12 November 2013

Testimoni emilay! yeay!

Assalamualaikum semua~

Alright! Takde masa ni nak tulis panjang2. Mata dah penat mengadap skrin pc time keje, malam2 ni takmo ngadap lama2 k. Sekejaaaaap je! I promise u~ Hehe...

To cut it short, aku consume emilay. Yes! Emilay!

As you all know, aku ade jual emilay. So sebagai seller, aku prefer untuk bagi testimoni dari diri sendiri. Lagi puas hati kan. Bila customer tanya pun aku tau nak jawab ape. Hehe.

To cut it short, so far dah masuk botol kedua aku telan emilay ni. Kesan? Hmm... aku dan toilet menjadi akrab. Tu kesan yg paling ketara dan tak boleh tipu. Kadang2 tu sehari wajib sekali lawat toilet. Usually pagi2 la. Paling heavy tu dalam dua hari tu mesti akan pegi toilet utk urusan baginda sebanyak sekali. Hehe. Taktau plak aku yang emilay ni melawaskan. Ngee~

Yang kedua, parut luka aku memang makin pudar. Aritu ade la luka kat lengan ni, panjang dalam 1 cm dan agak dalam tapi x pegi jahit pun sebab takut jarum. Parut luka tu aritu warna brown, now dah jadi merah pink2 gitew. Harap2 la nanti dapat pudar ye. Amin.

Next, tentang kulit makin cerah ke tak, so far macam notice gak kulit badan cerah sikit. Tapi tak dapat disahihkan fakta ni sebab tak terlalu ketara. Well, macam review dari sorang customer aku ni, dia makan emilay masuk botol ke-4 baru nampak kesan yang kulit makin cerah. Kawan2 ofis semua pakat tegur, tanya dia makan apa. Tak pasal2 dia repeat order beli 50 botol terus. Haih.. x sabar plak nak dapat hasil macam dia ni. Tapi takkan la nak telan sebotol sehari plak kan? Huhu...

Anyway, dah panjang aku punya testimoni ni. Will update more if ade lagi kesan yang menarik. Stay tune~

For any order, kindly sms/whatsapp me @ 0122064862 ya.

p/s - i ada jumpa supplier emilay yg super murah tau. dah share no hp dia dgn few other sellers. sape yang nak berniaga emilay yang tengah super hot ni dan nak no supplier tu, jangan malu2 utk contact i k. hikhik. malu tak maju tau~

21 September 2013

Bz yang amat!!!

Assalamualaikum.

Hmm dah lama x post entry baru. Ni semua sebab bz keje. Well.. kan dah bagitau aritu yang aku dah mula keje. Keje serius ni. Takde keje memain dah ye. Hehe. Tapi sebab kat company ni tengah banyak gileeee keje so macam dah takde life. Even better, tak perasan pon yang dah nak masuk 6 bulan keje kat situ. Gile tak gile punya bz ni. Setiap kali masuk keje, tau2 dah lunch time. Dah abis lunch, tau2 je dah pukul 5 ptg. Hah amik kau! Baru terkial2 tengok productivity sheet, bape byk kes dah berjaya di buat tu??? Hahahaha...

Ok maaf. Membebel sensorang sememangnya kepakaran aku kan. So memang boleh la duduk sorang2 borak dgn dinding. Huuu =_=' itu sgt sadis ye. Anyway kalau ade sesape yang berminat nak keje kat KL ni, inform la aku. Aku boleh forwardkan resume korang ke HR. Mana la tau rezeki kannn... mana yang dah lama tanam anggur tu, yang dah siap boleh tuai hasil utk berpuluh2 musim, tetiba dpt lak keje kt tempat aku ni. Tu namanya rezeki. Walaupun aku tau korang tak nak la kan keje kat tempat aku ni sebab konfem bz, tapi apakan daya... tu lah namanya kerja. Kalau kerja tu goyang kaki je, either korang bos, atau korang keje curi tulang, atau korang... tukang jahit je (tu pun limited utk tukang jahit yang guna mesin lama xde letrik. huhu).

Actually banyak sangat benda aku nak share kat blog ni. Tapi macam malas lak nak menulis. Cite pasal trip ke Hong Kong tak abis lagi. Hutang... hutang... nasib la bukan hutang duit kannn... kat ofis lak takleh buka blogspot kan. lagi la takleh update blog. Tapi ade bagusnya. Sekurang-kurangnya jujur sikit buat keje. Tak curi tulang. Ni la hasilnya bila keje dgn company swasta. Memang gaji tu dapat hasil kerja yang berhempas pulas tau! Tak tipu ni. Huhu. Kalau orang gomen tu lain la... sok sek sok sek.. hujung bulan gaji masukkkk... (patut ke aku rasa jeles?? Hihi). Tapi papepun tu rezeki masing2..

Oh ye, nanti nak reveal skincare ape aku pakai dalam entry2 yang entah bila aku nak update. Tapi skincare ni memang best la. Thanks a lot pada kawan aku sebab kenalkan aku dgn skincare ni. Simple, mudah dan murah. I love~

Okay korang. See ya~

29 June 2013

@grills Bangi review...

Assalamualaikum semua!

Oh hari ni cuti ye so dapat la buat entry banyak2 (wlaupun cuma 2-3 entry tp lg banyak la dr biasa. hehe). So today nak buat review pasal kedai makan western kat Bandar Baru Bangi, @grills namanya. Lately ni tekak rasa nak makan steak dan susah la kan nak cari steak yang halal wlaupun secara amnya kedai steak bersepah kat kl ni. TGI, Tony Romas, etc... tp status halalnye tak dapat dipastikan. Well, maybe diorang guna meat yang halal tp ade x guna wine vinegar time masak2 tu? Or anything yang meragukan lah. Sebab aritu time otw gi keje, nampak botol wine vinegar kat kitchen one of the cafe area bukit bintang tu. Oh i wont doubt it. Sebab cafe tu memang ada jual arak pun. So? Masih x ragu2 dan was2 utk makan kat kedai yang ada hidang arak? Hmm..mungkin korang patut muhasabah diri.

Anyway @grills ni kedai melayu Islam ye. Standard rasa mmg xkan sama dgn kedai mahal tapi better something than nothing rite? So kerana teringin, semalam aku pun pegi la dgn housemate (my hubby ye) aku. Sampai kat @grills around jam 10.30 malam. Sangat lewat sebab diorang tutup jam 11.30 malam. Buka jam 5 ptg klau aku tak silap (tu pun baca dr blog orang). Signboard kat pintu pun dah "Close" katanya tapi kitorang masuk je. Orang tak bape nak ramai la walaupun skrg ni musim baru gaji.



Hmm... kedai ni kat belakang Papparich. Kalau korang nampak Iceroom, or Papparich kat depan, kedai ni kat area situ ye. Tmptnye memang well-maintained, bersih dan kemas. Ada seat aircond dan fresh air utk smoker. So memang selesa la. Kitorang order Meat Lover's Platter (RM53), Nachos Bolognese (RM13) dan @grills Special Juice (RM8.90). 


Meal smpi around 10-15 minit which tatau la nak kata cepat or lambat sebab kitorg khusyuk tengok Fast & Furious 2. Hehe. Meat Lover's Platter ni ada lamb chop, sirloin steak, fillet of rump (tatau ape benda ni), chicken breast & chicken ball. Bila sampai je, eh mcm sikit je portionnye. Tapi at the end, aku kenyang la makan. Dagingnya lembut which aku suka cuma nipis! huhu. Dan dalam platter ni, portion meatnya cinonet2 je. Dah la share berdua. Tapi pikir niat nak lepaskan nafsu tekak je, ok la layan je. Ayam agak liat, dan chicken ball keras! hahahaha. Chicken ball tu 4 ketul je kot. Steam beans ada 2 ketul je dan mash potato dia sedap. For nachos, ok la sedap. Tapi cheese kat atas nachos tu macam dah sejuk. Sedap lg klau makan time cheese tengah panas kan. Yummeh! Oh! Lupa nak review @grills Special Juice (campuran laici, nenas dan epal). Rasanya masam ye. Which aku suka sebab baru lepas makan daging la katakan. Tapi tak buat aku rasa macam nak minum lg la. Tu je.

