25 November 2010

Skincare Vs Makeup

salam.

arini xde watpe.
boring.
bgn jam bape tah.
setelkan pape yg patut utk diri sndiri (kecuali mandi).
then setelkan keperluan kakak.
done with that br la g mandi.
time mandi tu rupanya Dr masuk utk wad round.
rugi x dpt tgk muka2 Dr n Dr pun rugi x dpt tgk muka aku yg sememeh br bgn pg.
hehe!

setel mandi tu n dress up (ayat mcm nk g jenjln je kn)..
tgk muka kat cermin.
ohh tu feveret aku ok!
feveret semua ladies kah?
tu aku x sure.
korang suke ke tgk cermin, belek2 muka korang?
klu x suke xpela.
aku suke. tatau nape.
uhuhuhu~

bila belek2 muka kt cermin tu mula la tgn pun merayap kt muka.
bkn merayap tmpt lain ok! (euwww~)
sentuh jerawat, bekas jerawat, parut2, lekuk2, ape2 je yg x sepatutnye ade la.
nape eh cmtu? dah jd habit pun. sob3
pastu pastu..mula la dlm kepala pk "pe nk buat eh supaya kulit jd cantek balik?"
hahahaha!
aku phm.
ayat aku tu aku je yg pk.
korang sure x pk kn.
sbb korang sume pun santek2 belaka.
tp start dr situ la aku mula berpk.
bkn br mula pk pg td ok!
mane better..?
Skincare or Makeup??

Skincare..
continuous regiment yg bleh menyihatkan kulit kn?
tu bg aku la.
tu pun klu pilih produk yg btol br la sihat kulit.
klu x btol, buang je produk tu.
tp jgn slh sangka.
some products may take sometimes to show the effect.
so be patient & guna dgn teratur.
bila skin dah cantek, sure pastu dah xyah cover2 dgn mekap lg kn?
bestnye~

Makeup..
colors that u put on ur face to make urself beautiful.
beautiful in what sense?
beautiful on ur eyes.
korang mekap, pastu mata korang tgk hasil mekap tu then korang puas ati.
x ke cantik tu d mata korang?
bg aku cmtu la.
aku pun cmtu gak.
tenyeh concealer, tenyeh bedak, tenyeh eyeliner bagai..
stop bila dah rasa "ok aku dah cantek".
haha!
i know it sounds stupid.
tp klu korang realize, ada je mata org len yg rasa lukisan kat muka kita tu x cantek langsung!
sedih x?
tp xde la org nk ckp direct kn?
dia biar je kita dgn 'topeng muka' yg kita bwk kulu-kilir tu..
ohh..aku malu tanpa tau yg lukisan aku x santek. sob3 lg.

both pun aku suka.
skincara takes sometime.
makeup is on-the-spot beauty.
uhh..ahh..ihh..
klu duit dlm poket cukup utk beli slh satu je, agak2 mane pilihan korang??
hahaha. sure xleh jwb punye :p

utk aku..
aku nk lasting beauty..
biar cantik yg natural je..
yg x overdone..
tu keje skincare la kn..
but same goes to make up aku skrg..
mboh overdone..
klu bleh nk kuar dgn kulit yg mulus jek..
huhu..
tp dgr kata foundation tu x elok! btol ke??
dan aku mmg x reti pkai foundation.
bleh kata abis beratus utk mende alah tu tp akhirnya aku gak yg malas.
siyesly..

pnah dlu kulit kering n adik aku tegur.
dia cdgkn pkai face mist dr body shop.
so aku pun terjah body shop dgn bie, my sis.
org body shop tu tanye "cik cari ape?"
aku ckp aku nk tgk bhgn skincare & make up.
so dia mulakan dgn skincare since aku komplen kata kulit x sekata n kering.
so dia bg aku 30-days Vit C capsule treatment.
since aku ckp awal2 yg aku sgt mls nk pkai byk sgt natang, so dia suggest benda tu je utk aku.
pastu dia suggest compact powder ikut skintone aku yg malap neh.
bleh la kata yg kt body shop tu aku dpt both skincare & make up.



Skincare Vs Makeup

so bila try tu, mmg kulit jd sgt licin pkai vit c.
suke sgt2.
tp it takes sometimes la..
mls nk tunggu.
bohong la klu kata "aku sgt sabar nk tgk hasilnya".
haha.
in the end, ade lg bbrp biji capsule yg tinggal n aku x pkai.
tp spjg pkai tu, mmg aku pkai powder dia gak n kulit agak x meragam.
x oily wlupun pkai bedak n sunblock je. aku suke.
tp bila pk lama2 yg x bape nmpk hasilnye, aku give up.
ohh.. sedihnye hati..
tp aku rasa aku akan pkai gak someday.. tah bila..
wasting oo..
nnt aku tenyeh kat muka b..
b pkai ye syg.. :-*
tp kulit b pun dah cukup cantik bg aku..
pdhal b x pkai pape.
"ape rahsia b?" soalku dlm selimut. hihi
btw klu dpt cantikkn kulit guna skincare, maka less money on make up kn?
isnt better?
au natural je~
papepun skrg aku pkai bedak J&J je.
jimat!
syg ah nk tenyeh bedak body shop tu everyday..(aku mekap everyday ke?)
haha~
p/s- teringat time kebumikan pak uda. x mandi 1 hari pon n x tenyeh bedak langsung! hwaa~ (penting kah?)

24 November 2010

Pemergian Pak Uda untuk selamanya..AL-FATIHAH..

