Assalamualaikum.
Untuk 2 hari berturut2 aku, hubby and adik ipar aku laki bini gi melawat AEON Member's Day kat Bukit Tinggi, Klang dan Balakong. Penatnye memang tak terkata tapi lagi tak terkata bila memang langsung takde hasil tangkapan untuk aku. Sadis! Aku dah macam hilang naluri kewanitaan tengok pakaian2 yang bergentayangan kat department store tu. Gile ke ape aku ni? Meroyan? Tukar jantina dah? Hormon gadisku berkurangan? OH NOOOOO!!! NEHIIIII~!!
Jujur cakap, memang rasa sadis gile dengan diri sendiri. Rack by rack aku lalui, selak hanger sana sini tapi memang hati ni takde langsung melekat kat mana2. Tapi lain pulak yang berlaku kat hubby aku. Dia yang berlari ke sana sini gi fitting baju dan seluar, cari saiz dan macam2 lagi. Okay! Something is wrong here~
Ape jantina kitorang dah bertukar ke???? Hahahahaha. I love you, hubby! That's why org kata pasangan kita ni pelengkap kekurangan kita. Atau lebih tepat lagi, pasangan kita ni merembat segala 9 nafsu kita sebagai pompuan! Hehehe. Joking!
Sebenarnye memang takde pakaian yg menarik dah kat AEON tu. Bukan ape, aku nak pakaian yang sopan dan tak sempit2 macam baju baby. Bukan setakat kekangan agama tapi juga sebab badan aku ni dah makin gemoks! Auww! Peritnye kenyataan ituh! *sambil tekap luka kat dada akibat ditusuk oleh ketajaman ayat sendiri* So bila badan dah gemoks ni, segala curveeee yang ada kat badan aku ni makin terserlah dan akan menyebabkan hubby aku jeles klau ada lelaki bukan muhrim lain tengok/pandang/lihat/tenung/jamah dgn mata2 diorang. Oh tidak. Sekarang dosa aku kan ditanggung oleh hubby. Klau btol la aku sayang hubby, nape perlu aku hantar dia ke neraka disebabkan oleh perbuatan aku kan? Eee sedih la pulak. So pendek cerita, aku tak minat style baju kat AEON! Huhu
Lately ni aku minat style dress tp sume dress/jubah yg dijual mahal melampau! Tau2 je la yg aku ni kedekut kan, klau harga baju tu lebih dr singgit pun aku dah berkira nak beli. *Bajet badan aku kecik macam semut la sampai ada org jual baju harga singgit.hahaha* Pastu mula la akal aku yang pendek sejengkal ni pikir nak jahit baju sendiri. Wahhh aku ni sememangnya bajet! Bajet pandai jahit pulak. Hehe. Tapi.... malas la pulak. Then maksudnye takde la dress/jubah jahitan sendiri nampaknye. Maka takde la baju baru. Huhu.. *super jeles dgn hubby sbb dpt byk baju baru walhal kat aku dah conquer 3/4 dari total ruang almari. Ahaks!*
Inilah namanya nafsu wanita... x semestinye dapat. Tapi nafsu utk dapat tu sentiasa ada. Makanya bila aku gi jenjalan kat mana2, klau nampak baju2 comels tu, aku istighfar banyak2. Fuhh... berjaya jimatkan duit. Tapi bila sampai rumah, buka almari nak pilih baju utk dipakai, mula la setan cucuk2 hati tu supaya rasa menyesal tak rembat baju comels td. Astaghfirullahalazim....
Oh ye, time kat AEON tu ade gak cari jeans utk hubby. Well, aku dilarang utk pakai jeans sejak kawen not only by my hubby, but also by ALLAH (yg seblom ni aku but dono je. gile rude!) So dalam selak menyelak jeans yg super murah kat tized dlm AEON tu, hati ni tercuit sikit rasa nak pakai jeans balik. Uhuhuhu...
Me: Hubby, bleh tak i beli jeans utk i?
Hubby: *Pandang aku dengan harapan yg aku masih ingat dia dah larang aku pakai jeans forever*
Me: Nape? I pakai la baju labuh2. Ala.. jeans ni kan seluar macam seluar slack i tu.
Hubby: Tak boleh. Jeans kan ikut bentuk kaki. Dosa.
Me: *Sengih gedik dalam hati sebab hubby tak goyah iman utk benarkan aku beli jeans. Perlu ke aku gedik camtu?*
Bye jeans. Tak dapat pakai jeans kat dunia, aku pakai jeans kat dalam syurga je nanti. Klau korang pon nak pakai jeans dalam syurga, maka jauhi la jeans kat dunia ni. Duniawi je sume tu. Eceh...
Ni pesanan untuk diri sendiri terutamanya. Amin.
p/s - aku memang tak sempurna dan takkan pernah sempurna untuk menyempurnakan orang lain tapi aku sentiasa berusaha untuk menjadi sesempurna yang termampu di sisi Allah yang Maha Sempurna.
No comments:
Post a Comment