17 January 2015
Soledad
Soledad.
I wonder what does that mean.
And now I know.
Not only the meaning.
But also able to feel it.
Right here, right now.
Deep inside.
Helplessness.
Its eating me from inside.
***
Back to Allah, Nadia.
You know He's the ONLY ONE that you have permanently in your life.
Who has never leave your side even for a second.
Who has never forget about you.
Who has given all sorts of test to you in order for you to always remember Him and come back to Him for help.
While others are leaving you, making you feel the emptiness, lost of love, He's always there.
Waiting patiently and never loose hope on you.
***
Out of so many things, the only thing that I cant accept is the look --- was it fake?
Has everything gone --- just like that?
I'm hurt.
But i believe its not important.
May Allah assist me in fixing this.
***
Allah's love is enough.
But His love comes in many ways which some of it I've taken for granted --- unnoticed.
May Allah ease my journey, strengthen my spirit and guide me to a better path in the future.
May Allah provide me His Mighty Love during this hard time.
May this test turn me and also my little khaliff in becoming a strong person.
I really need it.
Desperately.
16 January 2015
My cute hubby...
Tengah bercuti ni sebab ada urusan kat rumah yang tak setel. Later i story k.
Tengah browse cari barang baby kat internet, tiba-tiba rasa lucu dengan satu benda.
Teringat bila hubby insist nak beli Johnson&Johnson baby oil kat midvalley last month without knowing whats the purpose and solely based on checklist dari internet. (which i refused to buy, of course)
And there's another moment lalu tempat baby lagi and still nak grab baby oil. (and i'm persistently refusing....)
Hehe. CUTE!
I know you're gonna be a great father and Imam to me & our beautiful children. Keep the cuteness going ya.
Love,
Your wife, Mommy-to-be (In Shaa Allah..)
P/S - but the kryptonian thingy is still doubtful.
01 January 2013
First day of 2013!
Btw kalendar McD 2012 kat umah aku dah bertukar kepada kalendar islam yg mula dgn bulan Muharram. Jadi harap maaf ye klau aku akan banyak tersalah tengok tarikh lpas ni. Huhu. Tapi tu bukan alasannnnn. Sebab yang bestnye kalendar ni, dia sekali dgn waktu solat! Korang hado? Hehe.
Azam baru mesti ada. Jadi tak jadi tu belakang cerita. Huhu. Janji kena ada azam. Even azam tu bila2 masa je bleh buat kan. Tapi gedik nak tunggu tahun baru gak konon. Cett... Btw azam tahun ni ade kaitan dgn rumah & dapur. Hopefully tercapai la hendaknye. Amin.
So... what to do today? Sleeeeepppppp!! Hahaha. Ni bukan azam tapi ni kurang asammm namanya...
30 December 2012
Hilang naluri @ AEON Member's Day!!
Untuk 2 hari berturut2 aku, hubby and adik ipar aku laki bini gi melawat AEON Member's Day kat Bukit Tinggi, Klang dan Balakong. Penatnye memang tak terkata tapi lagi tak terkata bila memang langsung takde hasil tangkapan untuk aku. Sadis! Aku dah macam hilang naluri kewanitaan tengok pakaian2 yang bergentayangan kat department store tu. Gile ke ape aku ni? Meroyan? Tukar jantina dah? Hormon gadisku berkurangan? OH NOOOOO!!! NEHIIIII~!!
Jujur cakap, memang rasa sadis gile dengan diri sendiri. Rack by rack aku lalui, selak hanger sana sini tapi memang hati ni takde langsung melekat kat mana2. Tapi lain pulak yang berlaku kat hubby aku. Dia yang berlari ke sana sini gi fitting baju dan seluar, cari saiz dan macam2 lagi. Okay! Something is wrong here~
Ape jantina kitorang dah bertukar ke???? Hahahahaha. I love you, hubby! That's why org kata pasangan kita ni pelengkap kekurangan kita. Atau lebih tepat lagi, pasangan kita ni merembat segala 9 nafsu kita sebagai pompuan! Hehehe. Joking!