Salam.

aku masih terasa kehilangan insan yg sgt berhati mulia bg ku.
insan yg sgt bijak menuturkan kata2 mahupun hati ini pedih menerimanya.
insan yg berjaya mendidik anak2nya hingga ke puncak dunia.
insan yg tabah menempuhi suka duka kehidupan sebagai ayah tunggal.
insan yg peramah dan memahami ibuku.
insan yg rajin melawat org sakit demi utk membantu menyihatkan org semula.
terlalu pahit utk ditelan hakikat bahawa nyawa pinjaman Allah telah dipulangkan semula.
pemergian beliau sgt aku rasai sebagai seorang anak saudara.

teringat detik2 2 minggu terakhir beliau sewaktu dimasukkan ke wad utk sesi chemo ke-4.

beliau berdiri d tepi tingkap, bersebelahan dgn aku smbil membuka sebiji ubat utk dimkn.
tiba2 aku dgr bunyi benda jatuh.
aku pandang ke lantai, ubat yg belum dibuka tu ada di atas lantai.
ku pandang pak uda yg asyik memandang ke luar tingkap.


"ubat pak uda jatuh. pak uda x sedar?"

pak uda pandang aku, kemudian pandang ubat di atas lantai.

"aah. x perasan lak. hujung2 jari pak uda ni dah kebas. sejak chemo sesi ke-2 lg. Dr kata ni mmg side effect chemo. juz Dr x bgtau awal2 b4 wat chemo tu sbb dia kata lain org,lain effectnye. skrg hujung jari kaki dan tangan, semua pun rasa kebas je. susah nk drive kereta. sbb kdg2 x sedar kaki tu dah pijak brek ke tak time nak brek kat trafiklite."

tersentap aku dgn kata2 pak uda. kesian pak uda. aku tunduk n ambil ubat tu dr lantai. nasib baik ubat x buka lg. klu x, kena minta ubat baru dr nurse. xkn la nk mkn ubat yg dah cecah lantai. aku keluarkan ubat tu dr bekasnya dan hulur kat pak uda. pak uda tadah tangan.

"jgn letak kat hujung jari ya. x rasa. nanti jatuh pun pak uda x sedar. letak kat tapak tangan."

sedihnya! rasa mcm nk peluk je pak uda time tu! tp sbb aku waras time tu, aku x buat la kn. since aku mmg x pnah peluk pakcik2 aku. malu sey. so ubatnya aku letak kat tapak tgn. pak uda pun mkn ubat tu then minum air. selesai minum air, dia pndg botol air tu.

"lidah pun dah x rasa sgt.mkn benda manis ke, masin ke, semua pun xde rasa.hmm..."

kata2 pak uda serius membunuh aku. aku rasa mcm nk mati. aku letak diri aku kat tmpt pak uda. mana mungkin mkn J.Co x rasa apa2?? mcm mana aku nk menikmati McFlurry nnt?? paling kurang pun sambal belacan buatan mak yg sedap tu. adakah aku kena mkn 1 sudu penuh br dapat rasa walau sedikit pedasnya?? kesian pak uda! sgt kesian! sabar sungguh dia tempuhi ujian ni pd umur 61 tahun ni. aku pandang pak uda lg. sejak chemo, pak uda tampil dgn imej bertopi ala2 Maher Zain. kerana? rambutnya sudah gugur akibat chemo. keningnya pun boleh dikira dgn jari je berapa helai yg tinggal. mmg akibat chemo.

"sabar ya pak uda. nnt dah habis chemo, beransur2 sembuh la tu. kita doa sama2 ye."

aku cuba utk tenangkan hati pak uda. wlupun aku tau, dia tau hakikat sbnr yg dia hadapi. aku pun x tenang sbnrnye. rasa mcm ujan dlm hati aku ni. ujan airmata. sayu sgt. mak uda meninggal lebih kurg 20 thn yg lalu. spjg tu pak uda x cari pengganti. fokus pd anak2. skrg dlm keadaan pak uda yg kurg sihat ni, anak2 dia bergilir2 jg dia time dorg free. sweet kan?

selang bbrp hari (dlm 2 weeks pastu) aku dpt berita yg pak uda dpt lung infection due to low antibody. platelet dia turun mendadak. so dia gasping for air sbb air x cukup utk tissue perfusion. so mula2 Dr bg nasal cannula. bila x jln, bg non-rebreathable mask. lama2 x jln gak, Dr bg C-PAP plak. mlm yg aku dtg jenguk dia kat wad, dia on C-PAP. xleh ckp sbb nnt breathing dia x serentak dgn machine. so aku byk wat signal je. tanya dia ok ke x smbil buat thumb up and down. dia balas dgn thumb up! kuat pak uda ni. dlm sesak nafas cmtu, dia tanak kita risau. tgn dia sejuk je. tp blkg bdn berpeluh2. kebah dr demam.

kaki dia dah makin kurus smpi tulang keting timbul. pak uda ni suka main badminton. so aku kata,bila dah sembuh nnt leh lawan dgn Lindan, pemain badminton china tu. pak uda gelak! smpi terbatuk2 dibuatnya sbb breathing x nk tally dgn machine. aduh! rasa bersalah dibuatnya. maaf pak uda.

tp sgt hepi bila pegang tgn pak uda, salam dan kenalkan diri sebagai nadia, pak uda angguk dan senyum. dia kenal aku meskipun aku pakai mask sbb nk elak dia dpt further infection. terharu sbb dia kenal aku. yg hakikat sbnrnya ialah x ramai pun anak saudara dia yg dtg menjenguk. aku antara yg kerap sbb mak aku sgt rapat dgn pak uda. pak uda tu abg kesayangan mak, kata mak.

mlm tu lawat pak uda kat wad. esoknya dpt berita yg pak uda masuk ICU! cuak dah aku sekeluarga. raya haji tahun ni aku sambut dgn pak uda kat ICU. aku lawat dia. utk masuk, kena pakai mask lg. dan again! pak uda senyum dan angguk bila aku salam dan cium tgn dia pastu knalkan diri. dlm keadaan pak uda yg sgt x sihat tu, dia kenal siapa yg dtg lawat dia! aku urut lengan pak uda. aku nk dia rasa bahawa ada org yg care psl keadaan dia. nk bg dia selesa wlupun aku nmpk kat screen yg SpO2 dia x begitu baik. 86% kot!

