Assalamualaikum...
Aku yakin korang sume mesti tengah lena tido kan? Kepada yang tengah berjaga untuk tahajud tu, Alhamdulillah aku ucapkan. Btw aku pon tak tido lagi. Bukan sebab tahajjud sebab aku ikut masa london. You know london? Olimpik 2012 kat sana kan... So secara rasminya aku 'duduk' di london ketika atlet2 negara kita sedang memberikan saingan sengit kepada atlet negara lain. Aritu aku 'duduk' kat london dengan mak & nenek time Lee Chong Wei lawan dengan Lin Dan. Menusuk kalbu bila tengok Chong Wei terduduk bila Lin Dan kaut final point. Ahhh sedihnye... Aku yakin 28juta rakyat Malaysia yang sama2 'duduk' kat london dengan aku time tu mesti rasa sedih bagi pihak DLCW. Dia lawan habis-habisan tu! Tapi bukan rezeki dia. Sabar ya DLCW. Harap lepas ni pelapis badminton negara dapat pecahkan kebuntuan emas di sukan olimpik akan datang. Amin.
Tahniah kepada Lin Dan kerana berjaya membuat China bangga. Dia berdepan dengan jaguh Malaysia yang hebat untuk dapatkan pingat emas tu. Apa pun, DLCW tetap kebanggaan rakyat Malaysia. Bangga aku tengok semangat dia sepanjang match. Tahniah DLCW!
Ohh lepas match tu, bila buka Fb aku tengok orang sebok post pasal DLCW dan Baskin Robbin. Ape kaitan? Dengan lembabnye baru aku tau yg BR bg free 1 scoop ice cream kalau DLCW dapat gold medal. What??? Nice offer! For those yang nakkan ice cream BR mesti harap DLCW menang. Untuk aku yang tak tau pape, sentiasa harap atlet malaysia menang. Tapi bila tau ade offer BR, ade la rasa mau makan ice cream free kan. Tapi.... takde la sampai nak marah2 bila BR tak bagi ice cream free kerana gold medal tu tidak dimiliki oleh DLCW. Lawak juga orang malaysia ni bergaduh kerana ice cream. Hihi.
Tapi offer dari BR tu tak stop smpi match DLCW je tau. Next harapan untuk emas ialah cyclist track - Azizulhasni Awang. Aku sebenarnye tak kenal sape dia ni. Sampai la bila pi tengok wayang tu, iklan2 yang banyak seblom movie mula tu membuatkan aku kenal sape atlet malaysia ni. Dia pernah jatuh & kakinya cedera tertusuk besi kot aritu.
Cuba tengok kat betis kiri dia. Korang tak ngeri ke? Tapi dia sambung cycling balik kot. Kuat btol semangat dia eh? For those yang rajin pi tengok movie mesti faham iklan yang aku maksudkan. Pastu dapat tau yang beliau ni ade blog. Wife dia pun berblogging juga. Auwww.. so sweet. Ni blog diorang: Azizul dan wife. So sampai la malam/pagi ni aku dapat tau dia ade match utk fight for gold medal/free BR for malaysians. Nak gak tengok tapi takde tv. Stream online la jawabnye. Dapat tau yang TV2 siarkan match ni live. So stream TV2 online. Skali yang kuar lagu2 je. Dengan lembab kali kedua, baru aku tau yang TV2 tak siarkan sukan olimpik ni secara online. Maksudnye kena tengok TV2 kat tv jek. Aduhai sakit montot! Nasib abang google tak tido lagi. So aku dapat tengok kat youtube. Yeay!
Dengan harapan yang membara, menyokong beliau... berdoa di setiap detik yang mencemaskan tu... berharap agar semangat & kekuatan beliau tak pudar... tapi... emas/perak/gangsa bukan rezeki beliau. Tapi tahniah sangat2 sebab mampu memberikan cabaran kepada negara lain. Dapat jugak tengok anak melayu dari terengganu plak tu beraksi di kalangan omputeh yang badan tinggi/besar tu. Walaupun ada sikiiiiiiit rasa kecewa tang ice cream tu tapi rasa bangga lebih tebal melihat anak bangsa sendiri berusaha membanggakan negara. Tahniah kepada semua atlet negara. Adoii... dah ape sawan aku pepagi ni sangat bersemangat kesukanan... haha.. Ice cream BR tu nanti aku beli sendiri je. Tak kisah la tak dapat free... *sedapkan hati ke ape?*
Bah.. kepada yang berpuasa tu selamat bersahur jap lagi ye. Kepada yang tak puasa macam aku ni, selamat bersahur juga sebab teman hubby kan. Kalau dah tido lambat ni agaknye bangun sahur tak aku ni? Hehe.. Ok la... dengan penuh semangatnye aku nak tido dulu. Selamat Pagi!