Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

16 November 2014

My Skincare 8 - Royal Expert White Review

12 Jun 2017

Assalamualaikum..

Baru2 ni keluar berita yg KKM batalkan pendaftaran Krim Royal Expert disebabkan oleh kandungan merkuri yang sangat tinggi. SANGAT TINGGI, OKAY! Krim Royal Expert SAHAJA ye. Pencuci muka, losyen, oxygen mask Royal Expert masih ada no pendaftaran KKM. (sebab produk2 tu takde effect memutihkan kot. Hmm) 

Ni website NPRA bahagian Cancellation of notified cosmetic product ye. Maksudnya product2 ni dah ada No NOT/KKM dari NPRA tapi didapati mengandung bahan terlarang. Ayat "ISU CAMPURPALSU" tu bukan bermaksud product tu tiruan/palsu/fake tapi sy rasa bermaksud  Racun Berjadual dicampur dalam product dan dipalsukan maklumatnya daripada pihak NPRA. Tak disclose pada NPRA la.







Nampak tak No.16 tu ape benda?? Tengok "Nama Pemegang Notifikasi" tu sape and tengok kotak/botol krim RE korang. Kalau tak sama, produk fake. Kalau sama, i'm sorry guys. Mercury is inside >_<"

And korang pun tau yg sy ni pengguna Royal Expert since 2012. Yes! Until this year, dah 5 years krim Royal Expert tu melekat kat muka sy. Gigih tau sapu. Sebab krim dia all-in-one. Tak mekap pun muka ada nurrr gitu. Glow and looks originally healthy. Tetapi sejak berita mercury ni keluar, sy dah jadi mcm cacing kepanasan. Tak sedap duduk dibuatnya memikirkan ape laaa side effect mercury yg sy dah kena. 

Maka cepat2 la jari ni google keyword "Symptom of mercury poisoning" dan baca dengan nervous. Korang baca dan hadam la sendiri ye. Sy takde mood nak explain. Sebabnya, few side effects tu mcm sy dah mula ada. Cth: Sakit kepala makin kerap, makin pelupa yg amat, mata makin kabur walaupun dah pakai spek, beberapa kali juga otot2 kat muka ni bergerak2 dengan ketara, otot kat eyelid la, bawah mata la, pipi la, rahang la, mcm jadi irritable. Muscle twitching la, omputih kata. Ni la sebab2nya kenapa sy nekad utk stop pakai. Bukan nak claim symptom2 ni disebabkan oleh krim RE tapi untuk langkah berjaga2 and since KKM confirmed krim RE ada mercury, krim RE la punca yg paling disyaki menyebabkannya. Hehehehe. 

Untuk menyokong keputusan sy stop pakai krim RE ni, sy call NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency) untuk dapatkan sedikit penjelasan. 
(disclaimer: jwpn NPRA yg sy tulis ni bukan 100% sebijik ayat yg dorg cakap tp ayat2 ni berdasarkan kefahaman sy slps sy tanya berulang kali utk pemahaman sy)

1. Soalan: Krim yg NPRA sahkan ada merkuri tu diambil dari mana? Agen2 yg jual online atau HQ?

NPRA: Produk diambil dari pihak yg mendaftarkan no NOT dengan NPRA. Kalau nak jual atau import kosmetik, sesebuah pihak kena daftarkan produk dengan NPRA. So dari pihak tu la juga NPRA akan dapatkan sampel untuk dibuat ujian.n(pihak yg memohon = pemohon)



2. Soalan: Sy tengok kat senarai produk yg dibatalkan no pendaftaran tu, HQ ialah pemiliknya. Tapi HQ kata produk yg ada mercury tu produk tiruan?


NPRA: Kalau pemohon kata produk yang diuji tu mengandungi merkuri, semua produk yg pemohon NOT keluarkan adalah tiruan sbb NPRA ambil sampel dari pemohon. Bukan dari online seller.