So overall, food okay cuma bohong la kalau aku kata aku x expect makanan tu lg sedap mcm kat kedai mahal kan. Sob3. Rasanya takkan datang lagi kot. Maybe sebab kitorg datang lewat so meal kureng best. Tu mungkin salah satu faktor. But anyway, nak try kedai lain lak in the future. Tq @grills!

Total bil RM82.40. Time bayar tu, my hubby guna kupon RM60 dari Livingsocial, and bg kad AMEX utk bayar balance. Skali tu takleh guna kad untuk jumlah kurang dari RM50. So u guys out there, jgn lupa bawa cash ye in case kalau makanan korang below RM50 (which is quite impossible). Kesimpulannya, harga food kat sini sangat berpatutan (which means "mahal sikit" or "pricey as what u should expect"). Huhu. 

p/s - u guys should try but please come early ya. nanti kang bagi bad review mcm aku pulak. ade free wifi tau.

@grills full address: No 50, Jalan Medan Pusat 2C, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi












Rumah Sewa Kuantan -update Jun 2013-

Assalamualaikum.

Ok. tetiba rasa macam dah jadi tempat buat iklan rumah sewa kat kuantan lak. hehe.

So now latest info tentang status rumah sewa kat kuantan, area Taman Tas ye.

Ada 3 rumah sewa tp semua rumah full. Ada 1 rumah yg tengah kosong tapi takkan jadi rumah sewa dah. Ownernya nak jadikan rumah tu taska. Sorry ye.

Kalau ada sesiapa yang nak sewa rumah (tp mungkin bukan dlm jangka masa terdekat ni), boleh drop email kat bahagian komen ye. If there's any latest info, sy akan email korang. Lebih senang camtu.

Thanks for reading!

07 June 2013

My unimaginable job... which i kinda love..

Assalamualaikum semua.

Yes. It's been quite sometimes since my last posting. And it's not like I dont have even a single minute to update things in my blog but yet, I realized that my leisure time was spent  specifically for family issues, which I can say I dont have my own time for myself. Yeah. It looks like I'm in some sort of tiring job. I woudln't say that. But it's true in some ways. Haha.

Well, as I can remember, I did mention in previous entry that I managed to get a job and had been working for almost a month (during the entry posted which i cant be sure whether I did upload it or not. ngee) and now I'm entering my third month. I cant and I wont disclose what's my job is since I'm afraid I might give negative impact to you. But I'll try not to critic my job. Err.. will I be that strong? -___-"

Okay. Basically I'm not entirely deviated from my previous course but I'm just too lazy to work in the hospital. Did I tell you that I was a paramedic student? Suppose to be responding to emergency cases on the run and in the ambulance? Yeah it really an awesome course but dont know why, my interest is not there anymore. Then I managed to get a job in this insurance company, working as some clerk-type job but more brain-cracking type. It still implement some of the medical knowledge that I've learnt but only 10-20% (i mean not that much). I just have to sit and do my job. No more running here and there. I've become a keyboard warrior and a hero to the insurance clients (and sometimes bring bad news too).

You might be in puzzle reading my blog. Yes i know. "Minah ni cite pasal keje dia dlm bahasa omputeh tunggang langgang dah ape hal?" Hahahaha. I do think of it myself. But sometimes feels like want to post entries in english. Sorry girls. Please forgive my english. I'm challenging myself by not using Google Translate (hardly!). Huhu. So please bear with me ya.

Lets continue, shall we? Alright. Oh, I wont say my job has the leisure time as government's staff coz I barely have time to flip magazines (which no magazine on my desk. even better!). Working in private is more to your own effort to climb up a ladder. There will be guidance but yet, stand on your own. Extra effort bring you to the extra miles. Do remember that. Btw due to the workload (not really much yet but since I'm a newbie, Im still learning), I've decided to replace my fasting (puasa ye, klau x paham) and until now, managed to replace all 9 days without much effort. As i mentioned before, I'm sitting all the time, finishing my work. So where would the sugar from the food goes to? Only to my brain. Not into my muscle anymore or my fat even worse. I'm hoping to reduce some weight in these few months. So lets see how it goes ya. 

Okay la. Have to tidy up to go to work. Yupp, i just use lrt to work. Easier, cheaper but not faster. If I drive, I would reach my office in half an hour. By lrt? Almost an hour. Tired?  You knew it! Happy? Yes! Its a different environment in my office so what can I say? I love it. It happens, you know. When you hate some things, and love the others. Thats how you survive. DONT FOCUS ON THINGS THAT YOU HATE, BUT FOCUS ON THINGS THAT YOU LOVE COZ THAT WILL HELP YOU TO MOVE ON.

xoxo.

06 April 2013

My Skincare 7 - NDZ Review

Assalamualaikum semua!!!!

Ahh bahagianya hari ni. Dapat rehat dan buat entry baru. Actually, aku baru keje kat satu company ni. Masuk keje 1 April aritu. Hihihii. Kesimpulannye semalam ialah hari kelima bekerja kat sana. Overall okay la. Tapi tu nak cite dalam entry khas nanti lah.

Anyway, nak sambung lagi kisah-kisah produk penjagaan muka yang aku pernah pakai. Nak tau tak ape benda? Ha? Dah tau??? Ala.... tak aci la kan dah tau sebab aku dah tulis kat tajuk entry. Hahahaha. *Sedihnye berkomunikasi sensorang. Macam DJ radio lak. Takde feedback. Huhu*

Produk yang aku nak cite kali ni namanya NDZ @ Nur Darwisyah Zakirah ye. Namanya macaaaaam nama manusia tapi sebenarnya ni bukan manusia sebenar tapi dia menyamar sebagai produk muka. Ehehehe. Okay serius! Produk ni memang produk penjagaan muka, takde menyamar2. Dia tak boleh lari sebab takde kaki sebab dia bukan manusia. Ngerti? Ni rupa produk tu ye kengkawan...


Produk NDZ ni ada 2 barang je iaitu krim dan sabun muka (oren). Aku mula tau pasal NDZ ni bila kawan akak aku promote kat akak aku. Well, not exactly promote la tapi sebab kawan akak aku ni model photoshoot (nama dirahsiakan) so kena sentiasa kekal cantik atau lebih tepat lagi cantik tanpa make up ye. Nak yang ori gitu. So kebetulan satu hari ni dia sefamily balik kampung kat johor dan dia terkejut tengok cousin-cousin perempuan dia yang sebelum ni kulit muka diorang kusam dan gelap, alih-alih tengok dah cerah! Bila dirisik-risik, rupanya cousin dia ni pakai NDZ. Start dari situ la dia pun mula pakai NDZ ni. After few months pakai, kebetulan kami join satu event ni bersama-sama (aku, dia dan akak aku ye). Bila akak aku nampak kulit dia yang sangat cantik tanpa make up time event tu, akak aku pon tanye la. Then dia dengan baik hatinya share pasal NDZ ni. The end~ *ecehh*

Bila aku tau pasal produk ni, punggung jadi panas je sebab nak sangat try. Bukan ape, klau korang kenal sape model ni dan tengok camne kulit dia, aku rasa korang pun akan terus berlari dengan sepantas kilat untuk dapatkan NDZ ni tau! Hah sampai gitu skali taksubnye. Hahahaa.. Tapi serius ni. So dalam masa beberapa hari selepas event tu, aku dapat beli set NDZ ni dengan harga RM50. Mahal ke murah? Aku pun tak tau la. Tagline NDZ ni ialah..


