Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

20 March 2013

Trip to Hong Kong - Day 1

Assalamualaikum.

Well... ni dah almost sebulan since trip aku ke Hong Kong and yet I'm still lazy to write about it. Sorry! *Nobody care sebenarnya kan? Sob2* Okay nevermind. Just nak share few important tips sepanjang kat Hong Kong ni especially for first timer like ME ye. Tak susah pun nak gi berjalan-jalan kat HK ni sebab HK saaaaaaaangat tourist-friendly a.k.a mesra pelancong. So shall we start?

*************
Day 1 - Departure & Arrival, Disneyland, Wong Kok.

Flight ke HK jam 7 pagi so by 5.30 am hubby and I dah ada kat airport LCCT utk check in baggage. Why? Sebab kami bawa food from Malaysia!! Yeah! Demi untuk kekal hidup di HK selama 5 hari 4 malam, we decided to bring our own canned food (makanan dalam tin) untuk mengurangkan jumlah perbelanjaan kat sana. Well, kat HK semuanya mahal tau (sana guna HK Dollar @ HKD @ simbol sana just dollar $). Sebelum pergi tukar duit rate RM1 dalam $2.46 camtu. Don't expect to eat McDonald set lunch klau dalam poket korang cuma ada RM5.95 atau $15 sebab kat sana, cup of milo pun dah RM6 tau! *Sila nangis kalau korang tak bawa banyak duit dan mengimpikan untuk makan kat HK. Hihi*

So these are our food supply!

 Air kotak untuk bawa jalan-jalan.

 Makanan dalam tin mengikut hari.

 Stok untuk breakfast dan jajan untuk makan time jalan-jalan.

Beras untuk dimasak dan makan dengan lauk dalam tin.

So itu adalah isi kandungan beg yang akan duduk dalam kargo. Berat adalah satu faktor nape kitorang decide untuk letak beg tu dalam kargo tapi ada satu fakto lain yang paling penting ialah sebab DILARANG MEMBAWA CECAIR LEBIH 100ml DALAM SATU BOTOL UNTUK PENERBANGAN ANTARABANGSA. Ngerti? So susu 1 liter sampai 3 kotak tu terpaksa letak dalam kargo ye. Selain dari itu, kami juga bawa periuk nasi jenis non-stick untuk masak nasi & panaskan lauk dalam tin dan . So far tak pulak kena tahan oleh imigresen. Huhu. Total harga makanan semua-semua tu tak sampai pun RM100 tau. Mahal? Ohh.. tunggu sampai korang nampak harga makanan kat HK nanti. Hehehe~

Flight selama 4 jam dan memang memboringkan so silalah bawa apa-apa benda yang boleh menghilangkan bosan tu. Aku cuma bawa bantal leher je. Untuk tido. Haha. Dan tak lupa juga, sila beli air mineral kat Pusrawi selepas xray & imigresen (sebab murah, RM1.50 utk 500ml) untuk mengelakkan tekak korang kering. Sebab kat ruang menunggu antarabangsa takde disediakan tempat untuk refill air. Menyedihkan!

Mendarat di airport HK around tengahari, cuaca redup dan nampak sejuk je kat luar. Untuk pengetahuan korang, airport HK ni terletak kat pulau. Well, HK sendiri terdiri daripada beberapa buah pulau. Tak percaya, sila tengok peta kat bawah ni. 



For those yang tak tau, HK terdiri daripada gugusan pulau (warna kuning). Yang aku bulatkan merah tu ialah lokasi international airport HK, the only airport in HK. Kat pulau you! But dont worry. Setiap pulau utama di HK dihubungkan oleh jalan darat dan laut. So rilex! Lawatan ke HK sama macam island hopping  gak tapi bezanya island ni besaaaaarrrr dan bot bukan transport utama! Oh i like!

Firts thing to do bila mendarat ialah make sure korang takde seludup dadah atau apa-apa barang terlarang ke HK sebab klau korang ada bawa, korang takkan lepas masuk airport pun sebab...


Yess! Correct! Ada anjing jaga pintu keluar kapal terbang untuk masuk ke airport. Anjing ni akan hidu beg penumpang yang keluar dari kapal terbang. Nice kan? Sila klik gambar kalau tak clear. Kalau masih tak clear, tu bukan salah skrin korang tapi salah kamera henpon aku yang nervous tengok anjing. Hehe.

