Showing posts with label skincare. Show all posts
Showing posts with label skincare. Show all posts

16 November 2014

My Skincare 8 - Royal Expert White Review

12 Jun 2017

Assalamualaikum..

Baru2 ni keluar berita yg KKM batalkan pendaftaran Krim Royal Expert disebabkan oleh kandungan merkuri yang sangat tinggi. SANGAT TINGGI, OKAY! Krim Royal Expert SAHAJA ye. Pencuci muka, losyen, oxygen mask Royal Expert masih ada no pendaftaran KKM. (sebab produk2 tu takde effect memutihkan kot. Hmm) 

Ni website NPRA bahagian Cancellation of notified cosmetic product ye. Maksudnya product2 ni dah ada No NOT/KKM dari NPRA tapi didapati mengandung bahan terlarang. Ayat "ISU CAMPURPALSU" tu bukan bermaksud product tu tiruan/palsu/fake tapi sy rasa bermaksud  Racun Berjadual dicampur dalam product dan dipalsukan maklumatnya daripada pihak NPRA. Tak disclose pada NPRA la.







Nampak tak No.16 tu ape benda?? Tengok "Nama Pemegang Notifikasi" tu sape and tengok kotak/botol krim RE korang. Kalau tak sama, produk fake. Kalau sama, i'm sorry guys. Mercury is inside >_<"

And korang pun tau yg sy ni pengguna Royal Expert since 2012. Yes! Until this year, dah 5 years krim Royal Expert tu melekat kat muka sy. Gigih tau sapu. Sebab krim dia all-in-one. Tak mekap pun muka ada nurrr gitu. Glow and looks originally healthy. Tetapi sejak berita mercury ni keluar, sy dah jadi mcm cacing kepanasan. Tak sedap duduk dibuatnya memikirkan ape laaa side effect mercury yg sy dah kena. 

Maka cepat2 la jari ni google keyword "Symptom of mercury poisoning" dan baca dengan nervous. Korang baca dan hadam la sendiri ye. Sy takde mood nak explain. Sebabnya, few side effects tu mcm sy dah mula ada. Cth: Sakit kepala makin kerap, makin pelupa yg amat, mata makin kabur walaupun dah pakai spek, beberapa kali juga otot2 kat muka ni bergerak2 dengan ketara, otot kat eyelid la, bawah mata la, pipi la, rahang la, mcm jadi irritable. Muscle twitching la, omputih kata. Ni la sebab2nya kenapa sy nekad utk stop pakai. Bukan nak claim symptom2 ni disebabkan oleh krim RE tapi untuk langkah berjaga2 and since KKM confirmed krim RE ada mercury, krim RE la punca yg paling disyaki menyebabkannya. Hehehehe. 

Untuk menyokong keputusan sy stop pakai krim RE ni, sy call NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency) untuk dapatkan sedikit penjelasan. 
(disclaimer: jwpn NPRA yg sy tulis ni bukan 100% sebijik ayat yg dorg cakap tp ayat2 ni berdasarkan kefahaman sy slps sy tanya berulang kali utk pemahaman sy)

1. Soalan: Krim yg NPRA sahkan ada merkuri tu diambil dari mana? Agen2 yg jual online atau HQ?

NPRA: Produk diambil dari pihak yg mendaftarkan no NOT dengan NPRA. Kalau nak jual atau import kosmetik, sesebuah pihak kena daftarkan produk dengan NPRA. So dari pihak tu la juga NPRA akan dapatkan sampel untuk dibuat ujian.n(pihak yg memohon = pemohon)



2. Soalan: Sy tengok kat senarai produk yg dibatalkan no pendaftaran tu, HQ ialah pemiliknya. Tapi HQ kata produk yg ada mercury tu produk tiruan?


NPRA: Kalau pemohon kata produk yang diuji tu mengandungi merkuri, semua produk yg pemohon NOT keluarkan adalah tiruan sbb NPRA ambil sampel dari pemohon. Bukan dari online seller.



3. Soalan: Sy tengok sebelum ni krim RE ada Nombor NOTIFIKASI (No. NOT) dari NPRA. Macam mana NPRA boleh keluarkan No. NOT kalau ada mercury?

NPRA: Time pemohon apply untuk No. NOT NPRA, pemohon tak maklumkan yang product tersebut mengandungi Racun Berjadual. No. NOT perlu diperbaharui setiap 2 tahun. Dan NPRA buat pemeriksaan rutin terhadap product yang ada No. NOT di dan noted krim RE mengandungi merkuri. 


4. Soalan: Kat Malaysia ni, ada tak mana2 tempat atau apa2 test kit yang pengguna boleh beli untuk test jika product2 yang kami pakai tu mengandungi Racun2 ni?

NPRA: Setahu kami, tak ada. Berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi, kami sarankan agar pengguna berhenti pakai product2 yang disenaraikan sebab mampu memberikan kesan sampingan dari segi kesihatan. 



After tanya soalan2 kat atas ni, sy masih tak pasti beberapa benda. Dah tanya berulangkali tapi jawapan diorang macam tak berapa clear tau. (atau sy yg makin susah nak faham cakap orang? haha):

1) Sebelum product tu dapat No. NOT, ada buat ujian kimia kat makmal tak? Atau bila pemohon tak disclose ada racun then NPRA terima permohonan diorang macam tu je? (shouldn't be la kan??)

2) Sekerap mana pemeriksaan rutin dijalankan ke atas product2 ni? Ye la, aku rasa mau muntah darah dorang nak test semua product setiap bulan/tahun since banyak sangat product kat pasaran Malaysia ni. Tu belum masuk product yang tak apply No. NOT lagi. Haru nauu! 


Sy rasa, kerana lambakan product di pasaran dan pemeriksaan rutin dari NPRA yang KEBETULAN TAK MEMILIH krim RE (dan product2 lain) sebagai bahan ujian menyebabkan krim RE dan semua product de-listed tu berjaya kekal dalam senarai memiliki No. NOT.... sampaiiii lah kantoi baru2 ni. Hmmm... masuk akal kan??


