31 December 2010

Terima kasih mak...

Aku tunduk membisu. khusyuk mendengar setiap bait kata2 yg dihujahkan. sedetik pun tiada niat untuk menentang setiap kata2 itu. kadangkala ku gagahkan kepala ini untuk menatap seraut wajah yang sudah terlalu lama mengusik perasaanku, yang membuatkan segala perasaan bercampur-aduk.

Mak menghabiskan bacaan surah Al-Asr (masa). kemudian mak menegur tentang cara anak2nya berpakaian yang tidak menutup aurat sepenuhnya. mak kata, jgn pakai suar ketat2. jgn kuar dating dgn lelaki. tlg jgn pakai tudung pendek2. jgn pakai baju yang jarang2 dan pendek2. jgn itu dan jgn ini. mak...

Dulu mmg pernah aku bertindak sewel dan mengikut perasaan. aku terlalu muda untuk menilai semuanya. terlalu ghairah untuk berfesyen. terlalu terikut2 dgn dunia semasa. lucu. terlalu lucu untuk dikenang kini. tapi kelucuan itu tak menyebabkan aku ketawa. yang berlaku adalah sebaliknya.

segala yang 'jangan', aku 'boleh'kan. ya. aku buta. aku pekak. aku tak dapat menilainya. tapi hakikat sebenarnya ialah...mak terlalu baik untuk aku sakiti. mak, ampunkan dya. dya banyak buat salah pada mak. dya akan cuba jadi anak yang baik pada mak. dya akan jaga mak sampai bila2. dya tak nak sakitkan hati mak. dya sayang mak.

"Bila mak meninggal, tiada apa yang dapat menyumbangkan pahala pada mak kecuali 3 perkara. mak takde harta. hanya amalan yang mak dah buat sepanjang hayat mak dan anak-anak mak je yang akan terus jadi penyumbang pahala pada mak. bila mak mati, mak balik rumah dan tengok anak-anak mak leka tengok tv, mak pasti akan nangis."

Aku terkedu. mak, jgn ckp camtu. biar apa pun yang jadi, dya akan ingat mak selalu. dya ingat segala susah payah mak sepanjang mak membesarkan dya dan anak2 mak yang lain. mak sangat berdikari. mak sangat penyayang. even sekarang pun, mak tgh mencurahkan kasih sayang mak pada anak2 mak dengan memberikan nasihat yang berguna. nasihat untuk kita sama2 berjumpa di akhirat kelak.

Mak, dulu memang dya pernah teringin untuk mak jadi macam mak kawan2 dya. mak diorang tak kisah bila diorang pakai baju ketat2. mak diorang tak kisah diorang cerita kat mak yang diorang ade boyfren. mak diorang siap belikan lagi baju yang seksi2 untuk diorang. mak diorang puji anak2 diorang bila anak2 pandai berdandan dan lawa. mak diorang tak kisah anak diorang buat macam2 benda. bebas sepenuhnya. kami? anak-anak mak ni?? masuk sekolah agama. tak boleh tanggalkan tudung. pakai baju yang boleh muat 2-3 orang. wajib ikut mak ajar budak ngaji kat surau. dan macam2..

Mak tak tau jiwa kami memberontak nakkan kebebasan. nak jadi macam budak2 lain. mak tak tau kami ni jahat. yang dulunya bertudung labuh, sekarang tudung angkat sana angkat sini. mana pegi tudung labuh? dah sedekah kot. yang dulunya tahfiz Al-Quran, sekarang tak tau apa lagi yang menghiasi bibirnya. yang dulu patuh dengar kata-kata mak, bila dah berjauhan dari mak? Wallahua'lam. hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Mak, anak2 mak memang payah nak sedar betapa beruntungnya mereka dapat mak. dya tarik balik semua keinginan dya untuk dapat mak mcm mak kawan2 dya. mak diorang memang sayangkan anak2nya. tapi sayang diorang takkan sama mcm mak sayang pada kami. mak sayang kami terlalu dalam. terlalu sayangkan kami. terlalu. mak obses menyayangi kami. mak obses nak jumpa kami di akhirat. semua tu tak salah mak! yang salahnya kami! yang salahnya dya ni, anak mak! dya x sedar semua tu. dya tanak kehilangan mak. dya bersyukur Allah anugerahkan mak pada kami. orang lain menanti2 hidayah daripada Allah untuk berubah. tapi kami ni, Allah dah hadiahkan mak untuk bimbing kami. kenapa dya tak bersyukur dengan hadiah Allah tu???

untuk segala dosa dya pada mak, dya minta ampun. tak guna minta ampun dalam blog sebab mak tak baca blog dya. tapi dya nak mak tau, dya selalu ingat pada mak. dya nak jadi anak yang baik. dya memang jahat. dya jahat sebab dya liat nak ikut cakap mak. dya ingkar pada pesanan mak, nasihat mak. ampun mak. dya terlalu sayangkan mak. pada usia 24 tahun ni, baru dya sedar betapa bodohnya dya untuk abaikan hadiah yang paling berharga yang Allah dah berikan pada dya.

dari kecil, mak jaga anak-anak mak tak pernah tak cukup makan pakai. tak pernah mak lupa untuk didik anak-anak mak dengan ilmu agama yang berguna. dulu waktu cikgu ajar matematik, dya tak paham untuk apa. bila dah besar ni, rasa bersyukur belajar matematik dulu. ada orang tak sebertuah dya, tak dapat pegi sekolah pun. sama macam ilmu agama yang mak bagi. tak semua orang belajar apa yang dya belajar. tak semua orang dapat baca doa dalam bahasa arab seawal usia anak-anak mak ni. mak memang tegas tapi semuanya bertempat. ketegasan mak tu la yang mencorak kami.

ujian untuk mak tak pernah surut. dya tau tu. sehingga ke usia 53 tahun ni, ujian Allah pada mak semakin bertambah. mak dah mula tak sihat. dya risau sangat. dya tak nak apa2 yang buruk berlaku pada mak. dya tak kisah kalau anak2 mak yang lain x ambil kisah pada mak. asalkan dya kisah. dya bersyukur mak lahirkan biha untuk jadi peneman dya. dya bersyukur biha ada untuk berkongsi setiap masalah dgn dya. dya bersyukur biha prihatin terhadap mak. dya bersyukur sangat. bukan dya tak bersyukur mak lahirkan yang lain tapi bagi dya, biha yang paling penting, kedua selepas mak. dalam keadaan mak dilanda masalah keluarga, biha je yang dya boleh harapkan untuk jaga mak dan tengok2kan mak. biha banyak tolong mak. biha ada bila dia mampu ada. kami anak2 mak cuba untuk jadi yang terbaik hanya untuk mak.

biar apa pun yang jadi lepas ni, dya akan pertahankan mak sampai bila2. bagi la semua kesakitan, keperitan dan kepahitan mak pada dya. dya tak nak tengok mak sedih, sakit dan kecewa lagi. dya nak jaga mak sampai akhir hayat mak dan akhir hayat dya. dya nampak pengorbanan mak dan dya hargainya. mak terlalu istimewa untuk dya. terima kasih untuk bimbingan mak yang tak pernah jemu untuk berjumpa kami di syurga. terima kasih mak..



1 comment:

incik said...

SANGAT TERSENTUH..
emak yang sayangkan anaknya hingga ke syurga..
may Allah bless..