30 December 2012

Hilang naluri @ AEON Member's Day!!

Assalamualaikum.

Untuk 2 hari berturut2 aku, hubby and adik ipar aku laki bini gi melawat AEON Member's Day kat Bukit Tinggi, Klang dan Balakong. Penatnye memang tak terkata tapi lagi tak terkata bila memang langsung takde hasil tangkapan untuk aku. Sadis! Aku dah macam hilang naluri kewanitaan tengok pakaian2 yang bergentayangan kat department store tu. Gile ke ape aku ni? Meroyan? Tukar jantina dah? Hormon gadisku berkurangan? OH NOOOOO!!! NEHIIIII~!!

Jujur cakap, memang rasa sadis gile dengan diri sendiri. Rack by rack aku lalui, selak hanger sana sini tapi memang hati ni takde langsung melekat kat mana2. Tapi lain pulak yang berlaku kat hubby aku. Dia yang berlari ke sana sini gi fitting baju dan seluar, cari saiz dan macam2 lagi. Okay! Something is wrong here~
Ape jantina kitorang dah bertukar ke???? Hahahahaha. I love you, hubby! That's why org kata pasangan kita ni pelengkap kekurangan kita. Atau lebih tepat lagi, pasangan kita ni merembat segala 9 nafsu kita sebagai pompuan! Hehehe. Joking!

Sebenarnye memang takde pakaian yg menarik dah kat AEON tu. Bukan ape, aku nak pakaian yang sopan dan tak sempit2 macam baju baby. Bukan setakat kekangan agama tapi juga sebab badan aku ni dah makin gemoks! Auww! Peritnye kenyataan ituh! *sambil tekap luka kat dada akibat ditusuk oleh ketajaman ayat sendiri* So bila badan dah gemoks ni, segala curveeee yang ada kat badan aku ni makin terserlah dan akan menyebabkan hubby aku jeles klau ada lelaki bukan muhrim lain tengok/pandang/lihat/tenung/jamah dgn mata2 diorang. Oh tidak. Sekarang dosa aku kan ditanggung oleh hubby. Klau btol la aku sayang hubby, nape perlu aku hantar dia ke neraka disebabkan oleh perbuatan aku kan? Eee sedih la pulak. So pendek cerita, aku tak minat style baju kat AEON! Huhu

Lately ni aku minat style dress tp sume dress/jubah yg dijual mahal melampau! Tau2 je la yg aku ni kedekut kan, klau harga baju tu lebih dr singgit pun aku dah berkira nak beli. *Bajet badan aku kecik macam semut la sampai ada org jual baju harga singgit.hahaha* Pastu mula la akal aku yang pendek sejengkal ni pikir nak jahit baju sendiri. Wahhh aku ni sememangnya bajet! Bajet pandai jahit pulak. Hehe. Tapi.... malas la pulak. Then maksudnye takde la dress/jubah jahitan sendiri nampaknye. Maka takde la baju baru. Huhu.. *super jeles dgn hubby sbb dpt byk baju baru walhal kat aku dah conquer 3/4 dari total ruang almari. Ahaks!*

Inilah namanya nafsu wanita... x semestinye dapat. Tapi nafsu utk dapat tu sentiasa ada. Makanya bila aku gi jenjalan kat mana2, klau nampak baju2 comels tu, aku istighfar banyak2. Fuhh... berjaya jimatkan duit. Tapi bila sampai rumah, buka almari nak pilih baju utk dipakai, mula la setan cucuk2 hati tu supaya rasa menyesal tak rembat baju comels td. Astaghfirullahalazim....

Oh ye, time kat AEON tu ade gak cari jeans utk hubby. Well, aku dilarang utk pakai jeans sejak kawen not only by my hubby, but also by ALLAH (yg seblom ni aku but dono je. gile rude!) So dalam selak menyelak jeans yg super murah kat tized dlm AEON tu, hati ni tercuit sikit rasa nak pakai jeans balik. Uhuhuhu...

Me: Hubby, bleh tak i beli jeans utk i?