3. Soalan: Sy tengok sebelum ni krim RE ada Nombor NOTIFIKASI (No. NOT) dari NPRA. Macam mana NPRA boleh keluarkan No. NOT kalau ada mercury?

NPRA: Time pemohon apply untuk No. NOT NPRA, pemohon tak maklumkan yang product tersebut mengandungi Racun Berjadual. No. NOT perlu diperbaharui setiap 2 tahun. Dan NPRA buat pemeriksaan rutin terhadap product yang ada No. NOT di dan noted krim RE mengandungi merkuri. 


4. Soalan: Kat Malaysia ni, ada tak mana2 tempat atau apa2 test kit yang pengguna boleh beli untuk test jika product2 yang kami pakai tu mengandungi Racun2 ni?

NPRA: Setahu kami, tak ada. Berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi, kami sarankan agar pengguna berhenti pakai product2 yang disenaraikan sebab mampu memberikan kesan sampingan dari segi kesihatan. 



After tanya soalan2 kat atas ni, sy masih tak pasti beberapa benda. Dah tanya berulangkali tapi jawapan diorang macam tak berapa clear tau. (atau sy yg makin susah nak faham cakap orang? haha):

1) Sebelum product tu dapat No. NOT, ada buat ujian kimia kat makmal tak? Atau bila pemohon tak disclose ada racun then NPRA terima permohonan diorang macam tu je? (shouldn't be la kan??)

2) Sekerap mana pemeriksaan rutin dijalankan ke atas product2 ni? Ye la, aku rasa mau muntah darah dorang nak test semua product setiap bulan/tahun since banyak sangat product kat pasaran Malaysia ni. Tu belum masuk product yang tak apply No. NOT lagi. Haru nauu! 


Sy rasa, kerana lambakan product di pasaran dan pemeriksaan rutin dari NPRA yang KEBETULAN TAK MEMILIH krim RE (dan product2 lain) sebagai bahan ujian menyebabkan krim RE dan semua product de-listed tu berjaya kekal dalam senarai memiliki No. NOT.... sampaiiii lah kantoi baru2 ni. Hmmm... masuk akal kan??


Tapi sejujurnya, walaupun dah tau semua info kat atas ni, batin sy masih menjerit2 tak percaya yang krim RE favourite sy ni ada RACUN. So mula la mencari tempat kat mana boleh buat ujian Merkuri keatas krim RE yang ada dalam simpanan sy ni. Cari punya cari kat internet, terjumpa MOBILE MERCURY TESTER imported by MYXOG International. 5 strip test dengan harga RM35. Keberkesanan dan kebenaran ujian? Wallahua'lam. Tapi bila tengok dalam internet, memang wujud Mercury test strip ni. Tapi lambat skit la nak dapat sebab dari oversea. Huhu.

So sy pun order la mercury test kit ni dari salah seorang agen, nombor HP agen tu, founder MYXOG yang bagi. So confirm la dia tu agen MYXOG kan. 




Mobile Mercury Tester by MYXOG ni ada 5 strips. Mula2 "span" penanda pada strip tu warna pink, macam gambar kat atas ni.

Oleh kerana krim RE ni agak pekat so sy ambil sikit krim RE tu dan campurkan dengan air masak bertapis. Air masak rumah sy guna penapis Coway ye. Jangan kata sy minum air paip masak tanpa tapis2. Then bila dah campurkan krim dengan air, texture krim tu bukan senang nak larut dalam air so jadi berketul2. Dengan harapan untuk nampak perubahan warna, sy celup la "span" pink tu dalam larutan krim RE. Goyang2, genyeh2, still warna pink. Sy biarkan kejap strip tu terdedah pada udara. Still takde perubahan. Then hati mula berbunga, takde mercury kot sebenarnya. Hikhik. Pastu tetibe fikiran waras kembali, maybe tak tukar warna sebab krim ni tak larut dengan baik so "span" tu cuma kena air masak je. Hmm...then sy gosok "span" basah tu directly pada krim RE dalam botol Slowly.... warna "span" jadi macam gambar kat bawah.



