17 March 2015

Pengalaman bersalin anak pertamaku *updated on 9/12/2018*

17/3/2015

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk aku bernafas pada hari ni dan menaip entry ni.

Seperti yang tertulis kat tajuk entry ni, ye, aku dah selamat melahirkan anak pertamaku. Bila? Di mana? Akan aku ceritakan kemudian.

Tapi saat melahirkan tu sememangnya saat yang tak boleh dilupakan sampai bila2. Terlalu sulit untuk diungkapkan dgn kata2. Hanya Allah dan wanita yang pernah mengalaminya je yang tau.

Hmm.. Nanti aku taip entry yg detail ye. Kena taip slow2 supaya x tertinggal walau satu saat pun. Bukan setakat untuk bacaan kalian je tapi utk kenangan aku juga di masa akan datang.

Ok la korang, mata mcm ngantuk ni. Nak tido kejap ye.

Wslm.

************

9/12/2018

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum my beloved reader sekalian.

Ok ok. I know. The gap is just too huge from my last entry to this date. But I cant help it since i was quite occupied with raising my first baby + work at the office + work as a mom at home + duty as a daughter and daughter in law + duty as a wife to my lovely husband.

I'm so sorry ye. I myself akan rasa dissapointed kalau baca title kat atas "Pengalaman bersalin" but none were told. Huhu.

Alright. Shall we continue? 

Back on 2015, aku dah selamat melahirkan baby boy yang sihat on 8 Mac 2015. Ceritanya begini....(ala ala throwback dalam drama)

4/3/2015, Rabu.

On my 40 weeks pregnancy (4/3/2015), aku dah nervous bila laaa nak bersalin sebab my pregnant-mate semua dah bersalin. Ada yg cepat, ada yg lambat, tapi semua dah bersalin la. Sedih weyy sebab macam dah tak larat nak heret badan pegi keje dah time tu. Dengan tido yang tak lena, mengiring kiri kanan semua serba tak kena. So aku decided untuk ambil cuti awal dari my due date untuk berehat, berjalan2 kononnya utk mudahkan bersalin, dan bermalas-malasan la senang cerita. 

Malam 4/3/2015 tu, konon2 aku berzumba la depan laptop. Goyang2 sikit nak bagi pelvic loose supaya mudah bersalin. Tu aim aku la. Dalam goyang punya goyang tu, tetiba rasa kaki terpijak air kat lantai. Dari mana pulaaa datang air ni? Bukan bau hancing, takde warna, and aku takde rasa terkencing or rasa ada air mengalir celah paha if itu air ketuban. Well, since ni first time nak bersalin, takde pengalaman, and dah on due date, aku inform husband. Kitorg bersiap2 dan terus gerak ke HKL dalam pukul 12 malam rasanya. 

Sampai Hospital Bersalin HKL, register kat PAC sebab first time datang, then tunggu turn untuk dipanggil. Oleh kerana HKL ni terima semua jenis pesakit dari semua tempat, dan dengan limited katil yg ada, so treatment agak slow sikit la. But the staff sangat bagus. Dalam pukul 3 pagi gak la setel jumpa doktor dan cek 'jalan'. Doktor kata takde tanda yg air ketuban aku dah pecah dan serviks aku (pintu rahim) masih kat belakang walaupun pintu dah buka 2cm. So doktor suruh aku balik dulu. Dia bagi maksimum lagi 7 hari untuk tunggu tanda bersalin keluar (contoh: pecah air ketuban, keluar lendir bercampur darah, contraction yg kerap). 

Dengan hati yg pilu, kitorg balik rumah dan qada' tidur. Huhu.

Selepas2 tu aku pun kerap la pegi berjalan kat IKEA untuk induce bersalin. Nak bersalin normal kan. Gigih weyy merayap sana sini, naik turun tangga. Kaki memang dah bengkak sikit time tu. Belum kira hidung yg kembang lagi. Hahahaha lucunya time tu.

7/3/2015, Sabtu.

Time tu takde buat apa pun kat rumah. Lepak2 atas katil sebab penat berjalan2 ukur shopping mall mana tah semalam. Bangun untuk mandi around 10 pagi camtu, eh??!! Ada darah+lendir kat panty! Darah+lendir ni sikit je. Macam hingus hijau kita yang ada blood spot sikit2. Tapi sebab aku nampak ni kat panty, so takkan la hingus pula kan? Hahahahaha. Adoi laaa nadia.

Setelah 10 bulan tak datang period (sebab mengandung la kan), dan akhirnya nampak tanda bersalin yg bagi aku paling valid la untuk serah diri kat hospital, perasaan time tu saaaaangat la excited bercampur takut. Dah inform husband, siap2kan diri dan barang yg nak dibawa, kitorg pun sekali lagi bertolak ke HKL. Sebelum keluar rumah tu, aku call mak, bagitau yg dah keluar tanda bersalin. Mak suruh aku makan 2 biji telur ayam kampung. Adoi mak..saat2 genting camni mana laaa nak cari telur ayam kampung pula. So sebagai alternatif, aku makan je 2 biji telur biasa tu. Telan mentah2 okayy!! Euwww

Doktor cek jalan, kata bukaan serviks masih 2cm tapi serviks dah ke depan so possibility untuk bersalin tu dah makin hampir la. Doktor suggest utk masukkan aku dalam wad. Katanya, dia tak nak ambil risiko tengok berita ada perempuan bersalin tepi jalan. Ye doktor, saya menurut perintah!

