hai olz~
wahh... tgk tajuk je macam pelik kan??
saje je buat tajuk mcm tu supaya ade la org ingat aku nak bg info psl OCP ni.
no no no... haha
sorry ye...
blom baca pjg2 lg dah kena tipu oleh tajuk.
well...
just nak bercerita kisah kat dlm klas arini.
for today, no posting okay.
just 2 presentations from my colleagues.
during the second presentation, my colleague were explaining about dyspnoea a.k.a sesak nafas.
dia pon sok sek sok sek la psl ape punca sesak nafas ni, how to treat patient & so on.
doktor yg menilai presentation td is Dr Zul, kinda nice person he is.
utk menguji minda anak2 murid dia ni yg x reti nak bertanya soalan, maka dia la yg tanya soalan pada murid2 dia.
"seorang wanita berusia 20-an mengalami sesak nafas, sila dapatkan maklumat daripada pesakit yg boleh membantu anda membuat diagnosis atau jangkaan awal tentang punca sesak nafas tersebut. pesakit tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum ini."
mudah x soalan tu???
so anak2 murid dia pun mula menjawab dgn mengajukan mcm2 soalan... berusaha ni!
"pesakit ada sakit asma, sakit jantung, etc etc???"
NONE.
"last makan bila?"
TADI.
"bila mula sesak nafas?"
BARU KEJAP TADI.
"ada sakit2 lain x selain sesak nafas?"
TIADA.
"ada makan apa2 ubat dari hospital/klinik?"
TIADA.
"pernah buat apa2 pembedahan?"
TIADA.
"merokok?"
TIDAK.
"tgh buat apa time mula sesak nafas td?"
BARU BANGUN TIDUR.
wahhh.... semua dah mula buntu time ni. mcm dah xde idea nak tanya apa.
otak trus kosong...
pastu Dr kata, tanya la soalan ttg 'social life' patient...
"dah berkahwin?"
BELUM.
"pregnant?"
TIDAK.
"kerja sebagai apa?"
CEO SYARIKAT.
"ada makan apa2 ubat yang dibeli sendiri?"
ADA.
"ada makan pil perancang kehamilan?"
ADA.
soooo????
what's next???
finally dpt jawapan yg positif tp masih x nampak sinar cahaya yg menyuluh ke arah jawapan tu. haha.
bila Dr tgk student dia mula tingtong... Dr pun cakap...
"salah satu side effect pil perancang kehamilan ialah boleh menyebabkan blood clot @ gumpalan darah yang boleh bergerak dalam salur darah dan sampai ke paru2 dan menyebabkan sesak nafas. keadaan ni disebut sebagai PULMONARY EMBOLISM.
BINGO!!!!!
agak menakutkan ye ilmu arini.
so kepada wanita2 di luar sana... berhati2 jika anda adalah salah seorang pengguna pil perancang kehamilan, suntikan kehamilan, apa2 yang boleh mengganggu hormon anda sebab ada kesan sampingan yg anda mungkin tidak tahu dan anda baru tahu sekarang.
klu anda mengalami masalah sukar bernafas, adalah amat penting utk berkongsi segala rahsia dengan doktor yg merawat anda demi utk membantu mengenalpasti punca sesak nafas tersebut atau sebarang penyakit lain.
so pilih la...
nak malu atau nak mati???
*tagline xleh blah...*
hahaha.... berbaloi x baca entry aku kali ni???
pada lelaki yg membacanya, boleh la bagitau isteri, emak, kawan, tunang, gf ttg perkara ni.
tak tipu punye......
google sendiri utk mendapatkan kesahihan cite aku ni ye...
ok la... ngantuk!
wassalam....
p/s - klu dpt kes camni, mau patient mati pengsan sbb x cukup oksigen asek jawab soalan aku je. haha