16 November 2014

My Skincare 8 - Royal Expert White Review

12 Jun 2017

Assalamualaikum..

Baru2 ni keluar berita yg KKM batalkan pendaftaran Krim Royal Expert disebabkan oleh kandungan merkuri yang sangat tinggi. SANGAT TINGGI, OKAY! Krim Royal Expert SAHAJA ye. Pencuci muka, losyen, oxygen mask Royal Expert masih ada no pendaftaran KKM. (sebab produk2 tu takde effect memutihkan kot. Hmm) 

Ni website NPRA bahagian Cancellation of notified cosmetic product ye. Maksudnya product2 ni dah ada No NOT/KKM dari NPRA tapi didapati mengandung bahan terlarang. Ayat "ISU CAMPURPALSU" tu bukan bermaksud product tu tiruan/palsu/fake tapi sy rasa bermaksud  Racun Berjadual dicampur dalam product dan dipalsukan maklumatnya daripada pihak NPRA. Tak disclose pada NPRA la.







Nampak tak No.16 tu ape benda?? Tengok "Nama Pemegang Notifikasi" tu sape and tengok kotak/botol krim RE korang. Kalau tak sama, produk fake. Kalau sama, i'm sorry guys. Mercury is inside >_<"

And korang pun tau yg sy ni pengguna Royal Expert since 2012. Yes! Until this year, dah 5 years krim Royal Expert tu melekat kat muka sy. Gigih tau sapu. Sebab krim dia all-in-one. Tak mekap pun muka ada nurrr gitu. Glow and looks originally healthy. Tetapi sejak berita mercury ni keluar, sy dah jadi mcm cacing kepanasan. Tak sedap duduk dibuatnya memikirkan ape laaa side effect mercury yg sy dah kena. 

Maka cepat2 la jari ni google keyword "Symptom of mercury poisoning" dan baca dengan nervous. Korang baca dan hadam la sendiri ye. Sy takde mood nak explain. Sebabnya, few side effects tu mcm sy dah mula ada. Cth: Sakit kepala makin kerap, makin pelupa yg amat, mata makin kabur walaupun dah pakai spek, beberapa kali juga otot2 kat muka ni bergerak2 dengan ketara, otot kat eyelid la, bawah mata la, pipi la, rahang la, mcm jadi irritable. Muscle twitching la, omputih kata. Ni la sebab2nya kenapa sy nekad utk stop pakai. Bukan nak claim symptom2 ni disebabkan oleh krim RE tapi untuk langkah berjaga2 and since KKM confirmed krim RE ada mercury, krim RE la punca yg paling disyaki menyebabkannya. Hehehehe. 

Untuk menyokong keputusan sy stop pakai krim RE ni, sy call NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency) untuk dapatkan sedikit penjelasan. 
(disclaimer: jwpn NPRA yg sy tulis ni bukan 100% sebijik ayat yg dorg cakap tp ayat2 ni berdasarkan kefahaman sy slps sy tanya berulang kali utk pemahaman sy)

1. Soalan: Krim yg NPRA sahkan ada merkuri tu diambil dari mana? Agen2 yg jual online atau HQ?

NPRA: Produk diambil dari pihak yg mendaftarkan no NOT dengan NPRA. Kalau nak jual atau import kosmetik, sesebuah pihak kena daftarkan produk dengan NPRA. So dari pihak tu la juga NPRA akan dapatkan sampel untuk dibuat ujian.n(pihak yg memohon = pemohon)



2. Soalan: Sy tengok kat senarai produk yg dibatalkan no pendaftaran tu, HQ ialah pemiliknya. Tapi HQ kata produk yg ada mercury tu produk tiruan?


NPRA: Kalau pemohon kata produk yang diuji tu mengandungi merkuri, semua produk yg pemohon NOT keluarkan adalah tiruan sbb NPRA ambil sampel dari pemohon. Bukan dari online seller.



3. Soalan: Sy tengok sebelum ni krim RE ada Nombor NOTIFIKASI (No. NOT) dari NPRA. Macam mana NPRA boleh keluarkan No. NOT kalau ada mercury?