Untuk ambil beg dari kargo pula, kena naik tren ke main building ye. Kalau kat KLIA, korang cuma akan merasa untuk naik tren kalau nak naik international flight je. Tapi kat airport HK, diorang sangat pemurah untuk bagi korang naik tren free. Haha. Oh by the way, jangan risau kalau tak paham bahasa cina sebab signboard dalam airport HK ni dwibahasa. Easy!


Before ambil beg, lalu imigresen dulu. Jangan lupa isi borang masuk HK before lalu imigresen. Borang ni ada kat atas meja before kaunter imigresen. Kat dalam flight pun ada diedarkan borang ni tapi kitorang sedap tido sampai tak perasan pramugari tengah bagi borang. Opps..


Ni ruang untuk isi borang dan lalu imigresen. Saaaaaaaaaaaaaangat luass!!! Macam boleh main bola sepak! Haha. Okay, tak. Tapi macam boleh main futsal tau. Yes luas sangat. Tu diorang tengah isi borang masuk HK. Meja, borang dan pen disediakan okay. Tak lupa gak, map HK pun boleh ambil kat ruang ni.
  
Dah siap isi borang, lets queue for immigration! Sila buat muka baik dan senyum bila lalu imigresen ye anda-anda semua.


 

Sangat bersih dan teratur. Kalau tak sure nak masuk mana, mesti akan ada staf diorang panggil. Tapi staf dia cakap cina la. But no worries sebab kat dahi kitorang memang ada cop "TOURIST" so diorang pun tolong. Hehe..


So dah setel ambil beg, keluar la ke balai ketibaan (arrival hall). But as I mentioned earlier, HK sangat mesra pelancong ye. So bila nak keluar tu ada...


  Tourist Information Center (Pusat Maklumat Pelancong). 

Tanya je apa-apa yang korang nak tau pasal HK ni, staf dia akan jawab dengan peramahnya. Tapi sila tanya dalam English je ye. Nanti dia menangis lak sebab tak paham.

 

Sebelah Tourist Information Center ada tempat beli kad Octopus (ala-ala TouchnGo gitu) untuk memudahkan pergerakan naik tren MTR dan bas kat HK. 1st time beli ialah $150; deposit kad $50 (akan dapat balik bila pulangkan kad dimana-mana kaunter tiket) dan $100 nilai yang boleh digunakan. Then hubby top up siap-siap $100 dalam setiap kad. Banyak kan? YES! Sebab naik tren pun mahal ye korang-korang. Sebab tu kami berjimat beli makanan siap-siap. Peace!

Tadaa! Ni rupa Octopus cardnye. Takde la banyak kaki macam sotong kan? Hehe. Sila bawa lanyard masing-masing untung gantung kat leher kad ni supaya tak tercicir. Toksah malu atau segan, memang orang sana tau korang tu pelancong. Tengok muka pun dah tau. Hihihi..

Update: Klau korang stay max 3 hari je dan mmg akan naik tren dan bas MTR byk2 kali, korang boleh beli kad Airport Express Travel Pass ($220) yg memberikan 1x perjalanan Airport Express dan unlimited perjalanan utk MTR dan bas selama 3 hari berturut-turut (dikira 72jam dr 1st time tap kad, bkan exactly ikut hari)

Untuk keluar dari airport ke mana-mana destinasi pilihan, korang boleh naik tren (airport express sampai stesen HK atau tukar MTR di mana2 interchange station), bas dan teksi. Kitorang naik airport express (ni kena caj $60) then tukar naik MTR 2 kali (ni free x kena caj). See! Baru je top up $200, dah tolak $60. Baki $140. Lap peluh kejap. Takpe2. Akan explore cara paling murah ke airport time balik nanti. Hmm!


Ni rupa airport expressnya. Sangat bersih dan selesa. Kalau korang perasan, kat bahagian atas gambar tu ada satu garis yang hujung kirinya warna biru. Itu macam penanda la yang tren sedang bergerak dan bape jauh & lama lagi untuk sampai ke next station. Ada la dalam 30 minit untuk tren ni sampai ke next station dia. Sebab tu garisnya panjang.
Nampak tak warna biru tu makin panjang? Dah nak sampai next station la maksudnya. *Jakun jap*


Turun dari tren airport express, naik tren biasa iaitu MTR. Kita/Singapore panggil MRT, diorang panggil MTR. Memang konfius tapi sila jangan konfius. Time ni agak sesak skit tapi masih sejuk dan takde bau badan yang kurang menyenangkan langsung! I wonder why~


Destinasi pertama kami mestila hotel kan sebab nak letak barang dulu. Berat ooo bawa beg makanan tu. Huhu. Final station kami ialah stesen Tsim Tsa Shui untuk ke Chungking Mansion. Cari punya cari, sambil tengok map, macam dah terlajak. Rupanya sebab kat depan Chungking Mansion tengah ada tarian singa. Ramai plak tu orang tengok.