Sebenarnye memang takde pakaian yg menarik dah kat AEON tu. Bukan ape, aku nak pakaian yang sopan dan tak sempit2 macam baju baby. Bukan setakat kekangan agama tapi juga sebab badan aku ni dah makin gemoks! Auww! Peritnye kenyataan ituh! *sambil tekap luka kat dada akibat ditusuk oleh ketajaman ayat sendiri* So bila badan dah gemoks ni, segala curveeee yang ada kat badan aku ni makin terserlah dan akan menyebabkan hubby aku jeles klau ada lelaki bukan muhrim lain tengok/pandang/lihat/tenung/jamah dgn mata2 diorang. Oh tidak. Sekarang dosa aku kan ditanggung oleh hubby. Klau btol la aku sayang hubby, nape perlu aku hantar dia ke neraka disebabkan oleh perbuatan aku kan? Eee sedih la pulak. So pendek cerita, aku tak minat style baju kat AEON! Huhu
Lately ni aku minat style dress tp sume dress/jubah yg dijual mahal melampau! Tau2 je la yg aku ni kedekut kan, klau harga baju tu lebih dr singgit pun aku dah berkira nak beli. *Bajet badan aku kecik macam semut la sampai ada org jual baju harga singgit.hahaha* Pastu mula la akal aku yang pendek sejengkal ni pikir nak jahit baju sendiri. Wahhh aku ni sememangnya bajet! Bajet pandai jahit pulak. Hehe. Tapi.... malas la pulak. Then maksudnye takde la dress/jubah jahitan sendiri nampaknye. Maka takde la baju baru. Huhu.. *super jeles dgn hubby sbb dpt byk baju baru walhal kat aku dah conquer 3/4 dari total ruang almari. Ahaks!*
Inilah namanya nafsu wanita... x semestinye dapat. Tapi nafsu utk dapat tu sentiasa ada. Makanya bila aku gi jenjalan kat mana2, klau nampak baju2 comels tu, aku istighfar banyak2. Fuhh... berjaya jimatkan duit. Tapi bila sampai rumah, buka almari nak pilih baju utk dipakai, mula la setan cucuk2 hati tu supaya rasa menyesal tak rembat baju comels td. Astaghfirullahalazim....
Oh ye, time kat AEON tu ade gak cari jeans utk hubby. Well, aku dilarang utk pakai jeans sejak kawen not only by my hubby, but also by ALLAH (yg seblom ni aku but dono je. gile rude!) So dalam selak menyelak jeans yg super murah kat tized dlm AEON tu, hati ni tercuit sikit rasa nak pakai jeans balik. Uhuhuhu...
Me: Hubby, bleh tak i beli jeans utk i?
Hubby: *Pandang aku dengan harapan yg aku masih ingat dia dah larang aku pakai jeans forever*
Me: Nape? I pakai la baju labuh2. Ala.. jeans ni kan seluar macam seluar slack i tu.
Hubby: Tak boleh. Jeans kan ikut bentuk kaki. Dosa.
Me: *Sengih gedik dalam hati sebab hubby tak goyah iman utk benarkan aku beli jeans. Perlu ke aku gedik camtu?*
Bye jeans. Tak dapat pakai jeans kat dunia, aku pakai jeans kat dalam syurga je nanti. Klau korang pon nak pakai jeans dalam syurga, maka jauhi la jeans kat dunia ni. Duniawi je sume tu. Eceh...
Ni pesanan untuk diri sendiri terutamanya. Amin.
p/s - aku memang tak sempurna dan takkan pernah sempurna untuk menyempurnakan orang lain tapi aku sentiasa berusaha untuk menjadi sesempurna yang termampu di sisi Allah yang Maha Sempurna.
26 July 2012
Ramadhan 1433H menjelma... syukur...
Wahh... Selamat berpuasa semua~~
Excitednya dapat bersua dgn Ramadhan kali ni. Rasa macam dapat durian runtuh bile bertemu Ramadhan. Hai Ramadhan, saya rindu kamu. Kamu rindu saya tak? Ecehh... x perlu kot buat Ramadhan ni macam kekasih gelap. Tapi yang pasti kehadiran Ramadhan ni memang menceriakn hati yang kian lama kian sepi dengan pahala yang melimpah ruah... Syukur tak terhingga...
Tapi aku cuma sempat puasa sehari dan terawih 2 kali sebelum hujan lebat turun mencurah2. Paham2 je la maksudnye ye. Hehe. Tapi apa2 pun hati ni rasa tenang sangat bila tengok masjid2 penuh! Sampai melimpah ruah makmum yang ingin menunaikan solat terawih dgn imam. Alhamdulillah. Seronok tengok muslimin dan muslimat yang hatinya lekat ke masjid. Sejuk perut ibu mengandungkan anda tau. Walaupun aku tau pemandangan ni cuma dapat dilihat ketika Ramadhan menjelma, tapi aku masih berharap agar di bulan2 yang lain, makmum akan melimpah seperti sekarang. Amin.