Tapi sejujurnya, walaupun dah tau semua info kat atas ni, batin sy masih menjerit2 tak percaya yang krim RE favourite sy ni ada RACUN. So mula la mencari tempat kat mana boleh buat ujian Merkuri keatas krim RE yang ada dalam simpanan sy ni. Cari punya cari kat internet, terjumpa MOBILE MERCURY TESTER imported by MYXOG International. 5 strip test dengan harga RM35. Keberkesanan dan kebenaran ujian? Wallahua'lam. Tapi bila tengok dalam internet, memang wujud Mercury test strip ni. Tapi lambat skit la nak dapat sebab dari oversea. Huhu.

So sy pun order la mercury test kit ni dari salah seorang agen, nombor HP agen tu, founder MYXOG yang bagi. So confirm la dia tu agen MYXOG kan. 




Mobile Mercury Tester by MYXOG ni ada 5 strips. Mula2 "span" penanda pada strip tu warna pink, macam gambar kat atas ni.

Oleh kerana krim RE ni agak pekat so sy ambil sikit krim RE tu dan campurkan dengan air masak bertapis. Air masak rumah sy guna penapis Coway ye. Jangan kata sy minum air paip masak tanpa tapis2. Then bila dah campurkan krim dengan air, texture krim tu bukan senang nak larut dalam air so jadi berketul2. Dengan harapan untuk nampak perubahan warna, sy celup la "span" pink tu dalam larutan krim RE. Goyang2, genyeh2, still warna pink. Sy biarkan kejap strip tu terdedah pada udara. Still takde perubahan. Then hati mula berbunga, takde mercury kot sebenarnya. Hikhik. Pastu tetibe fikiran waras kembali, maybe tak tukar warna sebab krim ni tak larut dengan baik so "span" tu cuma kena air masak je. Hmm...then sy gosok "span" basah tu directly pada krim RE dalam botol Slowly.... warna "span" jadi macam gambar kat bawah.



YES! Kat dalam gambar atas ni, sy pegang 3 test strip. 2 warna pink, 1 warna purple. Yg warna pink tu ialah test strip yg belum digunakan (rujuk gambar sebelum ni). Test strip warna purple tu pula perubahan warna selepas saya sapu "span" basah pada krim RE. Sy tak kisah berapa banyak mercury dalam krim RE. Tapi sy kisah jika betul2 ADA MERCURY DALAM KRIM ROYAL EXPERT!! (Ni first test sy buat, ada buat video sekerat smpi part celup2 dalam air and takde perubahan, pastu anak datang kacau. Then sy stop video. Dah tak record tu baru terfikir nak tenyeh2 kat krim terus. Tapi kalau nak recorded version, will do it if got request. Klau tak, membazir test strip sy je)

Sejujurnya, sy rasa marah, kecewa, meluat, tak selamat, dan macam2 lagi perasaan negatif bila tahu semua info ni. Tengok kat FB page Royal Expert Group, takde komen pasal pembatalan No. NOT NPRA. Cuba terangkan sikit bagitau dari mana NPRA ambil sampel ke, kan ke sedap sikit dibaca. Kalau HSA (spore) tu logik la ambil sampel dari online seller sebab HQ RE di Malaysia. 

Saya KISAH tentang kesihatan saya, anak yang dilahirkan oleh saya (mengandung lepas pakai krim RE), mak, adik beradik, kawan2 dan semua pengguna krim RE. Memang kami idamkan kulit yang cantik dan sihat tapi bukan dengan bahan berasaskan RACUN!! Authorized dealer kata time mengandung TIDAK DIGALAKKAN pakai krim RE. I wonder why??? Kata product selamat. 

So kesimpulannya, pembaca post sy ni boleh fikir sendiri dengan waras untuk mula pakai/ terus pakai atau stop pakai krim RE ni. Info dah ada. Kalau nak kata politik atau ni sebab brand dah up/femes then org jual yg fake, maybe betul tapi sila sahkan maklumat dengan pihak yg keluarkan kenyataan pasal merkuri tu. Kalau perlu, rasa macam nak fly je ke Singapore dan bagi krim dalam simpanan sy untuk diuji. Ye. Sy beli krim RE dari authorized dealer. Nak tau siapa? Boleh contact me directly, info ada kat bawaaaaahhh blog. So jangan berani2 tuduh kata, "ele.. krim dia tu fake sebab tu ada mercury". Hahahaha. 

Allah tahu apa yang hamba Dia buat. Kalau betul krim RE sebenarnya tak mengandungi/TAK PERNAH mengandungi merkuri, moga Allah tunjukkan kebenaran. Jika tak, moga Allah beri balasan kepada pihak yang BETUL-BETUL tahu berkenaan merkuri ni dan masih terus menjualnya sekaligus menganiaya orang lain demi kepentingan poket sendiri. Ingat! Nak bermewah2 kat dunia yang sementara ni memang seronok. Rumah besar, duit berkepuk2 banyak, tapi endingnya duduk dalam tanah juga kita semua. [SELF REMINDER]

Sy minta maaf jika post sy pada 11 Nov 2014 sebelum ni dah menggoda iman anda utk menggunakan krim RE. Takdenye la sy nak guna kalau tau ada merkuri. Cari pasal sendiri je. 

Buat masa ni, sy cuma pakai pencuci muka RE je. Krim RE dah totally stop. YES! Memang muka ada sikit kusam takde nurr, dan kulit dah start naik bintik2 merah sana sini. Oleh kerana aritu pegi Korea dan ada beli facemask, so sy dok pakai facemask tu je malam2. Rehatkan kulit dulu sebelum mula product lain. Tapi memang bukan product yang cerah2 liplap2 lagi lahh hendaknya. [TAHAN NAFSU]

Sekian. 
Wassalam.


*********************************************************************************************

11 November 2014

Assalamualaikum.

Finally rajin juga diri ini menaip entry baru setelah berkurun lama menyepi akibat kesibukan bekerja. Maafkan saya.

For those yg memang follow my blog and my entries related to skincare review, korang mesti tau yang sy memang dah banyak guna skincare products for the sake of trying and expecting the best out of my laziness.

Yes! My laziness. Tu keyword dlm isu skincare ni.