Bayar deposit RM300, masuk wad kelas 3. Pastu nurse offer pindah ke wad kelas 2 sebab ada kosong. Aku setuju sgt sebab wad kelas 3 banyak foreigner dan katil sangatla padat. Walaupun wad kelas 2 takde la best sgt pun but at least selesa lagi dari kelas 3. Syukur!

Dapat katil sebelah sorg mommy ni yg tgh tunggu nak bersalin gak. Rezeki dia, dia selamat bersalin malam tu juga. Sempat juga dia share tips dan teknik meneran dan cara sedut gas dengan betul lepas balik dari labour room. Dalam dia sibuk urus baby baru, aku sibuk laaa berjalan ke hulu ke hilir nak cepatkan bukaan rahim. Sambil2 tu aku minum air kosong yg dah dibacakan surah Al-Fatihah dan ayat kursi oleh husband. Ada masanya aku solat dan mengaji kat ruang solat dalam wad tu. 

8/3/2015

Contraction mula around pukul 12 tengah malam. Aku mampu tahan lagi sakitnya so aku teruskan mundar mandir dalam wad. Dalam pukul 3-4 pagi camtu, dah makin sakit. Nurse cek jalan, dah 4cm katanya. Dia suruh banyakkan jalan lagi. So aku pun jalan la lagi. Bila penat, berehat tepi katil, goyangkan pinggang sikit gitu. 

5 pagi, contraction dah makin kerap, setiap 3 minit je mengeras dan sakit. Husband tido dalam kereta kat parking HKL dari pukul 3-4 pagi camtu, lepas aku mesej/call mengadu sakit. Sanggup dia drive dari rumah ke HKL, prepare in case aku masuk labour room anytime, dia pun boleh follow sekali. By the way, wad kelas 1 je boleh ada penjaga temankan dalam wad. Kelas 2 dan 3, sila temankan diri sendiri ye. Uhuk uhuk.

Around 6 pagi, jalan dah buka 6cm. Sakit yg amat oiiiii! Nurse tanya, tanak tunggu sampai 8cm ke? Duduk labour room nanti dah takleh jalan2 sebab pasang CTG. Aku tak tahu la apa beza stay kat wad dan labour room so aku pilih labour room je, expecting akan cepat bersalin.

Masuk labour room, nurse pasang mesin CTG. Time tu aku ingat aku ada bawa baju baby je turun ke labour room. Botol air, handphone sume tinggal kat wad. Husband masuk sekali utk temankan. Tapi sebab sakit tu dah tak tertanggung, aku dah macam kuda nak terberanak tau. Terkedik terkedang menahan sakit. Pusing kiri kanan untuk kurangkan sakit but still, takde kurang pun. Nurse bagi aku sedut gas, katanya utk kurangkan rasa sakit. So aku pun praktikkan la apa yg jiran sebelah katil aku ajar. Sedut dalam2, tahannnnnn, lepaskan nafas. Ulang la beberapa kali. Dalam masa yg sama, pernafasan tu dapat la tenangkan jiwa. Tetapiiiii... Gas tu buat aku hilang akal pula rupanya. Aku punya gaya menahan sakit tu..sampaikan husband tanya, "you kena sawan ke?" hahahahahahaha

Well, not his fault. I definitely didnt expect the excruciating pain of giving birth. I keep on telling myself that i can do this. The others managed to do it, so why cant i? Gittewwww!! 

Ye nadia. Semua orang berjaya beranak sebab semua orang pun hadap sakit yg sama. Cepat atau lambat je prosesnya. Aku dah siap merayu2 minta kena operate sebab dah tak tahan. Padahal kaki dah kangkang dah. Jalan dah buka 8cm camtu. Doktor pun pecahkan air ketuban. Panassss je rasa bila air ketuban mengalir keluar. Time seluk pecah ketuban tu agak kurang selesa dan sakit sikit la rasanya. 

Done ketuban, contraction makin kerap and sakit yang aku rasa macam tak sempat nak bernafas, aku rasa nak teran sangat. Doktor dan nurse pun suruh push macam nak berak, katanya. Dari 4 orang je duduk dalam bilik aku tu, sebab aku menjerit kesakitan, bila aku buka mata, haaaa berderet2 doktor pelatih coat putih berdiri kat hujung katil aku. Menyaksikan pertarungan nyawa aku nak bersalin. 