Aku yang tengah hujan lebat ni rinduuuuu sangat nak solat terawih. Sangat rindu! Hati ni rasa nak melekat je di masjid tu. Baca Quran di setiap selang masa. Kumpul pahala sebanyak yang boleh. Sama macam kita kumpul points untuk kad kredit la. Cuma kad kredit tu untuk dunia, tak kekal. Pahala ni yang kekal. Korang semua tau kan yang majoriti penduduk neraka tu terdiri dari golongan wanita? Tak sedih ke? Tak tersentuh ke hati bila tau fakta tu? Hmmm... hati aku selalu tersentuh tapi nape masih takde perubahan pun? Pernah aku terbaca dari artikel mana tah tentang seorang wanita di zaman Rasulullah s.a.w berkata: "Celakalah kepada manusia yang boleh tidur dengan lena apabila teringatkan neraka." Yupp... memang celaka sebenarnya! Sebab ape? Sebab dah tau neraka tu menakutkan dan azabnye memeritkan tapi masih bleh berdengkur lagi. Kenapa boleh jadi macam tu ye???
Pernah satu malam ni aku tak dapat tidur. Dah bergolek2 atas katil pun masih mata tak mau lelap. Tapi badan rasa letih dan mata rasa mengantuk. Bantal dah berkepuk2 bawah kepala tapi mata masih buntang. Tiba2 hati ni terdetik, 'indah sangatkah syurga tu??' Sambil tu membayangkan segala kemewahan dunia ni ada di syurga. Di syurga, semuanya awet muda, semuanya lengkap. Hati ni memang terkinja2 nak jadi salah seorang yang masuk syurga tapi kenapa diri ni taknak usaha lebih untuk masuk syurga? Memang betul semua umat Islam tu akan masuk syurga, tapi sebelum tu mereka akan masuk neraka dulu sebagai balasan untuk segala dosa2 yang pernah dilakukan sebelum ni. Laaaaaast skali baru masuk syurga. Sedih tak? Kalau Allah perintahkan untuk aku masuk neraka selama 1 hari, 1 hari tu takkan sama dengan 1 hari di dunia tau. Dah kenapa aku nak biar badan aku disiat2 selama 1 hari sedangkan dalam 1 hari tu org lain bergembira duduk di syurga??? Korang nak??
Tula fakta tentang kita. Kita tau tentang dosa pahala. Kita tau tentang halal haram. Kita tau tentang syurga neraka. Tapi kita masih leka. Sebab... kita terlupa yang neraka tu wujud dan pasti. Ya! Itu yang kita lupa. Oh ya, perasan tak yang cuaca sekarang ni makin panas? Tak tahan kan?? Keluar bawah panas sikit dah menggelupur cari tempat teduh. Yang perempuan makin tebal tenyeh sunblock kat muka, kat tangan, kat kaki. Tu realiti bahangnya matahari. Real kan? Cuba bayangkan yang neraka pun real mcm tu jugak. Korang duduk kelaparan di tebing sungai yang mengalir nanah mendidih didalamnya. Sangat lapar. Tapi yang ada cuma buah berduri. Sangat haus. Tapi yang ada cuma nanah mengalir mcm sungai. Apa pilihan yang korang ada selain makan buah berduri dan minum nanah tu untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga tu? Sanggup berlapar dan dahaga ke??? Nauzubillah... ngeri sangat sebenarnya. Bergenang air mata untuk seketika pada malam tu.
Aku pun taktau nak luahkan dengan kata2 betapa takutnya bila membayangkan neraka. Maafla. Aku bukan orang yang baik tapi aku ada rasa untuk berubah kearah kebaikan. Memang selalu terlupa tentang segala yang baik dan hanyut dalam kejahatan duniawi. Tapi... aku selalu mohon pada Allah supaya kuatkan imanku, hindarkan diriku dari perkara maksiat, tutupkan hatiku dari perkara yang tidak baik, ringankan tubuh ku untuk melakukan ibadah kepadaMu, dan macam2 lagi. Doa je ape2. Bahasa melayu, iban, cina, tamil, sume bahasa Allah faham. Yang penting, doa dengan ikhlas dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Aku harap aku dapat jadi insan/anak/isteri/ibu yang baik, solehah dan beriman. Amin.
p/s - ada masanya hati ni meraung untuk menjadi muslimah sejati tapi nafsu ni meronta2 untuk mengikut trend gadis2 sekarang. Tutupkan pintu hati kami ke arah maksiat dan kemungkaran Ya Allah....Amin...