"Beri bukti, Bukan janji"

Hah, konfiden tu! Diorang janjikan yang hasil akan mula nampak seawal 2 minggu. Akak yang jual tu pun kulitnye putih dan mulus! Lagi la panas punggung nak cepat-cepat try. Hihi. Nak-nak lagi aku punya kenduri kawin lagi 2 minggu. Mesti tak nak lepaskan peluang untuk cantikkan kulit. Akak tu pesan, dalam masa 2 minggu pertama ni jangan pakai apa-apa bedak. Maksudnya keluar rumah pakai krim tu je. Aku tak kisah sebab aku ni memang spesies comot skit, takde hal lah nak kuar rumah tanpa bedak. Adik beradik aku takleh tak pakai bedak sebab nampak kusam dan macam oily katanya. 

Okay, cukup dengan introduction. Mari aku mula review pasal NDZ ni. Mula-mula aku potong sabun tu jadi kecik-kecik untuk jimat (kononnye lah). Pastu aku cuci muka guna sabun ni setiap kali time ambil wudhuk untuk solat. Lepas tu aku pakai krim ni setiap kali selepas solat. So total dalam sehari aku cuci muka dengan sabun dan tenyeh krim ialah 5 kali sehari. Dalam hari ketiga camtu aku mula rasa kulit mengelupas tapi tak pedih pun. Setiap kali cuci muka tu, aku akan gosok-gosok muka sebab rasa macam ada daki. Sebenarnya tu la kulit mula yang tengah terkupas. Lagi mudah kulit mati tu ditanggalkan kalau kulit kita basah. Oleh sebab aku tak pakai bedak time keluar rumah so muka nampak macam oily/berminyak/basah/berkilat je. Mak aku pakai krim ni dan pakai bedak cina kat muka, nampak la ade kulit terkupas kat muka. So jangan pakai bedak ye puan-puan. Hehe..

Dah hampir 2 minggu pakai NDZ ni, memang adik beradik aku tegur kata kulit dah tak kusam sangat. Yeay! Best2. Nak lagi best? Time MUA @ Make up artist @ Jurumekap tu make up muka aku untuk nikah, dia pun tegur kata kulit nampak sekata sangat. Well, takkan dia nak kata kulit nampak cerah pulak kan sedangkan dia jarang nampak muka aku sebelum ni. Hehe. Tapi memang kembang kempis la rasa. And again, memang takde gambar untuk ditempek kat blog ni sebab aku memang bukan jenis yang suka ambil gambar sebelum dan selepas. Sebab aku nampak ape hasilnya kan so aku yakin and sebab tu aku share pengalaman aku guna produk ni kat blog picisan aku ni. Terpulang pada korang nak percaya atau tak ye. Huhu.

After quite sometime gak la aku pakai NDZ ni, aku rasa macam kulit makin nipis dan bila terdedah bawah matahari tanpa pakai krim ni atau apa-apa sunblock/bedak, kulit rasa panas sangat. Pastu bila skip-skip pakai, kulit macam kusam balik. Tapi bila pakai krim berterusan, kulit jadi elok. Tak macam produk lain yang aku pernah try, bila skip kulit jadi kusam dan bila pakai balik krim masih kusam. Tu produk lain la. Hehe. Akak aku plak siap pakai krim NDZ ni kat tangan dia lagi sebab nak cerahkan tangan katanya. Dan memang cerah! Makin gigih la dia tenyeh krim tu kat tangan dia sebab kesan krim tu lagi cepat daripada kesan pakai losyen, katanya. Hahaha. Bankrup company losyen kalau tau maklumat ni :P

Kesimpulannya, aku boleh katakan yang NDZ ni ialah produk instant macam Milo 3-in-1. Kalau nak hasil yang cepat dan berkesan, boleh try NDZ ni. Sebab produk ni memang bagus ye. Kalau nak kulit cepat cerah sebelum majlis, pakaila krim ni sebulan sebelum majlis korang. Krim ni mungkin dapat membantu. Pun boleh pudarkan parut tau dengan harga yang boleh tahan murah sebenarnya. Oh ye, kalau berminat nak try NDZ ni boleh call/sms no ni - 0132451563 ye. Beli dengan orang ni murah sikit. Kurang dari RM50 la kalau aku tak silap. 

Okay? Alright? Renung-renungkan dan selamat memilih... 

20 March 2013

Trip to Hong Kong - Day 1

Assalamualaikum.

Well... ni dah almost sebulan since trip aku ke Hong Kong and yet I'm still lazy to write about it. Sorry! *Nobody care sebenarnya kan? Sob2* Okay nevermind. Just nak share few important tips sepanjang kat Hong Kong ni especially for first timer like ME ye. Tak susah pun nak gi berjalan-jalan kat HK ni sebab HK saaaaaaaangat tourist-friendly a.k.a mesra pelancong. So shall we start?

*************
Day 1 - Departure & Arrival, Disneyland, Wong Kok.

Flight ke HK jam 7 pagi so by 5.30 am hubby and I dah ada kat airport LCCT utk check in baggage. Why? Sebab kami bawa food from Malaysia!! Yeah! Demi untuk kekal hidup di HK selama 5 hari 4 malam, we decided to bring our own canned food (makanan dalam tin) untuk mengurangkan jumlah perbelanjaan kat sana. Well, kat HK semuanya mahal tau (sana guna HK Dollar @ HKD @ simbol sana just dollar $). Sebelum pergi tukar duit rate RM1 dalam $2.46 camtu. Don't expect to eat McDonald set lunch klau dalam poket korang cuma ada RM5.95 atau $15 sebab kat sana, cup of milo pun dah RM6 tau! *Sila nangis kalau korang tak bawa banyak duit dan mengimpikan untuk makan kat HK. Hihi*

So these are our food supply!

 Air kotak untuk bawa jalan-jalan.

 Makanan dalam tin mengikut hari.

 Stok untuk breakfast dan jajan untuk makan time jalan-jalan.

Beras untuk dimasak dan makan dengan lauk dalam tin.

So itu adalah isi kandungan beg yang akan duduk dalam kargo. Berat adalah satu faktor nape kitorang decide untuk letak beg tu dalam kargo tapi ada satu fakto lain yang paling penting ialah sebab DILARANG MEMBAWA CECAIR LEBIH 100ml DALAM SATU BOTOL UNTUK PENERBANGAN ANTARABANGSA. Ngerti? So susu 1 liter sampai 3 kotak tu terpaksa letak dalam kargo ye. Selain dari itu, kami juga bawa periuk nasi jenis non-stick untuk masak nasi & panaskan lauk dalam tin dan . So far tak pulak kena tahan oleh imigresen. Huhu. Total harga makanan semua-semua tu tak sampai pun RM100 tau. Mahal? Ohh.. tunggu sampai korang nampak harga makanan kat HK nanti. Hehehe~

Flight selama 4 jam dan memang memboringkan so silalah bawa apa-apa benda yang boleh menghilangkan bosan tu. Aku cuma bawa bantal leher je. Untuk tido. Haha. Dan tak lupa juga, sila beli air mineral kat Pusrawi selepas xray & imigresen (sebab murah, RM1.50 utk 500ml) untuk mengelakkan tekak korang kering. Sebab kat ruang menunggu antarabangsa takde disediakan tempat untuk refill air. Menyedihkan!

Mendarat di airport HK around tengahari, cuaca redup dan nampak sejuk je kat luar. Untuk pengetahuan korang, airport HK ni terletak kat pulau. Well, HK sendiri terdiri daripada beberapa buah pulau. Tak percaya, sila tengok peta kat bawah ni. 



For those yang tak tau, HK terdiri daripada gugusan pulau (warna kuning). Yang aku bulatkan merah tu ialah lokasi international airport HK, the only airport in HK. Kat pulau you! But dont worry. Setiap pulau utama di HK dihubungkan oleh jalan darat dan laut. So rilex! Lawatan ke HK sama macam island hopping  gak tapi bezanya island ni besaaaaarrrr dan bot bukan transport utama! Oh i like!

Firts thing to do bila mendarat ialah make sure korang takde seludup dadah atau apa-apa barang terlarang ke HK sebab klau korang ada bawa, korang takkan lepas masuk airport pun sebab...