As i said, my first ever product yg i tried ialah De' Wajah. Ada 5 item dlm satu trial set tu and i never failed to use each one of them during my non-laziness era. That was almost 10 years back. But now, things changed. I need something simpler and quicker to use, not to highlight on how I am very particular and desperately want an extremely high confidence level untuk keluar berjumpa orang tanpa secalit mekap. 

And now, I can proudly say that I managed to achieve it. Alhamdulillah.

Dulu (as in 10 years back), bedak compact, foundation, eyeliner, mascara, eyeshadow and lipstick is my companion. If u girls ever heard of this question, "Kalau korang stranded kat pulau, apa barang yg korang akan bawak?", and my answer is, "Of course my skincare set and my beauty tools!" Melampau kan? Sebab time tu terlalu demand nak jadi cantik. Honestly i grew up dengan skin yg kurang bermasalah. During my puberty pun i takde masalah pimple yg kronik. Maybe sebab hormon sgt stabil kot. Hewhew. But! Bukan takde langsung pimple ye. Sekali dah naik tu, mak aihhhh liat nau nak hilang. Salah satunya jadi sebaceous cyst. Ngeri den!

So my only concern is to get a fair & whiter skin. Sape yang tanak kan? I mean, for a girl like me, yang pada zaman sekolah dulu dibezakan kerana different skin tone, sorry, I memang terasa. Isu tu jadi sensitip sentap menyentap sebab diejek2. Hampeh tau budak yang ejek2 i tu. Hehe~ (sensitip kejap)

So after few years with the trying and erroring session, I came across this amazing product of Royal Expert White. How did I came to know about this? From a friend yang kata mak dia ada jeragat, pakai produk ni dan kulit sangat cantik. Hmm interesting!

So lets see how this product looks like. *credit to google*





Alright. Nampak macam banyak je kan? Dalam pic atas ni ada whitening cream, soap bar, facial cleanser, moisturising lotion and stretch mark lotion.

Well.. as per my experience, I only used 2 items up until now. Now -> as dah 2 years i pakai produk ni dan berpuas hati. Mihmih. 

I even supply this product to my mom, my sisters and also my colleague yang nakkan hasil yang sama or even better than mine. Hasil? So far memang repeat order la kan. Bukan nak berlagak mahupun riak dan takbur, tapi ni hakikat. 

So since i dah buat entry ni, tiada lagi rahsia untuk skincare product yang i guna. Sedih. Hehe perlu ke sedih? 

So let me review this product ye. 

Mula2 pakai, cuci muka guna facial cleanser dengan taatnya setiap kali sebelum ambil wudhuk. Oleh yang demikian, total pemakaian cleanser ialah 5x sehari, sama macam waktu solat. Kalau time period, jumlah pemakaian automatik jadi 2 je yakni bgn pagi dan sebelum tidur. Krim pun sama, kalau 5x cuci muka, 5x la jugak pakai krim. Gigih katakau..! Royal Expert White ni kat kotak dia ada tulis, boleh nampak hasil dalam tempoh 2 minggu. Well, i was tempted earlier on. But as 2 weeks goes by, I feel.... sh*t! Haha. Aku kena tipu ke ape. Yes, macam yang aku cakap kat korang, dah macam2 produk aku try. And bila produk tu kata visible result in 2 weeks, memang slalunya aku dapat la result tu within the promised duration. However, for this product, i was dissapointed. WAS, okay!

But since dah beli dengan harga yang agak lumayan, maka aku pun teruskan pemakaian dengan harapan boleh la nampak hasil. But all along, aku memang tak bermekap langsung ye. Takdenye tepek2 bedak. Memang kuar ke mana2 berbekalkan whitening cream tu je. Tu kiranya my foundation+sunblock cream la. Yes, i can say it is a sunblock cream sebab i berjemur bawah matahari pun less-to-none sunburn i dapat. Hewhew. 

Regarding my skincare thingy, I selalu berdiskusi dengan my lil sister. Anything, kitorang akan bincang dan debatkan based on info yang kitorg tau. And for this product, I main beli je tanpa tanya dia dan pakai. Everytime I jumpa dia, i akan tanya, "Ada pape perubahan tak kat my skin tone?" And the answer is always "No". Sad.

But after 4-5 months gitu, dan time ni stok krim dah nak abis tapi cleanser masih ada separuh botol lagi, i pun saje la lepak kat hostel my lil sis ni. And unexpectedly, she said, "Eh kulit u nampak cerah dan saaaaangad sekata la!" My respond was, "Are you being sarcastic to me?" Marah sebenarnye sebab macam dikodok2kan. Yela. Orang dah givap, ko jangan simbah minyak kat api panas lak. Time tu i dah nekad macam nak tukar produk lain lepas stok krim abis. To the moment she said that, dia amik cermin muka and compare her skin with mine. OMG! What she said was true!!! Even better, kulit i jadi lebih putih dari kulit dia!! Hikhik. FYI, kulit i jenis sawo matang while kulit dia macam putih kuning susu. (Excited tak korang baca ayat i ni?? Hehehe)

So i pun habaq kat dia i pakai product ni dan dia pun try. Til now, she's also a regular user of REW. Starting from there, i pun teruskan la pakai REW ni. Tapi makin lama makin malas sebab dah nampak hasil la katakan. Ada masanya time weekend+period, i cuci muka je tp x pakai krim pun. But it amazed me that kulit i tak jadi kusam. In fact kulit yang cerah ni dah macam kulit asal la plak. Ahhh bahagianya i, bak hang!

Btw setiap produk yang kitorg adik beradik try, mesti mak aku akan berminat nak try. Mak aku ni kulit dia memang takde masalah langsung. Jerawat pun macam malas nak hinggap. So dulu dia pernah try NDZ sekejap. Nampak kesan tapi bila stop, kusam balik. Btw since my late grandpa belah mak ialah pure indian dari India, so my mom mewarisi kulit berwarna dark brown dari my late grandpa. Genetik yang mencerahkan kulit kami adik beradik ialah my dad, orang Banjar perak. But dari dulu time kecik2, my skin dapat sikit je genetik ayah, dan banyak genetik mak. Sebab tu i kata my skin sawo matang. Campur lagi sunburn time skolah menengah, double triple matangnye sawo itu. Huhu.