NPRA: Time pemohon apply untuk No. NOT NPRA, pemohon tak maklumkan yang product tersebut mengandungi Racun Berjadual. No. NOT perlu diperbaharui setiap 2 tahun. Dan NPRA buat pemeriksaan rutin terhadap product yang ada No. NOT di dan noted krim RE mengandungi merkuri. 


4. Soalan: Kat Malaysia ni, ada tak mana2 tempat atau apa2 test kit yang pengguna boleh beli untuk test jika product2 yang kami pakai tu mengandungi Racun2 ni?

NPRA: Setahu kami, tak ada. Berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi, kami sarankan agar pengguna berhenti pakai product2 yang disenaraikan sebab mampu memberikan kesan sampingan dari segi kesihatan. 



After tanya soalan2 kat atas ni, sy masih tak pasti beberapa benda. Dah tanya berulangkali tapi jawapan diorang macam tak berapa clear tau. (atau sy yg makin susah nak faham cakap orang? haha):

1) Sebelum product tu dapat No. NOT, ada buat ujian kimia kat makmal tak? Atau bila pemohon tak disclose ada racun then NPRA terima permohonan diorang macam tu je? (shouldn't be la kan??)

2) Sekerap mana pemeriksaan rutin dijalankan ke atas product2 ni? Ye la, aku rasa mau muntah darah dorang nak test semua product setiap bulan/tahun since banyak sangat product kat pasaran Malaysia ni. Tu belum masuk product yang tak apply No. NOT lagi. Haru nauu! 


Sy rasa, kerana lambakan product di pasaran dan pemeriksaan rutin dari NPRA yang KEBETULAN TAK MEMILIH krim RE (dan product2 lain) sebagai bahan ujian menyebabkan krim RE dan semua product de-listed tu berjaya kekal dalam senarai memiliki No. NOT.... sampaiiii lah kantoi baru2 ni. Hmmm... masuk akal kan??


Tapi sejujurnya, walaupun dah tau semua info kat atas ni, batin sy masih menjerit2 tak percaya yang krim RE favourite sy ni ada RACUN. So mula la mencari tempat kat mana boleh buat ujian Merkuri keatas krim RE yang ada dalam simpanan sy ni. Cari punya cari kat internet, terjumpa MOBILE MERCURY TESTER imported by MYXOG International. 5 strip test dengan harga RM35. Keberkesanan dan kebenaran ujian? Wallahua'lam. Tapi bila tengok dalam internet, memang wujud Mercury test strip ni. Tapi lambat skit la nak dapat sebab dari oversea. Huhu.

So sy pun order la mercury test kit ni dari salah seorang agen, nombor HP agen tu, founder MYXOG yang bagi. So confirm la dia tu agen MYXOG kan. 




Mobile Mercury Tester by MYXOG ni ada 5 strips. Mula2 "span" penanda pada strip tu warna pink, macam gambar kat atas ni.

Oleh kerana krim RE ni agak pekat so sy ambil sikit krim RE tu dan campurkan dengan air masak bertapis. Air masak rumah sy guna penapis Coway ye. Jangan kata sy minum air paip masak tanpa tapis2. Then bila dah campurkan krim dengan air, texture krim tu bukan senang nak larut dalam air so jadi berketul2. Dengan harapan untuk nampak perubahan warna, sy celup la "span" pink tu dalam larutan krim RE. Goyang2, genyeh2, still warna pink. Sy biarkan kejap strip tu terdedah pada udara. Still takde perubahan. Then hati mula berbunga, takde mercury kot sebenarnya. Hikhik. Pastu tetibe fikiran waras kembali, maybe tak tukar warna sebab krim ni tak larut dengan baik so "span" tu cuma kena air masak je. Hmm...then sy gosok "span" basah tu directly pada krim RE dalam botol Slowly.... warna "span" jadi macam gambar kat bawah.