Dalam terpinga-pinga mencari laluan masuk kerana main entrance ada singa, tiba-tiba ada seorang mamat pakistan datang approach sambil offer hotel. Kitorang tolak, kata dah dapat hotel kat Chungking Mansion, tingkat 17. Automatik dia suruh lalu ikut tepi bangunan, macam jalan belakang la untuk masuk Chungking Mansion.Wow, thanks for helping!

For those yang tak biasa jalan-jalan kat Masjid India, Masjid Jamek or even Chow Kit, Chungking Mansion bukan tempat untuk korang. Especially kalau korang ni over penakut dan curiga dengan semua pakistani, bangladeshi dan orang-orang negro sebab Chungking Mansion ni memang tempat diorang menginap dan berniaga. For us, no prob! Yeay!

Kat Chungking Mansion (CM) ni ada banyak blok dan lif so sila pastikan hotel korang kat blok mana untuk naik lif yang betul. Kitorang menginap kat Happy Yeung Guest House, blok B.


Setiap blok cuma ada 2 lif je. Satu lif untuk ke tingkat genap dan satu lif ke tingkat ganjil. Ada CCTV dalam lif dan orang kat tingkat bawah boleh nampak sape dalam lif melalui tv yang dipasang kat depan lif. Macam dalam gambar tu la. Btw kalau korang datang HK ni main redah je, tak perlu risau tentang penginapan kat CM ni sebab banyak mamat pakistani atau bangladesh akan approach untuk offer bilik kat hotel dalam CM. Yes! Dalam CM ni ada baaaaaanyak hotel-hotel budget. Sementara tunggu lif turun, boleh baca nama-nama hotel siap dengan tingkat berapa dan nombor telefon lagi. Kagum!

Oh ye, lif boleh naik sampai tingkat 16 je tau. Since hotel kitorang kat tingkat 17, kitorang naik lif sampai tingkat 16 then naik tangga ke tingkat 17. Sedikit pengorbanan untuk ke hotel yang orang recommend keselesaannya.

Happy Yeung Guest House

Flat B7, Block B, 17/F, Chungking Mansions, 
40 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong.
 

 Kemas dan bersih. Dinding laluan ni dipasang tiles putih.

 
Ni bilik kami. Dengan harga hampir RM100 untuk satu malam, dapat bilik sebesar katil king size, masih muat untuk solat berseorangan walaupun asyik berlanggar bahu. Sempit! Tapi tu la hakikatnya hotel di HK. Nak bilik luas? Mestila ada. Tapi sediakan la duit RM 600 untuk satu malam. *Nangis*

Ni pemandangan pintu bilik dari atas katil. Ada kipas ye. Tapi rasanya tak perlu kot sebab cuaca sejuk!!!
 
Toilet ada dalam bilik. Bersih walaupun kecil. Ada cermin skali. Tuala disediakan. Wifi percuma disediakan. Seterika boleh minta kat kaunter. Boleh refill air minuman kat kaunter. Ape lagi korang nak? Semuanya ada. Mudah bukan? Kalau pegi sebagai backpackers macam kami ni, ni dah kira selesa sangat tau. Syukur.

Dah siap solat jama' Zuhur dan Asar, kami pun nak memulakan perjalanan untuk ke Disneyland! Tapi malangnya sandal aku pula buat hal. Huhu. Sorry hubby. Boleh pulak tapak sandal tercabut. Dua-dua belah pulak tu! Sungguh menyakitkan hati. Nak tak nak terpaksa pusing-pusing kat kedai tingkat bawah CM untuk cari sandal baru. Dah puas pusing, terpaksa jugak beli sandal baru dengan harga $135 iaitu dalam RM54.38 ye! Sandal biasa je pon tapi harga mahal gile! Menyesal tak bawa back up sandal tau. *Nangis sambil peluk kaki hubby minta ampun*

Setelah bazir masa 45 minit cari sandal, baru la perjalanan sebenar ke Disneyland bermula. Berbekalkan roti dan air kotak dalam beg galas, kami pun naik MTR ke stesen Disneyland.


