24 November 2010

Pemergian Pak Uda untuk selamanya..AL-FATIHAH..

Salam.

aku masih terasa kehilangan insan yg sgt berhati mulia bg ku.
insan yg sgt bijak menuturkan kata2 mahupun hati ini pedih menerimanya.
insan yg berjaya mendidik anak2nya hingga ke puncak dunia.
insan yg tabah menempuhi suka duka kehidupan sebagai ayah tunggal.
insan yg peramah dan memahami ibuku.
insan yg rajin melawat org sakit demi utk membantu menyihatkan org semula.
terlalu pahit utk ditelan hakikat bahawa nyawa pinjaman Allah telah dipulangkan semula.
pemergian beliau sgt aku rasai sebagai seorang anak saudara.

teringat detik2 2 minggu terakhir beliau sewaktu dimasukkan ke wad utk sesi chemo ke-4.

beliau berdiri d tepi tingkap, bersebelahan dgn aku smbil membuka sebiji ubat utk dimkn.
tiba2 aku dgr bunyi benda jatuh.
aku pandang ke lantai, ubat yg belum dibuka tu ada di atas lantai.
ku pandang pak uda yg asyik memandang ke luar tingkap.


"ubat pak uda jatuh. pak uda x sedar?"

pak uda pandang aku, kemudian pandang ubat di atas lantai.

"aah. x perasan lak. hujung2 jari pak uda ni dah kebas. sejak chemo sesi ke-2 lg. Dr kata ni mmg side effect chemo. juz Dr x bgtau awal2 b4 wat chemo tu sbb dia kata lain org,lain effectnye. skrg hujung jari kaki dan tangan, semua pun rasa kebas je. susah nk drive kereta. sbb kdg2 x sedar kaki tu dah pijak brek ke tak time nak brek kat trafiklite."

tersentap aku dgn kata2 pak uda. kesian pak uda. aku tunduk n ambil ubat tu dr lantai. nasib baik ubat x buka lg. klu x, kena minta ubat baru dr nurse. xkn la nk mkn ubat yg dah cecah lantai. aku keluarkan ubat tu dr bekasnya dan hulur kat pak uda. pak uda tadah tangan.

"jgn letak kat hujung jari ya. x rasa. nanti jatuh pun pak uda x sedar. letak kat tapak tangan."

sedihnya! rasa mcm nk peluk je pak uda time tu! tp sbb aku waras time tu, aku x buat la kn. since aku mmg x pnah peluk pakcik2 aku. malu sey. so ubatnya aku letak kat tapak tgn. pak uda pun mkn ubat tu then minum air. selesai minum air, dia pndg botol air tu.

"lidah pun dah x rasa sgt.mkn benda manis ke, masin ke, semua pun xde rasa.hmm..."

kata2 pak uda serius membunuh aku. aku rasa mcm nk mati. aku letak diri aku kat tmpt pak uda. mana mungkin mkn J.Co x rasa apa2?? mcm mana aku nk menikmati McFlurry nnt?? paling kurang pun sambal belacan buatan mak yg sedap tu. adakah aku kena mkn 1 sudu penuh br dapat rasa walau sedikit pedasnya?? kesian pak uda! sgt kesian! sabar sungguh dia tempuhi ujian ni pd umur 61 tahun ni. aku pandang pak uda lg. sejak chemo, pak uda tampil dgn imej bertopi ala2 Maher Zain. kerana? rambutnya sudah gugur akibat chemo. keningnya pun boleh dikira dgn jari je berapa helai yg tinggal. mmg akibat chemo.