YES! Kat dalam gambar atas ni, sy pegang 3 test strip. 2 warna pink, 1 warna purple. Yg warna pink tu ialah test strip yg belum digunakan (rujuk gambar sebelum ni). Test strip warna purple tu pula perubahan warna selepas saya sapu "span" basah pada krim RE. Sy tak kisah berapa banyak mercury dalam krim RE. Tapi sy kisah jika betul2 ADA MERCURY DALAM KRIM ROYAL EXPERT!! (Ni first test sy buat, ada buat video sekerat smpi part celup2 dalam air and takde perubahan, pastu anak datang kacau. Then sy stop video. Dah tak record tu baru terfikir nak tenyeh2 kat krim terus. Tapi kalau nak recorded version, will do it if got request. Klau tak, membazir test strip sy je)

Sejujurnya, sy rasa marah, kecewa, meluat, tak selamat, dan macam2 lagi perasaan negatif bila tahu semua info ni. Tengok kat FB page Royal Expert Group, takde komen pasal pembatalan No. NOT NPRA. Cuba terangkan sikit bagitau dari mana NPRA ambil sampel ke, kan ke sedap sikit dibaca. Kalau HSA (spore) tu logik la ambil sampel dari online seller sebab HQ RE di Malaysia. 

Saya KISAH tentang kesihatan saya, anak yang dilahirkan oleh saya (mengandung lepas pakai krim RE), mak, adik beradik, kawan2 dan semua pengguna krim RE. Memang kami idamkan kulit yang cantik dan sihat tapi bukan dengan bahan berasaskan RACUN!! Authorized dealer kata time mengandung TIDAK DIGALAKKAN pakai krim RE. I wonder why??? Kata product selamat. 

So kesimpulannya, pembaca post sy ni boleh fikir sendiri dengan waras untuk mula pakai/ terus pakai atau stop pakai krim RE ni. Info dah ada. Kalau nak kata politik atau ni sebab brand dah up/femes then org jual yg fake, maybe betul tapi sila sahkan maklumat dengan pihak yg keluarkan kenyataan pasal merkuri tu. Kalau perlu, rasa macam nak fly je ke Singapore dan bagi krim dalam simpanan sy untuk diuji. Ye. Sy beli krim RE dari authorized dealer. Nak tau siapa? Boleh contact me directly, info ada kat bawaaaaahhh blog. So jangan berani2 tuduh kata, "ele.. krim dia tu fake sebab tu ada mercury". Hahahaha. 

Allah tahu apa yang hamba Dia buat. Kalau betul krim RE sebenarnya tak mengandungi/TAK PERNAH mengandungi merkuri, moga Allah tunjukkan kebenaran. Jika tak, moga Allah beri balasan kepada pihak yang BETUL-BETUL tahu berkenaan merkuri ni dan masih terus menjualnya sekaligus menganiaya orang lain demi kepentingan poket sendiri. Ingat! Nak bermewah2 kat dunia yang sementara ni memang seronok. Rumah besar, duit berkepuk2 banyak, tapi endingnya duduk dalam tanah juga kita semua. [SELF REMINDER]

Sy minta maaf jika post sy pada 11 Nov 2014 sebelum ni dah menggoda iman anda utk menggunakan krim RE. Takdenye la sy nak guna kalau tau ada merkuri. Cari pasal sendiri je. 

Buat masa ni, sy cuma pakai pencuci muka RE je. Krim RE dah totally stop. YES! Memang muka ada sikit kusam takde nurr, dan kulit dah start naik bintik2 merah sana sini. Oleh kerana aritu pegi Korea dan ada beli facemask, so sy dok pakai facemask tu je malam2. Rehatkan kulit dulu sebelum mula product lain. Tapi memang bukan product yang cerah2 liplap2 lagi lahh hendaknya. [TAHAN NAFSU]

Sekian. 
Wassalam.


*********************************************************************************************

11 November 2014

Assalamualaikum.

Finally rajin juga diri ini menaip entry baru setelah berkurun lama menyepi akibat kesibukan bekerja. Maafkan saya.

For those yg memang follow my blog and my entries related to skincare review, korang mesti tau yang sy memang dah banyak guna skincare products for the sake of trying and expecting the best out of my laziness.