YES! Kat dalam gambar atas ni, sy pegang 3 test strip. 2 warna pink, 1 warna purple. Yg warna pink tu ialah test strip yg belum digunakan (rujuk gambar sebelum ni). Test strip warna purple tu pula perubahan warna selepas saya sapu "span" basah pada krim RE. Sy tak kisah berapa banyak mercury dalam krim RE. Tapi sy kisah jika betul2 ADA MERCURY DALAM KRIM ROYAL EXPERT!! (Ni first test sy buat, ada buat video sekerat smpi part celup2 dalam air and takde perubahan, pastu anak datang kacau. Then sy stop video. Dah tak record tu baru terfikir nak tenyeh2 kat krim terus. Tapi kalau nak recorded version, will do it if got request. Klau tak, membazir test strip sy je)

Sejujurnya, sy rasa marah, kecewa, meluat, tak selamat, dan macam2 lagi perasaan negatif bila tahu semua info ni. Tengok kat FB page Royal Expert Group, takde komen pasal pembatalan No. NOT NPRA. Cuba terangkan sikit bagitau dari mana NPRA ambil sampel ke, kan ke sedap sikit dibaca. Kalau HSA (spore) tu logik la ambil sampel dari online seller sebab HQ RE di Malaysia. 

Saya KISAH tentang kesihatan saya, anak yang dilahirkan oleh saya (mengandung lepas pakai krim RE), mak, adik beradik, kawan2 dan semua pengguna krim RE. Memang kami idamkan kulit yang cantik dan sihat tapi bukan dengan bahan berasaskan RACUN!! Authorized dealer kata time mengandung TIDAK DIGALAKKAN pakai krim RE. I wonder why??? Kata product selamat. 

So kesimpulannya, pembaca post sy ni boleh fikir sendiri dengan waras untuk mula pakai/ terus pakai atau stop pakai krim RE ni. Info dah ada. Kalau nak kata politik atau ni sebab brand dah up/femes then org jual yg fake, maybe betul tapi sila sahkan maklumat dengan pihak yg keluarkan kenyataan pasal merkuri tu. Kalau perlu, rasa macam nak fly je ke Singapore dan bagi krim dalam simpanan sy untuk diuji. Ye. Sy beli krim RE dari authorized dealer. Nak tau siapa? Boleh contact me directly, info ada kat bawaaaaahhh blog. So jangan berani2 tuduh kata, "ele.. krim dia tu fake sebab tu ada mercury". Hahahaha. 

Allah tahu apa yang hamba Dia buat. Kalau betul krim RE sebenarnya tak mengandungi/TAK PERNAH mengandungi merkuri, moga Allah tunjukkan kebenaran. Jika tak, moga Allah beri balasan kepada pihak yang BETUL-BETUL tahu berkenaan merkuri ni dan masih terus menjualnya sekaligus menganiaya orang lain demi kepentingan poket sendiri. Ingat! Nak bermewah2 kat dunia yang sementara ni memang seronok. Rumah besar, duit berkepuk2 banyak, tapi endingnya duduk dalam tanah juga kita semua. [SELF REMINDER]

Sy minta maaf jika post sy pada 11 Nov 2014 sebelum ni dah menggoda iman anda utk menggunakan krim RE. Takdenye la sy nak guna kalau tau ada merkuri. Cari pasal sendiri je. 

Buat masa ni, sy cuma pakai pencuci muka RE je. Krim RE dah totally stop. YES! Memang muka ada sikit kusam takde nurr, dan kulit dah start naik bintik2 merah sana sini. Oleh kerana aritu pegi Korea dan ada beli facemask, so sy dok pakai facemask tu je malam2. Rehatkan kulit dulu sebelum mula product lain. Tapi memang bukan product yang cerah2 liplap2 lagi lahh hendaknya. [TAHAN NAFSU]

Sekian. 
Wassalam.