20 February 2012
First entry of the year... hehe
29 December 2011
cloudy eyes...
There's no religion that could save me
18 December 2010
2 days b4 new semester..again???
ok! lega skit.
panas jek ati ni sebenonye.
tatau nape ah kn.
klau tau nape, sure aku habaq dah.
mebi la kot.
luse dah mule klas ah.
.
.
.
.
funny ah.
...im no longer longing for your love...
..its gone..
...and im tired being myself...
14 December 2010
im in mess..total mess!!
tp nape aku menaip dlm gelap?? sbb aku nk menaip tanpa gangguan sape2. sbb aku lg tenang cmni wlupun mata ni nek silau dgn skrin yg bercahaya penuh keimanan di tgh kegelapan mlm ni. time kaseh skrin. aku tau iman aku kurang. tu psl aku gelap x bercahaya. itu patutnye muhasabah pd diri sndiri tp nmpknye jd kebencian plak.
aku agak terkebelakang lately ni. bkn sbb aku tertinggal bas mahupun tren. tp mungkin sbb aku jln slow sgt n org len jln laju sgt menyebabkan aku mmg terkebelakang. dlm erti kata lain, ketinggalan. aku dapati terlalu byk perkara yg aku kesali n aku x puas ati. contohnye?? byk benda yg aku nk tp aku x dpt. contohnye?? tiket g tgk game arsenal live?? ohh tidak! tu bkn benda yg aku nk. aku nk pokok bunga utk landscaping. ye! aku nk bunga! cantek je kn klu tanam bunga susun cantek2 mcm pic kt bwh ni. sob3. cantek sgt. rase mcm nk jd kuceng gulik2 kt situ.
tp nape aku x dpt bunga?? sbb aku cari kt kedai kete kot. btol! siyes aku g cari bunga kat kedai kete. nape? sbb aku akan cari kete paling cantik then folo kete tu pulang ke rumahnye n tgk bunga kt landscape halaman beliau. menarik bukan idea tu?? tp lpas tu sure aku balik umah, pecahkn tabung utk beli bunga yg sama mcm kt umah org kaya tu. sure mahal! even klu murah pun, aku xkn mampu. ok! aku benci bunga! so xde la aku terasa mcm nk cari bunga lg. yeay! setel 1 masalah negara~
seterusnye..aku xnk cite la mslh seterusnya. terlalu rahsia. klu nk cite, korang kena kawen dgn aku dlu. nk? sure tanak. sbb bile dh kawen dgn aku, korang akn rasa tervevan dgn cite2 dongeng aku. hehe. ok xpe. skip bab kawen. lgpun aku x kawen dgn makhluk sejenis. wlupun korang ni kuceng. hehe. ok. x lawak -.-"
ohh kuceng! ye! td nmpk gmbr kuceng tp bkn hak milik aku la. takot plak nk post kt blog ni sbb kuceng ni x cukup sifat. errr... patot ke x ek?? xpe2. klu ade gmbr pelik2 nnt, phm2 je la ye. huhu. btw tetibe aku terpike psl mende ni. xpe ke klu kita bg nama kt kucing nama yg bkn islamik?? mcm alvin ke, jojo ke, lucy ke,dll. x dose ke? kuceng tu x kecik ati ek sbb nama dorg mcm tu?? (mood: serabut tahap 3, sume benda pun nk pk)
oh ye. dlu time dok kat plaza rah, slalu beli air dlm botol. x kesah la botol 1.5L or 5L, janji air mineral utk diminum. smpikn klu membe dtg bilik aku bkn utk pinjam baju, tp utk minta air!! sadis kn? tp nape? sbb air paip yg nk dimasak tu berkarat. ketara kot karatnye smpi melekat kat kettle. persoalan: xpe ke minum air paip yg berkarat tu?? cuak2. mls pk, so beli air mineral botol jek. tp bil air plaza rah x kurang pun. ye ke x kurang? x sure la plak. sbb aku x pnah byr. hehe. so sentiasa terpk psl penapis air. bioaura kah? Rx water kah?? uhh uhhhh... Diamond kah??
ok! bkn diamond yg ini. ini layak dok atas cincin aku je.