Yes! My laziness. Tu keyword dlm isu skincare ni.

As i said, my first ever product yg i tried ialah De' Wajah. Ada 5 item dlm satu trial set tu and i never failed to use each one of them during my non-laziness era. That was almost 10 years back. But now, things changed. I need something simpler and quicker to use, not to highlight on how I am very particular and desperately want an extremely high confidence level untuk keluar berjumpa orang tanpa secalit mekap. 

And now, I can proudly say that I managed to achieve it. Alhamdulillah.

Dulu (as in 10 years back), bedak compact, foundation, eyeliner, mascara, eyeshadow and lipstick is my companion. If u girls ever heard of this question, "Kalau korang stranded kat pulau, apa barang yg korang akan bawak?", and my answer is, "Of course my skincare set and my beauty tools!" Melampau kan? Sebab time tu terlalu demand nak jadi cantik. Honestly i grew up dengan skin yg kurang bermasalah. During my puberty pun i takde masalah pimple yg kronik. Maybe sebab hormon sgt stabil kot. Hewhew. But! Bukan takde langsung pimple ye. Sekali dah naik tu, mak aihhhh liat nau nak hilang. Salah satunya jadi sebaceous cyst. Ngeri den!

So my only concern is to get a fair & whiter skin. Sape yang tanak kan? I mean, for a girl like me, yang pada zaman sekolah dulu dibezakan kerana different skin tone, sorry, I memang terasa. Isu tu jadi sensitip sentap menyentap sebab diejek2. Hampeh tau budak yang ejek2 i tu. Hehe~ (sensitip kejap)

So after few years with the trying and erroring session, I came across this amazing product of Royal Expert White. How did I came to know about this? From a friend yang kata mak dia ada jeragat, pakai produk ni dan kulit sangat cantik. Hmm interesting!

So lets see how this product looks like. *credit to google*





Alright. Nampak macam banyak je kan? Dalam pic atas ni ada whitening cream, soap bar, facial cleanser, moisturising lotion and stretch mark lotion.

Well.. as per my experience, I only used 2 items up until now. Now -> as dah 2 years i pakai produk ni dan berpuas hati. Mihmih. 

I even supply this product to my mom, my sisters and also my colleague yang nakkan hasil yang sama or even better than mine. Hasil? So far memang repeat order la kan. Bukan nak berlagak mahupun riak dan takbur, tapi ni hakikat. 

So since i dah buat entry ni, tiada lagi rahsia untuk skincare product yang i guna. Sedih. Hehe perlu ke sedih? 

So let me review this product ye. 

Mula2 pakai, cuci muka guna facial cleanser dengan taatnya setiap kali sebelum ambil wudhuk. Oleh yang demikian, total pemakaian cleanser ialah 5x sehari, sama macam waktu solat. Kalau time period, jumlah pemakaian automatik jadi 2 je yakni bgn pagi dan sebelum tidur. Krim pun sama, kalau 5x cuci muka, 5x la jugak pakai krim. Gigih katakau..! Royal Expert White ni kat kotak dia ada tulis, boleh nampak hasil dalam tempoh 2 minggu. Well, i was tempted earlier on. But as 2 weeks goes by, I feel.... sh*t! Haha. Aku kena tipu ke ape. Yes, macam yang aku cakap kat korang, dah macam2 produk aku try. And bila produk tu kata visible result in 2 weeks, memang slalunya aku dapat la result tu within the promised duration. However, for this product, i was dissapointed. WAS, okay!

But since dah beli dengan harga yang agak lumayan, maka aku pun teruskan pemakaian dengan harapan boleh la nampak hasil. But all along, aku memang tak bermekap langsung ye. Takdenye tepek2 bedak. Memang kuar ke mana2 berbekalkan whitening cream tu je. Tu kiranya my foundation+sunblock cream la. Yes, i can say it is a sunblock cream sebab i berjemur bawah matahari pun less-to-none sunburn i dapat. Hewhew. 