Yess! Correct! Ada anjing jaga pintu keluar kapal terbang untuk masuk ke airport. Anjing ni akan hidu beg penumpang yang keluar dari kapal terbang. Nice kan? Sila klik gambar kalau tak clear. Kalau masih tak clear, tu bukan salah skrin korang tapi salah kamera henpon aku yang nervous tengok anjing. Hehe.

Untuk ambil beg dari kargo pula, kena naik tren ke main building ye. Kalau kat KLIA, korang cuma akan merasa untuk naik tren kalau nak naik international flight je. Tapi kat airport HK, diorang sangat pemurah untuk bagi korang naik tren free. Haha. Oh by the way, jangan risau kalau tak paham bahasa cina sebab signboard dalam airport HK ni dwibahasa. Easy!


Before ambil beg, lalu imigresen dulu. Jangan lupa isi borang masuk HK before lalu imigresen. Borang ni ada kat atas meja before kaunter imigresen. Kat dalam flight pun ada diedarkan borang ni tapi kitorang sedap tido sampai tak perasan pramugari tengah bagi borang. Opps..


Ni ruang untuk isi borang dan lalu imigresen. Saaaaaaaaaaaaaangat luass!!! Macam boleh main bola sepak! Haha. Okay, tak. Tapi macam boleh main futsal tau. Yes luas sangat. Tu diorang tengah isi borang masuk HK. Meja, borang dan pen disediakan okay. Tak lupa gak, map HK pun boleh ambil kat ruang ni.
  
Dah siap isi borang, lets queue for immigration! Sila buat muka baik dan senyum bila lalu imigresen ye anda-anda semua.


 

Sangat bersih dan teratur. Kalau tak sure nak masuk mana, mesti akan ada staf diorang panggil. Tapi staf dia cakap cina la. But no worries sebab kat dahi kitorang memang ada cop "TOURIST" so diorang pun tolong. Hehe..


So dah setel ambil beg, keluar la ke balai ketibaan (arrival hall). But as I mentioned earlier, HK sangat mesra pelancong ye. So bila nak keluar tu ada...


  Tourist Information Center (Pusat Maklumat Pelancong). 

Tanya je apa-apa yang korang nak tau pasal HK ni, staf dia akan jawab dengan peramahnya. Tapi sila tanya dalam English je ye. Nanti dia menangis lak sebab tak paham.

 

Sebelah Tourist Information Center ada tempat beli kad Octopus (ala-ala TouchnGo gitu) untuk memudahkan pergerakan naik tren MTR dan bas kat HK. 1st time beli ialah $150; deposit kad $50 (akan dapat balik bila pulangkan kad dimana-mana kaunter tiket) dan $100 nilai yang boleh digunakan. Then hubby top up siap-siap $100 dalam setiap kad. Banyak kan? YES! Sebab naik tren pun mahal ye korang-korang. Sebab tu kami berjimat beli makanan siap-siap. Peace!

Tadaa! Ni rupa Octopus cardnye. Takde la banyak kaki macam sotong kan? Hehe. Sila bawa lanyard masing-masing untung gantung kat leher kad ni supaya tak tercicir. Toksah malu atau segan, memang orang sana tau korang tu pelancong. Tengok muka pun dah tau. Hihihi..

Update: Klau korang stay max 3 hari je dan mmg akan naik tren dan bas MTR byk2 kali, korang boleh beli kad Airport Express Travel Pass ($220) yg memberikan 1x perjalanan Airport Express dan unlimited perjalanan utk MTR dan bas selama 3 hari berturut-turut (dikira 72jam dr 1st time tap kad, bkan exactly ikut hari)

Untuk keluar dari airport ke mana-mana destinasi pilihan, korang boleh naik tren (airport express sampai stesen HK atau tukar MTR di mana2 interchange station), bas dan teksi. Kitorang naik airport express (ni kena caj $60) then tukar naik MTR 2 kali (ni free x kena caj). See! Baru je top up $200, dah tolak $60. Baki $140. Lap peluh kejap. Takpe2. Akan explore cara paling murah ke airport time balik nanti. Hmm!


Ni rupa airport expressnya. Sangat bersih dan selesa. Kalau korang perasan, kat bahagian atas gambar tu ada satu garis yang hujung kirinya warna biru. Itu macam penanda la yang tren sedang bergerak dan bape jauh & lama lagi untuk sampai ke next station. Ada la dalam 30 minit untuk tren ni sampai ke next station dia. Sebab tu garisnya panjang.
Nampak tak warna biru tu makin panjang? Dah nak sampai next station la maksudnya. *Jakun jap*


Turun dari tren airport express, naik tren biasa iaitu MTR. Kita/Singapore panggil MRT, diorang panggil MTR. Memang konfius tapi sila jangan konfius. Time ni agak sesak skit tapi masih sejuk dan takde bau badan yang kurang menyenangkan langsung! I wonder why~


Destinasi pertama kami mestila hotel kan sebab nak letak barang dulu. Berat ooo bawa beg makanan tu. Huhu. Final station kami ialah stesen Tsim Tsa Shui untuk ke Chungking Mansion. Cari punya cari, sambil tengok map, macam dah terlajak. Rupanya sebab kat depan Chungking Mansion tengah ada tarian singa. Ramai plak tu orang tengok.




Dalam terpinga-pinga mencari laluan masuk kerana main entrance ada singa, tiba-tiba ada seorang mamat pakistan datang approach sambil offer hotel. Kitorang tolak, kata dah dapat hotel kat Chungking Mansion, tingkat 17. Automatik dia suruh lalu ikut tepi bangunan, macam jalan belakang la untuk masuk Chungking Mansion.Wow, thanks for helping!

For those yang tak biasa jalan-jalan kat Masjid India, Masjid Jamek or even Chow Kit, Chungking Mansion bukan tempat untuk korang. Especially kalau korang ni over penakut dan curiga dengan semua pakistani, bangladeshi dan orang-orang negro sebab Chungking Mansion ni memang tempat diorang menginap dan berniaga. For us, no prob! Yeay!

Kat Chungking Mansion (CM) ni ada banyak blok dan lif so sila pastikan hotel korang kat blok mana untuk naik lif yang betul. Kitorang menginap kat Happy Yeung Guest House, blok B.


Setiap blok cuma ada 2 lif je. Satu lif untuk ke tingkat genap dan satu lif ke tingkat ganjil. Ada CCTV dalam lif dan orang kat tingkat bawah boleh nampak sape dalam lif melalui tv yang dipasang kat depan lif. Macam dalam gambar tu la. Btw kalau korang datang HK ni main redah je, tak perlu risau tentang penginapan kat CM ni sebab banyak mamat pakistani atau bangladesh akan approach untuk offer bilik kat hotel dalam CM. Yes! Dalam CM ni ada baaaaaanyak hotel-hotel budget. Sementara tunggu lif turun, boleh baca nama-nama hotel siap dengan tingkat berapa dan nombor telefon lagi. Kagum!

Oh ye, lif boleh naik sampai tingkat 16 je tau. Since hotel kitorang kat tingkat 17, kitorang naik lif sampai tingkat 16 then naik tangga ke tingkat 17. Sedikit pengorbanan untuk ke hotel yang orang recommend keselesaannya.

Happy Yeung Guest House

Flat B7, Block B, 17/F, Chungking Mansions, 
40 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong.
 

 Kemas dan bersih. Dinding laluan ni dipasang tiles putih.

 
Ni bilik kami. Dengan harga hampir RM100 untuk satu malam, dapat bilik sebesar katil king size, masih muat untuk solat berseorangan walaupun asyik berlanggar bahu. Sempit! Tapi tu la hakikatnya hotel di HK. Nak bilik luas? Mestila ada. Tapi sediakan la duit RM 600 untuk satu malam. *Nangis*

Ni pemandangan pintu bilik dari atas katil. Ada kipas ye. Tapi rasanya tak perlu kot sebab cuaca sejuk!!!
 
