30 January 2013

My Skincare 6 - SK II review + Best Buy World review!

Assalamualaikum!

Hah! Sape tak penah dengar pasal produk SKII, sila angkat kaki dan jangan baca entry ni. Hehehe.
Dramatik skit ayat pembukaan kali ni.
Bukan apa, tak guna ayat dramatik pon klau hasilnye tak macam drama queen! Hampeh!

Well nak bercerita la kan dulu aku teringin sangat nak try produk mahal ni.
Ha? Ape produk yang mahal tu? Mestila SKII yang mahal tu kak oiii...
Aku beli dari satu website ni. Beli set kecik2 aje. Tak ingat dah kat website mana.

So aku pun beli la sample size dari akak ni.
Dia kata kesannye berbeza pada individu, ada yang cepat nmpk kesan dan ada yang lambat.
Well, tu ayat standard la bagi aku sebab kulit aku dengan kulit korang bukannye sama, ye tak?


Ha! Macam ni la rupa sample size tu. Cinonet je sume. Harga pun bleh tahan la. Total 3 barang ni dalam RM100++ kot klau aku tak silap. Tahan la untuk 1-2 bulan gitu. Memang guna dengan berhemah la sebab terasa mahalnya setiap kali aku tenyeh kat muka. Ada 3 item, yang kiri skali kaler putih tu Facial Treatment Gentle Cleanser (20g), yang tengah kaler kuning cair tu Facial Treatment Essence (30ml) dan yang kanan skali kaler kelabu skit tu Facial Treatment Clear Lotion (40ml).

Agak lama gak aku pakai produk ni. Tatau la sebab tak beli dari kaunter ke atau ape kan, tapi kulit tak pandai cerah2 gak. Tapi kan... ramai gak yang tegur kata kulit nampak halus, lembut, tegang walaupun tak cerah. Ahh mana nak puas hati camni! Aku nak all-in-one! Hehe tamak pulak. Tapi sebab time tu tak tau nak tukar produk ape so pakai la SKII tu berbulan lamanya. Bila abis stok first tu, aku google lagi katne jual murah. Skali jumpa kat sini Best Buy World. Boleh klik kat link tu klau nak tengok ape produk yang diorang jual.



Nampak tak? Kiranya diorang jual produk2 yang branded yang boleh dapat dari kaunter kat SOGO atau ISETAN tapi dengan harga yang leeeeeeebih murah! Auww! Sebab tu aku lama melekat dengan SKII. Ahaks! Ada jual sample size dan ada gak jual normal size yang besar2 punya botol. Lai lai... pilih pilihh... Mudah tau membeli kat sini. Nak2 lagi ada free delivery you! Hah! Takde caj tau. Tapi bersyarat ye. Pembelian kena lebih dari RM100 baru bleh dapat free delivery ni. Klau area2 KL gitu, ada delivery boy datang hantarkan. Klau area jauh2 tu tak tau la aku. Huhu.

Hadoi... ni nak review pasal pakai SKII, skali menyimpang lak terpromote website Best BuyWorld ni. Takpe la. Amal jariah. Tapi kan, klau takde kesan yang menarik bila pakai produk mahal ni, mesti la rasa macam membazir duit je kan beli mahal2. Sama la macam sorang akak ni, dia pakai SKII gak. Gaji dia memang berkepuk so tak heran la klau dia pkai SKII. Cumanya dia komplen kata mahal tapi efeknye tak gempak. Tapi bila dia nampak kulit muka kawan dia yang pkai produk skincare yang aku rekemen, terusssss dia nak stop pakai SKII dan nak try produk ni. Ape produknye??? Ahh malas la nak cite sekarang. Nanti-nanti la ye. Kasi debomb dulu kulit muka kitorang, baru aku share dengan korang ye.

Tata!

11 comments:

Sakinah Lo said...

sis, nak tanya so far pakai sk ii dri world best but ni mcmna.... ada ke ala2 crystal clear gitu..., sama je ke rasa beli kat sogo n kat world best buy ni, lau ble sis balas mesej sya kat lanvine21@gmail.com, tq ... :)

Anonymous said...

review kak best gile... dik nak cuba juga macam ni...

sym said...

Try this website, http://www.dedandelion.com. I'm a frequent customers. Their price is cheaper. I'm a happy customer!

mizz dya said...

Thanks sym for sharing.

So sekarang selain website Best Buy World, korang boleh usha product2 branded ni kat website De Dandelion (http://www.dedandelion.com. Boleh compare harga sebab ade certain barang yang murah kat Best Buy World & ade certain lak yang murah kat De Dandelion.

Pilihan ditangan anda. Sila jadi pengguna yang bijak ye kalian~~

Anonymous said...

I love de dandelion 2....

Ryanna Ave said...

Assalamualaikum semua,

Saya juga menjual Trial Set or Travel Set SKII ni, Raya Promotion only RM 109 free postage!
Authentic, dont worry!

Facial Treatment Gentle Cleanser 20 g
Facial Treatment Clear Lotion 40 ml
Facial Treatment Essence 30 ml

Please hop over to http://naturalbeautyavenue.blogspot.com/ to order ya!

Terima kasih tumpangkan iklan :)

Shidah Rashidah said...

best review ni. tp suspen.hihi

Diela said...

kita pun puas hati dgn SKII ni, even mahal but very worth it kan ...
tak pe tak putih pun as long kulit sihat ... :)

mizz dya said...

Yup kulit memang nampak sihat. But compared to SKII, produk yang sy pakai skrg lagi berbaloi rasanya dan dapat both benefit of cerah+sihat. Hihi. Papepun bersyukur dgn apa yang ada kan. Alhamdulillah~~

Suriya Sopberi said...

Produk apa cik guna skrg

Dya said...

Hi suriya. Time sy tulis entry ni, sy pakai Royal Expert Whitening. Pakai la smpi 5 tahun dah. Best sbb kulit jd cerah, effortlessly flawless. Tak mekap pun tp kulit nampak segar.

Tp pastu sy stop. Now pakai Honey bee venom from True Island/nafura (cleanser, moisturizer, serum). Kukit rasa lebih sihat walaupun tak secerah time pakai royal. Boleh baca review sy pasal royal ye.

Thanks for reading :)