tiba2 nurse minta aku kuar sbb nk buat prosedur ape tah. aku pon tatau. dah lama dok kat luar tu, mak bgtau yg pak uda dah x sedar sbb Dr sedate dia sbb Dr masukkan tiub dlm mulut dia untuk bantu dia bernafas. darah kuar dr mulut dgn hidung pak uda. mak nangis. kesian tgk abg dia dlm keadaan camtu. terkilan sbb x dpt tgk sebrg reaksi dr abg dia, apatah lg suara! aku fhm keadaan tu. intubation mmg perlukan sedatif utk kurgkn sakit pd patient. cuma dlm keadaan pak uda camni, tatau bila tiub tu akan dibuka.

esoknya, kat umah s2, mak kata keadaan pak uda better. SpO2 meningkat smpi 90%++. good sign. since mak letih, x lawat pak uda.

next day, abg imi (anak ke-2 pak uda) bgtau yg SpO2 drop balik. half from yesterday! aku terkedu! terus bergegas ke ampang dr seremban. around 7 pm gitu, semua ahli keluarga yg ada dipanggil masuk ke ICU sbb pak uda nazak! time tu aku br lpas solat maghrib. br niat nk masuk tgk pak uda n bc selawat kat telinga dia. rindu nk dgr suara pak uda.

kat dlm ICU, bilik pak uda dah bertutup langsir. tp dr celah2 langsir tu, aku nmpk Dr tgh buat CPR kat pak uda. i know what it means! waktu tu tgn aku dah mula tutup mulut. x dpt bygkan apa akn berlaku seterusnya. ahli keluarga yg lain pun terintai2. penat nurse cuba tutup langsir tp asek x rapat je. rezeki utk kami.

aku tgk, dada pak uda kena tekan mcm lembik sgt. pak uda nmpk unresponsive. aku x pasti adakah sbb sedatif ataupun pak uda dah x sedarkan diri. tgk kat monitor plak, SpO2 around 75%. tu pun aku yakin sbb Dr buat CPR. nape aku yakin? sbb aku tgk pulse dah xde, BP pun xde. lg la ECG line tu..kacau bilau line tu sbb CPR. tp aku tau, miracles happen. bkn aku x pnah tgk patient kt HUKM yg on CPR survived. baby pun ade yg survive sbb CPR. cuma semuanya disbbkn trauma. tu aku pasti. tp pak uda, based on lungs x-ray, both lungs dah putih. xde kaler hitam lg yg menunjukkan xde ruang utk pertukaran O2 dan CO2 lg. putih2 tu sbb penuh dgn infection. aku fhm apa maksudnya tu!

dlm 5 minit masuk ICU, Dr terpacul kat pintu bilik pak uda n panggil waris. time tu kami semua dah berpandangan. bila anak sulung pak uda muncul, Dr kata:

"kami dah cuba bantu dia dgn buat CPR tp dia x respon pd CPR kami. since vital signs dah xde, sy pronounce dead @ 7.30. bykkan bersabar ya."

x semena2 semua menangis! x jangka kot! semlm SpO2 tu pak uda dah meningkat naik, tiba2 arini 'pronounce dead'?? x sempat aku masuk kot td. skali masuk, pak uda dah nazak n now meninggal. airmata jatuh ke mask. x sentuh pipi. sedihnya. terlalu sedih suasana time tu. surah Al-Fatihah x henti2 di bibir. aku masuk ke dlm bilik pak uda. pak uda kaku. anak2 dia pon masuk. semua menangis. yg paling bongsu adalah yg paling rapat dgn pak uda. 3 kali percubaan dia utk cium dahi ayahnya tp terhenti kerana airmata yg hampir jatuh.

saat itu la semua org sedar bahawa seluruh keluarga (hampir seluruh) berkumpul di ICU. sama seperti kata2 pak uda dulu:

"aku mati je baru semua org berkumpul."

pak uda dah x bersuara lg. kata Dr, dia sempat lafazkan kalimah syahadah ke telinga pak uda. syukur! pak uda dah kaku. x bergerak. aku pandang monitor dgn harapan keajaiban akan berlaku. aku doa dlm hati minta Allah hidupkan kembali hamba-Nya ini. tiba2 kat monitor detect pulse 143 bpm dan SpO2 75%! aku pandang lama2 monitor tu. x percaya. x smpi 5 saat, angka tu hilang. tiada sebarang angka lg muncul di monitor. aku tunggu gak. tp mmg dah tiada apa2.

kehilangannya.. terasa sgt. lpas ni dah xde pakcik yg balik2 suh dtg umah kat gombak. dah xde pakcik yg sgt terer memasak. dah xde pakcik yg suke wat lawak n sgt bersahaja dgn aku. dah xde pakcik yg bleh dgr luahan mak aku ttg mcm2 perkara. dah xde. dia dah xde. utk seketika, aku x percaya.

Ni la pak uda aku, Maidin bin Khalid. pic ni time kat Janda Baik aritu, before dia kena kanser kulit yg menyebabkan dia on chemo.

aku tau pak uda x baca blog aku. x pnah baca pon. dan skrg xkn dpt baca. tp aku nk dia tau n korg tau yg aku rindu kat pak uda n aku masih x percaya dia dah xde. semoga Allah menempatkan pak uda di dalam golongan org2 yg beriman. Amin. Sama2 la kita mendoakan beliau.

p/s :Meninggal pd 20/11/10, jam 7.30 pm di Hosp Ampang. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Sri Muda, Gombak.