Toilet ada dalam bilik. Bersih walaupun kecil. Ada cermin skali. Tuala disediakan. Wifi percuma disediakan. Seterika boleh minta kat kaunter. Boleh refill air minuman kat kaunter. Ape lagi korang nak? Semuanya ada. Mudah bukan? Kalau pegi sebagai backpackers macam kami ni, ni dah kira selesa sangat tau. Syukur.

Dah siap solat jama' Zuhur dan Asar, kami pun nak memulakan perjalanan untuk ke Disneyland! Tapi malangnya sandal aku pula buat hal. Huhu. Sorry hubby. Boleh pulak tapak sandal tercabut. Dua-dua belah pulak tu! Sungguh menyakitkan hati. Nak tak nak terpaksa pusing-pusing kat kedai tingkat bawah CM untuk cari sandal baru. Dah puas pusing, terpaksa jugak beli sandal baru dengan harga $135 iaitu dalam RM54.38 ye! Sandal biasa je pon tapi harga mahal gile! Menyesal tak bawa back up sandal tau. *Nangis sambil peluk kaki hubby minta ampun*

Setelah bazir masa 45 minit cari sandal, baru la perjalanan sebenar ke Disneyland bermula. Berbekalkan roti dan air kotak dalam beg galas, kami pun naik MTR ke stesen Disneyland.


Ni peta laluan MTR kat HK. Macam yang aku cakap sebelum ni, pulau-pulau utama dalam HK ni dihubungkan oleh sistem pengangkutan awam yang sangat bagus. MTR ni siap lalu bawah laut lagi untuk sampai ke pulau sebelah tau. Tapi tak la nampak lautnye kan sebab MTR duduk dalam terowong. Hehe.

Tsim Tsa Shui ke Disneyland. (HKD17.90) (38 minit)
Naik MTR dari stesen Tsim Tsa Shui (laluan merah) ke arah Tsuen Wan dan turun di Lai King. Tukar tren di Lai King untuk naik laluan oren ke arah Tung Chung, turun di stesen Sunny Bay. Tukar tren di stesen Sunny Bay untuk naik laluan pink ke Disneyland. 

Kalau nak plan perjalanan korang menggunakan MTR, boleh klik MTR Planner
Just pilih stesen naik dan turun. Siap tunjuk harga tiket dan tempoh perjalanan. Kat harga tiket tu ada 2 harga, Octopus tu harga pemegang kad Octopus. Untuk Single Journey Ticket tu kalau korang beli tiket kat mesin atau kaunter untuk journey tu je dan tak guna kad Octopus dan harganya mahal sikit. So buat pilihan dengan bijak ye. Cuba korang klik kat stesen-stesen tu, akan ada option untuk tengok tempat menarik yang berhampiran dengan stesen tu. Best kan? Ni yang buat aku jatuh cinta dengan HK ni. Huhuhu...

 Okay la. Kita sambung part Disneyland kat entry seterusnya ye.

Tata...





Next entry:
Trip to Hong Kong - Day 1 (2nd half to Disneyland)


01 March 2013

Sebaceous Cyst & Kaedah Rawatannya

Assalamualaikum.

Di hari Jumaat yang serba mulia ini, aku nak berkongsi maklumat kesihatan/kecantikan dengan korang semua. Aku tau, tak kira la berapa usia korang, tua atau muda, asalkan namanya wanita, bohong kalau tak pernah terdetik untuk sentiasa kelihatan cantik kan? Sebaiknya untuk cantik, kita mestila kekal sihat. Especially kulit kita, wajib la di jaga dengan rapi. Ehehe.. nak masuk dah ni... 

Okay, bercakap tentang penjagaan kulit, jerawat bukanla satu-satunya masalah yang kulit kita hadapi tau. Jerawat ni kira baiiikk lagi sebab dia sudi pecah dan keluarkan isi dia yang tersumbat tu. Tapi kalau korang dapat spesies 'kakak jerawat' yang ini, picit sampai mati pun kotorannye takkan menyerah diri dengan sukarela tau. So ape nama 'kakak jerawat ni'?
Namanya ialah...

Sebaceous Cyst!

Cara sebutannya ialah 'sebeishes sist' ye. (sengetkan mulut tu sikit)



Tadaa! Camni la rupa sebaceous cyst tu. Benjolan-benjolan macam ada telur kat bawah kulit. Takde 'mata' macam jerawat yang kita selalu nampak tu kan? Dan sebaceous cyst ni juga takkan 'masak' macam jerawat ye. 

Macam mana sebaceous cyst ni berlaku? 




Sebaceous cyst berlaku akibat penyumbatan kelenjar peluh di bahagian kulit atau akibat trauma/kecederaan. Bila tersumbat, segala minyak yang sepatutnya keluar ke permukaan kulit kita akan terperangkap dan menjadi keras kat bawah kulit. Kalau korang jenis yang suka picit jerawat, bayangkan 'nasi' yang keluar lepas korang picit jerawat tu terkumpul dan mengeras kat bawah kulit kita, menarik tak? Hehe. Memang la tak menarik kan. Tapi sebaceous cyst ni tak sakit tau. Korang cuma akan rasa tak selesa sebab ada benjolan kat bawah kulit. Tu je. Macam dalam gambar kat atas, nampak urat-urat dah sebab kulit tu dah jadi tegang. Walaupun ada yang biarkan je cyst ni duduk diam kat bawah kulit, tapi ada komplikasinya tau. Contohnya seperti cyst ni boleh terkena jangkitan dan akan bernanah dan jadi busuk ye. Kalau dah busuk, takkan nak simpan lagi kan? 


So, ape kaedah rawatan untuk cyst ni ye?

Kaedah pertama: Ada website yang mencadangkan untuk tuam cyst ni dengan kain yang panasnya suam-suam kuku supaya ketulan kat dalam tu mencair dan surut. Kaedah ni boleh buat sendiri kat rumah la kan.

Kaedah kedua: Pembedahan kecil dengan membuang isi kandungan dan kantung yang membalut isi tu. Walaupun agak menakutkan tapi ni adalah kaedah terakhir dalam senarai pilihan rawatan ye. Huhu. Boleh dilakukan di hospital atau di klinik kulit swasta pilihan korang.


Peringatan

Sebaceous cyst ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam dunia ni. Benda ni ikut nasib la. Kalau dah kena tu, buat la ape yang patut kan. Tak kisah la macam mana rajin dan berdedikasi pun korang jaga kulit, benda ni tetap boleh berlaku kat korang. Selagi namanya kulit, cyst ni boleh muncul di mana-mana je tau. So sila cek badan masing-masing secara menyeluruh, kot-kot ada cyst yang menyorok selama ni. Kalau rasa tak yakin, boleh jumpa doktor. Mudah bukan?


********************

So kenapa aku baik hati bercerita tentang 'musuh' kulit ni? Sebab aku adalah salah seorang yang bertuah yang mempunyai cyst ni. Adalah normal untuk kulit aku ade jerawat batu yang duduk bawah kulit dan menyakitkan. So bila cyst ni muncul, aku ingat cyst ni pun jerawat batu yang boleh 'masak' dan dipecahkan macam jerawat batu sebelum ni. Aku pun menanti dengan penuh sabar dan tabah sambil tangan ni rajin la membuat percubaan untuk picit cyst ni. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tapi masih takde tanda-tanda yang cyst ni akan 'masak' dan menyerah kalah. Aku pun search maklumat pasal benda ni kat internet dan seorang doktor dari klinik kulit KO bagitau yang masalah aku ni mungkin sebaceous cyst. Bila aku search info pasal sebaceous cyst ni, rawatannya ialah pembedahan kecil untuk buang semua isi cyst ni supaya cyst ni tak naik lagi. Doktor tu bagi harga RM200 untuk buat prosedur ni sebab saiz cyst aku kecil lagi, 1cm x 1cm. Kalau besar, mahal lagi la harganya. Sebab aku kata aku ni student, dia bagi 10% discount, total of RM180. Tapi aku ni sayang duit walaupun mak dah membebel suh buat sesuatu dengan cyst ni. Bukan apa, aku rasa macam mahal sangat nilai duit tu. Lagipun situasi aku ni tak urgent pun so aku decide untuk dapatkan referral letter kat klinik kesihatan.