Regarding my skincare thingy, I selalu berdiskusi dengan my lil sister. Anything, kitorang akan bincang dan debatkan based on info yang kitorg tau. And for this product, I main beli je tanpa tanya dia dan pakai. Everytime I jumpa dia, i akan tanya, "Ada pape perubahan tak kat my skin tone?" And the answer is always "No". Sad.

But after 4-5 months gitu, dan time ni stok krim dah nak abis tapi cleanser masih ada separuh botol lagi, i pun saje la lepak kat hostel my lil sis ni. And unexpectedly, she said, "Eh kulit u nampak cerah dan saaaaangad sekata la!" My respond was, "Are you being sarcastic to me?" Marah sebenarnye sebab macam dikodok2kan. Yela. Orang dah givap, ko jangan simbah minyak kat api panas lak. Time tu i dah nekad macam nak tukar produk lain lepas stok krim abis. To the moment she said that, dia amik cermin muka and compare her skin with mine. OMG! What she said was true!!! Even better, kulit i jadi lebih putih dari kulit dia!! Hikhik. FYI, kulit i jenis sawo matang while kulit dia macam putih kuning susu. (Excited tak korang baca ayat i ni?? Hehehe)

So i pun habaq kat dia i pakai product ni dan dia pun try. Til now, she's also a regular user of REW. Starting from there, i pun teruskan la pakai REW ni. Tapi makin lama makin malas sebab dah nampak hasil la katakan. Ada masanya time weekend+period, i cuci muka je tp x pakai krim pun. But it amazed me that kulit i tak jadi kusam. In fact kulit yang cerah ni dah macam kulit asal la plak. Ahhh bahagianya i, bak hang!

Btw setiap produk yang kitorg adik beradik try, mesti mak aku akan berminat nak try. Mak aku ni kulit dia memang takde masalah langsung. Jerawat pun macam malas nak hinggap. So dulu dia pernah try NDZ sekejap. Nampak kesan tapi bila stop, kusam balik. Btw since my late grandpa belah mak ialah pure indian dari India, so my mom mewarisi kulit berwarna dark brown dari my late grandpa. Genetik yang mencerahkan kulit kami adik beradik ialah my dad, orang Banjar perak. But dari dulu time kecik2, my skin dapat sikit je genetik ayah, dan banyak genetik mak. Sebab tu i kata my skin sawo matang. Campur lagi sunburn time skolah menengah, double triple matangnye sawo itu. Huhu.

So berbalik pada kisah mak, bila dia nampak anak2 dia mula berjinak2 pakai REW ni, dia pun nak pakai. Well, for me, why not kan? So i pun supply la kat my mom. Setiap kali stok habis, dia akan roger i. La ni dah masuk setahun lebih gak la. Cleanser sebotol x abis lagi, Krim baru nak abis botol kedua. Dan kesannya memang nampak kot~! Bukanla nak kata kulit my mom trus poofff~~ jadi cerah silau. No no. Cuma kulit mak jadi cerah dari sebelum ni, banyak cerah sampai kawan2 tanya. Plus, kulit mak nampak tegang/kurang kendur as her age. Ala... kulit mak memang cantik  pon... saje nak i puji lelebih kan mak? Hihi. Then kawan dia tanya and order REW. 

So u girls nampak tak penangan REW ni dalam family i? Nasib baik my dad tak ngengade kata nak try gak. Haha. Tu belum cakap lagi penangan REW ni kat colleague wanita kat ofis. Well, mana yang berani tanya i tu, akan tau la produk apa i pakai. Mana yang setakat berbasa-basi tanya, sila cuba tanya i dengan lebih serius lagi. Lagipun sebab me & my family pakai, so i memang simpan stok banyak skit. Bukan sebab niat nak berniaga pun. Nak tolong orang dapat kulit yg cantik tanpa mekap. Tu je. 

So, nak i post my pic? Tak kot. This is not my style eventhough i memang ada pic sebelum & selepas. Just that i nak u girls rasa apa yang i penah rasa dulu, ke-excited-an bila pakai produk berbulan2 dan nampak hasilnya dan berikar tanak tukar produk like forever! Haha melampau je statement kan. 