tp yg ini.. (skrol ke bawah ye anda)
ni ialah water filter aka penapis air brand Diamond. pnah dgr x? aku tau mende ni pon sbb dlu kwn kolej aku keje part time kat booth Diamond ni. tu cite lama la. tp yg menariknya time memula aku usha tmpt dia keje tu.
time memula dtg tu, dia promot la mende alah ni bagos n wutsoever yg aku jwb dgn i-dont-care punye muke. so, muka aku yg menjawab ye.bkn mulot. tp minah ni semangkit jek nk cite psl diamond ni. tetibe dia dgn gatal tgnnye sembur air kat muka aku. ala.. bkn mcm masukkan air dlm mulut then tersembur time gelak tu. bukan bukan. tp air yg dh ditapis tu dia buh dlm botol yg bleh spray2. diorang jual air dlm botol cmtu! menarik x?? x?? ok xpe. aku pon rasa cmtu gak. so aku x bape nk layan kecuali bg ekspresi terkezut sbb dia lunturkan bedak kt muka aku. hehe.
tp dia kata, air tu bleh pulihkan masalah kulit. si dia buka 1 folder ni n tunjuk testimonial customer dia. aku angguk je. sbb time tu muke licen bak sutera kn. so x kesah la. (insaf. jgn blagak ye) alkisahnye ialah dia kata air tu bagus. tu je aku nk cite sbnrnye. even umah mak aku pon wajib pakai penapis air. seminggu cmtu, mmg kuneng karat ah tapis tu sbb air skrg ni mmg berkarat!!
so ini paip baru anda!
time beli tu sure lompat2 hepi sbb "paip ni cantek la, bersih n suci". ok. tu sounds merepek to me. even aku akn sebut benda yg sama. huhu. sape x suke tgk paip baru. licen jek. tp...
hah! amik kau! sure x caye kn korang kumur2, basuh muka, mandi, cuci ehem2 korang guna air yg lalu dlm paip suci cenggini!! hehehe. aku pon x caye. so tetibe aku rase mcm nk diy tuka segala paip dlm umah. huhu. patutla rambut aku dh mula perang, xyah pakai pewarna rambut. sob2.. natural jek. heheok! siyes aku serabut. tu psl aku wat entry ni. klu x, entry ni akan jd exit jek. sbb masok dlm draft. so tu puncanya aku nk penapis air. sbb siyes tekak aku sakit dowh bila minom air dr paip yg x ditapis oleh penapis air yg mahal. siyes! aku x tipu. so hadiah kawen nnt sure korang dh tau nk bg ape kn?? (pls jgn bg aku air botol mineral mahupun paip)
sbg ending kpd keserabutan aku pg ni, aku cuma nk ucapkan slmt pg kepada penonton aka peminat game arsenal yg sdg berlangsung skrg yg aku x berminat pon nk tau bape skornye. nk doa yg x baek, kang ade plak yg berkabung 7 hari 7 mlm sbb arsenal kalah. so no komen. siyes xtau cmne org sanggup stay up utk tgk mende tu. xde siaran ulangan ke?? hehe. ingat ni movie kt HBO ke ape. kui3. aku phm. sgt phm. tp slalu je wat2 x phm. sbb geram.
ok la korang. utk janji aku kt atas, ni gmbr kuceng itu. x sanggup aku nk tgk byk kali apatah lg nk attach dlm blog nih. sob3
cian kiti ni. meninggal sebaik dilahirkan mebi sbb x cukup sifat. dia ade 1 mata, xde bulu lgsg n besar dr yg len. Allah xnk menyeksa hamba-Nya. tu yg pasti. tp adek beradeknye sume sehat2. pic ni amik dr fb amy. cowie.
11 November 2010
Tudung oh tudung..
Salam.
aku agak ke'panas'an. panas yg aku simpan dah bbrp hari yg mmg aku nk noktahkan. if ade ape2 yg menyinggung perasaan pembaca atau reader, aku mintak mahap sgt2 ye.
aku sbnrnye dlm proses mencari tudung. ala.. tudung biasa je, yg ade awning keras tu. aku x kenan nk pkai selendang atau shawl yg lilit2 kepala sbb:
1) aku x reti sgt pkai
2) aku mls nk pkai then tanggalkn balik time nk solat pastu pakai balik yg mana ia memerlukan lebih dr 1 brooch atau kerongsang
3) shawl ni byk yg nipis, takut nmpk leher. aurat! (wlupun aku x alim sgt tp aku kisah)
4) pemakaiannye yg melebihi 2 saat. sbb aku pkai tudung awning tu 2 saat je dah siap
5) aku suke kot tudung jenis mcm publicfon yg tutup2 skit ni. ade bumbung. yg len xde.
