01 March 2013

Sebaceous Cyst & Kaedah Rawatannya

Assalamualaikum.

Di hari Jumaat yang serba mulia ini, aku nak berkongsi maklumat kesihatan/kecantikan dengan korang semua. Aku tau, tak kira la berapa usia korang, tua atau muda, asalkan namanya wanita, bohong kalau tak pernah terdetik untuk sentiasa kelihatan cantik kan? Sebaiknya untuk cantik, kita mestila kekal sihat. Especially kulit kita, wajib la di jaga dengan rapi. Ehehe.. nak masuk dah ni... 

Okay, bercakap tentang penjagaan kulit, jerawat bukanla satu-satunya masalah yang kulit kita hadapi tau. Jerawat ni kira baiiikk lagi sebab dia sudi pecah dan keluarkan isi dia yang tersumbat tu. Tapi kalau korang dapat spesies 'kakak jerawat' yang ini, picit sampai mati pun kotorannye takkan menyerah diri dengan sukarela tau. So ape nama 'kakak jerawat ni'?
Namanya ialah...

Sebaceous Cyst!

Cara sebutannya ialah 'sebeishes sist' ye. (sengetkan mulut tu sikit)



Tadaa! Camni la rupa sebaceous cyst tu. Benjolan-benjolan macam ada telur kat bawah kulit. Takde 'mata' macam jerawat yang kita selalu nampak tu kan? Dan sebaceous cyst ni juga takkan 'masak' macam jerawat ye. 

Macam mana sebaceous cyst ni berlaku? 




Sebaceous cyst berlaku akibat penyumbatan kelenjar peluh di bahagian kulit atau akibat trauma/kecederaan. Bila tersumbat, segala minyak yang sepatutnya keluar ke permukaan kulit kita akan terperangkap dan menjadi keras kat bawah kulit. Kalau korang jenis yang suka picit jerawat, bayangkan 'nasi' yang keluar lepas korang picit jerawat tu terkumpul dan mengeras kat bawah kulit kita, menarik tak? Hehe. Memang la tak menarik kan. Tapi sebaceous cyst ni tak sakit tau. Korang cuma akan rasa tak selesa sebab ada benjolan kat bawah kulit. Tu je. Macam dalam gambar kat atas, nampak urat-urat dah sebab kulit tu dah jadi tegang. Walaupun ada yang biarkan je cyst ni duduk diam kat bawah kulit, tapi ada komplikasinya tau. Contohnya seperti cyst ni boleh terkena jangkitan dan akan bernanah dan jadi busuk ye. Kalau dah busuk, takkan nak simpan lagi kan? 


So, ape kaedah rawatan untuk cyst ni ye?

Kaedah pertama: Ada website yang mencadangkan untuk tuam cyst ni dengan kain yang panasnya suam-suam kuku supaya ketulan kat dalam tu mencair dan surut. Kaedah ni boleh buat sendiri kat rumah la kan.

Kaedah kedua: Pembedahan kecil dengan membuang isi kandungan dan kantung yang membalut isi tu. Walaupun agak menakutkan tapi ni adalah kaedah terakhir dalam senarai pilihan rawatan ye. Huhu. Boleh dilakukan di hospital atau di klinik kulit swasta pilihan korang.


Peringatan

Sebaceous cyst ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dalam dunia ni. Benda ni ikut nasib la. Kalau dah kena tu, buat la ape yang patut kan. Tak kisah la macam mana rajin dan berdedikasi pun korang jaga kulit, benda ni tetap boleh berlaku kat korang. Selagi namanya kulit, cyst ni boleh muncul di mana-mana je tau. So sila cek badan masing-masing secara menyeluruh, kot-kot ada cyst yang menyorok selama ni. Kalau rasa tak yakin, boleh jumpa doktor. Mudah bukan?