"sabar ya pak uda. nnt dah habis chemo, beransur2 sembuh la tu. kita doa sama2 ye."

aku cuba utk tenangkan hati pak uda. wlupun aku tau, dia tau hakikat sbnr yg dia hadapi. aku pun x tenang sbnrnye. rasa mcm ujan dlm hati aku ni. ujan airmata. sayu sgt. mak uda meninggal lebih kurg 20 thn yg lalu. spjg tu pak uda x cari pengganti. fokus pd anak2. skrg dlm keadaan pak uda yg kurg sihat ni, anak2 dia bergilir2 jg dia time dorg free. sweet kan?

selang bbrp hari (dlm 2 weeks pastu) aku dpt berita yg pak uda dpt lung infection due to low antibody. platelet dia turun mendadak. so dia gasping for air sbb air x cukup utk tissue perfusion. so mula2 Dr bg nasal cannula. bila x jln, bg non-rebreathable mask. lama2 x jln gak, Dr bg C-PAP plak. mlm yg aku dtg jenguk dia kat wad, dia on C-PAP. xleh ckp sbb nnt breathing dia x serentak dgn machine. so aku byk wat signal je. tanya dia ok ke x smbil buat thumb up and down. dia balas dgn thumb up! kuat pak uda ni. dlm sesak nafas cmtu, dia tanak kita risau. tgn dia sejuk je. tp blkg bdn berpeluh2. kebah dr demam.

kaki dia dah makin kurus smpi tulang keting timbul. pak uda ni suka main badminton. so aku kata,bila dah sembuh nnt leh lawan dgn Lindan, pemain badminton china tu. pak uda gelak! smpi terbatuk2 dibuatnya sbb breathing x nk tally dgn machine. aduh! rasa bersalah dibuatnya. maaf pak uda.

tp sgt hepi bila pegang tgn pak uda, salam dan kenalkan diri sebagai nadia, pak uda angguk dan senyum. dia kenal aku meskipun aku pakai mask sbb nk elak dia dpt further infection. terharu sbb dia kenal aku. yg hakikat sbnrnya ialah x ramai pun anak saudara dia yg dtg menjenguk. aku antara yg kerap sbb mak aku sgt rapat dgn pak uda. pak uda tu abg kesayangan mak, kata mak.

mlm tu lawat pak uda kat wad. esoknya dpt berita yg pak uda masuk ICU! cuak dah aku sekeluarga. raya haji tahun ni aku sambut dgn pak uda kat ICU. aku lawat dia. utk masuk, kena pakai mask lg. dan again! pak uda senyum dan angguk bila aku salam dan cium tgn dia pastu knalkan diri. dlm keadaan pak uda yg sgt x sihat tu, dia kenal siapa yg dtg lawat dia! aku urut lengan pak uda. aku nk dia rasa bahawa ada org yg care psl keadaan dia. nk bg dia selesa wlupun aku nmpk kat screen yg SpO2 dia x begitu baik. 86% kot!

tiba2 nurse minta aku kuar sbb nk buat prosedur ape tah. aku pon tatau. dah lama dok kat luar tu, mak bgtau yg pak uda dah x sedar sbb Dr sedate dia sbb Dr masukkan tiub dlm mulut dia untuk bantu dia bernafas. darah kuar dr mulut dgn hidung pak uda. mak nangis. kesian tgk abg dia dlm keadaan camtu. terkilan sbb x dpt tgk sebrg reaksi dr abg dia, apatah lg suara! aku fhm keadaan tu. intubation mmg perlukan sedatif utk kurgkn sakit pd patient. cuma dlm keadaan pak uda camni, tatau bila tiub tu akan dibuka.

esoknya, kat umah s2, mak kata keadaan pak uda better. SpO2 meningkat smpi 90%++. good sign. since mak letih, x lawat pak uda.

next day, abg imi (anak ke-2 pak uda) bgtau yg SpO2 drop balik. half from yesterday! aku terkedu! terus bergegas ke ampang dr seremban. around 7 pm gitu, semua ahli keluarga yg ada dipanggil masuk ke ICU sbb pak uda nazak! time tu aku br lpas solat maghrib. br niat nk masuk tgk pak uda n bc selawat kat telinga dia. rindu nk dgr suara pak uda.

kat dlm ICU, bilik pak uda dah bertutup langsir. tp dr celah2 langsir tu, aku nmpk Dr tgh buat CPR kat pak uda. i know what it means! waktu tu tgn aku dah mula tutup mulut. x dpt bygkan apa akn berlaku seterusnya. ahli keluarga yg lain pun terintai2. penat nurse cuba tutup langsir tp asek x rapat je. rezeki utk kami.