*********************************************************************************************

11 November 2014

Assalamualaikum.

Finally rajin juga diri ini menaip entry baru setelah berkurun lama menyepi akibat kesibukan bekerja. Maafkan saya.

For those yg memang follow my blog and my entries related to skincare review, korang mesti tau yang sy memang dah banyak guna skincare products for the sake of trying and expecting the best out of my laziness.

Yes! My laziness. Tu keyword dlm isu skincare ni.

As i said, my first ever product yg i tried ialah De' Wajah. Ada 5 item dlm satu trial set tu and i never failed to use each one of them during my non-laziness era. That was almost 10 years back. But now, things changed. I need something simpler and quicker to use, not to highlight on how I am very particular and desperately want an extremely high confidence level untuk keluar berjumpa orang tanpa secalit mekap. 

And now, I can proudly say that I managed to achieve it. Alhamdulillah.

Dulu (as in 10 years back), bedak compact, foundation, eyeliner, mascara, eyeshadow and lipstick is my companion. If u girls ever heard of this question, "Kalau korang stranded kat pulau, apa barang yg korang akan bawak?", and my answer is, "Of course my skincare set and my beauty tools!" Melampau kan? Sebab time tu terlalu demand nak jadi cantik. Honestly i grew up dengan skin yg kurang bermasalah. During my puberty pun i takde masalah pimple yg kronik. Maybe sebab hormon sgt stabil kot. Hewhew. But! Bukan takde langsung pimple ye. Sekali dah naik tu, mak aihhhh liat nau nak hilang. Salah satunya jadi sebaceous cyst. Ngeri den!

So my only concern is to get a fair & whiter skin. Sape yang tanak kan? I mean, for a girl like me, yang pada zaman sekolah dulu dibezakan kerana different skin tone, sorry, I memang terasa. Isu tu jadi sensitip sentap menyentap sebab diejek2. Hampeh tau budak yang ejek2 i tu. Hehe~ (sensitip kejap)

So after few years with the trying and erroring session, I came across this amazing product of Royal Expert White. How did I came to know about this? From a friend yang kata mak dia ada jeragat, pakai produk ni dan kulit sangat cantik. Hmm interesting!

So lets see how this product looks like. *credit to google*





Alright. Nampak macam banyak je kan? Dalam pic atas ni ada whitening cream, soap bar, facial cleanser, moisturising lotion and stretch mark lotion.

Well.. as per my experience, I only used 2 items up until now. Now -> as dah 2 years i pakai produk ni dan berpuas hati. Mihmih. 

I even supply this product to my mom, my sisters and also my colleague yang nakkan hasil yang sama or even better than mine. Hasil? So far memang repeat order la kan. Bukan nak berlagak mahupun riak dan takbur, tapi ni hakikat. 

So since i dah buat entry ni, tiada lagi rahsia untuk skincare product yang i guna. Sedih. Hehe perlu ke sedih? 

So let me review this product ye. 

Mula2 pakai, cuci muka guna facial cleanser dengan taatnya setiap kali sebelum ambil wudhuk. Oleh yang demikian, total pemakaian cleanser ialah 5x sehari, sama macam waktu solat. Kalau time period, jumlah pemakaian automatik jadi 2 je yakni bgn pagi dan sebelum tidur. Krim pun sama, kalau 5x cuci muka, 5x la jugak pakai krim. Gigih katakau..! Royal Expert White ni kat kotak dia ada tulis, boleh nampak hasil dalam tempoh 2 minggu. Well, i was tempted earlier on. But as 2 weeks goes by, I feel.... sh*t! Haha. Aku kena tipu ke ape. Yes, macam yang aku cakap kat korang, dah macam2 produk aku try. And bila produk tu kata visible result in 2 weeks, memang slalunya aku dapat la result tu within the promised duration. However, for this product, i was dissapointed. WAS, okay!