So berbalik pada kisah mak, bila dia nampak anak2 dia mula berjinak2 pakai REW ni, dia pun nak pakai. Well, for me, why not kan? So i pun supply la kat my mom. Setiap kali stok habis, dia akan roger i. La ni dah masuk setahun lebih gak la. Cleanser sebotol x abis lagi, Krim baru nak abis botol kedua. Dan kesannya memang nampak kot~! Bukanla nak kata kulit my mom trus poofff~~ jadi cerah silau. No no. Cuma kulit mak jadi cerah dari sebelum ni, banyak cerah sampai kawan2 tanya. Plus, kulit mak nampak tegang/kurang kendur as her age. Ala... kulit mak memang cantik  pon... saje nak i puji lelebih kan mak? Hihi. Then kawan dia tanya and order REW. 

So u girls nampak tak penangan REW ni dalam family i? Nasib baik my dad tak ngengade kata nak try gak. Haha. Tu belum cakap lagi penangan REW ni kat colleague wanita kat ofis. Well, mana yang berani tanya i tu, akan tau la produk apa i pakai. Mana yang setakat berbasa-basi tanya, sila cuba tanya i dengan lebih serius lagi. Lagipun sebab me & my family pakai, so i memang simpan stok banyak skit. Bukan sebab niat nak berniaga pun. Nak tolong orang dapat kulit yg cantik tanpa mekap. Tu je. 

So, nak i post my pic? Tak kot. This is not my style eventhough i memang ada pic sebelum & selepas. Just that i nak u girls rasa apa yang i penah rasa dulu, ke-excited-an bila pakai produk berbulan2 dan nampak hasilnya dan berikar tanak tukar produk like forever! Haha melampau je statement kan. 

For those yang berminat nak try this product, boleh email me : nadyashah_139@yahoo.com atau whatsapp me : +6012-2064862. Nak tanya lebih lanjut pun boleh. Cumanya I'm not a beauty consultant ye. I consult based on my experience ONLY. Mane yg tak serasi pakai produk ni, jangan plak nak wasap i marah2 kata i tipu. Told u, this is my skincare review, not yours bah. Huhu. Btw I memang supply kepada sesiapa yang berminat tau. So sesape yang dok dekat area Bandar Sri Permairusi Cheras atau keje kat area Bukit Bintang (Menara Yayasan Tun Razak), boleh je self pick up REW dari i ye.  Harga krim RM115, Liquid cleanser RM30. Klau include pos ke semenanjung, total RM150. Dan I takde simpan stok sabun buku tau sebab I tak pakai so please jangan tanya I jual sabun buku tu ke tak ye. Huhu

Anyway, now dah berjaya langsaikan hutang skincare kat u girls. Lega. Boleh tido dengan aman damai malam ni. Yeay.

-til we meet again in the next entry-

Wassalam.


22 September 2014

Emilay Whitening Murah !!!

Assalamualaikum semua~

Kepada sesiapa yang berminat nak beli Emilay Whitening Clear Spots yang tengah hot gile-gile kat market ni, boleh Sms/Whatsapp/Viber/LINE/wechat ke  +6O12-2O64 862 ye.

Ape yang menarik kalau order kat sini??

  • Boleh cod area Bandar Sri Permaisuri Cheras dan Menara Yayasan Tun Razak KL je ye.
  • Boleh juga diposlaju terussssss ke depan pintu rumah anda.
  • Dijual secara retail dan juga secara borong. Borong konfem lagi murah kannnn~
  • Memang jual yang 100% original punya lah! 



Harga seperti kat bawah ni dan dah termasuk postage untuk Semenjung tau!


  1 botol : RM 35
  3 botol : RM 50
    7 botol : RM 100
 10 botol : RM 130
              

**Kepada sesiapa yg berminat utk beli Emilay secara borong juga boleh ye. Harga lebih murah kalau ambil dalam kuantiti yang banyak.


So cepat2 grab smartphone masing2 dan contact seller ni. Err kalau bukan smartphone pun masih boleh contact seller ni. SMS kan adeeee.. hehe..

Atau boleh isi order form/borang tempahan ni  ORDER FORM. Confirm puas hati tau~
               

06 April 2013

My Skincare 7 - NDZ Review

Assalamualaikum semua!!!!

Ahh bahagianya hari ni. Dapat rehat dan buat entry baru. Actually, aku baru keje kat satu company ni. Masuk keje 1 April aritu. Hihihii. Kesimpulannye semalam ialah hari kelima bekerja kat sana. Overall okay la. Tapi tu nak cite dalam entry khas nanti lah.

Anyway, nak sambung lagi kisah-kisah produk penjagaan muka yang aku pernah pakai. Nak tau tak ape benda? Ha? Dah tau??? Ala.... tak aci la kan dah tau sebab aku dah tulis kat tajuk entry. Hahahaha. *Sedihnye berkomunikasi sensorang. Macam DJ radio lak. Takde feedback. Huhu*

Produk yang aku nak cite kali ni namanya NDZ @ Nur Darwisyah Zakirah ye. Namanya macaaaaam nama manusia tapi sebenarnya ni bukan manusia sebenar tapi dia menyamar sebagai produk muka. Ehehehe. Okay serius! Produk ni memang produk penjagaan muka, takde menyamar2. Dia tak boleh lari sebab takde kaki sebab dia bukan manusia. Ngerti? Ni rupa produk tu ye kengkawan...


