG!!!! jeng jeng jeng!

lpas bagi ubat dan abiskan 500ml air (1 pint normal saline), maka aku pun feel better. tp sbb rasa mcm mamai2 gitu, dokter tu tambah lg ubat tahan sakit. pon masuk ikut salur darah gak. pastu bleh balik. starting from that moment, aku mula rasa x betol, gelisah, x senang duduk. ala... macam kucing ilang anak la katakan. siyes weh. x tipu. aku dok komplen mende ni kat kengkawan. pastu aku rasa x kompiden je time drive kete. time blaja lak rasa bengap semacam. macam xleh baca ayat2 yg tertulis kat memane dgn betul lah! siyes aku xde idea nape sume ni berlaku. for almost a month aku berhadapan dgn kebengapan yg melampau itu.

adik aku lg bijak. "btul ke ubat tu buat u rasa bengap? ke u ni bengap sejak azali?" hehehe.. mmg x beli insuran kot mulut dia tu. tp aku pun doubt gak. btul ke aku x bengap sblom ni? haha.. nmpknye aku terpedaya dgn kata2 dia yg amat menjatuhkan waterface aku. ceitt! tp ayat yg membuatkan aku berfikir kali kedua ialah : "ade pape benda positif x yg u rasa sejak u dpt ubat tu? mcm supernatural ke? extra power ke? sixth sense ke?" hwahwahwa. mmg aku pikir gak la kan. malangnye TAKDE! bengap je yg ade sey~

aku luah kat encek tunang betapa aku rasa pelik dgn perubahan ni. aku luah kat klasmet, tetibe klasmet aku yg bijak pandai ni kata,"ubat tahan sakit tu mane boleh bagi melalui salur darah. ubat tu kan bagi melalui muscle je". aku mmg tergamam ah time tu. sbb tgn tmpt masuk jarum tu pun sakit2 ever since. pastu aku notis ade urat yg macam dah keras kat tgn aku. sob3. bile sentuh je sakit. ape la nasib~

"lagipun ubat tahan sakit dan ubat tahan muntah tu x boleh campur. awak pun nampak kan ubat tu dah cloudy," kata si kawan, meluluhkan hatiku dgn linangan air mata. ohhh tidak!!! sampai bila aku akan bengap ni??? i need my previous not-so-clever brain to finish my degree!!!! hahahaha

tp syukur alhamdulillah. now im back with my old brain. bukan old yg x berguna tau. tp old yg telah byk berjasa. glad that im back to normal. seriusly sgt trauma dgn kejadian tu. x dapek den bayangkan idop bongap momanjang. haha. heppy tau!

MORAL OF THE STORY:
- sile amik tau ubat ape yg sesiapa bagi pada anda.
- sile amik tau kaedah sbnr ubat tu diberi : inject ke, makan ke, tgk je ke...
- sile amik tau yg ubat2 inject ni majoriti xleh mix. klu mixture tu dah berubah warna dr jernih ke pelik2, sile refuse ye.
- sile bersyukur dgn otak yg ade skrg meskipun anda bengap sejak azali melainkan ubat tu membantu menghilangkan kebengapan anda.

Sekian, terime kaseh.

25 January 2011

salah aku kah??

bubur.
ya. bubur.
perkataan tu mcm tgh nk uji sejauh mana lembutnya bibir anda.
tp tidak.
sbnrnya dengan menyebut perkataan tu berulang-ulang kali membuatkan perut saya menyanyi2.
hukhuk.
sabarlah wahai perut.
lg setengah jam, nasi akan jd buburrrrrr..
bkn kerana x reti masak nasi ye.
tp sbb saya sbnrnye x reti masak bubur.