aku tgk, dada pak uda kena tekan mcm lembik sgt. pak uda nmpk unresponsive. aku x pasti adakah sbb sedatif ataupun pak uda dah x sedarkan diri. tgk kat monitor plak, SpO2 around 75%. tu pun aku yakin sbb Dr buat CPR. nape aku yakin? sbb aku tgk pulse dah xde, BP pun xde. lg la ECG line tu..kacau bilau line tu sbb CPR. tp aku tau, miracles happen. bkn aku x pnah tgk patient kt HUKM yg on CPR survived. baby pun ade yg survive sbb CPR. cuma semuanya disbbkn trauma. tu aku pasti. tp pak uda, based on lungs x-ray, both lungs dah putih. xde kaler hitam lg yg menunjukkan xde ruang utk pertukaran O2 dan CO2 lg. putih2 tu sbb penuh dgn infection. aku fhm apa maksudnya tu!

dlm 5 minit masuk ICU, Dr terpacul kat pintu bilik pak uda n panggil waris. time tu kami semua dah berpandangan. bila anak sulung pak uda muncul, Dr kata:

"kami dah cuba bantu dia dgn buat CPR tp dia x respon pd CPR kami. since vital signs dah xde, sy pronounce dead @ 7.30. bykkan bersabar ya."

x semena2 semua menangis! x jangka kot! semlm SpO2 tu pak uda dah meningkat naik, tiba2 arini 'pronounce dead'?? x sempat aku masuk kot td. skali masuk, pak uda dah nazak n now meninggal. airmata jatuh ke mask. x sentuh pipi. sedihnya. terlalu sedih suasana time tu. surah Al-Fatihah x henti2 di bibir. aku masuk ke dlm bilik pak uda. pak uda kaku. anak2 dia pon masuk. semua menangis. yg paling bongsu adalah yg paling rapat dgn pak uda. 3 kali percubaan dia utk cium dahi ayahnya tp terhenti kerana airmata yg hampir jatuh.

saat itu la semua org sedar bahawa seluruh keluarga (hampir seluruh) berkumpul di ICU. sama seperti kata2 pak uda dulu:

"aku mati je baru semua org berkumpul."

pak uda dah x bersuara lg. kata Dr, dia sempat lafazkan kalimah syahadah ke telinga pak uda. syukur! pak uda dah kaku. x bergerak. aku pandang monitor dgn harapan keajaiban akan berlaku. aku doa dlm hati minta Allah hidupkan kembali hamba-Nya ini. tiba2 kat monitor detect pulse 143 bpm dan SpO2 75%! aku pandang lama2 monitor tu. x percaya. x smpi 5 saat, angka tu hilang. tiada sebarang angka lg muncul di monitor. aku tunggu gak. tp mmg dah tiada apa2.

kehilangannya.. terasa sgt. lpas ni dah xde pakcik yg balik2 suh dtg umah kat gombak. dah xde pakcik yg sgt terer memasak. dah xde pakcik yg suke wat lawak n sgt bersahaja dgn aku. dah xde pakcik yg bleh dgr luahan mak aku ttg mcm2 perkara. dah xde. dia dah xde. utk seketika, aku x percaya.

Ni la pak uda aku, Maidin bin Khalid. pic ni time kat Janda Baik aritu, before dia kena kanser kulit yg menyebabkan dia on chemo.

aku tau pak uda x baca blog aku. x pnah baca pon. dan skrg xkn dpt baca. tp aku nk dia tau n korg tau yg aku rindu kat pak uda n aku masih x percaya dia dah xde. semoga Allah menempatkan pak uda di dalam golongan org2 yg beriman. Amin. Sama2 la kita mendoakan beliau.

p/s :Meninggal pd 20/11/10, jam 7.30 pm di Hosp Ampang. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Sri Muda, Gombak.

4 comments:

incik said...

slm..1st tinggal jejak sini..sedih sgt entry ni..menyentuh hati..slm takziah ye..

mizz dya said...

salam.terima kasih zila.sedih melaluinya, sedih menulisnya, sedih mengenangnya.

rhazes mohamad said...

ouh...it must be very hard for you...sedih entry nie...semoga Allah mencucuri roh Pak Uda awak..ameen

mizz dya said...

terima kasih awk.feels like he still around..