Lama2 push, aku dah tak larat. Aku dah tak ingat apa husband aku buat kat sebelah, aku tak ingat aku pegang ke tak tangan husband. Yang aku ingat, aku minta ampun sangat dengan dia. Merayu2 aku minta ampunkan segala dosa aku. Aku yang elok2 pakai tudung, tah kemana dah peginya tudung sarung tu. Berpeluh2 merah2 muka meneran. Sampai terberak ok! Still baby tak keluar. 

Doktor decide untuk gunting episiotomy untuk bantu buka laluan. Dia siap inject bius dulu sebelum gunting. So aku tak rasa la sakit gunting tu. Aku just rasa macam kena gunting yg tak sakit dan 'luas' dah jalan. Tu je. Macam dah boleh push tapi aku dah takde tenaga. Then doktor minta husband aku tunggu kat luar bilik sebab diorang nak tarik baby guna vacuum. For info, husband cuma boleh teman jika ibu bersalin normal. Jika ibu bersalin dibantu dengam peralatan seperti forcep atau vacuum, doktor akan minta ayah untuk tunggu di luar. Takut si ayah pengsan kot? Atau emo tengok anak dia kecik2 dah kena sepit dek forcep or sedut dek vacuum? Tah la. Hehe.

Selepas beberapa push with vacuum besi assisted (ye! HKL guna vacuum besi ye kawan2. Huhu), Alhamdulillah baby berjaya dikeluarkan. Baby tak nangis tau mula2 tu. Doktor just tunjuk bebird baby and suruh aku sebut jantina baby, and terus bawa baby keluar utk sedut lendir, etc. Husband kata, few seconds after baru la dengar suara baby nangis.

Ok. Baby done.

Now time untuk keluarkan uri pula. Sakit juga weyh. Tapi tak sesakit bersalin la. Doktor tekan2 perut, tarik2 tali pusat kekiri kanan atas bawah then rasa ada benda besarrrrr nak keluar dari jalan yang sama. Bila dah keluar tu rasa ringan dan lega yg tak terkata tau. Pasti doktor seluk guna tangan pula ke dalam ehem kita untuk cek kot2 ada baki2 uri tertinggal. Macam kena rodok la perasaannya. Sangat tak selesa. 

Ok. Uri done.

Last but not least, jahit laaaa ape lagiii. Hwaaaa. 

Nurse kat HKL ni mostly senior2 and expert2 tau. Aku kena jahit tanpa bius. Sebab sakit bersalin tu masih terasa lagi, so cepat2 jahit la. Sakit la mcm kena cucuk2 jarum pastu bila dia tarik2 benang tu.. Sakit la. But stil tak sesakit bersalin. So tahan je la sambil menggigil kepenatan + sejuk. Btw luka jahit aku besar sebab ada extended tear sampai ke bontot. Sobsss

Ok. Jahit done.

Setel semua, aku ditolak naik ke wad semula. Tanpa baby ye kawan2. Sebab baby aku masuk nursery dulu untuk monitoring gara2 malas nangis time keluar tadi. Halahhhh anak omak nii. Tapi takpe. Aku naik wad, rehatkan diri sambil tunggu famili aku datang. Aku bersalin hari ahad so masa melawat tu lama la sikit. Best2. Sila bersalin hari sabtu ahad la kalau nak pelawat duduk lama2 temankan korang ye. Hihi.

Simply said, aku masuk labour room around 6 pagi, keluar dari labour room around 11 pagi camtu. Ada la 5 jam kat dalam nun. 5 jam yang penuh kesakitan!

Btw the moment aku nampak mak aku, aku salam peluk mak kuat2 sambil nangis. "Sakit makkkk, sakit sangat bersalin", aku kata. Mak senyum pandang aku, "Haa tahu pun. Sape kata bersalin tu tak sakit?" Kata mak. Memang kelat ah senyuman aku. Memikirkan perangai aku yang tak helok2 pernah dibuat depan orang yang bertarung nyawa lahirkan aku dulu. Maafkan nadia ye mak.

Dalam pukul 2 petang baru aku dibenarkan tengok baby kat nursery bawah, sama level dengan labour room. Husband bawa aku guna wheelchair sebab aku tak larat sangat sebab badan masih menggigil kesakitan dengan sakit contraction yang masih berbaki lagi. Time tengok tu, baby dah ok. Tak lama kemudian, nurse pun hantar baby ke katil aku. Maka bermula la proses penjagaan dan penyusuang baby tanpa bimbingan guru bertauliah. Pandai2 sendiri je urus baby.

9/3/2015, isnin.

Aku discaj  lepas tido 1 malam lagi kat HKL. Kena pastikan dulu aku takde pendarahan yang melampau, baby dah berak kencing, dah cek pendengaran baby, baby dah dpt suntikan BCG, luka jahitan aku intact means tak putus, then baru boleh balik. 

Maka bermula la episod berpantang. Aku pilih utk berpantang di seremban, di rumah mak ayah ku yg tersayang. Ni kan cucu pertama diorang, so feel tu lain. Sama2 belajar jaga baby dan cucu baru la kiranya. Hehehe

Alright. I think thats everything. 