22 November 2010

Dr di HKL

aku: Dr, bleh sy minta surat?

Dr : x bleh! utk awk x bleh!

aku: bkn utk sy la. utk akak sy.

Dr : ha! utk akak awk bleh. tp utk awk x bleh.

(ape ke mereng Dr ni punye lawak. xpe2. tebalkn muka. surat wajib diperolehi!)

aku: sy nk minta surat pengesahan dr Dr ttg akak sy yg duduk wad ni.

Dr : sahkan utk ape? dah mmg dia duduk kat wad kn?

aku: mmg la dia kt wad. sy nk minta ni sbb nk bg kat penyelia tgkt atas utk dapatkan flat rate parking rm2 per day.

(Dr wat muka pelik dah..tlg la jgn byk tanye ye encik Dr)

Dr : ade cmtu ke stafnurse? flat rate? (smbil pndg stafnurse yg ade. stafnurse wat muka seposen. x sapot aku lgsg!)

aku: ade. tu psl sy nk minta. sbb sy jg dia 24 jam. so xkn nk byr rm10 sehari setiap hari.

Dr : ok! klu cmtu, nnt byr rm40 kt tabung wad ye utk surat yg sy bg. (smbil sain surat utk aku)

(ala Dr ni. kerek la plak. aku tau je dia melawak tp tebal sey muka aku ngadap dia. dah la kiut mcm budak kecik. pandang aku pelik jek. x puas ati apenye Dr?)

aku: erm..ok. (simple kn jwpn aku? mcm redha je kn? redha la. sbb tau je xyah bayar. hahahahaha. gelak puas! tp stop gelak dlu ye. sbb suratnye x dpt lg. hehe~)

Dah abis sume bhgn dlm surat tu di isi, Dr tanya aku.

Dr : smpi bila eh dia duduk kt wad ni?

(e'eh Dr ni, tanye aku plak. dia yg rawat akak aku, dia tanye aku lak.)

aku: mana la sy tau.

Dr : sy tulis smpi date arini je la ek. sape suh awk minta surat ni awal sgt.

(awal sgt? ape mksd Dr? tetiba lak aku teringat yg akak aku pnah minta surat pengesahan dr Dr utk dihantar ke kolej dia tp Dr x buat2 pon. tatau la Dr yg mane kn. so aku pun grab the chance..tehehe)

aku: manade awal Dr. even aritu pun akak sy ade minta surat pengesahan nk hntr ke kolej, tp Dr x buat pun. minta skali bley?

Dr : aaaa abis tu sy kena wat 2 surat la ni??

(sakit jek ati aku. surat tu bknnye dia kena tulis mcm karangan bdk UPSR. isi bhgn kosong je. nama, IC akak aku, no wad n date dr bila smpi bila akak aku dok wad. x ke mudah sbnrnye? tp mmg dia malas ke ape?)

aku: hehe. 2 la.

(so hasilnye ialah utk surat ke-2, dia cop2 je nama dia then dia suh stafnurse isi yg selebihnye. bertuah x?)

Dr : nape lak kena bg kolej dia?

aku: ye la. kena bg supaya kolej dia tau yg dia masih admitted. klu x, nnt dia kena suh g keje.

Dr : g je la keje! ape susah?

(amboi Dr nih. dia x abis wat lg kaki akak aku, dah suh akak aku g keje. cantik muke Dr?)

aku: mane bleh! esok kn Dr nk wat flap? (jwpn bijak aku. huhu)

Dr : flap? amboi. ckp mcm tau je flap tu ape. flap tu ape? (smbil pndg aku. aku sengih jek.) hah, flap tu ape stafnurse? (stafnurse yg ade pun sengih2 jek. tatau la tu! haha)

aku: ala Dr. sy dgr Dr sebut flap, sy sebut la balik. klu Dr slh sebut, slh la saye. tul x?

Dr : hah. ye la tu. btw jgn lupa byr rm40 utk surat tu. masuk tabung wad. by hujung tahun ni, leh wat kenduri. x pun beli aircond baru ke. x gitu sister? (sister tu geleng2 jek. haha. xde sape sapot Dr. wek2. rase mcm nk joget lak)

since stafnurse pun dh abis isi surat tu, aku pon amik n try utk mem'blah'kn diri dr kaunter nurse yg ade Dr poyo tuh lpas aku ucap thanx. tiba2..

Dr : awk keje ke? (eh Dr ni. br nk beramah mesra dgn aku?)

aku: eh x la. blaja lg.

Dr : ooo blaja lg. blaja ape? nursing? (smbil gelak2)

aku: erm..(pk sat.nak sebut ke x aku amik emed?) iye. (dgn senyuman)

Dr : hah stafnurse! bg dia sepasang uniform!

cess sungguh la Dr ni. geram ai..tp syukur sgt dpt surat tu. nnt klu mak tanye, leh la bg jwpn yg mak nak. "YE MAK. DAH DPT SURATNYE. HEPI X?" hahaha. sengal jek aku ni.

19 November 2010

Test

aku cuba utk buat random post.
tp nmpknya aku x berjaya.
xde idea.
tp yg paling penting ialah aku tgh online kt meja mkn dapur.
mencari resepi utk msk daging korban.
tah nk msk cmne pun aku tatau
kt dpn mata aku ade se'tupperware' serunding daging.
laparnye!
bgn pg td trus mkn eskim.
bajet perut aku xkn minta lebih la?
aku silap.
perut aku dh mula meragam.
so daging korbannye nk msk ape?
sgt tatau.
tetiba terasa mcm beratnye tanggungjawab utk msk daging ni.
sbb aku harap hasilnya akan marveles!
huhuhu.
jgn je harapan tinggal harapan. hwaa...
ok bebeh.
agak2 klu aku dh dpt hasilkan sesuatu yg enak, aku habaq la ye.
adios!