********************

So kenapa aku baik hati bercerita tentang 'musuh' kulit ni? Sebab aku adalah salah seorang yang bertuah yang mempunyai cyst ni. Adalah normal untuk kulit aku ade jerawat batu yang duduk bawah kulit dan menyakitkan. So bila cyst ni muncul, aku ingat cyst ni pun jerawat batu yang boleh 'masak' dan dipecahkan macam jerawat batu sebelum ni. Aku pun menanti dengan penuh sabar dan tabah sambil tangan ni rajin la membuat percubaan untuk picit cyst ni. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tapi masih takde tanda-tanda yang cyst ni akan 'masak' dan menyerah kalah. Aku pun search maklumat pasal benda ni kat internet dan seorang doktor dari klinik kulit KO bagitau yang masalah aku ni mungkin sebaceous cyst. Bila aku search info pasal sebaceous cyst ni, rawatannya ialah pembedahan kecil untuk buang semua isi cyst ni supaya cyst ni tak naik lagi. Doktor tu bagi harga RM200 untuk buat prosedur ni sebab saiz cyst aku kecil lagi, 1cm x 1cm. Kalau besar, mahal lagi la harganya. Sebab aku kata aku ni student, dia bagi 10% discount, total of RM180. Tapi aku ni sayang duit walaupun mak dah membebel suh buat sesuatu dengan cyst ni. Bukan apa, aku rasa macam mahal sangat nilai duit tu. Lagipun situasi aku ni tak urgent pun so aku decide untuk dapatkan referral letter kat klinik kesihatan.

Dah dapat referral letter kat klinik kesihatan, aku pegi ke HUKM untuk buat appointment. Lepas 2 minggu aku dapat set appointment jumpa doktor, dan pada tarikh yang ditetapkan, bila doktor tengok benjolan tu, dia terus kata, "Oh ni sebaceous cyst. Nak buang?" Melonjak gembira hati aku bila tau diagnosis doktor HUKM ni sama dengan diagnosis doktor klinik KO tu. Tapi lepas tu jadi cuak. Buang? Maksudnya nak buat pembedahan la kan? Huhu. Aku angguk. Set date untuk surgery, 2 minggu dari tarikh appointment tu. Dan hari ni adalah hari untuk buat surgery membuang sebaceous cyst kat pipi kiri ni. 

Seawal 7.30 pagi, aku dgn hubby ke HUKM. Sampai kat bilik Minor OT/Daycare Surgery HUKM, tunggu turn sampai doktor datang cek. Hari ni je ada 3 patients termasuk aku untuk buat prosedur buang cyst ni. So jangan main-main. You might be the next one! Hahahaha. Okay gurau! Walaupun aku datang awal, tapi sebab aku tunggu kat ruang yang salah, so aku jadi last patient untuk dibedah. First come, first serve la. So far macam setiap patient amik masa sejam dari saat diorang masuk sampai la keluar dari dewan bedah. Makin cuak ni. 

Lepas tukar baju bedah, masuk dalam dewan bedah dan baring mengiring ke kanan sebab cyst tu sebelah kiri. Yang takleh tahan tu, soalan pertama doktor kat aku, "Awak ni anak Saleh Yaakob ke?" Aku terus gelak. "Doktor, kalau ayah saya Saleh Yaakob, nama saya akan jadi Nadia binti Saleh Yaakob dan bukannye Nadia binti Salleh je. Mesti mau femes tumpang nama ayah." Doktor pun gelak2. Adoiyai doktor, sabar je la dengan soalan tu. Huhu. Bila dah baring elok tu, tutup badan dengan selimut sebab bilik bedah sangat sejuk ye, then doktor cucuk ubat kebas kat bahagian cyst tu. Sakitnye!!! Sampai mengerekot kaki ni menahan sakit. Sementara tunggu ubat kebas berfungsi, doktor tutup mata aku dengan gauze, "Nah ni nurse ade prepare spek mata untuk awak." Spek you! Sebenarnya spek tu untuk elak aku silau dengan lampu dewan bedah tu. Then baru dia cover kepala aku dengan drape atau kain hijau yang steril, cuma dedahkan bahagian cyst je