Ni peta laluan MTR kat HK. Macam yang aku cakap sebelum ni, pulau-pulau utama dalam HK ni dihubungkan oleh sistem pengangkutan awam yang sangat bagus. MTR ni siap lalu bawah laut lagi untuk sampai ke pulau sebelah tau. Tapi tak la nampak lautnye kan sebab MTR duduk dalam terowong. Hehe.

Tsim Tsa Shui ke Disneyland. (HKD17.90) (38 minit)
Naik MTR dari stesen Tsim Tsa Shui (laluan merah) ke arah Tsuen Wan dan turun di Lai King. Tukar tren di Lai King untuk naik laluan oren ke arah Tung Chung, turun di stesen Sunny Bay. Tukar tren di stesen Sunny Bay untuk naik laluan pink ke Disneyland. 

Kalau nak plan perjalanan korang menggunakan MTR, boleh klik MTR Planner
Just pilih stesen naik dan turun. Siap tunjuk harga tiket dan tempoh perjalanan. Kat harga tiket tu ada 2 harga, Octopus tu harga pemegang kad Octopus. Untuk Single Journey Ticket tu kalau korang beli tiket kat mesin atau kaunter untuk journey tu je dan tak guna kad Octopus dan harganya mahal sikit. So buat pilihan dengan bijak ye. Cuba korang klik kat stesen-stesen tu, akan ada option untuk tengok tempat menarik yang berhampiran dengan stesen tu. Best kan? Ni yang buat aku jatuh cinta dengan HK ni. Huhuhu...

 Okay la. Kita sambung part Disneyland kat entry seterusnya ye.

Tata...





Next entry:
Trip to Hong Kong - Day 1 (2nd half to Disneyland)


06 April 2012

Stranger??? Smile~

Assalamualaikum semua...
Selamat malam...

aku yakin ramai org tgh berdengkur skrg ni...
melayan mimpi indah2...
x kurang jugak yg melayan mimpi ngeri sbb tdo x mandi kan... *haha*
aku bukan tanak tdo...
jauh skali xleh tdo...
ekceli aku just buat entry ni sementara abis klik iklan2 berbayar milik hubby... *isteri solehah kan...*
iklan berbayar ni la salah satu sumber pendapatan keluarga yg dpt digunakan utk membayar tiket wayang.....
*sekian* =P

ok fine... abaikan sumber pendapatan kami itu... haha..
erm... korang pnah x baca blog yg suke lukis2 kartun???
aku bukannye rajin sgt blogwalking tp sbb hubby ni rajin baca blog kartun yg satu ni...
aku pun terjangkit sama... *communicable disease kah aktiviti ni???*

pe yg aku nk cite adalah pasal kartun yg INI....
korang bleh klik kat link kaler kat atas ni...
tgk dlu link tu baru bleh paham kesinambungan cerita aku ni...

ade la time aku tgh memaksimumkan penggunaan masa berdatingan sama hubby...
maka kami pon pegi la metrojaya kat Midveli utk cara keperluan hubby...
dah pilih2 barang... tetiba hubby kena pi amik voucher metrojaya kat dlm kete...
rugi la kot bayar guna kad atau cash klu ade voucher... *statement tu khas utk beli barang aku. huhu!*
so sementara tggu hubby turun ke car park, aku pon jenjalan la kat floor men tu..
jalan punye jalan  punye jalan...
setelah beberapa minit berlalu...
aku nampak kelibat hubby dari jauh...
dengan muka berkerut, henpon kat telinga cuba mendail nombor aku yg dari td x dpt2, hubby berjalan ke arah aku...
just nak make sure yg dia bleh nampak aku, aku lambai kat dia..
suddenly sorg sales assistant ni dtg approach aku dan berkata...

"kak, yg ada saiz 5 dan 7 je. saiz yg akak minta tu dah habis. ramai sgt peminat kot."

dia bercakap dgn aku tanpa rasa kekok lgsg!
aku dah pandang pelik... tp aku senyum gak la...
hubby makin menghampiri nih....
to kill the awkwardness, aku pon reply...

"ohhh... ye ke? xpela camtu." not knowing pe benda yg dia ckp tu... mebi kasut kot...
so dia pun ketepi la skit bila hubby dah smpi sebelah aku...