But since dah beli dengan harga yang agak lumayan, maka aku pun teruskan pemakaian dengan harapan boleh la nampak hasil. But all along, aku memang tak bermekap langsung ye. Takdenye tepek2 bedak. Memang kuar ke mana2 berbekalkan whitening cream tu je. Tu kiranya my foundation+sunblock cream la. Yes, i can say it is a sunblock cream sebab i berjemur bawah matahari pun less-to-none sunburn i dapat. Hewhew. 

Regarding my skincare thingy, I selalu berdiskusi dengan my lil sister. Anything, kitorang akan bincang dan debatkan based on info yang kitorg tau. And for this product, I main beli je tanpa tanya dia dan pakai. Everytime I jumpa dia, i akan tanya, "Ada pape perubahan tak kat my skin tone?" And the answer is always "No". Sad.

But after 4-5 months gitu, dan time ni stok krim dah nak abis tapi cleanser masih ada separuh botol lagi, i pun saje la lepak kat hostel my lil sis ni. And unexpectedly, she said, "Eh kulit u nampak cerah dan saaaaangad sekata la!" My respond was, "Are you being sarcastic to me?" Marah sebenarnye sebab macam dikodok2kan. Yela. Orang dah givap, ko jangan simbah minyak kat api panas lak. Time tu i dah nekad macam nak tukar produk lain lepas stok krim abis. To the moment she said that, dia amik cermin muka and compare her skin with mine. OMG! What she said was true!!! Even better, kulit i jadi lebih putih dari kulit dia!! Hikhik. FYI, kulit i jenis sawo matang while kulit dia macam putih kuning susu. (Excited tak korang baca ayat i ni?? Hehehe)

So i pun habaq kat dia i pakai product ni dan dia pun try. Til now, she's also a regular user of REW. Starting from there, i pun teruskan la pakai REW ni. Tapi makin lama makin malas sebab dah nampak hasil la katakan. Ada masanya time weekend+period, i cuci muka je tp x pakai krim pun. But it amazed me that kulit i tak jadi kusam. In fact kulit yang cerah ni dah macam kulit asal la plak. Ahhh bahagianya i, bak hang!

Btw setiap produk yang kitorg adik beradik try, mesti mak aku akan berminat nak try. Mak aku ni kulit dia memang takde masalah langsung. Jerawat pun macam malas nak hinggap. So dulu dia pernah try NDZ sekejap. Nampak kesan tapi bila stop, kusam balik. Btw since my late grandpa belah mak ialah pure indian dari India, so my mom mewarisi kulit berwarna dark brown dari my late grandpa. Genetik yang mencerahkan kulit kami adik beradik ialah my dad, orang Banjar perak. But dari dulu time kecik2, my skin dapat sikit je genetik ayah, dan banyak genetik mak. Sebab tu i kata my skin sawo matang. Campur lagi sunburn time skolah menengah, double triple matangnye sawo itu. Huhu.

So berbalik pada kisah mak, bila dia nampak anak2 dia mula berjinak2 pakai REW ni, dia pun nak pakai. Well, for me, why not kan? So i pun supply la kat my mom. Setiap kali stok habis, dia akan roger i. La ni dah masuk setahun lebih gak la. Cleanser sebotol x abis lagi, Krim baru nak abis botol kedua. Dan kesannya memang nampak kot~! Bukanla nak kata kulit my mom trus poofff~~ jadi cerah silau. No no. Cuma kulit mak jadi cerah dari sebelum ni, banyak cerah sampai kawan2 tanya. Plus, kulit mak nampak tegang/kurang kendur as her age. Ala... kulit mak memang cantik  pon... saje nak i puji lelebih kan mak? Hihi. Then kawan dia tanya and order REW. 

So u girls nampak tak penangan REW ni dalam family i? Nasib baik my dad tak ngengade kata nak try gak. Haha. Tu belum cakap lagi penangan REW ni kat colleague wanita kat ofis. Well, mana yang berani tanya i tu, akan tau la produk apa i pakai. Mana yang setakat berbasa-basi tanya, sila cuba tanya i dengan lebih serius lagi. Lagipun sebab me & my family pakai, so i memang simpan stok banyak skit. Bukan sebab niat nak berniaga pun. Nak tolong orang dapat kulit yg cantik tanpa mekap. Tu je. 