Produk NDZ ni ada 2 barang je iaitu krim dan sabun muka (oren). Aku mula tau pasal NDZ ni bila kawan akak aku promote kat akak aku. Well, not exactly promote la tapi sebab kawan akak aku ni model photoshoot (nama dirahsiakan) so kena sentiasa kekal cantik atau lebih tepat lagi cantik tanpa make up ye. Nak yang ori gitu. So kebetulan satu hari ni dia sefamily balik kampung kat johor dan dia terkejut tengok cousin-cousin perempuan dia yang sebelum ni kulit muka diorang kusam dan gelap, alih-alih tengok dah cerah! Bila dirisik-risik, rupanya cousin dia ni pakai NDZ. Start dari situ la dia pun mula pakai NDZ ni. After few months pakai, kebetulan kami join satu event ni bersama-sama (aku, dia dan akak aku ye). Bila akak aku nampak kulit dia yang sangat cantik tanpa make up time event tu, akak aku pon tanye la. Then dia dengan baik hatinya share pasal NDZ ni. The end~ *ecehh*

Bila aku tau pasal produk ni, punggung jadi panas je sebab nak sangat try. Bukan ape, klau korang kenal sape model ni dan tengok camne kulit dia, aku rasa korang pun akan terus berlari dengan sepantas kilat untuk dapatkan NDZ ni tau! Hah sampai gitu skali taksubnye. Hahahaa.. Tapi serius ni. So dalam masa beberapa hari selepas event tu, aku dapat beli set NDZ ni dengan harga RM50. Mahal ke murah? Aku pun tak tau la. Tagline NDZ ni ialah..


"Beri bukti, Bukan janji"

Hah, konfiden tu! Diorang janjikan yang hasil akan mula nampak seawal 2 minggu. Akak yang jual tu pun kulitnye putih dan mulus! Lagi la panas punggung nak cepat-cepat try. Hihi. Nak-nak lagi aku punya kenduri kawin lagi 2 minggu. Mesti tak nak lepaskan peluang untuk cantikkan kulit. Akak tu pesan, dalam masa 2 minggu pertama ni jangan pakai apa-apa bedak. Maksudnya keluar rumah pakai krim tu je. Aku tak kisah sebab aku ni memang spesies comot skit, takde hal lah nak kuar rumah tanpa bedak. Adik beradik aku takleh tak pakai bedak sebab nampak kusam dan macam oily katanya. 

Okay, cukup dengan introduction. Mari aku mula review pasal NDZ ni. Mula-mula aku potong sabun tu jadi kecik-kecik untuk jimat (kononnye lah). Pastu aku cuci muka guna sabun ni setiap kali time ambil wudhuk untuk solat. Lepas tu aku pakai krim ni setiap kali selepas solat. So total dalam sehari aku cuci muka dengan sabun dan tenyeh krim ialah 5 kali sehari. Dalam hari ketiga camtu aku mula rasa kulit mengelupas tapi tak pedih pun. Setiap kali cuci muka tu, aku akan gosok-gosok muka sebab rasa macam ada daki. Sebenarnya tu la kulit mula yang tengah terkupas. Lagi mudah kulit mati tu ditanggalkan kalau kulit kita basah. Oleh sebab aku tak pakai bedak time keluar rumah so muka nampak macam oily/berminyak/basah/berkilat je. Mak aku pakai krim ni dan pakai bedak cina kat muka, nampak la ade kulit terkupas kat muka. So jangan pakai bedak ye puan-puan. Hehe..

Dah hampir 2 minggu pakai NDZ ni, memang adik beradik aku tegur kata kulit dah tak kusam sangat. Yeay! Best2. Nak lagi best? Time MUA @ Make up artist @ Jurumekap tu make up muka aku untuk nikah, dia pun tegur kata kulit nampak sekata sangat. Well, takkan dia nak kata kulit nampak cerah pulak kan sedangkan dia jarang nampak muka aku sebelum ni. Hehe. Tapi memang kembang kempis la rasa. And again, memang takde gambar untuk ditempek kat blog ni sebab aku memang bukan jenis yang suka ambil gambar sebelum dan selepas. Sebab aku nampak ape hasilnya kan so aku yakin and sebab tu aku share pengalaman aku guna produk ni kat blog picisan aku ni. Terpulang pada korang nak percaya atau tak ye. Huhu.

After quite sometime gak la aku pakai NDZ ni, aku rasa macam kulit makin nipis dan bila terdedah bawah matahari tanpa pakai krim ni atau apa-apa sunblock/bedak, kulit rasa panas sangat. Pastu bila skip-skip pakai, kulit macam kusam balik. Tapi bila pakai krim berterusan, kulit jadi elok. Tak macam produk lain yang aku pernah try, bila skip kulit jadi kusam dan bila pakai balik krim masih kusam. Tu produk lain la. Hehe. Akak aku plak siap pakai krim NDZ ni kat tangan dia lagi sebab nak cerahkan tangan katanya. Dan memang cerah! Makin gigih la dia tenyeh krim tu kat tangan dia sebab kesan krim tu lagi cepat daripada kesan pakai losyen, katanya. Hahaha. Bankrup company losyen kalau tau maklumat ni :P

Kesimpulannya, aku boleh katakan yang NDZ ni ialah produk instant macam Milo 3-in-1. Kalau nak hasil yang cepat dan berkesan, boleh try NDZ ni. Sebab produk ni memang bagus ye. Kalau nak kulit cepat cerah sebelum majlis, pakaila krim ni sebulan sebelum majlis korang. Krim ni mungkin dapat membantu. Pun boleh pudarkan parut tau dengan harga yang boleh tahan murah sebenarnya. Oh ye, kalau berminat nak try NDZ ni boleh call/sms no ni - 0132451563 ye. Beli dengan orang ni murah sikit. Kurang dari RM50 la kalau aku tak silap. 

Okay? Alright? Renung-renungkan dan selamat memilih... 

30 January 2013

My Skincare 6 - SK II review + Best Buy World review!

Assalamualaikum!

Hah! Sape tak penah dengar pasal produk SKII, sila angkat kaki dan jangan baca entry ni. Hehehe.
Dramatik skit ayat pembukaan kali ni.
Bukan apa, tak guna ayat dramatik pon klau hasilnye tak macam drama queen! Hampeh!

Well nak bercerita la kan dulu aku teringin sangat nak try produk mahal ni.
Ha? Ape produk yang mahal tu? Mestila SKII yang mahal tu kak oiii...
Aku beli dari satu website ni. Beli set kecik2 aje. Tak ingat dah kat website mana.

So aku pun beli la sample size dari akak ni.
Dia kata kesannye berbeza pada individu, ada yang cepat nmpk kesan dan ada yang lambat.
Well, tu ayat standard la bagi aku sebab kulit aku dengan kulit korang bukannye sama, ye tak?