For those yang berminat nak try this product, boleh email me : nadyashah_139@yahoo.com atau whatsapp me : +6012-2064862. Nak tanya lebih lanjut pun boleh. Cumanya I'm not a beauty consultant ye. I consult based on my experience ONLY. Mane yg tak serasi pakai produk ni, jangan plak nak wasap i marah2 kata i tipu. Told u, this is my skincare review, not yours bah. Huhu. Btw I memang supply kepada sesiapa yang berminat tau. So sesape yang dok dekat area Bandar Sri Permairusi Cheras atau keje kat area Bukit Bintang (Menara Yayasan Tun Razak), boleh je self pick up REW dari i ye.  Harga krim RM115, Liquid cleanser RM30. Klau include pos ke semenanjung, total RM150. Dan I takde simpan stok sabun buku tau sebab I tak pakai so please jangan tanya I jual sabun buku tu ke tak ye. Huhu

Anyway, now dah berjaya langsaikan hutang skincare kat u girls. Lega. Boleh tido dengan aman damai malam ni. Yeay.

-til we meet again in the next entry-

Wassalam.


30 comments:

Ein said...

Masih pakai skincare ni x? So far, ok?

Ein said...

Masih pakai skincare ni x? So far, ok?

Unknown said...

Thanks for review ni.. Saya baru nak try pakai tapi takut terbeli yang fake. InsyAllah soon.

Unknown said...

Hi ,
I nadiah
I pon pnguna rew
Sgt lme jgk
Mmg putih and ok
Tp ade skali tu stok abis
Ble i xpkai muke i jd trok gler
Trok sgt naik jerawat
Tp sebnarnye i mmg ske rew ney sbb elok
Tp i just nk taw npe i stop sekejap
Muke i jd lg trok
??

Unknown said...

Sama la..igtkn sy jew mcm tu..muka sy teruk giler skunk sbb daa lama xpkai whitening cream..bila sapu balik,kulit ok balik..knpa yea..sedeh giler tgok muka skunk..hbis mgelupas n merah2..ada sapa2 taw x knpa jd mcm tu..?

Lia said...

Sebab dalam rew ade kandungan paraben yang tinggi..sayavpakai 2 taon..ade skali tu stop skjp sbb hbis stok..mmng smpai skrng muke jadi sngt terok..now da 2 taon suffer.. sedih sngt.. mnyesal pon da x gune.. trlalu sngt mngejar nk putih flawless.. sian kulit muka

Lia said...

Sebab dalam rew ade kandungan paraben yang tinggi..sayavpakai 2 taon..ade skali tu stop skjp sbb hbis stok..mmng smpai skrng muke jadi sngt terok..now da 2 taon suffer.. sedih sngt.. mnyesal pon da x gune.. trlalu sngt mngejar nk putih flawless.. sian kulit muka

Dya said...

Ala kesiannya awk. Awk kena pakai organic product la macam tu sbb paraben ni ada dlm banyak produk. Tp alhamdulillah sy tak alami masalah tu. Harap2 sy takkan alami lah. Amin.

Dya said...

Sorry nadiah. I cant explain kenapa muka u jadi teruk bila stop pakai rew since it didnt happen to my face. Maybe bcoz skin kita berbeza, so the effect bila stop pun x sama. Hopefully u manage to find a suitable skincare :)

MUARASTA said...

mengandungi paraben..paraben dan nama2 yg ade paraben tu adlh pnybb kanser..😨😨😨

Unknown said...

Kandungan REW cream ade high level mercury..i bru je pkai 1week..should be stop immediate..frust la coz b4 beli mmg search dlm website rew cream ade kelulusan..tut tut ade racun rupenye..hopefully muke xde sign effect yg teruk..

Dya said...

So far info dr KKM ada mercury. Tp Hq kata sbb KKM ambil sampel random dari penjual online. Sy pun frust tapi nak tunggu outcome dulu la. Sbb sy dah pakai 5 tahun.

Unknown said...

So mcmne u stop pkai x..

Dya said...

Tak stop lg ni. Masih pakai krim tu tp sehari sekali je la. Xtau nk tukar ke produk apa. Frust sgt.