"kawan u ke?" tanya hubby.
aku geleng sambil tarik tgn hubby pegi jauh sikit dr tmpt tu sambil kata tidak...
ekceli aku ade kawan yg keje kat floor tu dan hubby tau psl benda tu..
tu psl dia ingat kawan aku yg approach aku...
hahahahaha...
mmg tersengih2 la lps tu...
kitorg cuba cari mana budak tu tp dah x nmpk lgsg...
adakah dia pegi menyorokkan diri sbb malu???
adoyai...
so berhati2 la ye...
klu korang menghadapi keadaan yg sama, jgn jatuhkan air muka dia.
reply je bebaik.
bkn dia sengaja nak buat camtu...
tp klu dia sengaja pun, apa salahnya...
korang pon single lagi kan.... dia nak berkenalan la tu~
tu pon x paham ka.... hehehe

p/s- aku ade kuiz jam 9 pg ni dan aku x bace pape pun. hadoi~

25 September 2011

Wad

Di dalam sebuah wad, seorang makcik mendekati 3 orang pelatih dan bertanyakan soalan sambil menunjukkan borang permohonan pas melawat pesakit.

Makcik : Dik, nape nama kat kertas ni lain? Aritu makcik dah betulkan nama kat kertas ni tapi yang ni lain balik. Nama pesakitnye dah betul.

Pelatih : Bukan nama makcik ke ni? Sebab td staffnurse tu yg minta sy letak kat atas meja katil ni. Nanti sy tanya staffnurse tu balik ye.

Apabila staffnurse yg dimaksudkan itu muncul, pelatih2 ini pun bertanya kepada staffnurse ttg borang itu. Staffnurse tersebut mengarahkan sorang pelatih ni utk ambil borang baru. Ketika pelatih tersebut sedang mengambil borang permohonan yang baru di kaunter jururawat, sorang staffnurse bertanya,

"Borang tu utk sape dik?"

"Nak bagi kat makcik katil ** sbb borang yang dah dicop tu bukan atas nama dia walaupun dia dah betulkan aritu."

"Memangla bukan nama dia. Tu nama bini pesakit tu yg sorang lagi."

Pelatih terus meletakkan borang tersebut ke tempat asal.

p/s - Bini2 dia tatau yg dorg tu bermadu ke??? OMG!!!

01 August 2011

Puasa Hari Pertama 2011

Assalamualaikum semua!!!
ohhh di hari baik bulan baik ni takmo ah ketinggalan nak ucap
Selamat Berpuasa & Selamat Menghayati Ramadhan...
kumpul pahala byk2 tau..
skrg ni mcm tgh 'Grand Sale' pahala la...
tu ibarat je..
sbb buat ibadah mcm biasa je tp pahalanye berlipat kali ganda..
so.. kurangkan buat dosa ye...
aku pon nk minta ampun dan maaf pada kawan2 yang rajin baca blog ni...
x kisah la loud readers atau silent readers... ngahaha.. (bleh x buat term sendiri... loud???)
seandainye ada terkasar bahasa... (wlupun blog aku x pnah berckp)
mebi ada yg korg x kenan bila baca kat blog yg hina ni...
ampun ye...

since ni first day puasa...
so lapar di tghari tu standard la kan..
syukur la tahun ni punya puasa, sume dak IPTA dapat abiskan sebulan puasa kat umah...
ni sbb cuti terlebih pjg la katakan... mekasih sbb bg cuti pjg!!
hepi wehh...

ohh lupa...
sbnrnye nk cite mende ni...
bgn sahur pg tadi... punye aku menggagau cari coklat Cloud9 kat tepi katil
sbb smlm ade nmpk coklat tu tp x terasa nk mkn..
biasa la kn..
bila esok dah nak pose, arini br rasa mengidam nk mkn sume benda..
so cari punye cari.. x ketemu...
skali perasan ade Cloud9 dlm balang jajan..
dgn rakusnye aku grab balang tu, buka tutup dan cari mane coklat gebu tu..
tp awat sumenye plastik nipis2 kosong2 je??
skali tgk mmg plastik kosong je yg tinggal... *sad*

aku pon pegi la cari kat bilik bawah... 
harap2 masih ada la 1 coklat Cloud9 kat dlm goodie bag sabtu tu...
tp x jumpa...
pegi dapo, tanya pd knisa...
then knisa suh tanya amin..
aku pon lari balik nek atas utk tanya amin yg punye liat nk bgn sahur sbb tdo lambat..
tp bkn amin yg jawab, sebaliknye suha yg jwb..