Ha! Macam ni la rupa sample size tu. Cinonet je sume. Harga pun bleh tahan la. Total 3 barang ni dalam RM100++ kot klau aku tak silap. Tahan la untuk 1-2 bulan gitu. Memang guna dengan berhemah la sebab terasa mahalnya setiap kali aku tenyeh kat muka. Ada 3 item, yang kiri skali kaler putih tu Facial Treatment Gentle Cleanser (20g), yang tengah kaler kuning cair tu Facial Treatment Essence (30ml) dan yang kanan skali kaler kelabu skit tu Facial Treatment Clear Lotion (40ml).

Agak lama gak aku pakai produk ni. Tatau la sebab tak beli dari kaunter ke atau ape kan, tapi kulit tak pandai cerah2 gak. Tapi kan... ramai gak yang tegur kata kulit nampak halus, lembut, tegang walaupun tak cerah. Ahh mana nak puas hati camni! Aku nak all-in-one! Hehe tamak pulak. Tapi sebab time tu tak tau nak tukar produk ape so pakai la SKII tu berbulan lamanya. Bila abis stok first tu, aku google lagi katne jual murah. Skali jumpa kat sini Best Buy World. Boleh klik kat link tu klau nak tengok ape produk yang diorang jual.



Nampak tak? Kiranya diorang jual produk2 yang branded yang boleh dapat dari kaunter kat SOGO atau ISETAN tapi dengan harga yang leeeeeeebih murah! Auww! Sebab tu aku lama melekat dengan SKII. Ahaks! Ada jual sample size dan ada gak jual normal size yang besar2 punya botol. Lai lai... pilih pilihh... Mudah tau membeli kat sini. Nak2 lagi ada free delivery you! Hah! Takde caj tau. Tapi bersyarat ye. Pembelian kena lebih dari RM100 baru bleh dapat free delivery ni. Klau area2 KL gitu, ada delivery boy datang hantarkan. Klau area jauh2 tu tak tau la aku. Huhu.

Hadoi... ni nak review pasal pakai SKII, skali menyimpang lak terpromote website Best BuyWorld ni. Takpe la. Amal jariah. Tapi kan, klau takde kesan yang menarik bila pakai produk mahal ni, mesti la rasa macam membazir duit je kan beli mahal2. Sama la macam sorang akak ni, dia pakai SKII gak. Gaji dia memang berkepuk so tak heran la klau dia pkai SKII. Cumanya dia komplen kata mahal tapi efeknye tak gempak. Tapi bila dia nampak kulit muka kawan dia yang pkai produk skincare yang aku rekemen, terusssss dia nak stop pakai SKII dan nak try produk ni. Ape produknye??? Ahh malas la nak cite sekarang. Nanti-nanti la ye. Kasi debomb dulu kulit muka kitorang, baru aku share dengan korang ye.

Tata!

01 December 2012

My Skincare 4 - Chahaya Whitening Review

Assalamualaikum!

Okay kita sambung lagi review produk2 muka yang aku penah guna ye. Kali ni aku nak share pasal satu produk yang dijual oleh sorang kakak blogger yang famous ni.
Kak Lynna la, sape lagi kan? Nama produk ni Chahaya Whitening.
Akak ni kata produk ni dihasilkan dan dipakai oleh kakak ipar beliau dan hasilnye? Wahhh! Menakjubkan sehingga beliau terpanggil utk berkongsi produk ni dgn orang lain.


Ni sume gambar produknye. Ada 3 item utk satu set ni. Harga dalam RM80 lebih gitu. Depends on seller la. Aku pun tak ingat exactly bape ringgit benda ni. Set ni ada sabun cuci muka yang kaler pink tu, toner yang botol putih and krim yang bekas kecil tutup putih tu ye.

Aku kalau pakai pape produk ni, mula2 tu akan jadi sgt tekun dan disiplin tau semata2 utk nampak hasil dan utk buktikan samada produk tu berkesan ke tak. Sama la time aku try produk ni. Sebab dia kata kulit akak ipar dia sume cun melecun kan. Tak caya cuba tengok pic kat bawah ni ye.


Tengokla kulit diorang!!! Cerah berseri, disukai ramai! *macam iklan susu pekat manis plak* So aku pun test try la produk ni.Tapi... err... dah berbulan pakai masih tak nampak kesannye. Adik kata kulit muka aku makin kusam. Like seriously??? Ahh kecewa la camni. Sampai la ke satu tahap ni, aku berenti pakai produk ni. Memang takde kesan langsung! Maybe takde kesan pada kulit aku je kot. So aku pun tatau la nak cakap ape. Sedih. Huhu.

Oh ye, korang pernah dengar atau terbaca tak pasal hidrokuinon?

Hidrokuinon ni sejenis bahan kimia penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2 yang digunakan dalam kosmetik untuk menghakis melanin (pelindung semulajadi pada kulit) dan pengunaan yang berterusan akan menyebabkan hiper pigmentasi dan juga boleh menyebabkan kanser kulit. Melanin ni sebenarnya bagus sebab dia protect kulit kita dari sinaran UV matahari tau. Tapi yang tak bestnye melanin ni menggelapkan kulit. So korang paham kan apa yang hidrokuinon ni buat pada kulit korang semata2 utk jadi putih?

Ada beberapa cara/teknik utk kesan kewujudan hidrokuinon dalam produk kecantikan cthnye:

1. Tuangkan sedikit toner ke kapas muka...biarkan terdedah dengan cahaya matahari....atau biarkan seketika...toner akan bertukar warna kepada cokelat..kehitam-hitaman.. sah ada hidrokuinon.

2. periksa penutup toner atau krim malam ( kebanyakan produk ada hidrokuinon pada toner dan krim malam)..jika terdapat kerak cokelat @ hitam..maka wujudlah hidrokuinon..

3. Pengelupasan..... tiada hidrokuinon maka tiada pengelupasan... ada produk yang menyatakan mengunakan AHA/BHA dalam produk bagi membuang sel kulit mati.... perlu di selidik kandungan AHA/BHA yang digunakan.... kebanyakan produk mengunakan hidrokuinon sebagai agen pengelupasan..

