Semalam seharian lepak2 goyang kaki sambil layan movie kat rumah. Semuanya kerana tunggu GDex datang hantar parcel ape tah. Isnin aritu GDex call kata diorang dah 2 kali hantar barang tapi asek takde orang je kat umah. Aku pun tanye la bila masa lak GDex datang gendang pintu umah aku kan? Dia kata hari jumaat dan sabtu. Okay fine, jumaat tu memang aku seharian takde kat umah sebab uruskan transkrip kat UKM bangi dgn emedians. Tapi yang sabtu tu... elok cantik je aku duduk kat sofa main game LINES, buleh plak diorang kata takde orang? Hmm pelik bin ajaib dah sebenarnye. Pastu dia kata kalau nak ambil parcel tu kena datang ke HQ diorang kat PJ. Ala.. yang kat tepi Federal highway tu~ Oh mesti la ai malas kan. Tujuan parcel tu dihantar guna GDex adalah supaya tak membazir minyak kete hubby aku kesana kemari. So why must aku pi amik? So aku pon tanye la, tak boleh datang hantar ke rumah lagi ke? "Ehh boleh!" Laju je orang GDex tu jawab. Fuhh... melepek lemak2 aku, lega sebab takyah eksesais ke PJ. Hahaha. Melampaunye lemak plak yang happy! So deal hantar hari rabu. Maka semalam lah rabu yang membosankan itu.
Jam dah pukul doblas tengahari tapi takde sape pun sampai. Lipas pun takde lalu depan rumah aku arini. Inikan pulak GDex. Punya tak sabar, aku pun call HQ GDex, nak tau jam bape delivery datang. Awek GDex tu kata dia tak bleh trace katne lokasi parcel aku so dia suh aku call Helpline GDex. aku pun dgn rajinnye call Helpline diorg. ade la dalam seminit lebih baru dpt cakap dgn sorang mamat cina ni.
Mamat cina pelat: Yes miss, how can I help you?
Awek cun: Saya nak track katne parcel saya la, boleh?
Mamat cina pelat: Minta consignment number please.
Awek cun: Eh consignment number? Saya takde consignment number. Cuba cek under nama *****.
Mamat cina pelat: Maaf ye miss. kita cuma boleh cek parcel guna consignment number saje.
Awek cun: Takkan tak boleh..(tak sempat abis cakap)
Mamat cina pelat: Maaf ye miss. Kalau tade consignment number, tak boleh trace parcel kat mane. Miss minta consignment number dari sender then call kita balik ye. Okay bye.
Awek cun: *terus jadi kurang cun sebab bengang*
Ade ke patut dia main letak je tepon tu? Dia tatau ke yg perbualan tu dirakamkan? Nak saman la camni. Boleh dapat duit banyak2, takyah keje. Hehe. *okay merepek* So aku dengan terpaksanya call sender tu minta consignment number. Dah dapat consignment number, aku call helpline balik. Nasib baik kali ni awek yang jawab so kalau awek borak dgn awek, mesti la dua2 sopan kan? Hehe. Mudah keje aku. Awek tu siap minta no hp aku tau! Pergh... sure terpikat dgn suara aku yang merdu ni kan? *ok merepek lagi* Sebenarnye.. sob3.. dia minta no hp aku sebab nak call aku balik lepas dapat locate kat mana deliveryman. Huhuhu. So dalam jam 2 gitu GDex sampai. Setel GDex, sambung main LINES. hehe.
Skali tiba2 whatsapp berbunyi. Haih.. sape pulek nehhh.. Ohh kak nisa rupanya, memanggil daku gitew.
Awek cun: Ye kak nisa, apa mau?
Kakak si awek cun: U mau durian? Kalau mau, kami singgah rumah u.
Awek cun: Mauuu!!! Hantar la. Korang katne tu?
Kakak si awek cun: Kat highway karak.
By the way, kak nisa ade court hearing kat Raub semalam. Mak ayah aku gi skali. Aku plan nak folo gak tapi memikirkan GDex nak datang, so aku x offer diri. Wahh dah terbayang keenakan durian free dari karak sampai terlupa pasal mak ayah nak datang rumah. Ade la dalam 3-4 minit gitu baru aku perasan situasi sebenar. Mak ayah aku tak penah datang rumah baru aku lagi!!! Oh my~~
*cara mengemas rumah yang ideal ialah dengan berlari-lari sambil tendang bakul dan pukul meja dgn bulu ayam. harap maklum*
Maka mula la operasi kemas2 rumah di hari rabu yang aku baru je belagak kata bosan tadi. Huhu. Amik kau, kan dah tak menang tangan dibuatnye! Well, just nak clarify sebelum korang salah sangka, rumah aku sentiasa 'agak' kemas setiap hari. Tapi bila mak ayah aku first time nak datang ni, aku jd cuak lerr~ Rumah takdela mewah mcm semi-D tu, takat hurup I je. Haha. Korang tak paham kan? Bagus la. Hubby yang tau pasal mak ayah nak datang pun bagi semangat suh kemas umah. Hahaha lawak ni!
Dah kemas 'sikit2' tu, agak2 dah puas hati, mak ayah pun dah nak sampai, so aku pun turun pi jemput diorang. Mula2 tu mak kata nak cepat balik somban, tanak naik rumah. Fuhh lega hati aku. Tapi disebabkan pundi kencing kakak aku tak cukup elastik, nak sangat melawat jamban aku, maka naiklah diorang secara berjemaah ke rumah aku. Tapi yang paling best tu, antara jemaah yg naik tu ialah 4 biji durian. Laaaagi best bila salah sebiji dari durian tu ialah durian MUSANG KING. Pergh!! Sedap gile wa cakap sama lu! Tapi rabak la dompet kalau beli musang king ni. Hehe.
Hmm hmm fingers-cross je bila bukakan pintu rumah bagi mak ayah masuk. Segan la katakan. Tapi respond dari mak sangat mengembang-ngempiskan hidung aku. "Ok la ade rumah sendiri, rumah ok, air ok, sume ok, mak suka." Alahai mak.. macam nak datang selalu je bunyinye? Hahaha datang la mak. At least lepas ni takde la aku rasa segan nak mampus kalau mak ayah nak datang. The first time is always the hardest, kononnye. Diorang siap lepak2 dalam sejam gak la kat rumah aku. Sonok weh bila family datang rumah. Sebab dari pagi tadi aku keseorangan, bila ada orang lain ni rasa meriah pulak. Mak siap suh buka durian lagi, punya tak sabar nak anak dia jamah durian tu. Aku ape lagi? Jangan suruh mak, nanti tak cukup durian ni. Hahaha. Aku makan durian kampung je. Musang king tu reserve nak makan dgn hubby malam nanti. Tapi kalau hubby tanak makan durian (hubby aku ni jenis jual mahal skit, tak suke makan durian konon), aku takde hal nak balun abis lagi 3 biji tu. Rezeki! Tapi memang hubby aku jual mahal la malam tu. Nanti la aku cite ye.