Dah dapat referral letter kat klinik kesihatan, aku pegi ke HUKM untuk buat appointment. Lepas 2 minggu aku dapat set appointment jumpa doktor, dan pada tarikh yang ditetapkan, bila doktor tengok benjolan tu, dia terus kata, "Oh ni sebaceous cyst. Nak buang?" Melonjak gembira hati aku bila tau diagnosis doktor HUKM ni sama dengan diagnosis doktor klinik KO tu. Tapi lepas tu jadi cuak. Buang? Maksudnya nak buat pembedahan la kan? Huhu. Aku angguk. Set date untuk surgery, 2 minggu dari tarikh appointment tu. Dan hari ni adalah hari untuk buat surgery membuang sebaceous cyst kat pipi kiri ni. 

Seawal 7.30 pagi, aku dgn hubby ke HUKM. Sampai kat bilik Minor OT/Daycare Surgery HUKM, tunggu turn sampai doktor datang cek. Hari ni je ada 3 patients termasuk aku untuk buat prosedur buang cyst ni. So jangan main-main. You might be the next one! Hahahaha. Okay gurau! Walaupun aku datang awal, tapi sebab aku tunggu kat ruang yang salah, so aku jadi last patient untuk dibedah. First come, first serve la. So far macam setiap patient amik masa sejam dari saat diorang masuk sampai la keluar dari dewan bedah. Makin cuak ni. 

Lepas tukar baju bedah, masuk dalam dewan bedah dan baring mengiring ke kanan sebab cyst tu sebelah kiri. Yang takleh tahan tu, soalan pertama doktor kat aku, "Awak ni anak Saleh Yaakob ke?" Aku terus gelak. "Doktor, kalau ayah saya Saleh Yaakob, nama saya akan jadi Nadia binti Saleh Yaakob dan bukannye Nadia binti Salleh je. Mesti mau femes tumpang nama ayah." Doktor pun gelak2. Adoiyai doktor, sabar je la dengan soalan tu. Huhu. Bila dah baring elok tu, tutup badan dengan selimut sebab bilik bedah sangat sejuk ye, then doktor cucuk ubat kebas kat bahagian cyst tu. Sakitnye!!! Sampai mengerekot kaki ni menahan sakit. Sementara tunggu ubat kebas berfungsi, doktor tutup mata aku dengan gauze, "Nah ni nurse ade prepare spek mata untuk awak." Spek you! Sebenarnya spek tu untuk elak aku silau dengan lampu dewan bedah tu. Then baru dia cover kepala aku dengan drape atau kain hijau yang steril, cuma dedahkan bahagian cyst je



Mula dengan Bismillah, dia tekan-tekan kulit aku. "Sakit tak?" "Sakit lagi la doktor! Rasa menyucuk-nyucuk," aku jawab. Serius terasa kot. So dia cucuk lagi ubat kebas. Pastu baru dia mula belah dan buat ape yang patut. Aku rasa sangat trauma dan cuak sebab aku boleh dengar apa yang dia cakap, contohnya time dia minta blade dan scissor untuk belah kulit ni. Mak aihhh... Allah je yang tau betapa cuaknya aku. Tapi walaupun dengar, tak rasa sakit pun. So kurang sikit rasa cuak tu. Hehe. Aku ni kan penakut.

Sambil doktor ni kerjakan cyst aku, dia ajak aku berborak. Sebenarnya aku kenal doktor ni sebab aku keje part time kat klinik surgery dan dia salah seorang doktor yang treat patient kat situ. So bila dia akhirnya cam sape aku,"Laaa... nape awak tak cakap awal-awal? Kalau tak, saya buat awak dulu. Tapi takpe. Disebabkan saya ni seorang doktor yang adil, saya buat patient yang datang awal dulu. Sape suruh awak datang lambat?" Korang nampak tu? Nampak tak gurauan kasar dia? Hahahaha. Memang tak tahan nak gelak la sebenarnya. "Itu semua poyooooo." Kata doktor lagi satu sambil gelak-gelak. "Ohh patut la saya tengok awak pakai tudung ke depan semacam je, rupanya tutup jerawat batu ni." Doktor ni memang nak kena saman agaknye. Huhu

Setel bab belah, korek dan cuci, masa untuk tutup belahan tu. Jahit time! Yang ni aku tak perasan bila dia mula menjahit sebab aku tak dengar bila masa dia minta benang tu. Aku perasan bila rasa macam dia tarik-tarik kulit ni. "Jangan risau ye Khairun, saya jahit cantik-cantik untuk awak. Nanti abang awak tengok, eh, macam takde buat surgery pun? Saya dulu time houseman, kena sambut bayi lahir. So saya dah biasa jahit koyak epi (koyak time bersalin) kat pompuan ni. Sampai abang diorang kata, eh macam anak dara la!" Tak kau melampau statement doktor ni? Hahahaha. Punya nak tunjuk yang skill jahit dia tiptop! Takpe doktor, nak tau tiptop ke tak, tunggu apoimen kita lagi 2 minggu ye.

Setel, jahit dan tampal gauze kat pipi ni, bayar bil. Sebab aku ni tak keje so manade GL macam orang gomen kan, bayar la cash. Nak tau tak bape bil aku? Hehehehe. Sengih manjang dulu....



...cuma RM50 je.


Iye! Murah kan?? Aritu akak staffnurse tu kata RM100. Syukur Ya Allah. Sesungguhnya apa yang Kau aturkan lebih indah dan mudah. Dapat ubat tahan sakit (diclofenac) lagi. Setel tungtangtungtang, balik rumah jam 12.30 tghari dengan pipi bertampal. Bantai makan nasi ayam berempah then tido time hubby gi solat Jumaat. Baik wife dia ni, tak perasan bila hubby pulang dari masjid. Hehe. 

Di kesempatan ni, nak ucap terima kasih banyak-banyak kat hubby sebab sudi teman pegi HUKM dari pagi sampai tengahari. Maaf ye kalau menyusahkan. Huhu... i love you! Auww~




17 February 2013

Trip to Labuan: Day 3

Assalamualaikum.


Itinerary
Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Menumbok
One Borneo
Puding Kelapa Telipok
Rumah Terbalik Tamparuli
Pasar Filipina-Gerai Seafood


Final day for our trip in labuan. Ahh finally! Agak terseksa jiwa ni bercuti kat labuan, pulau yang sepi. Hehe. Fyi, trip kami ni 3 hari 2 malam tau. Kalau korang perasan, aku balik-balik mention pasal pegi KK kan? Actually, flight balik ke KL kami ialah dari airport KK Terminal 2! Hehe. Ni sume pasal hubby tak dapat beli tiket flight dari labuan nak balik KL. Nasib baik ada tiket dari KK ke KL.

Oleh kerana hari selasa adalah hari orang bekerja dan dalam masa yang sama kami kena berangkat ke KK awal pagi, so meredah trafik yang tak seberapa untuk ke terminal feri. Konon nak pegi KK tapi banyak transit ni. Dari terminal feri antarabangsa labuan, kami naik speedboat ke Menumbok. Tiket harga RM7 seorang ye. Walaupun speedboat ni tak sebesar mana tapi boleh bawak beg baju naik ye. 

Attention: Tiket speedboat/feri/bas menumbok-kk
Semua tiket-tiket ni boleh dibeli kat kaunter terminal feri antarabangsa labuan. Kat sini takde ulat jual tiket ye. Semuanya beli kat kaunter. Untuk tiket bas, boleh juga dibeli bila dah sampai kat menumbok kalau tak nak beli kat kaunter terminal.


 Macam yang 'pramugara' speedboat ni buat. Hehe


 Ni rupa speedbotnye ye. Ala... macam bot la..