Oleh sebab aku risau psl hidrokuinon ni, so aku pun buat la eksperimen sendiri. Aku tuang la toner produk ni kat satu putik kapas yang guna utk korek telinga tu. Aku biarkan je putik kapas tu kat atas meja solek. Oleh sebab aku memang rajin tgk muka kat cermin, so aku selalu tgk putik kapas tu. Few days later, putik kapas tu jadi warna coklat. Ohh my~~ Since that aku stop pakai produk ni. Lagipun klau korang stop pakai produk yang ada hidrokuinon ni, kulit mesti akan jadi kusam balik dengan cepat tau. Selain dari tak memberi kesan, aku stop sebab hasil eksperimen aku tu la. So lepas tu setiap kali aku nak pakai pape produk, ni antara eksperimen yang aku buat. Well... sape nak cari masalah? Kanser tu for free klau pakai produk yang ada hidrokuinon!!!

Ekceli aku notice kaler2 coklat ni time pakai De' Wajah Kosmetik gak. Kat tutup krim malam tu ade kaler coklat2. Hmm.. maybe sebab tu krim malam dia boleh kupaskan kulit. Agak2 klau sapu kat epal, boleh kupas kulit epal gak tak? Senang sikit nak makan. Hehe..

08 November 2012

My Skincare 3 - Natasya Review

Assalamualaikum.

Pergh... baru dapat duduk akhirnye setelah dari pagi tadi menyetelkan ape yg blom setel.
Hntr surat claim utk research bos, cuci kain, jemur kain, kemas dapur.
Penat okeh! *sambil lap2 peluh yg x wujud*

Baiklah.
Sambung balik review skincare yang aku penah pakai sepanjang hayat.
Oh ye, time memula nak beli De Wajah tu kan, aku nampk produk Biofair.

Sazzy Falak tu duta Biofair...

Oleh kerana aku beli De Wajah so aku tatau la kan ape hasil pemakaian Biofair ni.
Klau ade readers yg penah pakai Biofair ni, share la experiance korang ye. 
Teringin lak nak tau.

So next is produk yang aku pakai lepas keciwa dgn Sri Mawar Kosmetik.
Produk ni memang hot lah time tu.
Dalam iklan TV, iklan suratkhabar.. humangaih... bersepah2 la iklan diorg.
Aku pun memberanikan diri utk cuba produk Natasya plak.

Ni la set Natasya. 
Memang famous dgn sabun bentuk LOVE diorg tu.
Yang balik2 kononnye ade org buat sabun tiruan bagai.
Huhu.
So aku pakai produk ni tak lama rasanya.
Memula tu memang ada perubahan skit pada kulit, kulit jadi cerah gitu.
Kalau x silap aku, aku xde pakai krim siang Natasya lak.
Cuma krim malam dia je.
Natasya claim yg produk ni boleh hilangkan jeragat & jerawat.
Since aku belum ada jeragat, so xde bukti la kan.

Tapi  lama2 lepas pakai produk ni, kulit jadi kusam balik.
Kusam, suram dan muram.
Ahh sedih ah camni. 
Maka aku pun give up pakai Natasya.
Natasya ni klau tak silap mmg xde terkupas kulit.
Kalau tak silap aku la. hehe.
Cuma lama2 tu dah tak memuaskan hati.
Maka aku pun beli produk lain lagi.
Produk ape agaknye???
Huhu. Tunggu~

p/s - dlm famili, akulah pioneer utk produk2 kecantikan ni sampai tersangkut kat siblings yg lain. Oh my~


05 November 2012

My Skincare 2 - Sri Mawar Kosmetik Review

Assalamualaikum & selamat pagi semua!

Hari ni rileks2 kat rumah lepas letih menyiapkan transcribing semalam. Huhu.
Tatau ape transcribing? Nanti aku cite eh.

Okay hari ni nak sambung cite pasal skincare yang aku penah tepek kat muka ni.
Ohh selepas tamat kontrak dgn De Wajah, aku cuba-try-test pakai Sri Mawar plak.
Ala... yg botok kaler pink sweet2 tu.

 Tadaaa!!
Ni trial set Sri Mawar Kosmetik

Ni plak set besar diorg.
Boleh la tahan dlm 3-4 bulan gitu.

So basically pengalaman aku dgn Sri Mawar Kosmetik ni takde yg terpahat dlm memori.
Sebab takde efek yg menarik pun.
Dia mcm continuity of using De Wajah.
Maybe sebab packaging je lain tp inti dia lebih kurang kan. Huhu
So takde ape nak direview. Haha.
Just yg lain drpd De Wajah tu ialah krim siang/sunblock cream dia kaler pink.

Ala... bosan la pulak xde highlight dlm entry kali ni. Haha.
Nak buat camne kan, produk ni mmg x bg kesan pape pd kulit aku.
So tamat set trial tu, aku pun tukar produk lg.
Kali ni produk ni memang TOP lah kat pasaran time tu.
So dgn gigihnye aku abiskan dlu Sri Mawar ni supaya rasa berbaloi utk try produk lain.

Oh ye, lepas x pakai De Wajah, kulit mula jadi kusam lagi.
So kulit yg dulunye mula cerah berseri, dah hilang serinye.
Haih... produk.. produk...
Sebab tu klau pakai pape produk ni, kena pakai secara berterusan.
Tapi time tu memang takde ah jerawat yg berani hinggap.
Auww~

Hmm tu je kot.
Okay bye!


23 October 2012

My Skincare 1 - De Wajah Review

Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu! *wahh dah mcm ketua kelas plak*

Okay, aritu aku ade bagitau yg aku akan bercerita satu persatu tentang jenis skincare yg aku mula sentuh.
Well, everything started time aku masuk diploma kat PTPL Shah Alam.
Kat private college mcm tu, paras rupa tu agak menjadi kewajipan.
Sampai aku jadi salah seorang yg dianak-tirikan. Huh!

For those yg familiar dgn Seksyen 13 Shah Alam, korang mesti tau kewujudan kolej ni.
Dan jugak kewujudan Giant & Tesco & Macro (yg skrg dah jd Tesco Extra), dan Stadium Kerang.
Kat Giant tu la tempat wajib untuk shopping barangan kehidupan.
So wanita mcm aku ni kan suke untuk shopping tingkap, sampaila tershopping-tingkap kat kedai jamu RY Saloon kot. Kaler pink kedainye.
Usha2 produk ape diorang jual pastu tertarik la dgn satu produk ni.
De' Wajah!