kata la ape je korang nk kata.
ye! sy reti msk ayam msk merah (rahsia adik beradik).
sy reti goreng bihun yg sgt tak sedap.
tp utk buburrrr ni...
sy rasa mcm tgh masuk pertandingan memasak lak.
ade x bubur yg msk kurang dr 5 minit?
ala...mcm msk megi tuh..
ade??
klu ade, sila la tunjuk ajar sy ye.
sbb sy terrrrrsangat la lapar.
nk tdo pon x bleh sbb lapar.
sabo je la..
cara sy memasak bubur mudah aje.
sbb x reti masak kn, tu psl mudah.
cuci beras then masukkn air secara melebih2.
jgn lebih dr periuk yg digunakan ye.
pastu masukkan santan yg ada.
x kesah la santan serbuk ke, ori ke, x ori ke, klon ke, masok je.
janji ade rasa santan.
jgn masukkn tepong ye.
wlupun sama putih, tp rasa lain2.
nnt cik abg mrh lak sbb trus jd kuih pulut.
hehehe..
pastu2 masok la bhn perasa yg sepatutnye.
jgn masokkan esen vanila tau sbb ni bkn kek pulut.
time kaseh.
msk atas api yg terpulang korang nk buka sebesar mana.
then? tunggu la ape hasilnye!
ohhhh...sile bg tunjuk ajar yg x menyimpang ye.
sbb sy rasa mcm cara sy ni agak sesat ke laut jek.
tp janji perut berisi.
haip!
time demam h1n8 cmni sedap mlantak bubur panas.
jemput mkn...

18 December 2010

Tulah??

aku ketulahan.
tgn kiri aku sakit yg amat.
sape swoh mulut cabul?
lenkali jg mulut skit. (byk sbnrnye)
jgn ckp men sedap mulut je.
sedar diri skit aku berckp dgn sape.
kang klu ngadu, sure ade org kata.."tu la.."
x ke sounds like 'tulah'??
ahh..
sick!

08 October 2010

EBM ku siap! part aku je la.hehe

salam~

ehehehe..pepagi cenggini larat plak aku nk menahan mata semata2 nk berblogging ek?
saje jek.
btw aku nyer esaimen EBM yg aku ckp aritu tu dah siap!
br je siap. yeay!
esok nk present. td x dtg klas woo.. past 2 days xde klas.
dok kt lab comp n DK1 utk siapkn EBM ni tp x siap gak. sabo je la~
so bila td (khamis ye) x g klas akibat sakit tua yg melampau, tetiba lak Dr Suria wat klas.
haih~ seb bek sempat minta MC tau. huhu
sakit woo.. bygkn bgn pg tetiba xleh gerak bdn. abis cramp muscle kt left flank aku.
nk xnk kena gak bgn subuh kn. tp nk rukuk tu mmg menitis air mata la. sob3
so msg kinah kata dtg lambat. mkn ubat thn sakit then rehat aka tdo. huhu
bgn x lama kendian then g klinik.
Dr tu kata muscle cramp sbb smlm aku g mandi kolam air panas. yeke?
dah sebulan sbnrnye sakit nih tp x seteruk td la kn.
so nk assurance, Dr cek urin. skali ade conet darah. kecoh la kejap Dr tu. haha
wlupun x kecoh sbnrnye. katanya mebi sbb aku nk dtg bulan. ok fine!
wlupun aku tetiba sebut psl batu karang, tp dia kata "Nehi".
so aku pon beredar la dr bilik beliau.
akibat dr sakit + MC, aku pon lgsg x hadir ke HUKM arini. sbb sakit kn. mmg sakit.
balik umah, siapkn EBM. baca jurnal dlm keadaan baring. xleh duduk. rasa mcm menghimpit je kt blkg ni. sabar2~
dah nk ptg skit br dpt ilham dgn bantuan grupmet ku, kinah n anderson. toce toce~

so skrg officially dah siap utk part aku n anderson. sok tggu part kinah je. harapan? siap la esok.
aku grup ke-3. semoga Allah permudahkan presentation kami.
killer tuh! 60% dr mrkh final exam adalah dr presentation esok (arini sbnrnye). cuak wey~
Mudah2an Allah lembutkan hati pemberi markah supaya dia dpt bg markah yg terbaik utk kitorg. AMIN~

ok la ye. nantok amat dah ni. sok nk travel lg. hwaarghh~
nite2..ZZZzzzzZZZzz