Pengalaman bersalin ni aku gigihkan juga utk tulis (selepas 3 tahun tertunda) supaya jadi kenangan pd diri aku sendiri bila baca balik nanti. 

Terima kasih pada readers yg sudi baca entry ni. Semoga bermanfaat utk korang. For those yg sedang menghitung hari nak bersalin tu, aku doakan semoga proses bersalin korang dipermudahkan, dipercepatkan dan dapat bayi yg sihat, InshaaAllah. 

Til next entry.
Wassalam.


17 January 2015

Soledad

Bismillahirrahmanirrahim.


Soledad.

I wonder what does that mean.

And now I know.

Not only the meaning.

But also able to feel it.

Right here, right now.

Deep inside.

Helplessness.

Its eating me from inside.

 ***

Back to Allah, Nadia.

You know He's the ONLY ONE that you have permanently in your life.

Who has never leave your side even for a second.

Who has never forget about you.

Who has given all sorts of test to you in order for you to always remember Him and come back to Him for help.
 
While others are leaving you, making you feel the emptiness, lost of love, He's always there.

Waiting patiently and never loose hope on you.

***

Out of so many things, the only thing that I cant accept is the look --- was it fake?

Has everything gone --- just like that?

I'm hurt.

But i believe its not important.

May Allah assist me in fixing this. 

***

Allah's love is enough.

But His love comes in many ways which some of it I've taken for granted --- unnoticed.

May Allah ease my journey, strengthen my spirit and guide me to a better path in the future.

May Allah provide me His Mighty Love during this hard time.

May this test turn me and also my little khaliff in becoming a strong person.

I really need it.

Desperately.



16 January 2015

My cute hubby...

Assalamualaikum...

Tengah bercuti ni sebab ada urusan kat rumah yang tak setel. Later i story k.

Tengah browse cari barang baby kat internet, tiba-tiba rasa lucu dengan satu benda.

Teringat bila hubby insist nak beli Johnson&Johnson baby oil kat midvalley last month without knowing whats the purpose and solely based on checklist dari internet. (which i refused to buy, of course)

And there's another moment lalu tempat baby lagi and still nak grab baby oil. (and i'm persistently refusing....)

Hehe. CUTE!

I know you're gonna be a great father and Imam to me & our beautiful children. Keep the cuteness going ya.


Love,

Your wife, Mommy-to-be (In Shaa Allah..)


P/S - but the kryptonian thingy is still doubtful.

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tu je yang mampu aku ucapkan.

Alhamdulillah again and again untuk nikmat yang tidak terhingga pemberian Allah ni. Siapa sangka aku berkesempatan untuk menikmati dan mengecapi keindahan mengandung ni? After few years kawin dan takde tanda2 hamil, agak meng-stress-kan kepala. Bukan sebab aku ternanti2 tapi mostly masalah/dilema ni dihadapi oleh semua pasangan pengantin. Soalan cepumas dari pakcik makcik atok nenek sedara mara - "bila nak ada anak?" - ialah satu nightmare untuk aku (mewakili pasangan pengantin yg lain. i take the blame)

Honestly aku selalu terfikir, kenapa diorang tak fikir perasaan kami yang bukannye taknak anak tapi MASIH tak dapat anak lagi setiap kali diorang tanye soalan tu. But anyway, what i can say is, tu soalan berbasa-basi. Ape lagi nak ditanya kat pengantin kan kalau bukan soalan tu. But, YES, soalan tu memang boleh bikin panas punggung. Ada kalanya macam diorang nak kata yang kami golongan yang lambat/belum dapat anak ni as if kami bermasalah dari segi kesuburan/fertility. Sedih. Tapi takpe, aku percaya, rezeki dari Allah. Jika Allah izinkan, tiada siapa mampu menolaknya, kan?

P/S: Reminder to those yg dah ada anak, please, please and please do not ask this questions to your friend or anyone yang masuk dalam kriteria dan berkawen tp lambat/belum ada anak coz they might be smiling at you but you wouldnt know the actual impact of your question towards their emotions. So please be extra careful yea :)

Alrite, dah habis meluahkan perasaan tak puas hati.

**************

31/12/2014

Just nak share my own experience. As im starting to type this entry, i'm officially in my 31 weeks pregnancy. Alhamdulillah. Baru je pegi check up siang tadi. Hewhew.

Well, honestly as i said before, didnt expect to be able to feel this magical feelings of pregnancy. I was almost give up before i know about my pregnancy. Okay, lets rewind to a-year-ago story. 

I remember that there's one time where i've been having these instability of hormone (i think) which caused me to be overly sensitive, cepat menangis/tersentuh dengan apa jua situasi, dan ada rasa mual2 yang my mom definitely berharap anak dia ni dah berbadan dua. So i dengan keazaman membara, pergi la Watson kat Tesco Damansara beli Urine Pregnancy Test (UPT) kit yang murah2 tu (2 for RM10) sebab kedekut dan right away buat test tu. Result? Negative. Memang caca marba btul perasaan time tu. Oh ye, time buat test tu, i missed my period for almost 2 weeks okay! 