18 November 2010

Aidil Adha: HKL - Hosp Ampang - S2

Salam.

Selamat menyambut hari raya aidil adha utk semua muslimin dan muslimat d seluruh dunia. sesungguhnye segala raya tahun ni x dapek aku nk sambut dgn normal akibat ketidaknormalan dlm institusi kekeluargaanku. nape?

1) my sis kat HKL, stranded lg after 7th operation. kaki dia swelling so Dr x bg dia pulang ke rumah. ohh cian.

2) my uncle admitted @ Hosp Ampang. he's actually on chemo course. tatau sesi yg ke bape. due to that, his body's defense system drop n he got lung's infection. platelet drop til 0 tau! since infection tu kt dlm peparu, so ventilation dia terganggu. SpO2 dia asek drop mnybbkn dia on C-PAP (ventilating machine). pastu yesterday morning, he's in ICU sbb SpO2 dia drop til 70% n he's gasping for air. in ICU, he's on BIPAP. still machine utk dia bernafas. dah ptg tu, Dr sedate him to put in ETT since SpO2 average on 85%. x naik smpi at least 95% yet. this morning, my cousin (his daughter) told me SpO2 increase average 91-92%. syukur!

sgt meletihkan sbnrnye. tp kerana semuanya adalah keluarga, yg lemah jd gagah, yg jauh jd dekat, tp rasanye yg kejam ttp kejam. huhu. no komen utk ayat tu. *peace*

for my uncle's family, he raised his 5 children on his own after his wife died (long ago). his first son currently working in Abu dhabi (i think he's arrived @ HA last nite). his 2nd son, an architect + vocalist for CODA. he took over his brother's responsibilities since his bro not around. 3rd daughter, a tutor in UNIMAS S'wak. she's like a sister to me after nisa. tough one! 4th son, 1 year extra from me, is my best buddy (i guess). a detailed person who's very religious n always remind me in doing good deeds. last son, tall as the first (verrrryyy tall ok!) is a multimedia student in Prk. blend quite well with him. but the most important thing that i want to say is, all of them are a good n strong team who love their father n take care of him in every details.all of them stay back at the hosp & prepared for any news coming. this is the KORBAN that they have to do in this aidil adha.

wish i can post pic here but the connection is slow. hate! but still..im able to express my gratitude to know them n be with them in any obstacles coming since that's what family's for. i love u guys! i love my parent coz putting family as first priority rather than enjoying this aidil adha for own happiness. May Allah help my uncle n put him away from the pain. give what He think the best for His creatures. Amin.

appreciate la sape yg ade dgn kita skrg. kita tatau ape bahagian kita yg menanti. n aku takut utk hadapi bahagian aku. semoga Allah berkati hidup kita semua, berikan yg terbaik utk kita dan kita pun tunjukkan la rasa terima kasih kita kepada Allah dgn beribadah kpd-Nya. life is short. fill it with good deeds.

13 November 2010

Secret is secret!

ive been sharing secrets with these person for quite sumtime.
it is a SECRET as long as they keep it to themselves rite?
once its out, cant call it a secret anymore.
isnt it?
but reliable person are hard to get nowadays.
im not shaken with the fact.
its just that it has become so pathetic for the non-secret-keeper.
to be sooooo unreliable in this unreliable world of ours.
havent they think that keeping a secret is easy?
u keep mine, i keep urs.
deal!
n u dont have to say the word 'DEAL' to seal it as a secret.
juz say that 'DONT TELL ANYBODY' is enuff i guess.
but not for u.
its been years ok!
n now only its leaking.
ur not some kind of pvc pipe that i juz used.
or maybe u rusted bcoz ur not pvc.
but metal.
useless metal.
cheap one.
bcoz of your type of person my life is messy.
i dont have to tell u how messy it has become.
since i cant tell u anything anymore.
its juz unbelievable!
telling secrets to people that will drag u down somedays.
n u dont know when is the days..
but its coming ahead!
there's no RIP for u if u die.
even now im praying for uncomfortable life waiting for u.
coz i hate u.
ive been shutting my mouth for all sake.
but its never been better for u huh?
u never think of another life around u..
u pretend like u are innocent and nice.
so people will like u more..
n never understand of y people like me hates u a lot!
yeah.
u put me into an ugly shoes.
fine.
but plz dont forget that u still havent pay my money.
ur debts to me.
remember?
my money! ok?
bcoz its mine so i want it.
if u hate me so much, plz dont come closer to me.
juz go away.
so i wont blog about u in my precious blog.
i juz hate the way u give plenty of reasons.
juz to save ur life from being hang.
so that u still can sniff the fresh air.
which i hope someone will fart.
so that the smell will choke u.
as i said, i hate u.

11 November 2010

Sihir Kasih Sayang

arini aku nk ajar sejenis sihir yg ramai org tatau. aku je kot yg tau. nama sihirnye ialah seperti tajuk di atas. klu xde tajuk di atas, mungkin tajuknye di bawah. tp tu la nama sihirnye. tujuan sihir ni adalah utk menanam rasa kasih dan sayang anda kepada org yg anda suka.

cara-caranya ialah:

mula2 pastikan anda sedang mkn nasi bersama org yg anda suka. dia hendaklah mkn nasi gak n duduk kt dpn anda. kendian anda mkn nasi mcm biasa. mkn punye mkn punye mkn punye mkn..kunyah la lumat2 pastu telan. xpe. rilek dlu. mkn je. smbil tu borak2 ah dgn dia. pastikan nasi dia blom abis. kendian anda kena target. dlm suapan anda yg kali ni, anda akan kunyah nasi tidak terlalu lumat pastu anda bercakaplah. bercakap smpi ke tahap seketul nasi dr dlm mulut anda mampu tersembur keluar dan terbang masuk ke dlm pinggan nasi dia yg duduk kt depan anda. pastikan dia x sedar. klu dia sedar, dia akan berenti mkn sbb dia perasan yg nasi tu tersembur keluar n dia perhati ke mana melayangnye nasi tu. dia akn bg excuse yg dia dh kenyang. time tu la anda tau bahawa misi anda dah gagal! failed! haprak bin hancus!