6) x reti pilih, mix n match n senang cite nnt pkai shawl, x tutup dada. ohh.. malu i! (wlupun seblom ni mmg slalu je pkai tudung angkat2. skrg malu dah. sbb dh jd org dewasa)
7) aku x suke dgr org2 yg kisah psl dosa pahala aku complain. Allah x complain. tp dia bg hamba2nya yg lain complain atas tujuan saling mengingatkan.
8) tah. siyes x kenan. haha
*
*
oleh yg demikian, aku dgn adik aku pergi mengembara ke jln masjid india kt key-el tu utk cari tudung. usaha pd hari pertama cuma membuahkn hasil yg kurang mempuaskan aku sbb adik aku je yg jumpa shawl utk dia. aku dok try tudung awning (yg siyes aku tatau ape nama dia) tp xde satu pun awning yg chantek. aku kecewa. smpi la aku tiba d satu kedai ni. awning dia best! tp aku cari tudung size L. sbb aku nk jd budak baik (yg masih mengumpat?huhu). seblom ni aku pkai size M so mcm x cukop labuh. kechiwa d situ..
pindah ke kedai seblahnye plak. tp x ku sangka, chempedak jd nangka, nasi jd bubur, pulut dah dipanggang jd pulut panggang dan nenas jd tart. aku sangat hampa + kechiwa + menyumpah seranah slps meninggalkan kedai seblah itu. kenapa ye? begini ceritanya...
step into d kedai, aku nmpk 3 makhluk Allah. 2 P, 1 L. aku pasti dgn ape yg aku nmpk ok. Pompuan sorg ni agak berumur (mkcik2 la) n dia tgh borak dgn laki nih. so ade sorg pompuan lg tu mcm asistan dia trus dtg kt aku n tanya "nk cari ape dik?". aku jwb, "nk cari tudung kaler hijau muda size M". dia pun hulur la tudung yg aku minta. bila aku try, awningnye x cantik. biut2. phm x ape tu biut2? biut2 = senget2. x cantek! sbb seblom ni aku dh jumpa kedai yg awning dia bila sarung je kt kepala trus terbentuk dgn begitu indah sekali! jd bila kt kedai ni awning dia mcm hampeh, aku pun try adjust lg. adjust punye adjust, aku yakin tudung ni bkn THE ONE. akak tu tgk mcm aku tgh struggle nk btulkn awning, dia pun tlg la smbil kata,
"awningn ni lpas iron elok la tu."
aku pon reply:
"akak, sy pnah beli tudung yg awning dia cmni. org tu pun kata awning dia nnt akan elok lpas iron tp x pun. smpi skrg sy x pkai tudung tu. rugi je beli."
tetiba makcik ni menyampuk:
"eh dik, tu tudung berkualiti tau. kami jahit sendiri."
pastu laki tu pun sambung:
"Aah dik. jahit sendiri. iron je pastu ok la tu."
Aku dgr ayat dorg, aku pun ulang kata2 aku kt atas td (sila bc ayat kt atas td ye). dorg x puas hati gamaknye, makcik tu reply balik:
"x usah le nk banding2 dgn tudung lain. klu x suke, letak je. x payah beli!"
hamboih! pedas btul ayat die. berdesing tinge aku tau. aku balas balik:
"x banding pun cuma sbb dah pnah kena. tu psl nk beli yg terbaik. lgpun kt kedai lain ade je yg awningnye elok."
Pastu aku selak2 lg tudung yg lain. tetiba dia sound lg:
"x payah nk sentuh2 tudung yg lain. same je tudung tu dgn tudung td. x suke, xyah sentuh!"
Eeeee!! aku sakit hati sungguh. adik aku terdiam kt seblah. ape punya peniaga la mkcik ni. dah dia kata jgn sentuh, aku pon trus sarung balik tudung bawal yg aku pkai. pastu dia perli:
"ko pakai je la tudung bawal tu smpi bila2. xpayah tukar."
Aku sabar. utk btulkn awning tudung bawal tu, aku tiup2 la kn. makcik tu leh sound lg skali nih:
"tiup la dik. tiup smpi betul tudung tu. xyah pakai tudung lain."
sempat gak aku istighfar kot seblom aku balas:
"ye makcik. sy tiup ni."