 Tadaaaa!!! Ni la exactly set percubaan pertama yg aku beli.


Korang patutnye bleh paham dah ape item dlm set percubaan tu dan fungsi2nye.

So jom kita start review produk De Wajah ni.

Satu set percubaan tu kalau mula2 pakai boleh la tahan dalam sebulan-sebulan setengah.
Lepas tu kalau dah pandai berjimat, pakai sikit2, bleh tahan sampai 2 bulan.
Produk ni lepas 2 minggu secara konsisten aku pakai, kulit muka mula mengelupas.
Tak pedih langsung. Aku perasan yang kulit dah terkupas pun sbb pakai krim siang.
Nampak sgt kulit mati tu nak tanggal.
Since aku x penah lg pakai pape produk muka yg serius mcm produk ni, so hasilnye mmg cepat.
Dia mmg nak kikis abis la kulit mati+kusam aku tu. Yeay!
Pastu lama2 kulit makin cerah. Sangat suke ok!
Soul cream/krim malam tu mmg bagus utk percepatkan pembaharuan sel kulit dan bagus utk bunuh jerawat.
Kalau ade jerawat je, tempek krim tu banyak2.
Even dulu mak aku yg x pakai krim2 ni, kalau dlm 10 tahun sekali dia ada jerawat, aku tempek krim ni kat muka dia. 
Maka lesapla jerawat tu. Hehe.

Krim siang tu sebagai asas bedak/foundation merangkap sunblock. Sangat best.
Kalau nak mandi, gunakan susu pembersih utk cuci all makeup kat muka then lap dgn tisu.
Pastu baru cuci muka dgn cleanser.
Then dap dap toner kat muka, last skali pakai soul cream pastu tido.
Kulit memang halus, cerah, bersih dan mulus je time pakai produk ni.
Gara2 aku, abis sume adik beradik aku pun pakai produk ni.
Agak lama gak la aku pakai De Wajah ni. Bertahun-tahun!
Sampai la aku notice, soul cream tu dah muak dgn kulit aku sampai xde kesan.
Ok fine!
I cari kekasih lain! Haha.
So aku pun stop pakai De Wajah.
Maka habis la percintaan kami...

Kalau ade sesape yang berminat nak try De Wajah ni, dialu2kan.
Sebab produk tu bagus sebenarnye.
Maybe sebab lama2 aku dah x konsisten pakai, so efeknye pun dah makin kurang.
Hehe.. tu la skincare. Kena konsisten pakai.

Tapi maaf ye. aku memang takde pic zaman aku kolej dlu.
Time tu sumenye guna kamera filmroll tu.
Kena cuci kat kedai baru bleh nampak gmbrnye. Huhu.
Aku pun sampai gi beli satu kamera RM80 utk snap2 gmbr sebagai kenangan.
Alih2 tah kemana hilang gambar2 tu. Huhu sedih..
Anyway kalau ade nak tanya soalan, feel free utk bagi komen ye.
Seronok sgt sebab dah cuba mcm2 produk.
X sabar nak cite produk seterusnye.
Yeay~


06 October 2012

My Skincare

Assalamualaikum...

Wahh sekarang ni post entry sebulan sekali you!
Almaklumla... skrg byk buat keje part time smpi x menang tangan ai.
Maaf ye you alls~ *gaya super gedik*

Ohh ohh...
Arini just nak storymory je psl skincare yg aku guna. Nothing interesting pon.
Well... sebab aku bukan artis mahupun orang terkenal, maka bercerita je la di blog usang ni.
Kalau x, mesti bercerita dlm magazine tak pon tv kannnn~
Hehe... *like i said, super gedik!*

My high school moment bukanlah saat yg indah dlm hidup aku *to be honest*
Maybe sebab faktor usia dan IQ menyebabkan aku ni x bape nak besties dgn kengkawan.
Yela... orang lain dok tingkatan 1 dalam umur 13 tahun.
Yang aku ni umur 12 tahun dah sekelas dgn diorg.
Ohhh penatnye paksa otak utk menerima apa yg dipelajari.
Anyway... kat Sabah, isu masuk skolah pada umur awal ni bukan benda luar biasa.
Ada junior aku tu masuk darjah 1 time umur 5 tahun lg.
Hah! Hamek kau!
Tapi orangnya bijak bestari la kan... haruslahh~~

So back to school moment aku tu balik.
Selain dari 2 faktor yang aku sebutkan tadi, faktor paras rupa pun sgt penting dlm menjatuhkan moment indah di skolah dulu. Cehh~
Dasar memilih kasih! Ahh benci la nak cite... =P
Tapi korang nilai la sendiri ye..


 Ni cuma gambar hiasan sebagai kenangan aku.
Klau korang rasa korang tau mana aku, hmmm paham2 sendiri la.
Sedihnye tgk muka sendiri yang super sememeh tu.
Even skrg ni pun masih sememeh tp aku telah diselamatkan dgn mcm2 jenis skincare.
Thanx to all yg mencipta byk skincare yg menggoda keimanan aku. Huhu
Tapi... dalam masa yang sama telah mengembalikan self esteem aku.
Ohh lega~

So kepada anda di luar sana yang ada masalah dgn kulit, silalah berani mencuba ye.
Klau tak cuba, takkan tau apa hasilnya.
Yela... x semua skincare tu sesuai untuk kulit kita so try an error la ye.
Tapi, jgn la main balun je.
Sila la baca testimoni2 yang agak2 macam boleh dipercayai tu.
Pastu tawakkal dan niat yang baik2.
Bukannye bila kulit dah cantik, nak gi buat benda x elok kan?

Nanti aku akan cite satu persatu jenis skincare yang aku mula sentuh.
Ohhh... nantikan~

p/s-kepada anda yang punyai kulit yang cantik, jom la berkonsi tips kecantikan dgn aku. Tak salah berkongsi benda baik kan? Dapat pahala~