Assalamualaikum uolss~
Kes tayar kete pancit ni bukanla kes biasa bagi aku sepanjang aku hidup. Sebabnye ialah dah banyak kali aku berdepan dengan situasi ni tau! Stres? Toksah cakap la kan. Tapi setiap kali pun ada penyelesaiannye. Time memula amik lesen dulu pun ade kene ajar kan camne cara tukar tayar. Benda ni highlighted by pengajar tu khas kepada KAUM WANITA sebab ramai wanita yang bila tayarnye pancit, duduk je la dalam kete kat tepi jalan sambil nangis tatau nak call sape. Haih.. Sabo je la. So sepatutnye apa yang wanita harus lakukan ialah berenti tepi jalan sambil pasang emergency signal, then turun kete gi cek kat bonet tu klau ada spare tyre. Bukan spare tyre mcm kat perut tu ye. Huhu. Klau spare tyre ade, then cari pulak tools utk tukar tayar tu. Klau ada, boleh tukar tayar sendiri dah! Tapi klau takde.... hmm... ape nak buat ye???
So itula yang berlaku pd aku & ayah aritu. Time tu baru je masuk tol Simpang Ampat Melaka lepas hantar adik balik asrama. Baru je cecah highway yang lurus tu, tiba2 kete bergegar gile gile gile gile! Ayah kata slowkan kete and berenti kat tepi jalan atas rumput. Yela, since akak aku eksiden aritu, isu berenti tepi jalan ni kitorang dah mark sebagai TAK SELAMAT! Okay? Memang tak selamat sebab anytime kete boleh hentam korang. Huhu. Seram ai!
Bila turun dari kete, tengok tayar belakang belah kiri kempis. Ohh my~ So aku dengan expertnye buka bonet kete utk cari spare tyre. Spare tyre ade! Tapi.... mane tools utk tukar tayar nihh!!!! Ahh bengang! Ayah pun cari gak sambil membebel2. Ape punya luck la bleh xde tools plak dalam kete. Hampeh btol. Kitorg pun mula tercengang pikir nak buat ape. Ohh lupa plak, kan dalam PLUS Highway ni, so call la PLUS Ronda! Ala.. yang dok ronda2 highway tu!
Tgh aku sibuk google nombor plus ronda, tetiba ade sebijik saga lama kaler putih stop kat depan kete kitorg. Ohh cuak mak! Pastu kuar sorang lelaki india dari saga tu. Ohh cuak dabel2 dah mak ni! Huhu. Dia datang dekat then tanya, ape masalah? Aku kata tayar pancit. Then dia dengan lagi expertnye kuarkan kon dari bonet kete then letak kat belakang kete aku dalam jarak 50 meter gitu. Pastu dia kuarkan tools yang diperlukan utk tukar tayar. Kawan dia pun tolong tanpa banyak cakap. Aku pandang je la diorang ni, sambil rasa bersyukur sebab ada org sudi tolong. Tapi bila pikir balik yang segala tools pun lengkap dalam bonet diorang, so aku mula la curiga. Aku dok bisik2 dgn ayah psl diorang, tapi ayah rilek je. Yela kan.. skrg ni byk sgt kes dgn orang india. Bukan nak timbulkan isu perkauman tapi tu hakikat. Maaf ye.
Bila dah setel tukar tayar, dia pun cakap yang dia memang round2 area ni. Dia ni pomen. Ohhhh... patut la. Pastu dia kata total sume skali RM30. What???? RM30 utk tukar tayar????? Gilo ko apo??? Hmm hmmm! Marah ni tapi apakan daya, bayar je la. Syukur ada org tolong sebenarnya so tak sampai 5 minit tayar pancit, kete dah bleh jalan balik. Thanx pada diorang sebenarnye walaupun caj tu tak masuk akal langsung! Bagitau hubby pasal benda ni, hubby kata klau panggil plus ronda, kompom free. Aih... terus rasa purse sakit. Hahahaha. Takpela. Pengajaran utk aku.
So pada sesape yang selalu lalu PLUS Highway tu, sila la simpan nombor helpline plus ye. In case klau korang perlukan bantuan dan tanak fulus korang melayang. Sebab diorang kompom tolong for free! Huhu. Bukan setakat PLUS je tau, any highway yang korang lalu, simpan la nombor helpline diorang. And if korang diapproach mcm aku ni dan korang nak reject, bagitau la yang abang, kakak, ayah, pakcik atau atuk korang on the way ke tempat korang so that bunyi mcm logik skitla utk korang reject. Okay?
Please be safe ke mana pun korang pegi ye dan sentiasa beringat. Bukan nak curiga dgn semua orang tapi tak salah curiga walaupun dengan manusia yang korang kenal, nak2 lagi klau di tempat yang sunyi. Mesej ini dibawakan oleh HotFM! Ecehhh perasannnnnn~
No comments:
Post a Comment