Suha : coklat Cloud9 dah abis la kak dya... klu nk, suha ade simpankan biozip 1. amik la..

aku pandang suha dgn muka serius...
ape kejadah minah ni nk bg aku biozip????
yg aku cari ialah coklat! bkn sabun!

Aku : suha, kak dya cari coklat la.. bknnye sabun...

Suha : ye la.. amik je la biozip tu.. *suha jwb dgn muka serius + tensen kejutkan amin yg liat*

Aku : boleh x jgn nk buat lawak. org tgh rasa nk mkn coklat ni. dah nape offer biozip??

Suha : tu je yg ade.. cloud9 dah abis..

ohhh stressss!!
xtau ape yg dia pk sbnrnye.. so i should make it clear!

Aku : suha, biozip tu sabun cuci, Zip tu coklat!!!

suha blurrr....ngahahaha...
sbb aku stress x jumpa coklat yg aku cari..
so aku x sempat gelak dgn lawak pandai pepagi buta ramadhan ni...


biozip suha... (dia terbayang ni sbg coklat ke??)



zip yg digelar biozip oleh suha...
(memang boleh salah sebut ehh??? hahahaha)



17 July 2011

jahit jahit!!

hadoi...
nantoknye mata ni...
baru jap td pekena sate ayam, mkn beramai2 sekeluarga..
sodap bona sate tu... (ok.. aku dah mula merepek)
serius tgh boring.
mmg je nantok mau tdo tp disebabkan insiden 'ajnabi-non ajnabi' td..
trus mata ni segar jek.. (pdhal bleh je tdo pun. ngeh3)

bila tgk blog aku..
perghh... mau sebulan jugak xde post baru..
bknnye ade readers yg request new post pun..
cuma sendiri punya perasahan je mengatakan mau buat post...
tp apa tajuknya???
tatau juga..

btw nk gak la share mende ni dgn korang..
raya kan dah makin dekat...
even aku x mention psl puasa tp korang phm la kn yg puasa dtg dlu baru raya..
jgn korang ingat aku ni kemaruk sgt nk raya..
tidak ye tuan puan sekalian.
sy masih ingat bahawa sy perlu berlapar-dahaga disiang hari seblom bleh membaham segala2nya sebulan kendian..
cuma nk dijadikan cerita...
dlu kan aku sefamili dok sabah.
so dr lahir smpi separa besar kat sabah..
baju kurung raya aku tu sume tempah dgn cikgu darjah 1 aku tau..
dia part time menjahit..
mebi sbb dah bosan ngajar budak darjah 1..
so dia pon menjahit je la sepanjang masa... *tu fakta yg blom ditentukan kesahihannya ye*
bleh dikatakan dia jahit mmg cantik dan murah.
rm15-rm20 je kot sepasang!
murah kan....???
time tu dok kwsn kampong.

pastu sewa umah kat bandar KK...
hmmm.. jauh bebeno plak nk balik kampong tu utk hntr kain baju yg nk dijahit..
kebetulan plak isteri kwn mak pandai menjahit..
so upah dia je la..
rm20-rm25 gak la upahnye.
jahit pon cantik tp bdn aku jd selim plak bila pkai baju yg dia jahit..
*suke taw sbb time cikgu tu jahit sumenye nmpk debab.hehehe*

skrg kan dah sok semban 2..
sape la yg kitorg knal kat sini utk menjahit segala baju kitorg???
sob3... air mata mengalir di pipi mengenangkan nasib kami... *tipu*
tetiba aku dpt hidayah yg mengatakan bahawa aku perlu blaja menjahit baju.
maka aku pon join la klas menjahit baju kurung selama 2 hari..
hasilnya mmg pandai trus ah!!!
hehe... mcm tipu je kn statement aku tu...
tp itu la yg berlaku....

klas tu kat sri kembangan...
utk 2 hari, rm150 tau.
even pricey tp sbb nk blaja..
aku kikis gak la daki dlm purse aku tu utk byr yuran kelas.
sob2..
utk 1 klas selama 2 hari tu bleh pilih nk buat slh satu drpd baju berikut..
nk buat baju kurung biasa @ kurung moden @ kurung pahang.
ape baju lg yg dia ajar??
aku pon tatau.
dah la aku masok klas pon lambat!!! ngahahaha..
tp mmg best la..
cikgunye ngajar dgn penoh dedikasi dan semangat nk bg studentnye pandai..
kagum2..
sbb aku dtg lmbt sejam dan tatau pe yg berlaku maka aku pilih kurung biasa je.
drpd zero to hero kata omputih...
maka siapla baju kurung aku...
polkadot gitu!!!
mawu tinguk bukti???

















