29 June 2013

@grills Bangi review...

Assalamualaikum semua!

Oh hari ni cuti ye so dapat la buat entry banyak2 (wlaupun cuma 2-3 entry tp lg banyak la dr biasa. hehe). So today nak buat review pasal kedai makan western kat Bandar Baru Bangi, @grills namanya. Lately ni tekak rasa nak makan steak dan susah la kan nak cari steak yang halal wlaupun secara amnya kedai steak bersepah kat kl ni. TGI, Tony Romas, etc... tp status halalnye tak dapat dipastikan. Well, maybe diorang guna meat yang halal tp ade x guna wine vinegar time masak2 tu? Or anything yang meragukan lah. Sebab aritu time otw gi keje, nampak botol wine vinegar kat kitchen one of the cafe area bukit bintang tu. Oh i wont doubt it. Sebab cafe tu memang ada jual arak pun. So? Masih x ragu2 dan was2 utk makan kat kedai yang ada hidang arak? Hmm..mungkin korang patut muhasabah diri.

Anyway @grills ni kedai melayu Islam ye. Standard rasa mmg xkan sama dgn kedai mahal tapi better something than nothing rite? So kerana teringin, semalam aku pun pegi la dgn housemate (my hubby ye) aku. Sampai kat @grills around jam 10.30 malam. Sangat lewat sebab diorang tutup jam 11.30 malam. Buka jam 5 ptg klau aku tak silap (tu pun baca dr blog orang). Signboard kat pintu pun dah "Close" katanya tapi kitorang masuk je. Orang tak bape nak ramai la walaupun skrg ni musim baru gaji.



Hmm... kedai ni kat belakang Papparich. Kalau korang nampak Iceroom, or Papparich kat depan, kedai ni kat area situ ye. Tmptnye memang well-maintained, bersih dan kemas. Ada seat aircond dan fresh air utk smoker. So memang selesa la. Kitorang order Meat Lover's Platter (RM53), Nachos Bolognese (RM13) dan @grills Special Juice (RM8.90). 


Meal smpi around 10-15 minit which tatau la nak kata cepat or lambat sebab kitorg khusyuk tengok Fast & Furious 2. Hehe. Meat Lover's Platter ni ada lamb chop, sirloin steak, fillet of rump (tatau ape benda ni), chicken breast & chicken ball. Bila sampai je, eh mcm sikit je portionnye. Tapi at the end, aku kenyang la makan. Dagingnya lembut which aku suka cuma nipis! huhu. Dan dalam platter ni, portion meatnya cinonet2 je. Dah la share berdua. Tapi pikir niat nak lepaskan nafsu tekak je, ok la layan je. Ayam agak liat, dan chicken ball keras! hahahaha. Chicken ball tu 4 ketul je kot. Steam beans ada 2 ketul je dan mash potato dia sedap. For nachos, ok la sedap. Tapi cheese kat atas nachos tu macam dah sejuk. Sedap lg klau makan time cheese tengah panas kan. Yummeh! Oh! Lupa nak review @grills Special Juice (campuran laici, nenas dan epal). Rasanya masam ye. Which aku suka sebab baru lepas makan daging la katakan. Tapi tak buat aku rasa macam nak minum lg la. Tu je.

So overall, food okay cuma bohong la kalau aku kata aku x expect makanan tu lg sedap mcm kat kedai mahal kan. Sob3. Rasanya takkan datang lagi kot. Maybe sebab kitorg datang lewat so meal kureng best. Tu mungkin salah satu faktor. But anyway, nak try kedai lain lak in the future. Tq @grills!

Total bil RM82.40. Time bayar tu, my hubby guna kupon RM60 dari Livingsocial, and bg kad AMEX utk bayar balance. Skali tu takleh guna kad untuk jumlah kurang dari RM50. So u guys out there, jgn lupa bawa cash ye in case kalau makanan korang below RM50 (which is quite impossible). Kesimpulannya, harga food kat sini sangat berpatutan (which means "mahal sikit" or "pricey as what u should expect"). Huhu. 

p/s - u guys should try but please come early ya. nanti kang bagi bad review mcm aku pulak. ade free wifi tau.

@grills full address: No 50, Jalan Medan Pusat 2C, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi












2 comments:

Anonymous said...

Bad services kat @grills shah alam. Tgu lebih sejam tak smpai2. Yang buruknya lg xde sorang pun staff yang nak minta maaf. First and last time aku dtg sini. Ptuihh..

Unknown said...

Kami memohon berbanyak maaf di atas kelemahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Kami akan memperbaiki kelamahan dan kesilapan tersebut. Harap tuan sudi datang lagi pada masa akan datang untuk menilai kami. Kami memohon jutaan maaf sekali lagi. Untuk pengetahuan tuan, Restaurant @grills Shah Alam baru sahaja mula beroperasi pada 25/4/2014.