So, nak i post my pic? Tak kot. This is not my style eventhough i memang ada pic sebelum & selepas. Just that i nak u girls rasa apa yang i penah rasa dulu, ke-excited-an bila pakai produk berbulan2 dan nampak hasilnya dan berikar tanak tukar produk like forever! Haha melampau je statement kan. 

For those yang berminat nak try this product, boleh email me : nadyashah_139@yahoo.com atau whatsapp me : +6012-2064862. Nak tanya lebih lanjut pun boleh. Cumanya I'm not a beauty consultant ye. I consult based on my experience ONLY. Mane yg tak serasi pakai produk ni, jangan plak nak wasap i marah2 kata i tipu. Told u, this is my skincare review, not yours bah. Huhu. Btw I memang supply kepada sesiapa yang berminat tau. So sesape yang dok dekat area Bandar Sri Permairusi Cheras atau keje kat area Bukit Bintang (Menara Yayasan Tun Razak), boleh je self pick up REW dari i ye.  Harga krim RM115, Liquid cleanser RM30. Klau include pos ke semenanjung, total RM150. Dan I takde simpan stok sabun buku tau sebab I tak pakai so please jangan tanya I jual sabun buku tu ke tak ye. Huhu

Anyway, now dah berjaya langsaikan hutang skincare kat u girls. Lega. Boleh tido dengan aman damai malam ni. Yeay.

-til we meet again in the next entry-

Wassalam.


22 September 2014

Emilay Whitening Murah !!!

Assalamualaikum semua~

Kepada sesiapa yang berminat nak beli Emilay Whitening Clear Spots yang tengah hot gile-gile kat market ni, boleh Sms/Whatsapp/Viber/LINE/wechat ke  +6O12-2O64 862 ye.

Ape yang menarik kalau order kat sini??

  • Boleh cod area Bandar Sri Permaisuri Cheras dan Menara Yayasan Tun Razak KL je ye.
  • Boleh juga diposlaju terussssss ke depan pintu rumah anda.
  • Dijual secara retail dan juga secara borong. Borong konfem lagi murah kannnn~
  • Memang jual yang 100% original punya lah! 



Harga seperti kat bawah ni dan dah termasuk postage untuk Semenjung tau!


  1 botol : RM 35
  3 botol : RM 50
    7 botol : RM 100
 10 botol : RM 130
              

**Kepada sesiapa yg berminat utk beli Emilay secara borong juga boleh ye. Harga lebih murah kalau ambil dalam kuantiti yang banyak.


So cepat2 grab smartphone masing2 dan contact seller ni. Err kalau bukan smartphone pun masih boleh contact seller ni. SMS kan adeeee.. hehe..

Atau boleh isi order form/borang tempahan ni  ORDER FORM. Confirm puas hati tau~
               

07 February 2014

Hello 2014... (^^,)v

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah masih bernafas lagi sekarang ni. Dah masuk tahun 2014 almost sebulan lebih dan aku baru je nak welcome year 2014. Hehe. Nampak tak betapa busynye aku?? Nampak tak?? Sokeyh. Aku paham korang tanampak. Huhu

Anyway dah lama nak buat entry baru. Bukan entry kosong + mengarut macam entry ni. Tapi entry pasal nak review produk dan sambung entry travel ke Hong Kong almost setahun yg lalu. Yes! Dah nak setahun ye baru aku nak sambung entry tu.

So here is the checklist of entries that i planned to post or TRY to post if I'm able to within this year kay. 