 Driver speedboat yang sempoi. Boleh toleh-toleh belakang lagi borak dengan kawan dia. Haha. Nasib baik bawak speedboat. Klau kete, mau aku sound suh fokus pandang depan tau. Btw ruang kosong tu laluan masuk bot tau. Hendaklah ditutup untuk mengelakkan percikan air laut masuk ke dalam bot.


 Pemandangan dalam speedboat yang penuh orang. Lebih kurang 20 orang penumpang gak la dalam tu. Ramai kan? No worries. Tak tenggelam bot ni. Huhu.

Speedboat ni memang laju ah. Pastu arus memang besar so banyak kali air laut terpercik masuk boat sebab pintu masuk tak ditutup. Penumpang dah basah, baru nak tutup pintu. Apa da... Anyway best naik bot ni. Macam naik roller coaster, balik-balik terhempas sebab lawan arus. Korang wajib try tau! Konfem sakit pinggang macam aku. Hihi. Dari labuan ke menumbok cuma 30 minit je dengan speedboat. Klau naik feri, sejam kot. 



Dah selamat mendarat kat jeti menumbok. Nampak tak kepala si baju hitam terkeluar dari bot tu? Tu la pintu masuknya. Jangan risau pasal bau badan penumpang lain, sebab bot ni ada tingkap ye. Hihi



Sampai menumbok, breakfast nasi lemak ayam harga RM5.  Akak tu kata, ada ayam ke takde ayam ke hara tetap RM5. Ceit! Beli satu, share dua orang. Jimat! Sambil makan, beli tiket bas untuk ke KK dari menumbok. Harga tiket bas RM19 klau aku tak silap. Korang boleh gak beli tiket bas awal-awal kat terminal feri labuan tau. Tu pun kalau risau tiket bas kat menumbok sold out ye. So perjalanan ke KK selama 2 jam lebih gitu. Kalau ade rasa nak ke toilet, sila la tahan je (macam aku) sebab bas ni tak berenti. Huuu~

Sampai kat KK, kami turun kat stesen bas kat depan Mahkamah KK. Ada KFC tau dekat mahkamah tu so aku pun pegi la tumpang toilet KFC. Lega~ Pastu menunggu kereta sewa sampai la pulak. Haih lambat pulak kereta sewa ni. Ade la dekat 45 minit menanti, baru la kereta sewa sampai. VIVA ELITE! Yeay! Kami sewa untuk half day so orang tu bagi RM50 je. Nanti aku letak nombor teponnye ye.


Attention: Sewa kereta KK
Boleh contact nombor ni 016-5840229 dan deal berapa harga sewa ye.

Dapat je kete, hubby terus pecut ke One Borneo sebab nak amik Ipad yang adik ipar kirim. Fyi, Ipad kat KL dah sold out dan ni last Ipad harapan untuk kami rembat. Setel dapat Ipad dalam jam 2 lebih gitu, kami ke Telipok untuk makan puding kelapa. Hubby sukeeeeeee sangat makan puding ni. Dia yang asyik sebut-sebut nak makan, so ape lagi?


 Here we are!


Ni la rupa puding kelapa yang diidamkan tu. Pudingnya dalam kelapa tau. Sejuk lak tu! Memang sedap. Kalau pegi KK, sila la singgah ke sini. 

 Attention: Direction ke Puding Kelapa Telipok
Dari KK, sebelum sampai ke pekan Telipok, masuk simpang Jalan Norowot kat sebelah kiri then jalan terus je, ada roundabout pun terus je sampai nampak gerai-gerai kat kiri kanan jalan. Pilih je mana-mana gerai, sume jual benda yang sama, harga yang sama. Ok?

Dah hilang kempunan puding kelapa, kami pegi Rumah Terbalik kat Tamparuli. Kat KK ni tak perlukan peta sebab aku lahir kat sini so sangat mudah nak ke mana-mana. Hehe

Kalau dari KK, Rumah Terbalik ni kat sebelah kiri tau. Nampak je signboard ni, maksudnya dah sampai la tu. Sebelum tu kami singgah solat jamak ta'khir kat surau SMK Tamparuli, then baru masuk rumah terbalik ni.

Attention: Harga tiket Rumah Terbalik
Harga student: RM10 (tunjuk student card then dapat 1 kupon minuman free kat cafe)
MyKad holder : RM10 (tunjuk MyKad ye)
Non-malaysian : RM18
Harga kanak-kanak (malaysian & non) : RM5
Boleh cek details kat sini.

Akan ada tour guide yang bawa kita masuk rumah tu. Rumah terbalik ni kecil je. Baru je masuk dalam, dah kena keluar sebab kecil sangat. Huhu. Pastu dilarang ambil gambar kat dalam tu tau. 

Habis tengok rumah terbalik ni, hari dah malam. Dalam kepala, ada satu tempat lagi yang wajib kami pegi. So balik semula ke KK. Destinasi idaman ialah pasar filipina untuk makan seafood! Yeah! Macam-macam seafood ada kat sini. Ikan, udang, ketam, sotong, lobster... pilih je. (Nanti aku upload pic lagi ye)

Kami makan sotong, ketam dan ikan je. Total dalam RM50 la skali dengan nasi. Ketam RM21, sotong secucuk RM10, ikan RM18 seekor. Kat sini, harga ikut saiz tau. Makin besar ketam tu, makin la mahal. So sila pilih saiz yang bersesuaian dengan perut korang ye. Lepas dah pilih seafood mana korang nak, orang tu akan bawa lauk korang ke belakang untuk dimasak sambal. Sedap! Takleh minta dia masak style lain tau. Memang wajib masak sambal. Tak pedas pon.

Kat sini, mak aku risau pasal kebersihan diorang. Kat mana dia cuci pinggan, bila masa dia masak semua-semua ni. Aku? Dah telan mak, takleh kata apa la. Huhu 


Kenyang makan, aku order air avocado kat gerai air depan gerai seafood tadi. Makcik ni buat ais blended avocado. Seeeeedap sangat! Korang wajib try! Harga RM3. Rasanya lemak-lemak manis berkrim. Ahhh teringinnye! Btw kenapa korang wajib try air ni, sebab kat KL, mahal sangat harga air ni. So beli la kat Sabah dengan harga yang murah ye. 

Maka dengan berakhirnya sesi makan-makan kat pasar filipina ni, berakhir la juga trip labuan kami. Flight balik KL jam 10 lebih jap lagi. So sayonara Labuan/KK. I miss your seafood~

16 February 2013

Trip to Labuan: Day 2

Assalamualaikum.

Itinerary
Sri Ganti (Kedai Coklat)
Ujana Kewangan
Siswazah Corner
Masjid Jamek An-Nur
War Memorial Park
International Sea Sport Complex
Anjung Ketam/Terumbu Warisan


Hari kedua kat labuan ni takde la exciting sangat. Sebab semalamnya dah mati akal tak tau nak melawat tempat menarik yang mana lagi. Lagipun suasana kat labuan ni sangat sepi dan suram. Sampai kami decide untuk terus ke KK hari ni gak. Huhu. Pantang betul gi bercuti kat tempat yang boring ni tau! Tapi kan, sebelum tidur tu sempat la baca komen orang kat status aku yang frust tak tau nak makan kat mana, and one of the comment suggest kami untuk makan seafood kat Anjung Ketam or Terumbu Warisan. So aku dengan excitednye cakapla dengan hubby pasal benda ni dan kami setuju untuk stay lagi satu malam demi untuk makan kat situ. Yeay! Tu je reason untuk stay kat labuan. Haha. Kejamnye!

Alright! Since kami stay kat Siang Homestay, as I said, macam-macam kemudahan ada. So first thing I do is seterika my baju n hubby's dan tudung untuk 2 hari. Pastu baru la keluar jalan-jalan & makan. Mula-mula kena isi perut dulu sebab dah lapar sangat. Tapi sebelum tu kami nak cari gkatne lokasi Terumbu Warisan dan Anjung Ketam ni supaya tak sesat bila pegi malam nanti. On the way back lepas dah jumpa lokasi restoran seafood tu, ternampak la kedai makan style RnR kat tepi jalan.