Wlupun aku tatau ape sbb aku balas cmtu. sakit hati. muka panas. laki yg ade tu sengih2 jek. bajet tudung dia bagus sgt ke? trus aku blah. aku tatau patut ke x aku trus nk gaduh dgn org mcm tu. oleh kerana aku x suka kedai ni, aku snap gmbr kedai ni n aku bubuh dlm blog ni. kenape? sbb aku x suka kedai ni. makcik ni sgt kurang ajar pd customer! sukati je sound aku mcm la aku xnk byr tudung dia. ceittt!! utk sesape kengkawan yg mmg deal dgn kedai ni utk amik stok tudung, aku mintak mahap ye. siyes aku benci!
oleh kerana x puas ati dgn insiden tu, kitorg g lg skali kt masjid india utk cari tudung. Finally! berbayar sungguh kesabaran aku. tudung yg aku dpt sgt best ok! dan murah! aku suke jek. suke sgt. mak aku suke, b pon suke. jd aku lg suke. tudung cantik n sopan n aku suka pakai. x ke indah dunia? syukurla aku dah selesai mengutuk kedai ni. aku berpegang pd tagline ni "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT!"
aku x mungkin g kedai ni utk beli ape2 lg. x sanggup aku donate duit halal aku pd makcik yg tah pape nih. sori ye makcik. andai makcik baca post sy ni, sy tau makcik dah lupa pd sy sbb dah ramai agaknye customer yg kena sembur oleh makcik. tp dgn buat post ni, sy akan ingat smpi bila2 n takmo jengah kedai makcik lg. semoga makcik mendapat balasan yg setimpal atas apa yg makcik dah buat. babai makcik!
07 November 2010
HKL ialah seketul hospital
rabu (3/11) :
akak aku transfer ke HKL utk plastic surgery. seblum ni dia kat HTJS N9. katne tu? seremban. lg 10 hari, genap 3 bulan dia duduk atas katil n x pegang stereng kete mahupun kunci kete. sadis. kerana salah org lain, akak aku yg terlantar. dr hosp temerloh, pindah ke hosp semban. n now d kl. journey yg mencabar utk nyawa kakinya.
saat Dr pakar d HKL melihat kecederaan d kakinya yg dah dirawat d HTJS, para Dr tertanya2 kenapa huduh betul hasilnya? jahitan yg kasar! tu komen diorg. tanggapan aku ialah Dr kat HTJS praktis buat TnS kat sofa. tu psl jahitannye kasar. kesian kaki itu. tak perlu ditanya kenapa dan mengapa ke HTJS. membazir! sbb hasilnya di dpn mata. cacamarba HTJS harus diclearkn d HKL. kesian HKL.
bilik d HTJS yg seblum ni dikongsi bersama 3 org pesakit lain, kini sudah berubah. wad 1st class d HKL (yg aku lihat x mampu mencapai taraf wad 3rd class d hosp ampang pun) memberikan ketenangan utk kakak aku berseorangan, akhirnya! mungkin, akan menyebabkan dia rindu pd bunyi2 pesakit yang nazak d HTJS dulu.
Sabtu (6/11):
menumpang tidur d rumah pkck d subg. bgn pg, nak kejar 2 benda. angkat brg bie kt s.alam dan kakak aku masuk OT. subang seblah s.alam so bie didahulukan. 2 buah kereta penuh dgn brg bie bergerak meninggalkn rumah sewanya yg mahal. lega. seorg adik kini menghampiri semester akhirnya. sampai d HKL, mak stay tp both kereta kena bergerak ke semban utk hntr brg ke rumah. ke semban la kami.
mak smpi d wad, kakak br kuar OT. x selemah selalu meskipun ini operation yg ke-6. mungkin Dr HKL mmg hebat. d kaki kakak ada mesin suction yg hosnya disambungkan ke bawah lutut kanan utk mengeluarkan cecair2 dr tmpt luka pembedahan. pedih, kata kakak. dgn mesin d sisi katil, kakak mmg tak boleh tinggalkan katil. mak jg kakak sepanjang malam smpi la td.