1) Sambungan entry travel to HK
2) Review my current skincare
3) Travel to part of Indonesia
4) Travel to part of Thailand
5) Review shawl <-perlu abis="" br="" dah="" haha.="" ke="" modal="" nmpk="" sgt="">

Btw kalau korang perasan statement kat atas tu, WITHIN THIS YEAR tu! Kalau aku post 31/12/2014 pun kira masih dalam tahun ni la kan. Hik hik hik. Neway bukan ade org ternanti2kan post aku pon kann... T_T ......

Okay korang, nak tido dulu. Dah cukup penat rini buat keje di ofis dan di rumah. Anyway for those yg berminat nak order Emilay Whitening (RM35), VCO Catalyst (RM35) dan Pati Ibu Putih Jannalawwa (RM75), cepat sms aku kat 012-2064862 (Dya) keh! Nak COD pun boleh, area HUKM/menara yayasan tun razak bukit bintang je.

Alrite uolllsss... nite2...

.Wassalam.
















12 November 2013

Testimoni emilay! yeay!

Assalamualaikum semua~

Alright! Takde masa ni nak tulis panjang2. Mata dah penat mengadap skrin pc time keje, malam2 ni takmo ngadap lama2 k. Sekejaaaaap je! I promise u~ Hehe...

To cut it short, aku consume emilay. Yes! Emilay!

As you all know, aku ade jual emilay. So sebagai seller, aku prefer untuk bagi testimoni dari diri sendiri. Lagi puas hati kan. Bila customer tanya pun aku tau nak jawab ape. Hehe.

To cut it short, so far dah masuk botol kedua aku telan emilay ni. Kesan? Hmm... aku dan toilet menjadi akrab. Tu kesan yg paling ketara dan tak boleh tipu. Kadang2 tu sehari wajib sekali lawat toilet. Usually pagi2 la. Paling heavy tu dalam dua hari tu mesti akan pegi toilet utk urusan baginda sebanyak sekali. Hehe. Taktau plak aku yang emilay ni melawaskan. Ngee~

Yang kedua, parut luka aku memang makin pudar. Aritu ade la luka kat lengan ni, panjang dalam 1 cm dan agak dalam tapi x pegi jahit pun sebab takut jarum. Parut luka tu aritu warna brown, now dah jadi merah pink2 gitew. Harap2 la nanti dapat pudar ye. Amin.

Next, tentang kulit makin cerah ke tak, so far macam notice gak kulit badan cerah sikit. Tapi tak dapat disahihkan fakta ni sebab tak terlalu ketara. Well, macam review dari sorang customer aku ni, dia makan emilay masuk botol ke-4 baru nampak kesan yang kulit makin cerah. Kawan2 ofis semua pakat tegur, tanya dia makan apa. Tak pasal2 dia repeat order beli 50 botol terus. Haih.. x sabar plak nak dapat hasil macam dia ni. Tapi takkan la nak telan sebotol sehari plak kan? Huhu...

Anyway, dah panjang aku punya testimoni ni. Will update more if ade lagi kesan yang menarik. Stay tune~

For any order, kindly sms/whatsapp me @ 0122064862 ya.

p/s - i ada jumpa supplier emilay yg super murah tau. dah share no hp dia dgn few other sellers. sape yang nak berniaga emilay yang tengah super hot ni dan nak no supplier tu, jangan malu2 utk contact i k. hikhik. malu tak maju tau~

05 May 2011

Review VCO!!! bunyi mcm best je kan??

Assalamualaikum semua.

arini aku kembali dgn review vco yg aku dok mkn tu.
hmmm... ape yg patut diperkatakan disini??
its all about VCO aka Virgin Coconut Oil by Catalyst.

tadaaa!!
pasti ramai org pk "benda ni lagi??"
hehehe..
rilek2..
utk yg kat luar sana yg tatau ape benda ni..
ni slh satu produk dr jenama Catalyst iaitu Minyak Kelapa Dara (VCO)
aku makan vco ni a month and a half dah..
nk tau ape yg aku rase??
kengkwn aku kata kete dorg makin laju bila pkai benda ni..
hahaha..
ni bkn utk kete ye korang2.
ni utk badan manusia.
supplement utk diri sendiri.

so far changes yg aku nampak/rasa ialah.....