Mula dengan Bismillah, dia tekan-tekan kulit aku. "Sakit tak?" "Sakit lagi la doktor! Rasa menyucuk-nyucuk," aku jawab. Serius terasa kot. So dia cucuk lagi ubat kebas. Pastu baru dia mula belah dan buat ape yang patut. Aku rasa sangat trauma dan cuak sebab aku boleh dengar apa yang dia cakap, contohnya time dia minta blade dan scissor untuk belah kulit ni. Mak aihhh... Allah je yang tau betapa cuaknya aku. Tapi walaupun dengar, tak rasa sakit pun. So kurang sikit rasa cuak tu. Hehe. Aku ni kan penakut.

Sambil doktor ni kerjakan cyst aku, dia ajak aku berborak. Sebenarnya aku kenal doktor ni sebab aku keje part time kat klinik surgery dan dia salah seorang doktor yang treat patient kat situ. So bila dia akhirnya cam sape aku,"Laaa... nape awak tak cakap awal-awal? Kalau tak, saya buat awak dulu. Tapi takpe. Disebabkan saya ni seorang doktor yang adil, saya buat patient yang datang awal dulu. Sape suruh awak datang lambat?" Korang nampak tu? Nampak tak gurauan kasar dia? Hahahaha. Memang tak tahan nak gelak la sebenarnya. "Itu semua poyooooo." Kata doktor lagi satu sambil gelak-gelak. "Ohh patut la saya tengok awak pakai tudung ke depan semacam je, rupanya tutup jerawat batu ni." Doktor ni memang nak kena saman agaknye. Huhu

Setel bab belah, korek dan cuci, masa untuk tutup belahan tu. Jahit time! Yang ni aku tak perasan bila dia mula menjahit sebab aku tak dengar bila masa dia minta benang tu. Aku perasan bila rasa macam dia tarik-tarik kulit ni. "Jangan risau ye Khairun, saya jahit cantik-cantik untuk awak. Nanti abang awak tengok, eh, macam takde buat surgery pun? Saya dulu time houseman, kena sambut bayi lahir. So saya dah biasa jahit koyak epi (koyak time bersalin) kat pompuan ni. Sampai abang diorang kata, eh macam anak dara la!" Tak kau melampau statement doktor ni? Hahahaha. Punya nak tunjuk yang skill jahit dia tiptop! Takpe doktor, nak tau tiptop ke tak, tunggu apoimen kita lagi 2 minggu ye.

Setel, jahit dan tampal gauze kat pipi ni, bayar bil. Sebab aku ni tak keje so manade GL macam orang gomen kan, bayar la cash. Nak tau tak bape bil aku? Hehehehe. Sengih manjang dulu....



...cuma RM50 je.


Iye! Murah kan?? Aritu akak staffnurse tu kata RM100. Syukur Ya Allah. Sesungguhnya apa yang Kau aturkan lebih indah dan mudah. Dapat ubat tahan sakit (diclofenac) lagi. Setel tungtangtungtang, balik rumah jam 12.30 tghari dengan pipi bertampal. Bantai makan nasi ayam berempah then tido time hubby gi solat Jumaat. Baik wife dia ni, tak perasan bila hubby pulang dari masjid. Hehe. 