memang!!!
aku tau!!!
rupa baju kurung biasa je pon kannnn...
bezanya ialah hasil tgn aku!
so klu korang rasa mcm x heran...
aku rasa sbb korang lebih terer menjahit drpd aku ...
atau sbb korang sbnrnye laaaaagi x reti menjahit...
hehehe...

tp yg menariknye...
smpi ke saat ni...
aku blom buat sepasang kurung pun!
sebaliknye aku gi bantai try buat kurung pahang!!!
best best!
blaja dr blog2 org... syukur la menjadi...
tu je nk dikongsi...
skrg terrrrrrramat hepi utk buat satu lg baju...
nak tau baju ape???
nantikan entry seterusnya!!!
adios!

12 June 2011

remote

Skrg ni aku buat posting kat hospital seremban. so knal2 la dgn MA & doktor kat situ. masuk minggu ke-2 aku posting, kebetulan aku buat syif pagi dgn MA sorang ni (nama dirahsiakan). time dah jam 3 ptg tu, dia ckp la..

MA : Jom balik!

Aku : ehh.. dah jam 3. tp mak lmbt lg nk jemput. (sbb mak aku hntr & jemput aku dr hosp. skali lalu gi tmpt keje dia)

MA : ko tinggal katne?

Aku : Kat semban 2. (buat muka kesian)

MA : ha jom la. kebetulan aku nk gi semban 2 gak ni, amik brg.

Aku : err.. xpe ke?? (smbil berfikir kenderaan ape la yg dia bwk ni?? xkn aku nk bonceng moto lak? muka dia lak kompiden je mcm ok klu tumpangkan aku)

MA : xpe. one way je kot.

So aku pon folo. skali terserempak dgn sorg HO kat ED  gak. dia pun tego MA tu..

HO : nak balik dah ke?

MA : aah. buat syif pagi arini.

Pastu HO tu pndg aku yg terkedek2 folo blkg MA tu.

HO : dia ikut ko balik ke? (smbil cuit MA tu)

MA : aah. tumpangkan dia.

HO tu then jalan seblah aku plak.

HO : ade pape ke dgn dia?

Aku : hehe. xde pape. unknown yg kebetulan nk lalu jalan yg sama.

HO : berani eh?? tp xpe. dia pakai uniform. lgpun keje kt cni. papehal jd senang je nk cari dia ni.

Aku senyum je. sbb HO ni x pnah tegur aku sepanjang aku dok melilau dlm ED tu. pandang seblah mata pon x. yg rajin tegur aku ialah doktor yg buat master dan HOD gitu. hehehe.. bole x blagak skit?

Otw tu borak2 kosong je la. Skali bila dah nmpk kelibat umah tu, tgk2 xde kete plak. tp sliding door umah x tutup. ade org ke x nih?? aku dah mula dup dap dup dap cuak. huhuhu

Aku : stop kat umah ni.

MA : ade kunci umah x? mcm xde org je ni.

nak kaver malu punya pasal...

Aku : ade. thanx tau tlg hantar.

MA : no problem. ok bye..

blah je kete dia (nasib baik nek kete. lega den...) aku pon pandang pagar umah..try bagi salam dua tiga kali...sepi je...ade org ke x ni??? kuarkan henpon dan dail no ayah.

Aku : ayah katne? takde orang ke kat umah??

Ayah : ayah kat MPS ni. bawak amin.dia nk interview org utk siapkan esaimen dia.

Aku : sume ikut ke? sliding door x tutup.

Ayah : aah. sume ikut. baru je smpi ni.

aduhhh.. mmg mengeluh x hengat la. camne bleh jd cmni??? aku jalan slow2 ke belakang umah... dok kat tangga pintu belakang... ape ke malang nasib aku.. nk buka pagar pun x boleh sbb xde remote pagar. sob3...

Last call...

Aku : tolong la balik cepat....!!! nak pegi toilet ni!!!!! huhuuhu

Kesimpulannye.. aku akan bwk remote + kunci umah skali lepas ni x kisah la pegi memane. sila jgn riak dgn pagar yg pakai remote. kelak memakan diri...