Kedai Murni ni je yang buka tengahari tu. Hubby makan nasi lauk, aku order nasi goreng ayam lagi. Kat sini ada jual bubur kacang hijau, ABC, goreng-goreng dan lauk-lauk ye.
 
Dah kenyang 'brunch', jilat jari dulu then jalan terus ke bandar. Hehe

Target hari ni untuk usha-usha kedai coklat since orang kata coklat kat labuan ni murah-murah belaka. Lagipun esok dah nak ke KK, so kena la pulun cari coklat arini. One of my enemy friend yang kerek baik hati kata coklat murah kat area Sri Ganti. I wonder where it is. Semalam aku sempat tanya kat staf restoran deepsea dan dia kata Sri Ganti ni sebelah restoran tu je. Mudah! So tu la sasaran pertama kami untuk beli coklat. 

Tapi sangkaan meleset bila coklat kat sini takde la semurah kat Langkawi! Ahh frust! Standard sebiji ferrero rocher tu RM1 la. So klau beli 16 biji punya, around RM16 gitu. Beli 24 biji, RM24. Oh tidak. Coklat Cadbury yang 200gm tu RM8.50, standard. Hubby cari kinder bueno tapi tak semurah langkawi dan lebih kurang sama macam kl, RM2.70 sepeket. Kecewa seketika. Daim takde kat sini. Kecewa berketika lamanya. Huhu.

Tak puas hati ni! Pegi lak kedai-kedai opposite sri ganti ni. Ada la nampak coklat Cadbury 200gm RM8.30 tapi bayar cash je. Keluar lagi mencari. Kali ni pegi Ujana Kewangan (UK) plak. Kat dalam tu ada kedai Moneygain dan coklat agak murah kat situ tapi tak banyak pilihan. Tapi kesimpulannye coklat kat sini tak semurah yang dihebahkan orang. Standard la harga dia. Aku frust so beli coklat standard je. 


Ni je hasil tangkapan yang padahal niat asal nak angkut balik satu beg coklat sebenarnya. Padamkan niat dan fokus untuk makan seafood malam ni. Oleh sebab haus, beli la air kelapa kat Siswazah Corner, sederet gak dengan sri ganti. Yang menariknya...

Aku: Bang, air kelapa 2.

Pekedai: Minum ke bungkus?

Aku: Bungkus ye.

Pekedai: (Bungkus 2 biji kelapa bulat-bulat dalam plastik dan bagi aku)

Aku: Eh, saya nak bungkus airnya. Bukan kelapa macam ni.

Pekedai: Ohhh... sori sori. (Masuk dalam dan belah kelapa)

Hahahahaha. Rasa macam takleh blah plak. Mungkin sebab orang kat sini suka beli kelapa sebiji terus kot. Total 2 air kelapa fresh RM7. Tapi airnya banyaaaaaak. Puas hati walaupun agak mahal. Then pegi melepak kat Masjid Jamek An-Nur. Saje je nak tengok masjid tu tapi tak masuk pun. Duduk dalam kete kat tempat parking sambil minum air kelapa dan plan next station. Mati akal lagi so hubby drive je kemana yang nak dituju. Kami pegi melawat War Memorial Park. Kubur peringatan la lebih kurang.


Tak turun pun. Tengok dari dalam kete je sebab tengah hujan renyai. Tapi hubby memang takmo turun tengok. Takde faedah, katanya. Hihi. Pastu drive ke International Sea Sport Complex. Time ni drive main redah je tak ikut map, tapi sampai jugak. 



Luarnya kemain besar lagi, skali masuk ke dalam..... kosong! Sepi! Takde makhluk! Kat belakang bangunan ni laut tau. Penuh dengan kapal-kapal besar. Wahhh! Sempit terus pemandangan laut kat depan mata ni. Pastu ada restoran steamboat Manja Rasa yang orang kata restoran terapung, betul-betul belakang kompleks tu. Tapi kami tak singgah makan pun. Hehe


Restoran Manja Rasa.

Setel kat kompleks ni, kami pegi mane eh? Lupa pulak. Oh ye, kat dalam kompleks ni ada muzium kecil tau. Muzium Laut. Masuk free je. 

Pusing-pusing kat dalam sekejap, then off tu terminal feri sebab nak tanya pasal tiket bot/feri ke KK. Lepas tu balik rumah untuk bersiap makan malam. Yeay! Masa yang ditunggu kini telah tiba.

Gerak dari rumah dalam jam 8.30 malam. Sebab dah survey lokasi siangnye makan tak susah cari restoran ni time malam. Kami ke Anjung Ketam dulu untuk tanya harga. Hubby teringin sangat nak makan lobster @ udang karang. Kat anjung ketam, yang kami nampak harga lobster RM15/100gm. So pegi usha kat Terumbu Warisan lak. Restoran ni bersebelahan je. Kat Terumbu Warisan, harga lobster RM12/100gm. Murah! Tapi lobster takde stok la bang, kata pekedai tu. Ala.... kecewa dah ni. Maka patah balik ke Anjung Ketam untuk makan lobster. 

Rupanya, kat Anjung Ketam ni ada 4 buah kedai yang berbeza. Cuma ada 1 kedai je yang ada stok lobster fresh time tu. Harga agak mahal, RM20/100gm. Tapi nak hilangkan rasa kempunan tu dan hubby pun kata kat KL harga lobster lagi mahal, so hubby pun amik la lobster paling kecil kat dalam akuarium tu. Aku pula amik udang harimau 200gm @ 4 ekor, masak buttermilk. 

Tadaa! Ni la hasilnya!

Sekali sampai kat meja, dua-dua lauk masak buttermilk. Speechless ai! Btw tudung senget tu sebab angin laut ni superrrrrrrrrr kuat! Lupa nak bagitau, restoran ni atas laut tau! Anginnye memang kuat sangat sampai kedai tu takyah pakai kipas pun. Ombak pun kuat je hempas tebing. Takut woo. Haha.

Ni la saiz lobsternye. Sebesar tapak tangan. Kat sebelah tu udang harimau 4 ekor ye.

Hmm boleh tahan sedap la jugak rasa buttermilk ni. Hubby kata, rasa lobster ni macam rasa udang gak. Takde beza sangat. Well, aku takde la nak komen sangat kan sebab baru kali ni aku makan udang setelah sekian lama tak makan sebab alergi. Yang menariknya, takde alergi langsung lepas makan dua-dua lauk ni. Best sebab fresh!


Ni baki lobster kat dalam akuarium tu. Besar-besar sume. Nasib baik ada sekor yang kecil tadi, cukup buat lepas hajat. 
 

Ni senarai harga makanan kat kedai nombor 4 tempat kami makan. Nampak ke? Maaf ye kalau tak nampak. Asal snap je sebenarnye. So total makan malam kat sini RM120. Jadi mahal sebab lobster RM80 untuk 400gm. Huhu. Syukur dapat rasa. Habis makan, singgah beli sayap ayam betul-betul kat depan Anjung Ketam. RM2/sayap. Ahh kenapa segalanya mahal kat labuan ni??? Balik rumah ah camni. Grrr... sambil drive balik homestay.

Sebelum sampai homestay, singgah kedai jap. Ingat nak beli roti untuk breakfast esok sebelum naik feri ke KK. Sambil tu usha-usha coklat gak. Tengah belek-belek NIPS, tiba-tiba...


What? NIPS ni dah expired? Arini 21 januari dan NIPS ni expired 20 januari! Expired semalam dan masih dijual. Gile ah! Terus kami tengok sume expiry date makanan yang kami beli. Hahaha. Tapi kengkawan kata, kat labuan ni kena careful skit bila beli coklatnye. Kadang-kadang diorang jual murah sebab dah nak expired atau dah expired! So hati-hati okay.

Setel hari kedua, balik homestay dan tidur lena. Esok nak ke KK pulak. Finally...

Tata. 


Trip to Labuan: Day 1 

Trip to Labuan: Day 3