tetapi sekiranya dia terus mkn mcm biasa n borak je dgn anda, mksdnya ada kemungkinan dia akan termakan nasi anda itu. geli kn? kesian kt dia. x ke rasa mcm anda dah aniaya dia?

sbnrnya kasih sayang yg anda akan dpt ialah dia akan ingat anda selalu. dia akan ingat anda selalu sbb anda mkn menyembur2! huduh perangai anda tau! maka dia dgn kasih sayang yg erat akan slalu menceritakan kisah anda mkn menyembur2 ni pd kengkawan especially kengkawan yg anda try ajak kuar. hohoho!

kesimpulannya: mkn jgn berckp! kunyah mknn smbil tutup mulut! bersopan d hdpn yg tersayang~

Hakcipta terpelihara.

Tudung oh tudung..

Salam.

aku agak ke'panas'an. panas yg aku simpan dah bbrp hari yg mmg aku nk noktahkan. if ade ape2 yg menyinggung perasaan pembaca atau reader, aku mintak mahap sgt2 ye.

aku sbnrnye dlm proses mencari tudung. ala.. tudung biasa je, yg ade awning keras tu. aku x kenan nk pkai selendang atau shawl yg lilit2 kepala sbb:

1) aku x reti sgt pkai

2) aku mls nk pkai then tanggalkn balik time nk solat pastu pakai balik yg mana ia memerlukan lebih dr 1 brooch atau kerongsang

3) shawl ni byk yg nipis, takut nmpk leher. aurat! (wlupun aku x alim sgt tp aku kisah)

4) pemakaiannye yg melebihi 2 saat. sbb aku pkai tudung awning tu 2 saat je dah siap

5) aku suke kot tudung jenis mcm publicfon yg tutup2 skit ni. ade bumbung. yg len xde.

6) x reti pilih, mix n match n senang cite nnt pkai shawl, x tutup dada. ohh.. malu i! (wlupun seblom ni mmg slalu je pkai tudung angkat2. skrg malu dah. sbb dh jd org dewasa)

7) aku x suke dgr org2 yg kisah psl dosa pahala aku complain. Allah x complain. tp dia bg hamba2nya yg lain complain atas tujuan saling mengingatkan.

8) tah. siyes x kenan. haha

*

*

oleh yg demikian, aku dgn adik aku pergi mengembara ke jln masjid india kt key-el tu utk cari tudung. usaha pd hari pertama cuma membuahkn hasil yg kurang mempuaskan aku sbb adik aku je yg jumpa shawl utk dia. aku dok try tudung awning (yg siyes aku tatau ape nama dia) tp xde satu pun awning yg chantek. aku kecewa. smpi la aku tiba d satu kedai ni. awning dia best! tp aku cari tudung size L. sbb aku nk jd budak baik (yg masih mengumpat?huhu). seblom ni aku pkai size M so mcm x cukop labuh. kechiwa d situ..

pindah ke kedai seblahnye plak. tp x ku sangka, chempedak jd nangka, nasi jd bubur, pulut dah dipanggang jd pulut panggang dan nenas jd tart. aku sangat hampa + kechiwa + menyumpah seranah slps meninggalkan kedai seblah itu. kenapa ye? begini ceritanya...

step into d kedai, aku nmpk 3 makhluk Allah. 2 P, 1 L. aku pasti dgn ape yg aku nmpk ok. Pompuan sorg ni agak berumur (mkcik2 la) n dia tgh borak dgn laki nih. so ade sorg pompuan lg tu mcm asistan dia trus dtg kt aku n tanya "nk cari ape dik?". aku jwb, "nk cari tudung kaler hijau muda size M". dia pun hulur la tudung yg aku minta. bila aku try, awningnye x cantik. biut2. phm x ape tu biut2? biut2 = senget2. x cantek! sbb seblom ni aku dh jumpa kedai yg awning dia bila sarung je kt kepala trus terbentuk dgn begitu indah sekali! jd bila kt kedai ni awning dia mcm hampeh, aku pun try adjust lg. adjust punye adjust, aku yakin tudung ni bkn THE ONE. akak tu tgk mcm aku tgh struggle nk btulkn awning, dia pun tlg la smbil kata,

"awningn ni lpas iron elok la tu."

aku pon reply:

"akak, sy pnah beli tudung yg awning dia cmni. org tu pun kata awning dia nnt akan elok lpas iron tp x pun. smpi skrg sy x pkai tudung tu. rugi je beli."

tetiba makcik ni menyampuk:

"eh dik, tu tudung berkualiti tau. kami jahit sendiri."

pastu laki tu pun sambung:

"Aah dik. jahit sendiri. iron je pastu ok la tu."

Aku dgr ayat dorg, aku pun ulang kata2 aku kt atas td (sila bc ayat kt atas td ye). dorg x puas hati gamaknye, makcik tu reply balik:

"x usah le nk banding2 dgn tudung lain. klu x suke, letak je. x payah beli!"

hamboih! pedas btul ayat die. berdesing tinge aku tau. aku balas balik:

"x banding pun cuma sbb dah pnah kena. tu psl nk beli yg terbaik. lgpun kt kedai lain ade je yg awningnye elok."

Pastu aku selak2 lg tudung yg lain. tetiba dia sound lg:

"x payah nk sentuh2 tudung yg lain. same je tudung tu dgn tudung td. x suke, xyah sentuh!"