Hubby: *Pandang aku dengan harapan yg aku masih ingat dia dah larang aku pakai jeans forever*

Me: Nape? I pakai la baju labuh2. Ala.. jeans ni kan seluar macam seluar slack i tu.

Hubby: Tak boleh. Jeans kan ikut bentuk kaki. Dosa.

Me: *Sengih gedik dalam hati sebab hubby tak goyah iman utk benarkan aku beli jeans. Perlu ke aku gedik camtu?*

Bye jeans. Tak dapat pakai jeans kat dunia, aku pakai jeans kat dalam syurga je nanti. Klau korang pon nak pakai jeans dalam syurga, maka jauhi la jeans kat dunia ni. Duniawi je sume tu. Eceh...

Ni pesanan untuk diri sendiri terutamanya. Amin.

p/s - aku memang tak sempurna dan takkan pernah sempurna untuk menyempurnakan orang lain tapi aku sentiasa berusaha untuk menjadi sesempurna yang termampu di sisi Allah yang Maha Sempurna.

10 December 2012

Durian Crepe Sedap!!!!

Assalamualaikum!



After few days teringinnnnnn sangat nak rasa mende alah ni, akhirnya berjaya jugak aku ngap durian crepe yang sedang hangat diperkatakan orang. Musim doyan la katakan. Klau bleh segalanya nak berasaskan doyan. So durian crepe yang aku beli ni dari kedai kawan akak aku kat Bandar Mahkota Cheras, opposite AEON @ Jusco Bandar Mahkota Cheras ye. Nama kedainye OVENHAUZ. Siap ade buat delivery lg. Tapi aku takleh bagi link sebab x jumpa pape website ovenhauz tu. Huhu

Aritu aku sebok cakap dgn akak aku yang aku nak makan durian crepe. after few days, dia booked durian crepe ni kat kedai tu. Buat booking sebab takut habis. Ye la... benda femes kan? Ngalahkan retis you! Memang la dalam pic tu nampak seketul je kan? Macam kesepian je dia dalam bekas plastik tu. Tapi jangan risau. Klau korang beli kat kedai tu atau kat mana2 kedai, biasanya diorang akan jual dalam pek camni. Standard harga RM10 ye. Murah? Mahal? Hehe. No komen. Aku cuma nak try makan je. Biasanya dalam pek ni ada 3-6 ketul durian crepe. Makin sikit jumlah ketul tu, makin gemuk la saiznye. Makin banyak jumlah ketul, makin selim la saiznye. Yang kat Ovenhauz ni ada 6 ketul so saiznye besar macam kuih ketayap. Tak kenal rupa kuih ketayap? Hah ni dia.



Intinya kelapa ye. So ni la kuih ketayap. Saiznye sebijik macam kuih ni. Cuma inti je lain. So ape inti durian crepe ni? Hehehehe. Intinye cuma isi durian dan fresh cream! Yummeh! Sedap sangat. Orang kata lagi sejuk, laaaaagi sedap taw! Betul kata orang tu. Sila sejukkan durian crepe sebelum menikmatinya ye. Konfem syok gilerr. Cheewah!

Takpe2. Sok2 aku try buat sendiri ye. Masak lempeng then letak durian pastu letak krim. Sure makan sambil nangis sebab rasanya tak sama. Haha. Okla ye. Nanti klau ade info pasal Ovenhauz tu, aku update. Tata!


28/12/2012 : Friday

Update lokasi Ovenhauz berikutan komen daripada pembaca blog yg x jumpa katne Ovenhauz.


OvenHouz Bakery, 
No. 60, Jalan Temenggung 19/9, 
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras

Hp: 0162026267/0168306267

Kedai Ovenhauz ni terletak di area depan Jusco Bandar Mahkota @ AEON Bandar Mahkota Cheras, tapi deret kedainya sebelah belakang/opposite kedai yg menghadap jusco. Tgk map kat atas ni, Ovenhauz ni sederet dengan Pusat Tuisyen Mekar. Klau rasa mcm susah sgt nak cari, dekat2 kedai Ovenhauz ni ada byk kedai kete & kedai bateri kete. Hope map kat atas ni dapat membantu.