So kalau korang notice, i beli UPT kit tu 2 ye. Satu dah guna, tinggal lagi satu. After another 1 week missed my period (total of 3 weeks), period i datang balik dengan teraturnya. After that, no more delay. Since after that 'emotional period' over, clearly im not pregnant kan. My mom sampai suggest untuk me & my husband pegi jumpa doktor untuk cek apa yg patut. Well, i feel offended tapi i takde la nak lawan my mom kan. I just kata, "Allah tak bagi lagi. Kalau Allah nak bagi, Maryam yang tak kawin pun boleh mengandung". Kukuh tak statement i? Hik hik. Walaupun perasaan i berkecamuk + haru biru, to one point, i did voice out this suggestion to Hubby. Hasilnya? Takde rezeki lagi, cakap banyak pun tak guna kan.

So lets come back to a-year-later punya story which is 31 weeks before ye. Hehe. Somewhere in March 2014, kitorang laki bini travel ke Medan, Indonesia. Saje jalan2. Kebetulan Hubby ada kawan dengan orang sana so kitorang dok rumah dia. Kitorg memang baik la dengan family dia. Adik kawan dia ni tengah pregnant 8 bulan kot time tu. So ade la borak2 pasal pregnancy dilemma ni and kawan dia suggest pegi urut dengan sorang akak ni. I pulak memang suka bila dengar bab urut2 ni, not knowing yang this is not the usual urut. OMG! Bila sampai kat rumah akak tu, then dia tanya bape tahun dah kawen, pastu dia mula urut. Bila dia pegang bahagian perut bawah pusat, tekan2, urut2, then dia kata maybe my peranakan jatuh. Thats why susah nak dapat zuriat. Tu kata dia la. I ni menurut aje, while wondering how does it feel berurut naikkan peranakan sebab orang kata sakitttttt sangat. Not long after that (less than 5 secs), akak tu dah mula urut. Rasa dia... perghhh.... dia tolak perut tu dari bawah ke atas, senak yang amat!! Memang mengerang la i of kossss! Huhu. Tapi niat nak usaha, i tadah je badan. Btw urut tu takde la lama sangat, dalam half an hour camtu kot. Lepas urut, takde plak sakit badan or pape side effect. Lepas urut tu siap boleh pegi supermarket lagi beli susu untuk pra-kehamilan, dicadangkan oleh adik yang preggy 8 months ni. So balik Malaysia, i gigih minum susu brand Indon yang i dah lupa jenamanya. Gigih tak lama la, sebab bila minum susu tu, nafsu makan membuak2 menyebabkan berat naik. So i stop. Beli pun sekotak je untuk stok 2 minggu. Nampak sangat hangat2 tahi ayam kan i ni. Hihi.

Pastu somewhere in May 2014, on my 1st day of period, i minta MC dari klinik sebab period pain. Takde pun period pain cuma pain at abdominal part je. Tapi memang my 1st day period la. Huhu. I just need some rest from work. Time tu stress keje kott! Then somewhere in June 2014, umat Islam pun mula berpuasa, which happened to be my period delay for 1 week. After menahan nafsu untuk buat UPT dari 1st day missed period, akhirnya i tak mampu bendung lagi keinginan untuk test tu. So i korek balik UPT kit yang dah setahun tersimpan (as told above) dan buat test awal pagi time sahur. Tu pun after google2 dan baca info mengatakan 1st urine in the morning is the most accurate one. Ni sume sebab takmo keciwa lagi la kannn nampak single line. And alhamdulillah.. i nampak double line!!! How happy i was - speechless!! i lari ke Hubby yang tengah ready2 nak makan sahur time tu and showed him the result, dia ape pun x paham. ceh. Explain jap and trus dapat kiss. Ya Allah, betul2 rezeki Allah nak bagi. Dapat time bulan baik pula tu. Terharu berketika. (as im typing this entry, baby tengah ligat kicking dalam tummy ni. and im smiling. satisfied)

After that moment, everything's changed. The way i look at the world, its different. Semuanya nampak indah. Tapi i rahsiakan dari family members lagi. So only me n Hubby je yang tau. Ihik! Sebab tak scan kan so xtau for real ke tak result tu. But hope is there, and im happy enough. Then i keep on thinking on how to break the news to my parent. Clueless.

Time bulan puasa tu, ofis my mom ada buat majlis iftar bersama keluarga, so staff boleh bawa keluarga untuk berbuka bersama2. Venue - SMK Paroi, kot. Dah selesai berbuka, solat maghrib, tazkirah, solat isyak dan tarawih, pastu sesi salam2 dengan kawan2 mak dan anak2 perempuan mereka. Then mak suruh usap perut kawan dia ni yg tengah preggy 6 months, ambil berkat katanya. Then i replied, takpe mak, dah dapat berkatnya :) My mom was like.....krik krik...."ape ko cakap ni dya?" Mak buat muka blurr. I smiled and said, "Dya pun dah ade. Dah sebulan setengah dah mak." And i said that loud n clear in front of her female colleague yang selama ni dok tanya bila dia nak dapat cucu. Tapi ekspresi muka mak memang tip top la bak hang! Mak boleh buat muka terpempan tak percaya, sampai kawan dia datang tepuk bahu and congratulate her pun dia masih pandang muka i tak berkelip2. Pastu dia peluk i and dalam keadaan tak percaya, mak kata, "ye ye je ko ni kan". Hahaha. Pastu kitorang pun balik rumah. Sampai rumah, ade la sikit2 mak tanya, since when tau, dah scan ke belom, bila nak buka buku pink. And yeah, im happy enough to break the news in that way. Sorry mak. You know I love u!