Di kesempatan ni, nak ucap terima kasih banyak-banyak kat hubby sebab sudi teman pegi HUKM dari pagi sampai tengahari. Maaf ye kalau menyusahkan. Huhu... i love you! Auww~




54 comments:

Unknown said...

saye kene macam ni kat pipi kiri jgk :'(

Unknown said...

mcm mne eh

mizz dya said...

maaf ye farah sbb sgt super lambat reply.

anyway, for anyone yg ada problem mcm ni, i will suggest you utk pegi klinik kesihatan kerajaan utk dapatkan surat referral pastu pegi ke HUKM utk buat appointment utk surgery. i x sure bayaran utk surgery ni ikut size cyst ataupun tak tp yg pasti, surgery kat HUKM lg cepat berbanding kalau korang pegi buat appointment kat hospital kerajaan. unless korang tinggal jauh dr HUKM. huhu

Unknown said...

alahai takot la pulak tak de care lain ke huhu

Unknown said...

akak bg nombo blh ?

mizz dya said...

sorry farah, sbb sgt lmbt reply.

anyway for those yg berminat nak tau atau ade pape soalan psl sebaceous cyst ni, boleh email sy ye. nadyashah_139@yahoo.com. Sy cuba bantu semampu yg boleh.

Anonymous said...

Doc xde bg choice bg bius terus tdo time operate tu?

mizz dya said...

Takde bius penuh kalau buat ni sebab ni minor je. terpaksa la bertahan sepanjang surgery tu. kalau boleh, better tido je. so x pk banyak sgt. huhu

Purplepink86 said...

Aritu ade kena kat pp kanan dkt ngan telinga..wat ka klinik swasta..total rm115 je..tp dh 2 hari muka bengkak je...mmg cm tu eek?berapa lama di surut ye?

Purplepink86 said...

Aritu ade kena kat pp kanan dkt ngan telinga..wat ka klinik swasta..total rm115 je..tp dh 2 hari muka bengkak je...mmg cm tu eek?berapa lama di surut ye?

mizz dya said...

kalau dr pengalaman sy, x bengkak langsung pun lepas bedah tu. Alhamdulillah elok je. sy pun x sure nape muka awk jd bengkak. tp kalau bengkak tu x surut dan makin merah+panas, better jumpa balik Dr sebab takut ade jangkitan.

Anonymous said...

lepas pembedahan tersebut, ada follow up lagi? buka jahitan ke?? sakit tak?

Anonymous said...

Aku buang penyakit ni kt blakg telinga..alhamdulillah..dr.cas rm30 je..nseb bek murah

Unknown said...

hi, sorry nak tanya...kalau buat surgery tu kat klinik plastic surgery ke bahagian kulit ye?

Anonymous said...

Boleh buat kat klinik kulit/skin atau hospital. Kena tanya Dr la dia ada buat ke x. Hari tu jahitan tertanggal sendiri. So sy x perlu ke klinik utk remove jahitan.

-Dya nadia-

Anonymous said...

pergi klinik,...tapi dorang x nak buat. sebab muka. x pegi pulak Klinik KO tu.. x boleh nak claim insurans...hehe... awak pegi HUKM then pegi kat klinik surgery kan?

Abi said...

berapa kos buat procedure tu di klinik KO?klinik ko ni klinik ape?

Dya said...

Ada follow up sbb Dr hantar benda tu ke makmal. Takut benda yg serius kan. Dan takut luka ada komplikasi.

Dya said...

Tgk klinik dan size cyst ni. Kalau complicated, mahal kot. Kalau simple, dpt murah. Tp kalau pegi klinik yg mahal, besar kecik sama je mahal.huhu

Dya said...

Sy aritu buat under surgical clinic.

Dya said...

Ye. Gi klinik surgery.

Dya said...

Tak sure berapa kat KO. Cuba try call tanya.

Unknown said...

Rm400 ke rm450

Unknown said...

Saya belah sendiri 😐😐 sampai skrg berdenyut

Dya said...

Wow beraninya awakkk!

Anonymous said...

Saya kena kat pipi kiri jugak.. :'( gi dr KO nak kena operate 1k++ ..last last tak jd operate..biar je le "jerawat batu" besar ibu jari ni kat pipi..sedih..seblm dr ko putuskan tu sebaciouse cyst dia dah tebuk..laser bagai segalnya..so tak de le benjol sangat..tp nampak la jugak benjolannya..& ada kesan lubang le..bks kena tebuk..sedihh..

