hujung minggu yang panjang dah menjadi singkat. rasa mcm sekejap pulak dah nak berakhir hari ahad yg mana adanya game arsenal kt astro berlangsung. live? x kisah. letih sbnrnye. melalui hari yang panjang menggunakan tubuh masih mampu aku atasi. tp jika ia membabitkan otak, fikiran... mampu koma aku seketika. reboot. huhu.
rabu (3/11) :
akak aku transfer ke HKL utk plastic surgery. seblum ni dia kat HTJS N9. katne tu? seremban. lg 10 hari, genap 3 bulan dia duduk atas katil n x pegang stereng kete mahupun kunci kete. sadis. kerana salah org lain, akak aku yg terlantar. dr hosp temerloh, pindah ke hosp semban. n now d kl. journey yg mencabar utk nyawa kakinya.
saat Dr pakar d HKL melihat kecederaan d kakinya yg dah dirawat d HTJS, para Dr tertanya2 kenapa huduh betul hasilnya? jahitan yg kasar! tu komen diorg. tanggapan aku ialah Dr kat HTJS praktis buat TnS kat sofa. tu psl jahitannye kasar. kesian kaki itu. tak perlu ditanya kenapa dan mengapa ke HTJS. membazir! sbb hasilnya di dpn mata. cacamarba HTJS harus diclearkn d HKL. kesian HKL.
bilik d HTJS yg seblum ni dikongsi bersama 3 org pesakit lain, kini sudah berubah. wad 1st class d HKL (yg aku lihat x mampu mencapai taraf wad 3rd class d hosp ampang pun) memberikan ketenangan utk kakak aku berseorangan, akhirnya! mungkin, akan menyebabkan dia rindu pd bunyi2 pesakit yang nazak d HTJS dulu.
Sabtu (6/11):
menumpang tidur d rumah pkck d subg. bgn pg, nak kejar 2 benda. angkat brg bie kt s.alam dan kakak aku masuk OT. subang seblah s.alam so bie didahulukan. 2 buah kereta penuh dgn brg bie bergerak meninggalkn rumah sewanya yg mahal. lega. seorg adik kini menghampiri semester akhirnya. sampai d HKL, mak stay tp both kereta kena bergerak ke semban utk hntr brg ke rumah. ke semban la kami.
mak smpi d wad, kakak br kuar OT. x selemah selalu meskipun ini operation yg ke-6. mungkin Dr HKL mmg hebat. d kaki kakak ada mesin suction yg hosnya disambungkan ke bawah lutut kanan utk mengeluarkan cecair2 dr tmpt luka pembedahan. pedih, kata kakak. dgn mesin d sisi katil, kakak mmg tak boleh tinggalkan katil. mak jg kakak sepanjang malam smpi la td.
Ahad (7/11):
gerak dr umah semban utk hntr bie ke s.alam sbb dia kena bersihkan rumah n ambil deposit. seblum tu singgah HTJS yg indah utk ambil surat MC kakak. fotostat 2 copy, kemudian terus ke HKL utk bg pd mak. masuk tol plus, target 25 minit utk smpi ke tol sg besi. misi berjaya! kurang 1 minit drpd masa yg disasarkan. viva masih hebat! meskipun stereng bergegar seperti gempa bumi berlaku apabila kelajuan mencecah 110 km/j. tp gegaran hilang bila kelajuan melebihi had itu. viva sengaja menyebabkan aku menempah maut.
setel hantar MC kakak, ke s.alam la kami. dr jam 11.30 sehingga 5.30 ptg aku bertapa d rumah bie. hanya menonton mereka serumah membersihkan rumah. agak jahat fikiran aku sbb tanak tolong. bukan rumah aku, simple alasannya. tp akibat kelewatan seorg hausmet, deposit yg sepatutnya berada dlm genggaman pd jam 3 ptg, tersasar ke jam 5.30. sakit hati aku, meskipun sebagai penonton semata. kerenah demi kerenah.
selesai rumah bie, ke HKL semula utk menempatkan bie sbg bibik kakak. aku? balik dgn mak. penat memandu. tp penat mendengar pelbagai luahan dan rintihan yg x mampu aku bantu. nak menegur org yg membuat kesalahan bukanlah kegemaran aku lg. tanggapan baru aku, bila kita tegur, kita di anggap jahat dan disisihkan. bila kita buat x tahu, kita org baik. apa yg aku nk ckp disini ialah.. aku penat dgn membantu jd pengaman dunia. korang nak tertonggeng, jatuh terbalik, tertiarap sembam lantai, aku dah tak ambil peduli. LANTAK!
No comments:
Post a Comment