Hari silih berganti, time pertengahan bulan kedua pregnancy (sepanjang bulan puasa), i mula mual2 dan muntah2. Makan je muntah, berus gigi je muntah. Selera makan takde. Tak rasa plak berat badan turun tapi hakikatnye memang turun rupanya. Tu pun lepas cek time buka buku pink on my 3rd month pregnancy. My weight is 53.4 kg!! Before pregnancy, i was 57-58kg kot. Huhu. Time tu nurse bagi la folic acid, ferrous fumarate, b-co as supplement. Tapi sebijik pun i tak telan. Konon nak tengok la kemampuan diri ni nak supply zat besi kat anak secara original. Mulia sangat impian i kan? For few months, HB (hemoglobin) i ok la, above normal. So makin ke laut la sume supplement yg nurse bagi.

Btw since i cek UPT tu sampai la buka buku pink, tak pnah scan baby. Seminggu lpas buka buku pink, then doktor kat KKIA tu scan perut nak konfemkan kewujudan si kecik ni and yeah, i can see him/her dengan jantung yang berdegup2. Indah sangat. Tapi yang tak indahnye bila Dr x print pun gmbr baby tu sebagai kenangan. Hampeh!

Masuk bulan ke-4, semua symptom tak best tu dah hilang. My boss pun dah tau about my pregnancy. Syukur la dapat boss yg agak memahami keadaan i. Pegi check up pun takyah amik MC, cukup dgn time slip max 3 hours then datang keje balik dgn keje yang tak banyak, just according to my working hours. Thanks boss!

Masuk bulan ke-5 (20 weeks), baby bump dah mula nampak. Time ni nak sarung seluar slack memang se'eh la perut kan. So i pun beli la pregnancy slack kat Aeon for RM59.90. Up until now, thats the only pregnancy pant yang i beli. Sebab mostly pakai baju kurung (yang kain tak dapat kancing) or pakai dress, loose dan senang. And there's one weekend time tengah tunggu Courts Mammoth hantar tilam yang kitorang laki bini order (tido atas toto je time tu tau), bangun pagi tu tetibe rasa macam... err... macam baru lepas makan banyak dan perut bergerak2. Err... memula tu i diam je la. Nak rasa lagi dan lagi gerak tu sebab rasa unsure and curious yang melambung tinggi bak KLCC. Skali rasa kena tendang dengan lembut dari dalam perut and i was like.... Subhanallah.... gelak gembira yang amat sangat dan terus suruh hubby pegang perut dan tunggu dengan sabar. Ye! Tunggu dengan sabar sebab time 5 months ni baby tak kick dengan aktif lagi so gap dari last kick sampai next kick tu memang take time sangat. And hubby felt it too!!! Ohh the happiness time tu cuma Allah je yang tau. Segala nikmat yang Allah bagi, terlalu indah untuk dishare berdua maka hubby pun whatsapp my family dan kata i tengah sengih2 pegang perut sebab dah mula rasa baby menendang. Ahahahaha... happy sangat!! Weekend tu balik umah mak kat somban, mak macam ego gile tanak pegang perut dan tanak tunjuk dia punya excited nak rasa baby tendang. Haha.. mak i ni lucu plak tetibe. But anyhow she managed to feel it too! You're one step closer to become a grandma, mak! Love you!

Masuk bulan ke-6 (24 weeks), i insist nak scan baby sebab kat KKIA takleh scan. Me is sad. hehe. So pegi la scan kat klinik depan rumah je, RM45 kos utk scan saja ye. Then Dr tunjuk saiz kepala baby and size tulang peha baby memang sesuai dengan usia kandungan 6 bulan. Pastu dia tunjuk baby punya ehem-ehem which is rahsia (hehe) and then dia tunjuk tulang belakang baby, muka dan tangan baby including lokasi uri/plasenta. Wajib tahu tau katne lokasi uri/plasenta ni sebab takut dia cover bukaan serviks which later on boleh menyebabkan heavy bleeding which may lead to death klau takde early management. So sila tahu ye mommy-to-be sekalian. 