Unknown said...

Hehe.. beraninya belah sendiri. Ikut pengalaman saya, doktor cakap bahaya buat kalau tak pakar. Sebab kat situ ada banyak urat. Boleh ganggu urat kat muka. Takut2 senyum jadi sumbing.. ,😊

Unknown said...

Salam Dya..sy ade cyst ni kt belakang badan..ukuran 5cm ke 6 cm.
rasanya dah 3 thn kot...asalnya benjol kecik je & x sakit pape pun...bln pose baru ni benjol tu dah makin besar, lembut & tak selesa. So x bole baring bila nak tido dekat 3 mggu ni.Pg td apponitmt dgn doc pakar kt hospital shah alam n doc cadangkan utk bedah n kali ni tggu turn LG sethn...alahai lamanye...bila bce blok awk sy puan nak refer ke HUKM plk.. .rezki awk sbb tggu turn operation 2 mggu je kn...sy doakan Allah mudahkan segala urusan kita

Perniagaan(Matrikulasi) said...

Saya bedah banyak kali kalini dah masuk 6 kali tapi still tumbuh dekat muka jugak tapi dia macam merebak ke tempat yang lain.

Unknown said...

dh brpa kali bedah..nmpk sangat x parut lps bedah..

Dya said...

Wslm aida. Maaf lambat reply. So camne? Dah buat surgery tak? Mudah2an aida sihat dan urusan aida dipermudahkan oleh Allah sentiasa.

Dya said...

Sebaceous cyst ni sebab pengumpulan minyak bawah kulit. Buang atau tak buang, dia tetap boleh berlaku di bahagian yg sama atau lain. Sy ni buang sekali je. Alhamdulillah parut dah tak ketara sangat. Bila pegang pun x terasa timbul.

Unknown said...

Sya dh buang 2014 buat kt hsptl klang..kna rm80 klu x silap..tpi skrg jdi blik kt tmpt yg sma..huhu..

Dee said...

Hi.. saya nak share ni. Saya baru je kene 2 bulan ni . Last tahu bulan 12 tapi ingt mmg jerawat je . So biakan je lah smpai harini ada cecair + sakit kat area badan blkang kanan . Dan akhir bulan 12 pulak perasan timbul kat leher belkang belah kanan pulak . Dan yang last bulan 1 kene kat alur breast pulak . Tapi yang alur breast tu mcm bisul . Mula pgi klinik biasa dia cakap lipoma & dermoid cyst.. tapi bila refer kpj doc ckap sebaceous cyst pulak.. sebb yang kat blkang dh 2/3cm dh . Yang kat leher pn sama 2 cm .. kat dada pn sama 2 cm . Pilihan trakhirnya adalah pembedahan. Doc ada ckp bila buat operation dia tak akn tmbul tmpat sama tapi akan sebb timbul di tempat yang lain.. 25/2 ni appoitment doc nK operation 3 tmpat .. tapi yang kat dada ni hari khmis 20/02/2020 dh kluar mata dia yang kerasa dan pecah area bisul tu .tapi darah cair + air kluar 1 hari .. terpaksa letak tisu ... Then skrg msih menungu 25/02 untuk di bedah .. doakan sya ye...

Dya said...
This comment has been removed by the author.
Dya said...

Semoga semua urusan sis dipermudahkan Allah ye. Kuatkan semangat tau.

Anonymous said...

hai boleh saya dapatkan no awak?

Amy yusof said...

Hi sis..saya Amy..saya pon baru lepas operate dkt Hukm..sebacous cyst ni naik kat muka..hmm banyak gak jahitan doc..boleh tak saya nk personal message dgn sis

Dya said...

Hi Amy. Syukur dah selesai bedah buang cyst.

Amy email sy ye.

nadyashah_139@yahoo.com

Ruzaini Rugimon said...