Eeeee!! aku sakit hati sungguh. adik aku terdiam kt seblah. ape punya peniaga la mkcik ni. dah dia kata jgn sentuh, aku pon trus sarung balik tudung bawal yg aku pkai. pastu dia perli:

"ko pakai je la tudung bawal tu smpi bila2. xpayah tukar."

Aku sabar. utk btulkn awning tudung bawal tu, aku tiup2 la kn. makcik tu leh sound lg skali nih:

"tiup la dik. tiup smpi betul tudung tu. xyah pakai tudung lain."

sempat gak aku istighfar kot seblom aku balas:

"ye makcik. sy tiup ni."

Wlupun aku tatau ape sbb aku balas cmtu. sakit hati. muka panas. laki yg ade tu sengih2 jek. bajet tudung dia bagus sgt ke? trus aku blah. aku tatau patut ke x aku trus nk gaduh dgn org mcm tu. oleh kerana aku x suka kedai ni, aku snap gmbr kedai ni n aku bubuh dlm blog ni. kenape? sbb aku x suka kedai ni. makcik ni sgt kurang ajar pd customer! sukati je sound aku mcm la aku xnk byr tudung dia. ceittt!! utk sesape kengkawan yg mmg deal dgn kedai ni utk amik stok tudung, aku mintak mahap ye. siyes aku benci!

oleh kerana x puas ati dgn insiden tu, kitorg g lg skali kt masjid india utk cari tudung. Finally! berbayar sungguh kesabaran aku. tudung yg aku dpt sgt best ok! dan murah! aku suke jek. suke sgt. mak aku suke, b pon suke. jd aku lg suke. tudung cantik n sopan n aku suka pakai. x ke indah dunia? syukurla aku dah selesai mengutuk kedai ni. aku berpegang pd tagline ni "CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT!"

aku x mungkin g kedai ni utk beli ape2 lg. x sanggup aku donate duit halal aku pd makcik yg tah pape nih. sori ye makcik. andai makcik baca post sy ni, sy tau makcik dah lupa pd sy sbb dah ramai agaknye customer yg kena sembur oleh makcik. tp dgn buat post ni, sy akan ingat smpi bila2 n takmo jengah kedai makcik lg. semoga makcik mendapat balasan yg setimpal atas apa yg makcik dah buat. babai makcik!

07 November 2010

HKL ialah seketul hospital

hujung minggu yang panjang dah menjadi singkat. rasa mcm sekejap pulak dah nak berakhir hari ahad yg mana adanya game arsenal kt astro berlangsung. live? x kisah. letih sbnrnye. melalui hari yang panjang menggunakan tubuh masih mampu aku atasi. tp jika ia membabitkan otak, fikiran... mampu koma aku seketika. reboot. huhu.

rabu (3/11) :
akak aku transfer ke HKL utk plastic surgery. seblum ni dia kat HTJS N9. katne tu? seremban. lg 10 hari, genap 3 bulan dia duduk atas katil n x pegang stereng kete mahupun kunci kete. sadis. kerana salah org lain, akak aku yg terlantar. dr hosp temerloh, pindah ke hosp semban. n now d kl. journey yg mencabar utk nyawa kakinya.

saat Dr pakar d HKL melihat kecederaan d kakinya yg dah dirawat d HTJS, para Dr tertanya2 kenapa huduh betul hasilnya? jahitan yg kasar! tu komen diorg. tanggapan aku ialah Dr kat HTJS praktis buat TnS kat sofa. tu psl jahitannye kasar. kesian kaki itu. tak perlu ditanya kenapa dan mengapa ke HTJS. membazir! sbb hasilnya di dpn mata. cacamarba HTJS harus diclearkn d HKL. kesian HKL.

bilik d HTJS yg seblum ni dikongsi bersama 3 org pesakit lain, kini sudah berubah. wad 1st class d HKL (yg aku lihat x mampu mencapai taraf wad 3rd class d hosp ampang pun) memberikan ketenangan utk kakak aku berseorangan, akhirnya! mungkin, akan menyebabkan dia rindu pd bunyi2 pesakit yang nazak d HTJS dulu.

Sabtu (6/11):
menumpang tidur d rumah pkck d subg. bgn pg, nak kejar 2 benda. angkat brg bie kt s.alam dan kakak aku masuk OT. subang seblah s.alam so bie didahulukan. 2 buah kereta penuh dgn brg bie bergerak meninggalkn rumah sewanya yg mahal. lega. seorg adik kini menghampiri semester akhirnya. sampai d HKL, mak stay tp both kereta kena bergerak ke semban utk hntr brg ke rumah. ke semban la kami.

mak smpi d wad, kakak br kuar OT. x selemah selalu meskipun ini operation yg ke-6. mungkin Dr HKL mmg hebat. d kaki kakak ada mesin suction yg hosnya disambungkan ke bawah lutut kanan utk mengeluarkan cecair2 dr tmpt luka pembedahan. pedih, kata kakak. dgn mesin d sisi katil, kakak mmg tak boleh tinggalkan katil. mak jg kakak sepanjang malam smpi la td.