Masuk bulan ke-7 (28 weeks), baby bump makin ketara and nothing much changed. Makin banyak rembat dress sebab senang pakai dan baby kick lebih kerap. Lepas masuk bulan ke-7, check up kat KKIA jadi 2 minggu sekali instead of sebulan sekali. Time ni hemoglobin reading jatuh ke 9.4 (normal range is above 11 ye). Ni sume sebab i malas makan supplement yg KKIA bagi. Bajet badan ni banyak gile nutrien kot. So pastu gigih la i bantai makan all supplement (ferrous fumarate, vit B complex & vit C) which sangat melawaskan proses ke toilet tau. Me is like. Hehe. Masuk bulan ke-7 ni juga, i beli Salindah dan baru start makan. Ni sume sebab terpengaruh dengan pengalaman time kecik2 dulu mak bagi makan Examo dan kami adik beradik dapat straight A's dalam UPSR. Lepas UPSR, mak tak bagi dah so kami jadi less pandai kot. Huhu. So Examo and Salindah ni ialah homeopati, bukan drugs/supplement macam kat kedai. Lagipun baca blog Irine Nadia, dia pun amalkan Salindah dari first pregnancy dia sampai la 2nd pregnancy (yg sekarang ni) dan dia kata ok. So why not kan? I beli 1 whole set Salindah ni (set mengandung dan bersalin) dengan harga RM400 kat kedai jamu dalam Mydin Seremban 2. Murah ke mahal ek? Memang tu range harga dia kot. Oleh kerana aku start lambat, shud be aku makan B3 je (utk pregnancy 28 weeks dan ke atas) tapi sebab rasa macam membazir je tengok stok B1 dan B2 tu biar camtu je so aku balun all B1, B2 & B3 together. Hasil? Tah la. Hehe. Sebab sume pun nutrient tambahan (i assume la) so shud be takde masalah kan. Harap2 la ye.



Set lengkap Salindah. (ihsan Google)



Ni pula jadual pengambilan set Salindah ni. (ihsan Google)


But lately ni i macam ada rasa loya2 dan ada la 2-3 kali muntah waktu pagi. Rasa macam simptom time memula pregnant aritu datang balik plak. Time berus gigi tu rasa nak muntah je. Ni sume sebab main bantai je makan B1 & B2 ke? Hehe. 

Masuk bulan ke-8 (32 weeks), baby aktif sangat bergerak dan hubby yang selalu tido lambat la yang selalu 'borak' dengan baby. Maybe sebab space dah makin sempit, tu yang makin terasa geraknya bila baby nak adjust posisi. But i like, eventhough ada masanya a bit annoying (hehe) dan agak menyakitkan (sebab merata2 dia tendang). I ada rasa nak scan 3d/4d tapi... so far takde kesempatan. Takpela. Tunggu nanti scan 36 weeks kat KKIA je la. Jimat skit duit i. Huhu. Niat nak scan sebab nak tengok muka baby & nak confirmkan jantina baby tapi bila fikir2 balik, Allah tau apa yang Dia nak bagi kat kami kan. Scan macam mana pun tapi kalau yang keluarnya lain/sama, itu la hadiah dari Allah. So simpan la duit scan tu untuk lengkapkan keperluan baby & mommy. 

Masuk bulan ke-9 (36 weeks), perut dah mula rasa 'berat' dan cepat senak. Makan pun cepat je rasa full padahal masih lapar yang amat! Time tido toksah cite la. Memang dah langsung takleh tido telentang. WAJIB tido mengiring kiri atau kanan. WAJIB ye puan2. Dah la takleh tido tiarap, now telentang pun tak boleh sebab nanti rasa mcm perut kena hempap dan cepat rasa sesak nafas. Huhu. Time masuk 1st week dlm bulan ke-9 tu mcm okay2 lagi la. But as the day passed by, mula terasa segala symptom seperti jalan macam penguin, jalan mendada, jalan kena tampung perut sbb tetibe rasa berat yang amat, perut mula rasa mengeras2 yang kerap dan sometimes kurang menyelesakan dan ada masanya menyakitkan sbb keras sampai ke bahagian ari-ari (bawah pusat), kencing maaaaakin kerap, jalan ada masanya masih boleh catwalk dan ada masanya tiba2 kaki macam kena letak seploh biji bata dan jadi berat sampai susah nak jalan, dll. Banyak kan?? YES! Time ni la crucial moment untuk si isteri perlukan belaian manja dan kasih sayang dari si suami sebab time ni sangat memenatkan. Dah la nak kena tunggu due bersalin yang sememangnya anytime, pastu nak kena layan segala perubahan yang kurang menyelesakan kat badan sendiri, pastu kena urus rumah lagi, keje lagi, lagi dan lagi dan lagi dan macam2 lagi lah. Pastu time 38 weeks ritu tetibe rasa mcm ada keputihan yang banyak which usually i dont have any la. So keputihan tu sometimes white in color, then ada masanya yellowish and greenish but without foul smelling. Bila bagitau Dr, cek kencing ada leukosit dan cek bawah nmpk mmg ada whitish tp x teruk pun. Kata Dr, maybe vaginal candidiasis which common in pregnancy due to changes in hormone dan menyebabkan extra 'makanan/gula' dihasilkan kat area bawah tu dan merangsang candida utk membiak. FYI candida tu mmg normal flora kat bawah tapi jadi musuh bila kuantitinya bertambah. So dari bagi antibiotic and ubat untuk treat conditions tu, walaupun tak severe tapi ye la, why must leave it untreated kan? As of now, those medical conditions dah resolve, Alhamdulillah :)

p/s - TBC in bulan ke-10 (40 weeks) yea.