Kali ni kali yg ke 3 buat sye.. Tempat yg sama.. Sye ingt hanya bisul biasa sje.. Hari isnin 16/11/2020 sye ke hospital utk operation.. Doc ckp xbole proceed utk membuang kelenjar sbb tgah sakit.. So dorang ckp tnggu lagi baru boleh buang kelenjar.. Skng just buang nanah saje..

Dya said...

Benda ni memang boleh datang semula. Kalau dia takde jangkitan atau membesar tanpa menghimpit saraf, tak la sakit. Semoga semuanya elok2 saja utk awk. Kesiannya berulang kali kena.

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya, saya pon ada tau tapi tak tahu lah sabecious acne ker bukan tapi mcm yer,dah lebih 5 tahun camtuu, dia dekat dada saya, saya mmg jenis kulit berjerawat lepastu ada kat dada ni tapi tak rasa sakit atau berdenyut pon kadang kadang jer rasa sakit tapi sikit jer, so can sekarang baru rasa nk gi jumpa doktor sbb fikir takkan nk biarkan, hurmmm sakit sangat ker bedah tuu, takutlahh😭😭😭😭

Dya said...

Kalau bedah, Dr akan bagi ubat bius. Tak sakit. Tapi lepas kesan bius tu hilang, sakit la sikit. Kena kuat semangat dan tahan sakit kalau nak buang cyst ni. Fikir elok2 ye sis

Unknown said...

Assalam..saya dh setahun lebih ade benjolan ni..sy ingt xde ape2..sekarang sakit giler ..tangkap urat ...nk baring xselesa ..rasa sakit.nk duduk pun sama..zaman pkp ni nk g hospital panel..leceh...nk buat kt hospital kerajaan takot sakit..tadi gi klinik panel dorg xdapat buat

siti said...

assalamualaikum, sy br perasan ada benjolan kt belakang badan...lbh krg dlm 2,3 bln...mula2 ingatkn bisul...xde rasa sakit cuma risau jgk...

Dya said...

Waalaikumsalam. Boleh pegi cek doktor dulu. Kalau betul sebaceous cyst, boleh buat pilihan utk buang atau tak. Penting untuk pegi cek ke klinik untuk langkah berjaga2 awal. Takut tu bukan benjol biasa. Apa2 pun sy doakan semoga tiada apa2 yg serius dgn segala urusan awk dipermudahkan.

Dya said...

Waalaikumsalam. Maaf tak perasan komen awk. Cari skin clinic atau klinik yg tulis 'dan surgeri' kalau nak buat rawatan. Tapi expect harganya tak murah la. Sy doakan urusan awak dipermudahkan.

Amirah said...

Salam sis nak tnya berapa lama untuk buka jahitan

Dya said...

Wslm. Luka sy dulu, buka jahitan lepas 2 minggu.

siti said...

dah g cek semua, memang sebaceous cyst...esok sy operate kat kpj, harap semuanya dipermudahkan...

Aimn said...

Sebaceous cyst sy bengkak surut bengkak surut. Now bengkak merah besar n sakit. 😭helpp

Dya said...

Kalau camtu, mungkin bukan sebaceous cyst. Mungkin bisul/boil, ataupun boleh jadi sebaceous cyst yg dah ada jangkitan di dalamnya. Dapatkan rawatan segera please

Anonymous said...

Kalau cyst tu sakit,bahaya ke?cek doktor dia kata sakit sebab nanah and kasi ubat antibiotik but rasa makin sakit je��

Anonymous said...

Assalamualaikum, sabaceous cyst di kulit kepala sudah 3 bulan, nampak makin membesar (2cm) dan rasa tak selesa. Baru saja jumpa doctor di klinik swasta, doktor cuma bagi sapu ubat antibacterial dengan makan ubat antibiotic . Hendak tanya kak, tanpa pembedahan boleh sembuh ke? Apa advise kak, tq!