1) Parut kat muka dah kurang. aritu nek jerawat dlm tahun lepas bagai cendawan. berderet2 mcm ketapi. efeknye agak memilukan. smpi adik aku kata lg bbrp ketul lg bleh cukupkan perkataan 'password'. cett punya budak! tp utk review ni aku xde snap la pic parut tu. maaf ye. tp alhamdulillah.. mmg makin pudar. syukur sgt! 
tp.. ada plak jerawat lain yg tumbuh. sob2. berparut plak pipi kiri aku. haih.. klu jd lesung pipit xpe gak. ni jd lesung batu ape kelasss?? so skrg aku nk tgk bape lama parut kt pipi kiri ni bleh pudar/hilang/lesap/lenyap teros! utk itu.. rajin2kan la sapu vco kat parut ye. mekasih!

2) waktu mula2 mkn tu, pergh.. skit punye awal bangun pagi tau! alarm x bunyi lg, mata aku dah terkebil2 celik. pastu lama2 jd biasa balik. bangun ikut time (tu pun klu rajin. hehe).

3) klu korg folo entry seblom ni, tau kn aku ade participate dlm organize dinner. time organize dinner tu, balik smpi jam 3-4 pagi tau. letih giloss. tp badan still maintain tegap gitu. xde lembik2 mcm baby nk tdo. haha. agaknye ade extra power kot sbb mkn vco nih. mungkin la~

4) korang piyet ade senggugut x? aku ade tau. so sgt x indah. tp skali piyet since mkn vco ni, xdo dah senggugut mengugutnye! yeah yeah! pastu piyet aritu mcm x ikut time. x punctual la katakan.. skali ni dah tau time dah. piyet tu dah reti tgk kalendar, bila dia patut dtg dan bila patut blah. ngeh3.. bagus3!

5) ohh yg ni mmg marveles! dulu kan.. klu mak goreng bihun mesti ade je suara sumbang aku kata camni..

"mak campur bihun dgn udang kering ye?"

dan mak aku pon angguk dlm serba salah. hah? nape tuh? jgn kata aku cewet ye. sbnrnye aku ni alergi skit dgn udang, sotong, ketam dan sifud2 yg agak liar dlm laut tu. hehe. klu ade je dlm mknn aku, mula la gatal2 kat bibir, tekak.. tp mcm x teruk sgt la. klu teruk, muka jd gatal2. huhu. 
pnah skali tu mkn cakuetiaw xmo udang, skali gatal2 korek punye korek, berjejak kasih la aku dgn sesungut udang dlm pinggan aku. haip!! nk mrh tukang msk pon x sanggup! hehe.. tahan aje la..

ok. aku bet korg tau ape aku nk ckp. ye! AKU DAH TAK ALERGI PADA SIFUD2 dah! puas ati??
haha. bajet mcm korang paksa aku cite je. tp tu la kenyatahannye ye. bknnye aku terhegeh2 nk mkn sifud2 ni. cuma rasa puas sbb x perlu takot bila ade sesungut udang curi2 masuk dlm pinggan aku lg. yeah!

cukup x??
cukup la kan.
nnt klu tetiba aku ade super power sbb mkn vco ni, aku buat review baru yek.
buleh la yek??hehe
mekasih.
oleh kerana aku dah buat review, maka aku nk promote vco yg berharga RM37 sahaja. nak??? order kat sini ye!! 
sbb vco ni bkn stakat yg aku review tu je kebaikannye.
so klu korang try pastu ade review yg sama atau lain dr yg aku punye..
ape kata kita share2..
klu review x best pun share je.
dun wori.
x kena marah pun. 
hehe.
mekasih!!

LIVE HEALTHY . DIE HEALTHY

misi vco: turunkan berat badan!!! 

(berat aku dlu around 49kg. pastu naik jd 56kg. mkn vco, jd 53kg. turun kah?? tp so far maintain tau! haha)