**************

16/1/2015

As of now, i dah 33 weeks pregnancy. Barang baby & mommy belum fully complete lagi. Sementara cuti arini, completekan entry ni dan double check apa yang takde lagi. Kos memang banyak untuk beli barang2 so disarankan untuk beli sikit2 atau simpan duit dari awal pregnancy supaya time nak beli  segedebuk tu duit dah cukup so puas hati skit nak beli ape pun. Kan? Nak2 lagi gaya hidup sekarang ni sokmo demand dan nak sangat ikut style barat sampai benda yg x perlu pun dibeli. Contoh yang i dpt dari kawan i, baby cot. Dia beli baby cot tapi last2 x pakai pun. Siap offer nak jual kat i lagi. Memang i said no la kan sebab dia kata x perlu. Huhu. So i've decided to just provide yang essential je. Keperluan VS Kehendak ok! Part barang tu kiut tapi mahal dan barang ni kurang kiut tapi murah pun kena amik kira gak. So banyakkan Istighfar sewaktu shopping supaya tak membazir. Hehe.














**************

4/3/2015

Hari ni actually my estimated due date (EDD) a.k.a at 40 weeks pregnancy but yeah, as i'm typing this entry, I masih lagi kat rumah dan belum bersalin. Huhu. Just nk share semalam (9.30 pm) time tengah layan movie John Wick kat lappy, tetibe rasa macam ade air basahkan baju. Tapi tak banyak dan tak deras la. Just wetkan macam besar bola tenis gitu. Takde bau dan takde punca la baju nak basah tiba2. I dah mula fikir bukan2. Leaking air ketuban ke? Klau ye, kena pegi hospital ni sebab tu salah satu tanda yang laluan dah ada kebocoran. But i x rushing pun. Habiskan dulu cite movie tu sambil eksesais konon nak bagi baby turun, then around 12.40am baru kejut hubby ajak gi HKL. Sampai HKL around 1.30am, jumpa nurse untuk daftar then cek pulse rate baby and kira contraction in 10 mins. Jantung baby ok - 136/min, no contraction. Pastu jumpa Dr utk clerk history, Dr cek jalan sebab nak confirmkan air yang kuar jam 9.30 tu air ketuban ke tak, then dia cek jalan skali. Result - bukan air ketuban, os 2 cm, station -3, membrane intact. Pastu scan baby untuk confirmkan posisi kepala and other details - presentation cephalic, HR noted, EFW 2.8-3kg and so on. Tak reti baca lelebih, yang penting baby okay dan kepala mmg kat bawah dah. Since takde significant sign yang mengatakan I akan bersalin, so Dr nak discaj I balik rumah but before that nak cek heart rate baby + contraction guna CTG for 20 mins. Yg menariknye time nurse nak pasang CTG tu, perut tgh contraction so dia tgk HR baby low (x nmpk bape). Cari punya cari memang x dpt HR yg 100 above. So dia panggil Dr kata takut baby bradycardia time contraction sebab HR baby x sepatutnye drop time contraction unless if baby distress which considered as emergency tau. So Dr pun re-scan balik nak confirmkan posisi jantung. Lpas tu bila pasang balik CTG baru la dpt HR 130-150/mins which is normal. During that period of 20 mins, ada la contraction (kot) dalam 2 kali. Pergh.. mmg tak selesa je layan contraction time baring. Sedap lagi kalau dapat jalan/zumba2 skit. Huhu. Dari plan 20 mins CTG, last2 jadi 40 mins sebab Dr suh tukar2 posisi, nak bagi HR baby cantik time contraction. Result - CTG reactive (maksudnye baby ok time contraction dan tak distress). Dah siap sume2 tu, Dr pun bagi balik. Dr pesan untuk alert dengan pergerakan bayi. If bayi kurang gerak atau keluar apa2 tanda utk bersalin yg ketara, baru datang. Or else, datang serah diri on my final day which is 6 days from now - 10/3/2015. Setel byr RM5 utk rawatan, balik la kami laki bini around 5.40 am. Sampai rumah jam 6 am, solat then tido dengan aman damai. Bangun pagi ni rasa mcm tak percaya apa yg berlaku pagi tadi. Tak sabar sangat nak bersalin tau. Moga Allah permudahkan dan percepatkan proses bersalin I, semoga I dapat menahan rasa sakit bersalin tu, moga I dapat bersalin normal tanpa induce/c-sec, moga suami dan family dapat berada di sisi time I melalui proses bersalin, moga suami I dapat berada next to me untuk temankan I time I berjuang untuk lahirkan anak sulung kami. Amin ya rabb. Korang doakan I tau. 

Ok girls, thats all for now. Nanti sambung lagi k. 

Wassalam.