Ahad (7/11):
gerak dr umah semban utk hntr bie ke s.alam sbb dia kena bersihkan rumah n ambil deposit. seblum tu singgah HTJS yg indah utk ambil surat MC kakak. fotostat 2 copy, kemudian terus ke HKL utk bg pd mak. masuk tol plus, target 25 minit utk smpi ke tol sg besi. misi berjaya! kurang 1 minit drpd masa yg disasarkan. viva masih hebat! meskipun stereng bergegar seperti gempa bumi berlaku apabila kelajuan mencecah 110 km/j. tp gegaran hilang bila kelajuan melebihi had itu. viva sengaja menyebabkan aku menempah maut.

setel hantar MC kakak, ke s.alam la kami. dr jam 11.30 sehingga 5.30 ptg aku bertapa d rumah bie. hanya menonton mereka serumah membersihkan rumah. agak jahat fikiran aku sbb tanak tolong. bukan rumah aku, simple alasannya. tp akibat kelewatan seorg hausmet, deposit yg sepatutnya berada dlm genggaman pd jam 3 ptg, tersasar ke jam 5.30. sakit hati aku, meskipun sebagai penonton semata. kerenah demi kerenah.

selesai rumah bie, ke HKL semula utk menempatkan bie sbg bibik kakak. aku? balik dgn mak. penat memandu. tp penat mendengar pelbagai luahan dan rintihan yg x mampu aku bantu. nak menegur org yg membuat kesalahan bukanlah kegemaran aku lg. tanggapan baru aku, bila kita tegur, kita di anggap jahat dan disisihkan. bila kita buat x tahu, kita org baik. apa yg aku nk ckp disini ialah.. aku penat dgn membantu jd pengaman dunia. korang nak tertonggeng, jatuh terbalik, tertiarap sembam lantai, aku dah tak ambil peduli. LANTAK!

04 November 2010

JJ vouchers & AEON 26th Anniversary Count & Win Contest

Salam.

hmmm...duduk di rumah sentiasa x menjanjikan apa2 yg menyenonokkan utk aku. y? sbb nothing to do. especially when im alone. sob3. *sad*

pastu pastu, there comes d idea of watching movie sumwhere (unstated location) and unknown movie yet. still.. to book d movie online, must b 2 hours b4 d show ok. so running out of time wit none movie in my 'interested list' causing me to decide... NO MOVIE TODAY. hehehe

juz went there n eat sumthing nice n drop by at JJ to buy things. b4 dat, i need to update my jj card profile n maybe get me few vouchers. uh uh uh.. my JJ points shocked me! only 4400 k. *sad again*

but then d girl said, i got rm50 voucher for freeeeeeeeeeeeeeee~ yeay yeay yeay!
so happy. but still wondering.. how can i get it? did i have any affair wit JJ's owner?? haha. nehi ok! but then, i dont care. i need to use it IMMEDIATELY! wut?? yeah. seriusly immediately. kui3.

without wasting a sec, i already in my fav section! haha. searching searching searching.. got it!
with total of RM156.40, i used all my vouchers so d bill came down to rm106.40. save me more to get 2 XIXILI items. i loike! sengih2 jek mcm dak kecik dpt eskrim. sonok weyh!

owh! btw JJ tgh ade promo smpi 7/11 nih. AEON 26th Anniversary Count & Win Contest. spend rm 50 (JJ members) or rm80 (non-JJ members) in a single receipt and entitled yourself to count how many butterflies on the '26th anniversary icon' and place ur digits in any JJ outlets in M'sia. ni la hadiah2nye yg lumayan itew..

•2 x Grand Prize Winner - Samsung 50" Plasma 3D TV + RM1000 JUSCO Gift Vouchers
•2 x 1st Prize Winner - Samsung Side by Side refrigerator + RM500 JUSCO GIft Vouchers
•2 x 2nd Prize Winner - Samsung Robotic Vacuum Cleaner (Navibot) + RM300 JUSCO Gift Vouchers
•20 x 3rd Grand Prize Winner - Samsung 32" LCD TV + RM100 JUSCO Gift Vouchers

contest smpi 7 Nov 2010 je taw. cpat2.


p/s - tlg jgn google xixili tu ape ok. huhu

01 November 2010

BSN dah ade internet banking!!! yeay!

Salam.
hi ollz! tah nape hepi2 nih.
td kt HTJS, saje je la g atm BSN kn. utk ape? saje je tgk jumlah derma dlm akaun.
haha. sgt sengal ok. pastu pastu, seblom masuk dlm2 tu ade la iklan2 kt atm tuh.
psl myBSN. ape tuh?? uhuhuhuh.. rase mcm nk nanges jek.
pdhal baru aritu tanye b psl mende ni.


"B, bsn ade internet banking mcm M2U x??" tanyaku dgn muka innocent.

"Takde!" jawab b, tegas!hehe

pastu pastu, bila nmpk iklan kt atm tu, trus x jd nk cek balance. trus g kt online banking die.
dgn rajinnye masukkn no hp, pastu masukkan i-pin, pastu reconfirm i-pin, pastu done!
dgn x sabar2 nye nek g wad tmpt my sis tgh online then suh dia buka myBSN.
cayalah! pastu pastu, dah balek umah br buka myBSN sndiri. reg pape yg patot n now, its all mine~ yeay!

akhirnye M2U dah ade teman, iaitu myBSN. komon la, mcm xde bank lain yg ade internet banking. tp nk wat cmne, tu je kad penting dlm purse aku. jgn culik taw!

dah setel sume tu, nk cek balance la kununnye sbb x jd buat kt atm kn td. so try la cek. x dapat??? haiyaaaaaaa... apa celita wooo...
bkn stakat tu je taw, malahan bila aku try login lg skali, kuar page nih!

okeh, x nmpk ek? dia tulis, THE ONLINE SERVICE IS NOT AVAILABE FROM 12.00AM UNTIL 7.00AM. apparaaaaaaaaaaaaa... cmne nk wat payment memalam cenggini??? pastu plak, slow jek nk masuk dr page ke page. tah nape. mebi mslh tenet aku kot? ok tape2. aku akn kiv menatang ni sbb ni pentin utk idop aku kn. ok la. nk tgk AXN sat pastu tidoq. sok maw jln jawuh lg.

check it out - myBSN

p/s - umah sewa kt kuantan tu sume dah sold out tau. harap maaf. saye tau anda x berminat. hehe