12 January 2013

My Skincare 5 - Tia Amelia Review

Assalamualaikum semua!

Wahh sampai mendap kusyen rumah ni sebab lama sangat aku duduk. Seharian layan cerita korea dan siapkan transkrip interview yang dah nak masuk 2 bulan terperuk tak disentuh. Akhirnya transkrip siap dan cerita korea 16 episod habis ditonton. Mata pun juling jadinye. Haha.

Pastu terasa macam nak buat entry pasal sambungan produk yang aku penah tenyeh kat muka. Kali ni produk ni memang diakui ada kesannya tapi lama2 kesan makin kurang. Produk Tia Amelia. Mula2 pakai tu macam best je kan. Ni sume gara2 adik aku la dok pakai. Dia siap beli toner lagi sebab toner jual asing2 dari set percubaan tu.


Ni rupa set Tia Amelia. Ada 2 sabun muka yg kaler oren tu, then 1 krim kunyit, 1 krim pemutih dan 1 krim foundation. Harga mula2 tu RM95 tapi lama2 beli kat satu kedai kat KM Plaza Seremban, dapat plak RM60 lebih je. Aik apasal makin murah? Hehe. Murah pun tak suka ke? Ye la. Takut tak ori plak kan. Tapi kesan sama je so i guess ori kot. So nampak tak yang set ni takde toner? Toner kena beli asing2 ye puan2.

Maaf la sebab aku ni buat review tak tempek muka sendiri seblom dan selepas. Ye la, pakai benda ni tahun bila. Buat review lak tahun bila kan. Hehe. Ampun ye. So boleh dikatakan hasilnya lumayan. Kulit jadi cerah. Tapi tak ingat la pulak ada pengelupasan ke tak? Maaf ye. Tapi memang kulit jadi cerah dan tak kusam dalam masa kurang sebulan rasanya. Adik aku pakai lagi hebat. Jerawat malas je nak naik muka dia. Then klau ada parut jerawat tu, macam malu je nak melekat lama2 kat muka dia. Maksudnya cepat je hilang parut dia. Bertuah badan. Tak macam aku ni. Kulit cerah tapi parut jerawat macam liat je nak pudar. Tapi ade la pudar sikit2. Ambil masa la. Depends on kulit la kan klau pakai produk2 ni.

So boleh dikatakan dekat setengah tahun gak kot aku pakai Tia Amelia ni sebelum aku give up dan pakai produk baru hasil suggestion kawan akak aku. Hmm.. sebenarnya penat la nak pakai banyak sangat benda ni. Cuci muka dengan sabun tu wajib la kan. Yang ni kena tenyeh krim kunyit la, krim pemutih la, toner la. So aku ni kan pemalas. Tu salah satu sebab nape aku give up pakai Tia Amelia ni selain daripada kesannya yang lama2 makin tak nampak. Iye. Lama2 tu macam dah kusam balik kulit. Pantang skip pakai je mesti kulit jadi kusam.

Camne nak dapat kulit sihat, cantik dan menawan tanpa mekap klau asek kusam je ni? Haih. Btol2 menguji kesabaran tau. So tukar produk lah jawabnye. Nak tau produk ape? Tunggu next entry ye. Nite2.

1 comment:

Unknown said...

samelah kita..ni baru nak try tia amelia