Boleh call no hp kat atas tu klau nak order ape2 kat Ovenhauz. Diorang ada buat delivery tau! But with charges of course.

Happy eating~


08 December 2012

When you are not a student anymore...

Assalamualaikum semua!

Wahh... sangat letih lately. Aku spent almost 12 hours  a day, sitting+driving around within this week only. Since my life as a student officially over, I've got some part-time jobs to do. Syukur Alhamdulillah. Dont know why but it seems that I cant think of any serious job for now. Macam takde keje yang diminati. My senior advised us (me & my colleagues) to work at call-center. Ala... yang jawab call korang klau korang ade masalah dgn credit card, telco and so on. Tapi keje tu mostly on shift-basis. I'm a married woman now. Cant accept that kind of life. Need to think of a permanent & stable job. Ye la, bila dah kawen, mestila nak ade family kan? Nak ade babies... (xmo baby tu, trus nak babies!hehe). Kos sara hidup akan lebih meningkat kan?

So what to do? For the past few days, people are offering me to work in bank as sales exec. But... sales-field is not my interest. I mean, I dont like this kind of work. Chasing people for something, have to meet the target everyday or month, dress up to impress the clients... Oh my... its so not me. Tapi aku rasa ade kawan aku sorang ni yang keje bahagian sales kot, sebab last time dia sebut pasal nak kena jumpa org la, ape la. Which she has to spend more on her looks and appearance. Orang cikai2 macam aku ni apa ada. Even so, ade Branch Manager ni approach aku utk keje dgn diorang tau! Well.. this is what I'm talking about, sales-field. Alkisah, aku singgah ke satu bank ni utk tanya something, and the Branch Manager of the bank is the one who attended to my enquiries. A very soft-spoken and polite lady she is, makes me feel comfortable to sit around her. Up to a point, she asked whether I would like to work in the bank with her. Wow... recruiting customers? For a jobless person like me, that does sounds interesting coz definitely I dont have to go around asking for job. But since it is in sales area, I think more than twice about the offer.

Cerewet sangat ke aku ni? Should I just go in and try that job? Get some experience? Even though my degree is in medical line, it's still acceptable in banking/investment. I wonder of what should I do.. Sangat dilema... Hahaha. Klau cerewet memangla dilema kan? Some other friends, right after finished study but not yet graduated, already working in a stable company. How I wish I can be like that. Huh...


So please girls and guys out there... dont be like this ya.


Start thinking about your life after study if you are already in final year. The earlier is the better, you know. If you guys have some infoe about job vacancy, dont hesitate to let me know. I kinda need that! (do i sounds desperate? hihi)

01 December 2012

My Skincare 4 - Chahaya Whitening Review

Assalamualaikum!

Okay kita sambung lagi review produk2 muka yang aku penah guna ye. Kali ni aku nak share pasal satu produk yang dijual oleh sorang kakak blogger yang famous ni.
Kak Lynna la, sape lagi kan? Nama produk ni Chahaya Whitening.
Akak ni kata produk ni dihasilkan dan dipakai oleh kakak ipar beliau dan hasilnye? Wahhh! Menakjubkan sehingga beliau terpanggil utk berkongsi produk ni dgn orang lain.


Ni sume gambar produknye. Ada 3 item utk satu set ni. Harga dalam RM80 lebih gitu. Depends on seller la. Aku pun tak ingat exactly bape ringgit benda ni. Set ni ada sabun cuci muka yang kaler pink tu, toner yang botol putih and krim yang bekas kecil tutup putih tu ye.

Aku kalau pakai pape produk ni, mula2 tu akan jadi sgt tekun dan disiplin tau semata2 utk nampak hasil dan utk buktikan samada produk tu berkesan ke tak. Sama la time aku try produk ni. Sebab dia kata kulit akak ipar dia sume cun melecun kan. Tak caya cuba tengok pic kat bawah ni ye.