Tamat.

Minum petang

Tatkala sedang bersantai di meja makan jam 5 ptg td... (ayat skema la plak)

Aku : Knisa, minta kicap. (sbb nk mkn dgn nasi dan telo)

Pastu mak aku datang, dok kt depan aku, seblah nenek aku.

Mak : sok sek sok sek.. (pastu pandang nenek) Mak nak dubor?

Nenek : tak nak. kenyang lg.

Aku : Erk??? (aku pandang hidangan atas meja. ada bubur pulut itam kat dlm mangkuk. fuhh...aku yg slh dgr rupanya...)

07 June 2011

Isi

Di suatu petang yang damai di dapur rumah....

Mak : Dya buat ape tu...?

Aku : Tgh isi air. (tanpa pandang mak, terus bertanya balik) Mak buat ape tu??

Mak : Isi ayam.

Aku : Erk....(dan terus pandang mak. mak tgh potong ayam sbnrnye) LOL... -.-"

24 May 2011

Movie

menonton wayang/movie adalah feveret aku.
x ramai org tau.
tp aku share interest aku ni dgn jejaka la.
since dia pon rajin mendonlod movie2 yg best.
even yg x best pon dia donlod.
*geleng kepala*

to be precise..
tahap lawak dia dgn aku sgt berbeza.
aku rasa aku layan lawak dr maharaja lawak.
but not for him.
tu kata dia la.
tp dia bleh gelak kaw-kaw bila tgk cite Superhero omputih tu..
yg hero dia kena sengat dek pepatung..
pastu intronye yg asek malang kena sepak dek cermin bas bagai..
tu mmg lawak gile utk dia..
xpe.
kita maafkan dia ye..
sbb tahap dia mmg internasionale dr aku..
huhu

as usual..
aku layan movie omputih la kan..
movie melayu ni mcm kureng skit.
nape?
tah..
mcm x berbaloi kot.
(padahal movie donlod. bknnye gi beli tiket wyg)
tp ade gak la layan adnan sempit (dorg psg kat tv time tggu turn kat spital)
hehe

klu cite omputih mmg biasanya aku fail gegile bila nk faham pe dorg cakap.
ye la..
MUET aku band bape..
tgk la slip..
bknnye band 5 ke 6 ke smpi nk angguk2 tgk movie tu..
bajet paham je..
ceit!
so sbg rakyat mesia yg mengagungkan bahasa mesia (sbb x reti bahasa omputih)
aku mmg menitikberatkan kewujudan subtitle (sarikata) dlm movie omputih yg aku nk tgk.
so mmg keje jejaka la kan bila dia donlod movie..
tgk je movie xde subtitle..
dia kena la cari subtitle yg seswai utk movie tu..
aku tukang tonton je..
bagus x??

smpi satu hari...

Aku:  Sayang... u dah donlod movie *****. movie tu dah kuar panggung.

Jejaka: Dah. tp xde substitute.

Aku: Ha? Xde ape??

Jejaka: Xde substitute.

Aku: (nak dabel konfem nih) Xde ape sayang?

Jejaka: Xde substitute la! ehh.. (pause. sedar sumthing kot)..... xde subtitle!

Aku:   -.-"  LOL lg...


23 May 2011

Yogurt

hacchumm!!(berkali2 smpi lupa nk kira)
skali selsema da....
mula la xleh berpisah dgn kotak tisu.
sob3..
bkn air mata tp air idung ye..
huhu

bermula dgn selsema yg mmg mengalir mengalahkan air kencing shin chan.
(nape mesti air kencing?)
aku lap tanpa berputus asa.
kemudian datangnya demam yg kejap kebah kejap datang kejap kebah balik.
ceitt!
malam je badan ni panas.
siang je sihat bagai anak cipan.
klu cmni, gi klinik pon xleh dpt MC.
mmg cipan.

satu hari...

Jejaka : Sayang.. minum la yogurt. baik utk demam.

Aku: ..........???? Yogurt??? Demam???

Jejaka: Iye. Yogurt kan membantu membunuh bakteria dlm bdn sbb yogurt ade byk bakteria baik utk lawan.

Aku:    -.-" (LOL)


tolong la jawab bg pihak aku....

*Nak kena cek balik tahap keelastikan mulut aku ni sbb nk gelak puas2.