Ahad (7/11):
gerak dr umah semban utk hntr bie ke s.alam sbb dia kena bersihkan rumah n ambil deposit. seblum tu singgah HTJS yg indah utk ambil surat MC kakak. fotostat 2 copy, kemudian terus ke HKL utk bg pd mak. masuk tol plus, target 25 minit utk smpi ke tol sg besi. misi berjaya! kurang 1 minit drpd masa yg disasarkan. viva masih hebat! meskipun stereng bergegar seperti gempa bumi berlaku apabila kelajuan mencecah 110 km/j. tp gegaran hilang bila kelajuan melebihi had itu. viva sengaja menyebabkan aku menempah maut.
setel hantar MC kakak, ke s.alam la kami. dr jam 11.30 sehingga 5.30 ptg aku bertapa d rumah bie. hanya menonton mereka serumah membersihkan rumah. agak jahat fikiran aku sbb tanak tolong. bukan rumah aku, simple alasannya. tp akibat kelewatan seorg hausmet, deposit yg sepatutnya berada dlm genggaman pd jam 3 ptg, tersasar ke jam 5.30. sakit hati aku, meskipun sebagai penonton semata. kerenah demi kerenah.
selesai rumah bie, ke HKL semula utk menempatkan bie sbg bibik kakak. aku? balik dgn mak. penat memandu. tp penat mendengar pelbagai luahan dan rintihan yg x mampu aku bantu. nak menegur org yg membuat kesalahan bukanlah kegemaran aku lg. tanggapan baru aku, bila kita tegur, kita di anggap jahat dan disisihkan. bila kita buat x tahu, kita org baik. apa yg aku nk ckp disini ialah.. aku penat dgn membantu jd pengaman dunia. korang nak tertonggeng, jatuh terbalik, tertiarap sembam lantai, aku dah tak ambil peduli. LANTAK!
05 October 2010
EBM week!!! freak~
tatau nk wat post ape sbnrnye.
even xde sape kesah ape pun post yg aku wat..
tah la..
yg penting, mggu ni full dgn klas EBM.
EBM tu ape??
EBM = Evidence Based Medicine.
still..ape bende tu??
hmm..wlupun aku x bape terer nk explain..tp ginila..
dia ni mcm persoalan yg across mind korg..
cthnye cmne klu patient ni kena bg ubat B, bkn ubat A.
so utk jwb soalan tu..kena la wat study kn?
amik masa tu..so Dr tu wat la kajian.. baca jurnal yg ada n yg mirip dgn kes dia.
so dr situ tgk la accuracy jurnal tu..leh caye ke x.
so ada paham?
lebey kureng cmtu la..
so this whole day mmg melepak kt lab comp n wat keje.
menurut system group aku, 10 minit masa utk wat keje, 50 minit lg masa utk men game.
hebat x?
so jgn la tanya sama ada keje kitorg dah siap ke blom. haha
btw aritu aku sempat la berborak dgn adik pompuan paling kenit aku kn psl blogging neh..
aku suh dia wat blog.. leh kolek duit.. kot2 qualify masuk mag ke.. sape taw?
but she refused! terkezut aku.
ye la.. zmn skrg ni sume org pon nk femes.. nk tempek muka kt blog..
mana yg chantique tu, blog sure ramai follower..
tp x semestinye cmtu..
ade gak yg x bape tuh, still ramai follower..
mebi sbb hasil tulisan tgn yg menarik.. i loike~
so si kenit ni kata dia malas nk tempek2 muka..
sbb aku tau dia ni kipas-susah-mati utk awex2 cun kt luar sana.
x kisahla tru fb or blog.
admire their beauty kot.
tp tu la.. dia sbg wanita chantique (kt mata aku la) takmo tayang lebey2..
wlupun dia tayang kt fb melebey2. haha
nk cite kesah idup ni bkn feveret dia, katanya.
hmm.. btol2..
ade je org yg cite kesah hidup.. mcm aku la kn..
org suke.. org bace..
kdg2 org x suke pon bace gak..
xtau la nape dgn org2 ni.. huhu
oye.. sbnrnye br aku pasan yg aku nyer blog ni xleh ade follower..
nape yek?
tp sbb aku rasa mcm xde jek org nk follow so x wat pon xpe kot..? hehe
pstu xleh komen lak tu segala post aku!
ala.. aritu time leh komen, xde komen pon.
bila dah xde komen cmni, br nk komen ke?? mmg konfem kering je kn. fuhh
tah ape aku membebel ni.
uniknye lg kn.. bila ade je org seblah meja aku ni yg rajin je nk baca blog aku.
nape x di-interbiu je aku ni dpn2? kn sonang?? hahaha.. gurau jek..
btw exam x lama lg nih..
harapan ku ialah...teeettttttt... (xde?? ahahaha)
well.. aku cuma mampu berdoa..
Ya Allah, berikan yg terbaik kpd ku..AMIN..
so ok la kot..letih ni g massage td (cheewah!)
nyte~