Tengokla kulit diorang!!! Cerah berseri, disukai ramai! *macam iklan susu pekat manis plak* So aku pun test try la produk ni.Tapi... err... dah berbulan pakai masih tak nampak kesannye. Adik kata kulit muka aku makin kusam. Like seriously??? Ahh kecewa la camni. Sampai la ke satu tahap ni, aku berenti pakai produk ni. Memang takde kesan langsung! Maybe takde kesan pada kulit aku je kot. So aku pun tatau la nak cakap ape. Sedih. Huhu.

Oh ye, korang pernah dengar atau terbaca tak pasal hidrokuinon?

Hidrokuinon ni sejenis bahan kimia penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2 yang digunakan dalam kosmetik untuk menghakis melanin (pelindung semulajadi pada kulit) dan pengunaan yang berterusan akan menyebabkan hiper pigmentasi dan juga boleh menyebabkan kanser kulit. Melanin ni sebenarnya bagus sebab dia protect kulit kita dari sinaran UV matahari tau. Tapi yang tak bestnye melanin ni menggelapkan kulit. So korang paham kan apa yang hidrokuinon ni buat pada kulit korang semata2 utk jadi putih?

Ada beberapa cara/teknik utk kesan kewujudan hidrokuinon dalam produk kecantikan cthnye:

1. Tuangkan sedikit toner ke kapas muka...biarkan terdedah dengan cahaya matahari....atau biarkan seketika...toner akan bertukar warna kepada cokelat..kehitam-hitaman.. sah ada hidrokuinon.

2. periksa penutup toner atau krim malam ( kebanyakan produk ada hidrokuinon pada toner dan krim malam)..jika terdapat kerak cokelat @ hitam..maka wujudlah hidrokuinon..

3. Pengelupasan..... tiada hidrokuinon maka tiada pengelupasan... ada produk yang menyatakan mengunakan AHA/BHA dalam produk bagi membuang sel kulit mati.... perlu di selidik kandungan AHA/BHA yang digunakan.... kebanyakan produk mengunakan hidrokuinon sebagai agen pengelupasan..

Oleh sebab aku risau psl hidrokuinon ni, so aku pun buat la eksperimen sendiri. Aku tuang la toner produk ni kat satu putik kapas yang guna utk korek telinga tu. Aku biarkan je putik kapas tu kat atas meja solek. Oleh sebab aku memang rajin tgk muka kat cermin, so aku selalu tgk putik kapas tu. Few days later, putik kapas tu jadi warna coklat. Ohh my~~ Since that aku stop pakai produk ni. Lagipun klau korang stop pakai produk yang ada hidrokuinon ni, kulit mesti akan jadi kusam balik dengan cepat tau. Selain dari tak memberi kesan, aku stop sebab hasil eksperimen aku tu la. So lepas tu setiap kali aku nak pakai pape produk, ni antara eksperimen yang aku buat. Well... sape nak cari masalah? Kanser tu for free klau pakai produk yang ada hidrokuinon!!!

Ekceli aku notice kaler2 coklat ni time pakai De' Wajah Kosmetik gak. Kat tutup krim malam tu ade kaler coklat2. Hmm.. maybe sebab tu krim malam dia boleh kupaskan kulit. Agak2 klau sapu kat epal, boleh kupas kulit epal gak tak? Senang sikit nak makan. Hehe..

Tayar pancit di PLUS Highway! Nak buat ape eh???

Assalamualaikum uolss~

Kes tayar kete pancit ni bukanla kes biasa bagi aku sepanjang aku hidup. Sebabnye ialah dah banyak kali aku berdepan dengan situasi ni tau! Stres? Toksah cakap la kan. Tapi setiap kali pun ada penyelesaiannye. Time memula amik lesen dulu pun ade kene ajar kan camne cara tukar tayar. Benda ni highlighted by pengajar tu khas kepada KAUM WANITA sebab ramai wanita yang bila tayarnye pancit, duduk je la dalam kete kat tepi jalan sambil nangis tatau nak call sape. Haih.. Sabo je la. So sepatutnye apa yang wanita harus lakukan ialah berenti tepi jalan sambil pasang emergency signal, then turun kete gi cek kat bonet tu klau ada spare tyre. Bukan spare tyre mcm kat perut tu ye. Huhu. Klau spare tyre ade, then cari pulak tools utk tukar tayar tu. Klau ada, boleh tukar tayar sendiri dah! Tapi klau takde.... hmm... ape nak buat ye???