Unknown said...

Same la.3 kali brturut2 trkena ni.dulu pkai tati skincare then tukar molek skincare..tau2 dua2 ade bhn trlarang..ble pkai rew skin dah ok skit bru tau ade mercury plak..

Dya said...

Baru tgk update pagi tadi. Company tarik balik krim yg manufacturing date bulan 4 dan 5 2017 sbb katanya byk produk fake pd date ni mengandungi mercury. Sy punya date dec 2016, pakai terus je la nmpk gayanya. Cuba awk cek awk punya. Ada tulis kat bawah kotak je, xde kat bekas krim.

Unknown said...

Sy punye jan 2017...nasib baik smpan lg kotak ni..so blh cont pkai la ni. Tq awak.

Dya said...

Sy rasa boleh pakai kot. Walaupun hati ni rasa x pasti. Huhu. So far kesan bukannya cepat sgt dan kulit tak jd teruk bila stop. Mudah2an batch yg kita pakai ni takde mercury.

Unknown said...

Hopefully

Unknown said...

Adoi.. Baru jer try pakai 2 minggu.. Sblm ni search, x jumpa pon review mcm ni.. Serba salah plk nk terus pakai or nk stop

Dya said...

Kalau baru mula pakai, better stop dan cari produk lain. Tu cadangan sy la. So takde la awk rasa was2 dgn royal ni. Hehe

Dya said...

Puan, sy call NPRA (national pharmaceutical regulatory agency) semalam utk tanya few things. Sy nak tau dari mana dorang ambil produk yg disahkan ada merkuri. Pihak NPRA jawab, dorang dapat produk tu dari pihak yg memohon no NOT KKM (sy assume HQ la), bukan dari online seller. Pihak NPRA kata, jika merkuri tu disahkan ada dlm produk fake, maksudnya pemohon tu jual produk fake la.

So sy skrg dah betul2 nekad utk stop pakai royal expert cream dan sarankan agar puan dan sesiapa yg baca penerangan sy ni utk berhenti pakai royal expert cream.

Ni utk kesihatan kita bersama. Nanti sy akan update post sy dengan few info kenapa sy nekad stop.
Maaf ye.

Unknown said...

Ok.thank for yr info..sy pun dah stop.xpkai ape2.

May said...

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/royal-expert-whitening-cream-contains-high-mercury-levels-hsa-8870844&ved=0ahUKEwiZm5ivw6_UAhVMq48KHcOHBcQQFghQMAs&usg=AFQjCNGRrocttn4Qe9qGOE478YnDDtHFhg&sig2=UjgUSPYLwizyL1cMgqJrhQ

mazlin jailani said...

Huhu... Sblm ni pkai clinelle... Kulit muka mmg soft je.. .Tp gatal nk cuba royal expert ni... Sedih baru pakai 4 hari tp kulit muka rasa pedih n mcm terbakar... Terus stop... Dah la mahal... Then sambung blik pkai clinelle... Alhamdulillah recover blik...

Dya said...

Awk pakai yg packaging baru ke? Sbb yg baru mmg x elok. Yg lama je nmpk kesan kaw2 licin. Huhu.

Nadiya Muhammad Abror said...

sekarang dah tak guna ke krim ni? atau ada update yang baik2 dari npra? 😿 saya dah guna setahun takut nak teruskan

Dya said...

So far awk pakai ada apa2 kesan tak? Sejak post sy 2017 tu sy memang stop pakai terus. Dan tak pernah cek kat website NPRA lagi. Sbb bagi saya. Tanpa merkuri, takde kesan pencerahan yg ketara akan berlaku.

Anonymous said...

Royal Expert ni dah ditukar kepada nama baru ke?

Dya said...

Sy rasa masih ada je brand Royal Expert di pasaran. Tapi sy perasan ada banyak juga brand baru dgn packaging dan fungsi sama macam Royal Expert. Tak tau la kalau rebranding untuk distraction ke ape. Tapi sbb sy rasa was2, so sy tak pernah beli. Tengok je. Huhu