So itula yang berlaku pd aku & ayah aritu. Time tu baru je masuk tol Simpang Ampat Melaka lepas hantar adik balik asrama. Baru je cecah highway yang lurus tu, tiba2 kete bergegar gile gile gile gile! Ayah kata slowkan kete and berenti kat tepi jalan atas rumput. Yela, since akak aku eksiden aritu, isu berenti tepi jalan ni kitorang dah mark sebagai TAK SELAMAT! Okay? Memang tak selamat sebab anytime kete boleh hentam korang. Huhu. Seram ai!

Bila turun dari kete, tengok tayar belakang belah kiri kempis. Ohh my~ So aku dengan expertnye buka bonet kete utk cari spare tyre. Spare tyre ade! Tapi.... mane tools utk tukar tayar nihh!!!! Ahh bengang! Ayah pun cari gak sambil membebel2. Ape punya luck la bleh xde tools plak dalam kete. Hampeh btol. Kitorg pun mula tercengang pikir nak buat ape. Ohh lupa plak, kan dalam PLUS Highway ni, so call la PLUS Ronda! Ala.. yang dok ronda2 highway tu!

Tgh aku sibuk google nombor plus ronda, tetiba ade sebijik saga lama kaler putih stop kat depan kete kitorg. Ohh cuak mak! Pastu kuar sorang lelaki india dari saga tu. Ohh cuak dabel2 dah mak ni! Huhu. Dia datang dekat then tanya, ape masalah? Aku kata tayar pancit. Then dia dengan lagi expertnye kuarkan kon dari bonet kete then letak kat belakang kete aku dalam jarak 50 meter gitu. Pastu dia kuarkan tools yang diperlukan utk tukar tayar. Kawan dia pun tolong tanpa banyak cakap. Aku pandang je la diorang ni, sambil rasa bersyukur sebab ada org sudi tolong. Tapi bila pikir balik yang segala tools pun lengkap dalam bonet diorang, so aku mula la curiga. Aku dok bisik2 dgn ayah psl diorang, tapi ayah rilek je. Yela kan.. skrg ni byk sgt kes dgn orang india. Bukan nak timbulkan isu perkauman tapi tu hakikat. Maaf ye.

Bila dah setel tukar tayar, dia pun cakap yang dia memang round2 area ni. Dia ni pomen. Ohhhh... patut la. Pastu dia kata total sume skali RM30. What???? RM30 utk tukar tayar????? Gilo ko apo??? Hmm hmmm! Marah ni tapi apakan daya, bayar je la. Syukur ada org tolong sebenarnya so tak sampai 5 minit tayar pancit, kete dah bleh jalan balik. Thanx pada diorang sebenarnye walaupun caj tu tak masuk akal langsung! Bagitau hubby pasal benda ni, hubby kata klau panggil plus ronda, kompom free. Aih... terus rasa purse sakit. Hahahaha. Takpela. Pengajaran utk aku.

So pada sesape yang selalu lalu PLUS Highway tu, sila la simpan nombor helpline plus ye. In case klau korang perlukan bantuan dan tanak fulus korang melayang.  Sebab diorang kompom tolong for free! Huhu. Bukan setakat PLUS je tau, any highway yang korang lalu, simpan la nombor helpline diorang. And if korang diapproach mcm aku ni dan korang nak reject, bagitau la yang abang, kakak, ayah, pakcik atau atuk korang on the way ke tempat korang so that bunyi mcm logik skitla utk korang reject. Okay?

Please be safe ke mana pun korang pegi ye dan sentiasa beringat. Bukan nak curiga dgn semua orang tapi tak salah curiga walaupun dengan manusia yang korang kenal, nak2 lagi klau di tempat yang sunyi. Mesej ini dibawakan oleh HotFM! Ecehhh perasannnnnn~